Friday, April 4

Boikot Barangan Buatan Belanda

Wah…! Cantik topic, BBBB… sesuai ditambah satu lagi B, Bengong.

Aku memang tidak setuju dengan usaha boikot memboikot ini. Pada asalnya aku malas nak memeriahkan lagi suasana dengan komen pasal film documentary bangang dari ahli politic Belanda tu. Tapi setiap hari ada je forwarded email yang mengajak umat Islam seluruh dunia memboikot barangan dari Holland.

No doubt short film, Fitna adalah satu tindakan bodoh dan sungguh kurang ajar daripada seorang ahli politic yang paranoid dan try too hard to be famous. Tapi menghukum usahawan dan rakyat Belanda kerana kebodohan salah seorang ahli politik mereka bukan lah satu usaha yang bijak.

Ini kerana…


Kerajaan Belanda Tidak Bersalah

Ok, mungkin mereka sedikit boleh dipersalahkan kerana peraturan negara mereka yang telalu bebas. Menurut ceritanya, disana sememangnya terlalu bebas. Penagih dadah boleh hisap ganja ditepi jalan, pasangan boleh melakukan persetubuhan di khalayak ramai, dan media mereka benar-benar bebas untuk menulis apa sahaja. Cuma itu sahaja kesalahan kerajaan Belanda. Mereka memilih untuk memerintah negara mereka dengan cara yang pelik. Itu sahaja. Mereka tidak menyokong Geert Wilders. Kenyataan media Perdana Menteri Belanda jelas melihatkan mereka kesal dengan penghasilan filem berkenaan. Beliau juga sedar satu tindakan yang kurang bijak memainkan sentiment keagamaan dan beliau mengakui tidak wajar menyalahkan agama Islam terhadap tindakan ganas segelintir penganutnya. Cuma beliau turut menegaskan kerajaan Belanda tidak boleh menghalang penyiaran filem tersebut di Internet kerana sememangnya tiada dalam perlembagaan mereka untuk menghalang freedom of expression. Belanda bukan Mesir, aku pernah sentuh perihal ini disini: Freedom of Expression.

Usahawan Tidak Menyokong Wilders
Seperti juga kerajaan Belanda, ahli perniagan disana juga kita tidak tahu samaada mereka setuju dengan penghasilan filem tersebut. Tidak adil kita menghukum mereka base on sesuatu yang samar. Mungkin kalau ada pihak yang buat kajian secara details, syarikat mana yang memberi dana kepada beliau atau kepada parti politik beliau. Then mungkin kita boleh membenci syarikat tersebut.

Bukan Semua Syarikat 100% Milik Dutch.
Sama seperti semua syarikat multinasional, bukan 100% saham sesebuah syarikat yang berasal dari Belanda adalah milik orang Belanda. Seperti kenyataan Tan Sri Kamarul Ariffin, Pengerusi Dutch Lady Milk Industries Bhd. Sila baca kenyataan tersebut disini. Ini adalah fakta yang kita tahu, mungkin banyak lagi syarikat originate from Holland but not totally own by Dutch, mungkin ramai pemegang saham dan pekerja yang tidak kena mengena dengan Belanda dan mungkin juga mereka beragama Islam. Adil ke kita sekat rezeki mereka?

Orang Islam Belanda
Ok… ini cuma satu assumption daripada aku. Bayangkan product makanan halal dari Holland yang dijual di negara-negara Islam seluruh dunia. Pada logic akalnya, product makanan sebegini tentunya diusahakan atau paling tidak pun tentu mempunyai kaitan dengan umat Islam di Holland. Untuk mendapat pengesahan halal, pastinya product tersebut diusahakan oleh seorang muslim atau disahkan oleh seorang muslim. Jadi, tidakkah satu tindakan yang kurang bijak dengan memboikot product makanan halal tersebut? Kita menyekat punca rezeki umat Islam disana.

Ada Banyak Lagi Alternative Lain
Memboikot bukanlah option terbaik. Ada pelbagai lagi cara yang boleh diusahakan. Yang paling penting adalah bersatu. Negara-negara OIC perlulah bersatu dan bersungguh-sungguh ‘menentang’ penayangan filem tersebut. Usulkan pada United Nation, berikan dalil-dalil yang jelas dan tepat untuk mengenakan tindakan terhadap penerbit filem tersebut. Itu solution yang professional, secara nakalnya pula mungkin hackers popular dari negara Islam seperti Turkey, Indonesia atau negara Arab boleh bersatu tenaga dan attact “LiveLeak” kerana dengan penuh kurang ajarnya mereka membenarkan platform mereka digunakan untuk upload filem tersebut pada awalnya. Aku percaya, pasti terdapat pelbagai lagi usaha yang lebih bijak daripada memboikot product dari Holland.


Sedikit persoalan yang aku terfikir dengan tercetusnya isu film Fitna ini:

1. Kenapa ‘pengganas’ Islam tidak pernah menyerang kepentingan Israel selama ini? Mereka hanya serang USA dan Europe sahaja, sedangkan aku rasa Israel lagi dajal besar.

2. Kenapa bila penyokong bola kutuk player black dipanggil racist? Bila orang US discriminate Asian dipanggil racist? Tapi kenapa terang-terangngan agama Islam dikutuk dikatakan sebagai freedom of expression?

3. Kenapa tiada tokoh agama Islam didunia yang menjawap fitnah filem Fitna dengan professional? Buat filem pendek yang berkualiti tinggi dan ambil semula ayat al-quran yang Wilders gunakan dan terangkan maksud sebenar ayat tersebut. Terangkan yang Al-Quran bukanlah buku cerita yang boleh diambil beberapa ayat untuk memahami sesuatu perkara. Kena study betul-betul, at least the whole surah, bukan satu atau dua ayat dalam mana-mana surah. Aku tidak mahu individu terpencil yang jawap di YouTube, aku harap organisasi besar, mana-mana pertubuhan atau pusat pengajian tinggi.

Dengan tiga soalan tersebut, aku stop. Ingat, jangan kita kaitkan movie tersebut dengan pihak-pihak lain. Kita cuma boleh salahkan mamat rambut blonde ni seorang sahaja...

Selamat berhujung minggu…

17 comments:

Anonymous said...

bla fikir balik...kta nak mrah2 bla org ckp Islam camni camtu,sedangkan umat Islam sndiri mang byk yg dah xbetul...cba korg fikir umat Islam yg buat cite cium2,peluk2 lagi teruk kan..mende camtu lg memalukan org Islam...BETUL TAK???

Anonymous said...

i totally agreed. i dun want to boikot dutch product but nak boikot israel punye prod which they deserved more to be boicot..!!!

BUDAK GUMOK said...

Setuju yg amat. Kita lawan si Geert Wilders ni. Bukan lawan Belanda. Sy bukan bergantung hidup dgn barang keluaran belanda ni. Takder pun boleh hidup InsyaALLAH.

Tapi yang kerja dgn organisasi belanda ni, bukan semua anti islam mcm Wilders. Mangkuk ni sengaja buat org Islam ni marah. Mungkin utk membuktikan aper yg dia gambarkan dalam FITNA tentang Islam (keganasan) tu betol. Mungkin dia tengah tepuk tangan tengok org Islam yg tengah marah sekarang ni.

Kita tengok Malaysia sendiri. Shell pun jenama Belanda. Aper jadi dengan pekrja pekerja Shell Malaysia. Tu baru Shell. Jenama lain? Mcm sedara ckp, bkn semua 100% syrkt2 tu milik belanda. Kat Belanda sendiri pun, bukan sepuluh dua puloh orang jer orang Islam. Try ler baca World Affairs Board (http://www.worldaffairsboard.com) tentang reaksi muslim belanda.

Boikot bkn caranya utk menentang orang ini. Rasa macam tak berbaloi kita layan org macam tu.

Ditaur said...

SECURITY CENTER: See Please Here

akukaya said...

akukaya sampai skrg masih tak tgk filem fitna tu sbb tak berminat. akukaya pelik dengan org ISLAM yg ajak boikot tp korang tengok gak filem tu seolah2 korang menyokong plak filem tu. Siap bg link donlod lg. Kalo korang btul nak boikot, jgn la tgk citer tu. Bukankah citer tu menghina Rasullah dan ISLAM. Yang korang pergi tengok dan sebarkan citer tu pesal? Korang ni mmg takder perasaan syg kat ISLAM dan Rasullullah sbb tu sanggup tgk citer mcm tu kot. Maaf kalo kasar bahasa. Akukaya tgh marah tp bukan marah kat ahli parlimen belanda yg kapir tu sbb dia mmg dah kapir tp marah dgn org ISLAM yg masih tgk citer fitna tu walaupun tau citer tu menghina ISLAM.

kangaroo said...

Sbnarnya apa yg terjadi skarang ni, masyarakat Islam mencari satu jalan yang nk tunjukkan rasa tak puas hati terhadap filem pendek tu. Jadi boikot tu adalah salah satu jalan. Tunjuk perasaan pun salah satu cara. Kalau takde tindak balas, kita takut seakan-akan kita ni tak sensitif terhadap apa yang berlaku.Tapi..

Pada aku apa yang perlu, tak payah lah boikot2 atau rusuh-merusuh. Kita fikir secara rasional, yang kita kutuk ialah seorang-mamat-rambut-blonde-yang-muka-ala-joker itu sahaja. Dia tu je yang bermasalah.Kita doa satu hari Allah tunjukkan kepada dia, apa yg patut.Allah kan maha adil.Ameen...

P/s: Aku cuba jadi x serius tapi tak boleh lah bro.Haha.

rose said...

akukaya,
tgk filem pendek tu bukan bermakna kita menyokong penerbitan filem tu. just curious..ape yg terkandung dalam filem tu kan..bila dah tgk, mmg sakit ati. Sbb si badut ni amek sekerat2 ayat al-Quran then dikaitkan dengan keganasan yg dibuat oleh org2 Islam.

Ada di antara ayat Quran yang diambil dan diinteprasikan oleh mereka mengikut kefahaman mereka.. Sbg contohnya perkataan DIBAKAR, DIHANCURKAN...mereka tak paham..yg maksud ayat2 tu adalah benda2 yg akan berlaku di akhirat nnti..

hurmm...pada pandangan akula..tak salah kot untuk tgk cite tu..just utk pengetahuan kan..hehhe..

pasal boikot2 ni..tak payahla kot aku rasa...kita patut boikot si badut ni je...mmg patut direjam je org camnih!
cari publisiti murahan..yela, b4 this aku tak kenal pon sape org neh! huhuhu

teek said...

does that mean i kennot support Holland's footie team? :P

Anonymous said...

tak salah tgk citer tu, rose?

camne kalau setiap kali orang tengok, wilder akan dpt duit? macam iklan kat blog, bila orang klik, duit masuk.

nampaknya wilder boleh ler carik host yang baru dengan duit yang dia dpt daripada orang-orang yang sudi download, play dan tengok filem dia.

Anonymous said...

Seriously, I really want to see what "FITNA" is all about.Not because to support but,just curious.
And I think, maybe somebody should explain the real meaning behind all the surah that this ugly fella had been used to attack Muslims.This fella purposely create the mayhem for cheap publicity.Well,cheap publicity for cheap people...

-Ipoh lads-

akukaya said...

ok la tgk fitna tak salah sbb curious. Jom lepas ni kita pakat2 tgk citer lucah. aku pun curious gak mcm mana nak bersetubuh cara doggie. Ingat, niat tak menghalalkan cara.

begitu gak kalo kita g cium bini org sbb ikhlas. sbb nak tahu mcm mana rasa cium bini org. boleh ke?

hehe... pikir sendiri. kita dah tau filem tu menghina ISLAM, maka tak usah la tgk mahupun sebar2kan link filem tu.

Bukan ke tu mcm kita dah promote filem tu. yg dah tgk tu tak per la sgt tp yg aku skt ati ada orgg ISLAM yg siap bg link donlod filem tu. siap ada lg upload ke rapidshare utk org donlod spy mrk dpt point. nnt point tu leh tukar ke duit. tak ke bangsat tu amik kesempatan?

Ingat, jatuhnya ISLAM bukan kerana org kafir tp krn org ISLAM sendiri.

Umar Al-khattab kena tikam, lepas kena tikam, dia tanya pembunuh tu sama ada pembunuh tu org ISLAM ke kafir. bila pembunuh tu ckp dia kafir, Umar bersyukur. knp? Umar ckp, kalo org ISLAM yg bunuh dia, dia takut ISLAM akan berpecah lepas dia wafat. Umar sendiri tak kisah org Kafir bunuh dia tp dia sgt takut kalo org ISLAM yg bunuh dia.

tau kisah Uthman? Uthman dibunuh oleh org ISLAM sendiri dan lepas tu ISLAM berpecah. dan akhirnya terjadi la perang sesama ISLAM yg pertama iaitu perang unta@jamal.

org kafir takkan mampu musnahkan ISLAM. itu janji ALLAH. yg akan musnahkan ISLAM adalah org ISLAM sendiri.

rose said...

Haha..don't u worry la Bro..aku tak sebarkan Link tu kat mana2..even Incey Aku Betul pon dah pesan awal2...takleh forward kan benda tu..

aku tgk sbb aku curious..mmg matlamat tak menghalalkan cara..tapi disebabkan rasa ingin tahu aku naaakk sgt tgk FITNA nih.

Bila duk tgk Berita kat tv ari2..mcm gempak je kan benda ni..aku nak la tgk sendiri.
..at least aku tak sebarkan benda tak betul...

bila dah tgk..barula kita tahu. At least bagi kesedaran yg org2 kafir ni dah terang2 menghina ISLAM!!

Mr. Right said...

ano1,
Kau tak bleh compare orange dengan apple. Dua kes yang berlainan tu.

ano2,
Yeah... Israel.

Budak_gumok,
Betul2... tak berbaloi.

akukaya,
Aku dah tgk dan download film tu. Tak salah rasanya, tapi kena make sure iman kuat la dan jgn tunjuk kat salah org. Yang penting niat... Aku just nak tau dan ada point nak balas kalau non-muslim bertanya. Aku sedar niat tak halalkan cara. But menonton filem Fitna dengan filem lucah totally diff rasanya. Takpe lah, sendiri buat tafsiran lah. Bab halal-haram ni dah kena minta pandangan ustaz, tak boleh 100% gunakan hukum akal kita yang cetek.

kangaroo,
Yes, berdoa satu idea yang selalunya bagus. Kadang-kadang takpe serius. But, aku tgk memang pembaca blog aku suka topic2 serius, topic santai takde org komen pun.

rose,
Betul2...

teek,
Boleh2, support la. But Euro tahun ni confirm Spain punya. Torres...! Torres...! Torres...!

ano3,
Wilders upload film tu kat LiveLeak. Ramai org donwload dan upload semula ke YouTube. Dengan melihat filem itu samada di LiveLeak atau YouTube, kita menguntungkan kedua-dua syarikat ini base on iklan dan pageload. Aku pasti mereka tidak ada kaitan dengan Wilders. Wilders tidak mendapat apa2 keuntungan wang dari kita menonton atau download film itu. But jika difikirkan, kita menguntung pihak yang membenarkan medium mereka digunapakai oleh Wilders. Ermm.. sebab tu aku tak tonton byk kali di web, aku download dan tgk offline.

ipoh lads,
Search YouTube atau LiveLeak boleh la jumpa film tu. Ada juga beberapa 'jawapan' berkualiti di YouTube yang orang Islam upload. Tapi aku masih menunggu pihak2 besar membalas fitnah Wilders.

Bunga said...

Betul kata Mr. Right. Dengan niat baik, nak tgk filem tu takkan jadi masalah..niat kita hanya ingin tahu. Bukan untuk menyokong mana2 pihak.

AkuKaya,
nama blog pon dah menunjukkan ko ni gila duit.
org gila duit je yg pikir nak kaya cepat. Hahahah.
Aku dah tgk blog ko. Ko punye posting kebanyakkan pasal artis..pastu ko upload gambor2 lucah. Mmg nak cari publisiti and duit mudah..yela, biasanya org akan letak Search Keyword spt..Sex, Artis n mcm2 la.
ko nak naikkan rating pelawat, sbb tu ko suke letak posting2 mcm tu..

ko cakap pasal hukum hakam halal haram. tapi ko sendiri pon cari duit dari blog ko untuk org search benda2 tak elok...ish ish ish....HIPOKRIT!

Anonymous said...

salam buat semua aku ni nak menyampuk.... pepatah melayu cakap jangan kerana nyamuk seekor kelambu dibakar nye,..

banyak2 berdoa semoga malaun muke cm badut sarkas tu mendapat balasan yang setimpal...amin

Anonymous said...

sy setuju ngan beberapa comment yg mengatakan xsalah utk menonton menatang tsebut. sekadar utk tahu dan mencari kebenaran. da tau benda 2 salah, pandai2 la kita buat sesuatu. boleh kaji & buat perbandingan serta kesimpulan sendiri.

jangan la hukum seluruh belanda sebab menatang ni. yg buat 2 sorang je. kalau ada konco2 dia, marah & boikot org2 yg tlibat je la..

saya sokong pa yg bunga cakap. akukaya ni memang hipokrit. saya da tengok sendiri blog dia ni. banyak benda bukan2. salah seorang yang menggalakkan dosa mata. bukan main lagi cakap pasal halal haram. cakap je lebih..

cahaya said...

Semua org Islam skrg kena usaha atas iman dan amal. 2 asas yg kukuh inilah yg sudah hilang pd umat Islam skrg. Drpd iman lahirnya bersatu, akhlak, kemajuan, kekuatan, dan segala kebaikan.

Pasal boikot, ini pandangan aku.... Hakikatnya Allah Taala shj yg tahu mn yg betul.
Bayangkan kita membeli satu produk yg keuntungannya utk membeli senjata dan senjata itu digunakan utk mbunuh keluarga kita sendiri. kalau kita boikot produk tersebut, org yg bekerja dalam syarikat jual produk tu akan dapat kesan negatif pulak. Jadi, nk boikot atau tak? mestilah kita akan boikot sbb takut keluarga kita akan dibunuh. Jadi, kita minta kerjasama org Islam yg bekerja dlm syarikat tersebut supaya mencari periuk rezeki yg lain. Rezeki ada di mn2. Keperitan mereka utk mencari periuk rezeki yg lain adalah terlalu sedikt berbanding keperitan keluarga kita yg akan dibunuh.

Total Pageviews

. page counter