Wednesday, April 30

Isu Badan Kebajikan Isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor (BALKIS)

Summary:

1. BN tewas di Selangor pada 9 March 2008

2. Datin Seri Zaharah Kechik (Isteri Dr. Khir), pada 11 March buat mesyuarat tergempar dan arahkan akaun BALKIS ditutup.

3. RM9.9 juta balance dalam akaun BALKIS ditransferkan ke akaun Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

4. 13 Mac, bekas ahli-ahli EXCO BALKIS telah mengemukakan notis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan BALKIS dan buat badan baru, BALKIS-BN.

5. ROS reject application tu sebab ada butiran yang tidak lengkap.

Kantoi….!

Dek kerana usaha menculik BALKIS dan wang RM9.9 juta tersangkut di ROS, berita ini telah menjadi topic hangat. The Sun yang 1st hidu bau busuk dari Shah Alam melebihi bau babi dari Sepang.

Pelbagai pihak memberi pendapat dan pendedahan.

1. Dr. Khir Toyo defend wife dia - Disini

2. Jeff Ooi dengan pantas berikan butiran cerita – Disini

3. Kenyataan Media BALKIS – Disini

4. Auditor BALKIS dedahkan yang akaun BALKIS tidak diaudit - Disini

Aku malas nak fikir dari segi legally nya tindakan Datin Seri Zaharah Kechik dan bekas Exco BALKIS. Biarlah polis dan badan kehakiman tentukan semua tu. Aku percaya pihak tertentu pastinya sudah membuat police report dan sebagainya. Terserahlah kepada pihak yang berkenaan nak siasat atau nak tolak masuk bawah karpet.

Aku cuma sedar kewujudan BALKIS atau badan bersekutunya iaitu BAKTI semasa musim perayaan. Mereka yang akan handle packaging kueh raya untuk tentera yang tidak balik ke kampong. Selain dari itu aku tak nampak pun fungsi mereka.

Bayangkan macam mana akaun BALKIS boleh ada hampir RM 10 juta. Gila…. Mana datang wang sebanyak tu? Siapa sponsor? Siapa derma? Balance ada RM10 juta, yang telah dibelanjakan berapa juta pula? Wahhh… menarik sungguh untuk disiasat. Kalau BPR, Police, ROS kaji betul-betul ini boleh jadi kes kantoi besar-besaran. Harap-harap boleh jadi macam tu lah.

Aku juga terfikir, apa lah keji sangat Datin Zaharah Kechik dan Exco BALKIS. Kenapa perlu di pindahkan wang tersebut? Kenapa nak bubar persatuan? Apalah salahnya dia pergi jumpa Puan Sri Salbiah Tunut (wife Tan Sri Khalid) dan uruskan penyerahan dengan adil? Hina sangat ke menjadi manusia jujur? Hina sangat ke menerima kekalahan suami kau? Hina sangat ke memberikan RM9.9 juta kepada pihak lain untuk diuruskan kearah kebajikan? Penyokong BN/UMNO boleh berikan beribu-ribu alasan untuk defend tindakan BALKIS, tapi hakikat yang mereka cuba ‘menculik’ BALKIS dan tukarkan kepada BALKIS-BN serta ‘merompak’ wang RM9.9 juta, sememangnya menggambarkan betapa keji dan busuknya hati mereka semua.

Jadi, lepas ni kepada persatuan seumpamanya untuk negeri-negeri BN yang lain aku ingin pesan sesuatu….. Jangan confident dengan dengan suami masing-masing dan konco-konco mereka. Prepare la awal-awal sebelum pilihanraya. Songlap la duit tu sebelum kalah. Jangan yakin sangat suami kau akan terus memerintah. Bila kalah, baru kelam-kabut nak ‘curi’ duit dan bubar persatuan. Nampak sangat bodoh dan keji….kantoi big time…

Bengong…!

Selamat bercuti…. 2nd May aku ambil cuti, balik kampong berehat 4 hari…. Syok…syok…

27 comments:

kangaroo said...

betul tu! kalaulah mereka ikhlas, kenapa tidak teruskan BALKIS w/pun kerajaan selangor dah bertukar tangan.Barulah nmpak ikhlas pertubuhan BALKIS.Yang lawak nak tukar nama dan tambah BN.hahaha. ape ke heyyy nye yob? Manusia...manusia..

aku pelik kalau baki RM9.9juta dlm akaun kenapa tiap2 minggu TV3 mesti siarkan program Bersamamu? Pindahkan je baki tu ke dlm tabung bersamamu.

Ini semua kes virus benci di dlm hati yang busuk & merosakkan jiwa.Cehhh!

nelly said...

Isteri toyol katakan....

hairulallias said...

agree 100% with ur statement.aku ambik sikit letak kat shout box tko. boleh kot.

karat said...

biasa la cari makan...

bro,
betul ke balik kampung??

nasir said...

betul cakap kangaroo...kenapa tak bagi org susah je duit tuu...kapitalis...kapitalis...

Aslan said...

Memang dasar penyamun, penyapuuu!!!! Ni baru toyol kecik, dah curi juta juta. Kalau toyol yang besau rasa rasanya lebih koot!!
Nampak sangatlah yang dia orang tu (BN) kurang sangat moralnya. Siap senyum lagi masa bagi kenyataan. Angin aku dibuatnya!
Tak apalah perangai buruk tu kalau nak ditunjukkan silapnya, sesaat je orang tau!!!!

tiang lampu said...

BALKIS =

BAL - Balance

KI - Kita

S - SAPU!!!!

dfg9 said...

memang benggong lg bangang.. kalau pinda pelembagan ok jugok .. jdkan isteri ketua pembangkang sbagai timbalan yang dipertua.. kan leh cek duit tu p mana.. ??? ni nampak sangat tak ade keikhlasan nak bantuan untuk kebajikan .. i think kalu aju kan pekara ni kat kerajaan pakatan pom .. diorang terima..

lankapo said...

alah ni macam kes minyak kat terenganu lah bila pas mng dulu..


anyway offtopic sket

aku dah cakap dah hahahaha

LIVERPOOL tak cukup power lah thn nih

tangan kosong ekk heheh

MR. said...
This comment has been removed by the author.
MR. said...

Penjelasan yang diberikan oleh Datin Seri Zaharah Kechik agak menarik jugak kalau kita hendak fikirkan bersama secara rasional ...

DS Zaharah berkata, pada 11 Mac 2008, Menteri Besar Selangor masih belum dilantik. Oleh itu, isteri MB yang baru juga masih belum boleh dilantik menjadi Yang DiPertua BALKIS.

Selain itu juga, perlantikan Yang DiPertua BALKIS hendaklah dipersetujui oleh isteri MB itu sendiri dan hendaklah disahkan ketika Mesyuarat Agung.

Jadi pada aku, apa yang dikatakan oleh DS Zaharah ada rasionalnya.

Tan Sri Khalid belum lagi mengangkat sumpah menjadi MB Selangor yg baru pada 11 Mac 2008.

Jadi kita TIDAK boleh mengandaikan isteri beliau, Puan Sri Salbiah Tunut secara automatik menjadi Yang DiPertua BALKIS.

Jika pun Tan Sri Khalid sudah mengangkat sumpah sebagai MB yang baru ketika itu, isteri beliau pula perlu bersetuju menjadi Yang DiPertua BALKIS dan ini perlu disahkan ketika MEsyuarat Agung.

2 point di atas pada aku cukup kuat untuk meletakkan DS Zaharah Kechik di pihak yang benar ...

Yang aku tgk beria sangat dengan duit RM 9.9 Juta tu adalah YB Teresa Kok. (aku undi minah ni PRU lepas ok!).

Teresa ni plak yg nak sibuk2 buat aper? Ni Persatuan isteri2 wakil rakyat kerajaan negeri selangor. Dia adalah wakil rakyat, bukan isteri wakil rakyat! Dia ni nak makan share duit RM 9.9 juta tu ker?

Kalau kita selama ini mengatakan yg BALKIS mendapat dana dari duit haram, jadi, buat apa kita sibuk2 dengan duit tu? Dah kata haram, takkan nak terhegeh-hegeh lagi dengan duit haram tu?

Nasihat aku, isteri2 wakil rakyat kerajaan selangor sekarang mula je la balik dari RM 0. CUba dapatkan dana sebanyak mungkin untuk persatuan BALKIS yang baru korang ambil alih ... duit tu ... biarkanlah ... kita tak tau halal haramnya duit tu ... daripada was2, baik betul2 cari duit yg halal ...

p/s: aku mengundi pembangkang di kawasan puchong. tapi lately aku dah cam risau dengan tindakan YB Teresa (ADUN Kinrara, Puchong)... makin lama, semakin "Chap Ya Nun Alif" plak minah nih ...

AC said...

Hebat betul komen isu ini.

Pada aku nawaitu kena betul utk berpersatuan tak kira Belia 4B atau NGO. Kata nak tolong orang miskin (salah satu agenda Balkis) so bila dah tak jadi wife MB, apa salahnya still berpersatuan dan juga boleh bantu orang miskin. Bagi kat BAKTI belum tentu dia akan salurkan ke orang miskin di Selangor. Besar pahala dapat bantu orang miskin.

Isu pembubaran, ROS dan auditor merupakan isu teknikal. Tindakan yang diambil oleh wife Khir Toyo of course based on advised by him dan merupakan politik balas dendam. So yang jadi mangsa ialah orang miskin yang layak dpt bantuan.

p/s - Betulke salah satu aktiviti Balkis ialah lawatan ke over sea...

Off record

p/s no. 2 - Betul ke kau syok cuti lepas Liverpool takleh gi final UCL. Last year kau kutuk Final FA CUP kau kata loser or 3rd and 4th placing UCL. And this year 3rd and 4th placing akan mengaum kat Moscow. Ingat statement Fernando Tores masa sign contract dengan Liverpool... "Saya percaya dengan Liverpool yang merupakan pasukan yang boleh memenangi banyak piala..." 2007/8 dah menang piala apa ya...????

lalala.inc said...

sampai ble la asek nak makan duit2 yang macam tuh....
tak tau la haram ker aper...
adeh....
kalo leh transfer kat akaun aku pon tak per la gak...
agagagaga....
aper cer liverpool ko??
lalalalala..... ;p

lankapo said...

hehe kawan2 encik2 aku beul kat kg katanya,,line tepon maxis tak clear lah bla(call pun tak nak angkat hahah alasan, msg dpt plak)

so sempena dia kat kg ni apa lagi, masa ni lah nak memberi kata2 smenagat kepada encik akubetul sempena kekalahan Liverpool hahah

so sila2 lah yer
hahahha

garaa_1109 said...

aku pelik kalau baki RM9.9juta dlm akaun kenapa tiap2 minggu TV3 mesti siarkan program Bersamamu? Pindahkan je baki tu ke dlm tabung bersamamu.

salam kawan2...

aku memang amat bersetuju ngan pernyataan dr kawan kiter nih...

kalo duit tuh kiter bg2 kat org2 miskin di malaysia ni x kira negeri mana waima rm 50 setiap keluarga bg aku memadaii lah utk mereka dr pada disimpan didalam poket oleh puak2 yg dah kaya makin kaya (duit)sekurang2nya dpat jugak mereka memakan sesuap nasi.. sedih aku melihat keluarga yg susah2 mencari rezeki utk anak2 mereka..dapat jugak pahala utk akhirat... akan tetapi perlu kah media masa memainkan peranan setiap masa br mereka2 nak bertindak @ tunjuk muka kat tv....

Anonymous said...

Nak suruh Balkis pindahkan baki 9.9juta ke tabung Bersamamu?Puak puak ni kalau boleh nak tibai lagi duit tabung Bersamu adala kut.Pada mereka RM 9juta 900 ribu tu kejap je boleh habis.Besok pun boleh habis.Satu juta untuk engkau,dua juta untuk aku,dua juta untuk engkau tiga juta untuk aku.....

Anonymous said...

balkis balkis... tak cukup bagi penyapu ni, kena bagi penyedut hampagas terus.

inilah model isteri-isteri bekas pemimpin negeri paling maju di Malaysia.

anyway, akubetul.. YNWA. We fight for another year.

Pakdi The Kop
http://my.pakdi.net

Mr. Right said...

All,
Banyak sangat komen, sori aku tak sempat nak reply one by one.

Aku harap semunya orang setuju dengan kekejian bekas exco BALKIS. Kepada mr. yang cakap Datin Zahrah di pihak yg benar, aku rasa ko kena fikir semula. Mungkin legally dia betul, tapi aku dah ajak korang fikir dari segi ethic nya, adakah itu tindakan yang beretika?

Pasal Liverpool kantoi semi, apa lagi aku nak cakap. Terima je la kutukan. Hahaha... Memang Chelsea deserve to be in final. Mereka lebih mantap untuk setiap department. Maybe Chelsea should meet Barcelona di final, sebab sepanjang 180 minit semi final, M.U lebih pandai bertahan dari menyerang.

Anonymous said...

giler sih...
tak sangka itu si zaharah kechik..
terperanjat tgk kat tv..lain giler muka dia dari yg asal...the power of botox really works!!!!

-ipoh lads-

captjoe said...

woit dood....gambar askar pompuan tuh bukan BALKIS aa..itu BAKAT..salah gambar tuh..tuh dah mencemarkan institusi askar tuh..hangin satu badan nih...muahahah

yang benar
captjoe

Mr. Right said...

ipoh lads,
Mana ada botox, itu semua tempe. Hahaha...

capt Joe,
Itu bungkus kueh raya, BAKTI bekerjasama dengan BAKAT. Apa hal pula wife Pak Lah jadi anggotan BAKAT.

MalayMind said...

La, kalau kau lah kan, kau ada persatuan yang KAU WUJUDKAN. Lepas tu KAU SENDIRI cari dana dan penuhkan tabung untuk AKTIVITI KAU SENDIRI. Tiba-tiba MUSUH KAU TAKEOVER dan nak bolot SEMUA. KAU BAGI TAK?

Kalau akulah kan, lebih baik DISSOLVEKAN, TRANSFERKAN dana ke AKAUN PERSATUAN milik rakan karib aku, dan biarkan MUSUH KAU BUAT PERSATUAN BARU dan cari DANA Baru.

Ooo itu kira aku DENGKI la ek?

JANGAN CAKAP MACAM MALAIKAT LA, dah tentu kau pun AKAN BUAT benda yang SAMA kalau AKU YANG TAKEOVER PERSATUAN KAU.

hehehe

Mr. Right said...

Malaymind,

TAK, AKU TAKAN BUAT!

Aku tak rasa itu menjadikan aku malaikat. Aku just rasa aku tak sekeji itu. Kau, aku tak tau lah. Tapi kalau aku, confirm aku takkan buat, aku akan berikan persatuan tu dan duitnya sekali kepada 'musuh' aku. For God sake, kalau aku pernah manage persatuan sebegitu, aku dah kaya raya. So, bagi la chance kat orang lain pula.

By the way, musuh politik bukan lah musuh peribadi. Professional lah sikit.

MalayMind said...
This comment has been removed by the author.
MalayMind said...

Dood,

Ok je aku terima keikhlasan kau untuk takkan buat perkara yang sama hehe

Berbalik kepada soal musuh politik dan musuh peribadi. Contohnya Dr Hasan menang, dia haramkan Islam Hadhari. Khir Toyo menang, dia haramkan PAS ceramah politik kat masjid.

Kalau jumpe salam ajee hehehe

Begitulah jugak BALKIS ni. BN menang, BN buat persatuan dan cari dana. Dah PAS menang, pandai2la buat persatuan sendiri dan cari dana sendiri.

Itulah lazimnya hubungan dalam politik. Dah profesional dah tu, nothing personal.

Anonymous said...

bagus lah tu ...pkr tak reti nak buat dana sendiri ke. nampak duit dah terlonggok je terus nak. sama lah mcm anwar ibrahim tu. nak sgt jd pm sampai smua hak melayu nak gadai. yg susahnyer org2 kampung, org gomen mcm aku no hal. lu pk lah sendiri.

Anonymous said...

I always motivated by you, your thoughts and way of thinking, again, appreciate for this nice post.

- Thomas

Total Pageviews

. page counter