Monday, April 28

How to Kick Monday Blues Away?

Aku antara insan yang boring gila untuk memulakan minggu baru. Seriously, pagi Isnin rasa betul-betul malas nak pergi kerja. Aku pernah sengaja ambil emergency leave atau medical leave pada hari Isnin semata-mata kerana malas nak memulakan minggu kerja.

Semua orang tahu kenapa kita boring menghadapi hari Isnin tapi ramai tak tahu macam mana nak elak. Biar aku tolong ajarkan.

1. Tinggal lah di Kedah, Ganu atau Kelantan.
Ok… lame joke, but of course you can avoid Monday blues by work at those states. Since they start new working week on Sunday, so, there are no Monday blues there. Hahahhaa… for them it is Sunday Blues instead. Hahhaa…


2. Do Not Cherish Your Weekend
Jangan celebrate cuti hujung minggu. Lepak sahaja dirumah, keluar dengan rakan-rakan yang anda benci, habiskan masa menonton RTM sepanjang weekend atau buatlah apa-apa aktiviti yang membosankan sepanjang cuti hujung minggu. Believe me, at one stage you will be very excited to see your office table on Monday morning.


3. Jadikan Awek Office Sebagai Sumber Inspirasi.

For girl, carilah mana-mana lelaki hensem yang boleh ‘diperalatkan’. Diperalatkan walaupun tanpa
dia sedar. Pagi Isnin bayangkan muka dia yang comel, badan dia yang cantik, bau dia yang wangi, sifat dia yang lemah lembut atau apa sahaja yang boleh membuatkan anda teruja untuk pergi kerja. Untuk lebih advance, jangan sekadar peralatkan dia tanpa dia sedari, terus sahaja bercinta dan beradu asmara di office. Tentu anda tak sabar untuk pergi kerja pada pagi Isnin. Tentunya aku just sarankan kepada mereka yang bujang sahaja.


4. Do Not Install Internet Line at Home
Kepada yang ada Internet di office dan anda memang gila main chatting, Yahoogroup, Facebook, MySpace, blog…etc. Jangan pasang line Internet di rumah. Ini juga boleh motivate untuk pergi kerja pagi Isnin. Mesti anda tak sabar nak baca latest komen, latest email atau latest posting blog yang anda suka (macam blog aku ni, hahahaa…).


5. Support Pasukan Bolasepak Yang Betul
Just like this morning, aku tak sabar nak pergi office untuk kutuk member-member office yang kecewa last Saturday sebab Chelsea menidakkan/melambatkan mereka menang EPL. Hahahaha… but again, ada masanya ini boleh menambahkan keperitan pagi Isnin kita jika pasukan kita kalah.


6. Carilah Financial Freedom

Akhir sekali, ultimate solution dan cadangan yang paling serious daripada aku adalah mencari financial freedom. Jadikan bekerja pada hari Isnin pagi bukan sesuatu yang wajib bagi anda. Resam manusia, kalau kerja itu satu pilihan diri sendiri kita akan seronok untuk melakukannya. Buatlah MLM, Unit Trust, direct selling, kahwin dengan anak jutawan, main saham atau apa sahaja usaha yang membolehkan anda tidak perlu bangun pagi-pagi dan terpaksa pergi kerja on Monday morning. Oleh sebab itu, jom masuk latest business venture yang aku ingin perkenalkan. Click here for detail: Financial Freedom. No kidding, rugi kalau tak sertai skim menjana pendapatan yang ramai jutawan cuba rahsiakan dari kita semua selama ini.


This week mungkin ramai yang seronok nak start kerja sebab Thursday kita cuti, ramai ambil cuti on Friday. Jadi seolah-olah kerja half week sahaja.

11 comments:

akukaya said...

siot je ko. terkena lg.

Anonymous said...

Hinanya aku rasa diri ini sebab semalam aku tertengok Formula One kat RTM.

Mat Rodd.

Nasir said...

Hahahahaaha.............
(aku nak satu...:DDD)

Skynett said...

Financial Freedom???.... itu aku punya email tuh..hehehheh

Anonymous said...

Haizzz...
Too bad kat office ni tak ada pun yg "ganteng-ganteng" untuk di"cuci-mata"..tak ada motivation langsung office ni..

-Ipoh lads-

lalala.inc said...

hahaha...
aku memang sutuju ngan ko...
tapi kat opis aku neh tak der lak yang leh menggugat keimanan aku neh..
ahhahahah....
final champion league:-

Man United VS Chelsea...

dendam aku ngan chelsea neh....

lalalala..... ;p

Helena said...

kelakar ler.... tapi betul pulak tuh.... haha

Anonymous said...

salam....
aku kojer kat jb yg pelik nyer bos2jepun soh kami kojer ari ahad sampi kamis...so we not have choice layan jerrr ader best jugak kenkadang bosan jugak.....cam skolah aku dlu kat terengganu...

Anonymous said...

hebat bebenor ke man u......

Mr. Right said...

akukaya,
Hehehe... Nak beli tak e-book tu?

mat rodd,
La... nape tgk kat TV1? Tgk la kat Star Sport. TV1 gambor tak clear.

nasir,
Hantar la email. :)

skynett,
Ye ke?

ipoh lads,
ofis sebelah takde jugak ke? Takpun awek jaga tol ke? Adik indon keja kantin ke. Hahahaha...

lalala.inc,
AKu harap Liverpool boleh tewaskan Arsenal, Chelsea dan Man.U untuk jadi champion Europe tahun ni.

helena,
Semua point betul ke? Maksudnya you pun ada tempat nak cuci mata kat ofis ye.

ano1,
Ok gak keja time org cuti. Jadi time kita cuti senang nak berurusan dgn bank, gomen, etc.

ano2,
Apa yg hebatnya? Sepanjang 180 minit semi final ngn Barca, aku tgk 160-170 minit Man U main dalam kawasan sendiri. Pakai defender 10 org. Hahahhaa....

tgazfa said...

cayalahh Dood!!! betul gak points ko tuh ... paling betul part letak internet kat umah .. aku mmg dulu suker jek nk gi opis sbb nk check email le, nk bloghop le ..but lps aku dh ada internet, hilang dah semangat nk ke opis ...

bila mau kawen ??

Total Pageviews

. page counter