Thursday, June 12

Gaji 2 Kali Sebulan

Idea terbaru daripada pegawai-pegawi penasihat Perdana Menteri yang diterima oleh Pak Lah. Pak Lah mentioned yang idea ini datang dari pegawai-pegawai kerajaan pada mesyuarat pasca mesyuarat cabinet. Maksudnya, mesyuarat antara pegawai sebelum mesyuarat antara menteri cabinet. Damn… mereka yang dibayar gaji berpuluh ribu sebulan ini memang genius tahap dewa, selalu memberi idea yang out of the box. Atau mungkin juga memang mereka sering memikir dari luar kotak.

Report by Utusan here: Gaji 2 Kali Sebulan Mula Ogos

Aku tidak nampak kebaikan gaji dibayar 2, 3 atau 4 kali sebulan. Kalau gaji dibayar ikut minggu, aku setuju. Macam player bolasepak Eropah, since kalau dibayar sekali seminggu, selepas setahun kita akan untung 1 bulan gaji. Cuba la kira sendiri kalau tak percaya.

Berbalik kepada gaji kekitangan kerajaan dibayar 2 kali sebulan, pada pertengahan dan penghujung bulan. Potongan KWSP, cukai pendapatan dan lain-lain akan dilakukan pada pembayaran hujung bulan.

Kebaikan
Kerajaan peka kepada masalah kakitangan kerajaan dan membantu untuk manage aliran tunai mereka. Jika diberikan sekaligus, kemungkinan pada hari ke 20, gaji sudah habis dan rakyat akan merana. Bijak…bijak….

Selalunya pekerja makan gaji akan bergembira sekali sahaja iaitu pada hujung bulan...tapi kini mereka akan tersenyum 2 kali sebulan. Seronoknya…

Kepada peniaga pula, sebelum ini most monthly promotion dipusatkan pada hujung dan awal bulan sahaja. Kini mereka boleh mengadakan promosi pada tengah bulan dan sekaligus menambahkan sales.

Tunang aku, seorang kakitangan kerajaan selalu belanja aku makan ikan siakap masak 3 rasa every time dia dapat gaji. Nampaknya ada chance aku makan ikan tu dua kali lepas ni. Hahaha...


Keburukan
End of the month pekerja kerajaan akan dapat separuh gaji, tolak KWSP, tolok cukai dan tolak pemotongan lain. Most loan seperti rumah, kereta, credit card, personal loan dan bill seperti electric, air dan telephone juga perlu dijelaskan pada awal bulan. Hahahaha… maksudnya sementara menunggu second payment pekerja kerajaan kena ikat perut lah. Mungkin lebih dari 10 hari pekerja kerajaan perlu berjimat cermat.


Kesimpulan
Pak Lah anggap government servant bengong, lemah, bodoh, tak reti urus kewangan peribadi sampai tahap kerajaan terpaksa tolong uruskan. Kita bukan merujuk kepada pengurusan kewangan yang besar seperti pengurusan credit control, investment juta-juta atau saving hari tua (KWSP), tapi ini cuma gaji bulanan. Pak Lah merasakan kerajaan perlu pusing semula kebelakang (zaman 60 dan 70 an) dan menyibuk dalam urusan kewangan peribadi mereka dengan memberi separuh gaji pada tengah dan hujung bulan.


Pandangan Peribadi
Kesian government servant dapat big boss yang kurang mempercayai kebolehan staff dia sendiri dalam menguruskan gaji bulanan. Kesian juga kepada rakyat Malaysia mendapat PM yang ‘terlalu bijak’ atau/dan ‘terlalu mengikut cadangan’.

17 comments:

Fid said...

haa kalau bayar ikut minggu ok juga la
seminggu sekali gaji..bernas2...
tapi macam kerja part time le plak

paklah ni kan..dia kan...tak ada akal...

sorry ya penyokong paklah...

apsallah semua langkah penjimatan kena sangkutan duit rakyat jelata??

kiamat dah dekat ya??
pemimpin2 dah tak guna pakai pendapat rakyat...

hanya kerana petrol...

adusss...

1. beras tak akan naik harga...mmglah tak akan naik dah...dah naik....

2. tak akan naikkan harga minyak tahun ni...ala tahun ni dah tgh tahun dah....

3. rakyat berjimat cermat la....sampai ke tahap jual rumah jual kereta naik keeta lembu tinggal dalam kotak..bernassss...

4. rakyat janaan melatah...
tok sah latah walaupun dilapah!

sorry dood emosional plak....
kalau komen aku tak relevan ngan topik ko delete la

Fid said...

janaan=jangan...typo

kangaroo said...

Pak Lah umumkan byaran 2x gaji sebulan. Mula2 pahaman aku 2x ganda sebulan? wah..hebat!

tapi..aku salah paham... 2x sebulan! Satu keluarga aku gelak besar... lawaklah Pak Lah ni. Saat2 rakyat berang, boleh pulak buat lawak bodo.

Aku betul2 nak tahu sape yg mintak gaji dibayar dua kali ansuran..CUEPACS? Tak ke ianya lebih membazir. Voucher nak kena 2kali. AG banyak keja la gayanya.

Keputusan Pak Lah mmg 'Popular'. Confirm menang ABP-BH.

p/s: betul ke nama Pak Lah, Abdullah bin Ahmad bin Badawi?

lankapo said...

sekarang ni apa jerk yang Pak Lah yang buat akan kena kutuk punya.

Lain yang kita suruh solve kan lain solution yang dia bg.

Aku tak tahu lah nak cakap apa dah..camner lah dia leh jadi PM.

Sudah2lah tu Pak Lah..

Bagilah Muhyiddin Yassin plak

hehehe Hidup Johor

rose said...

uhuhu..ikan siakap 2x sebulan?
if dah gaji masuk 2x sebulan ni..gamaknye..kene rancang belanja ler lepas nih..

ish..marah aku kat petrol naik tak abes lagi..dah pak lah wat kejutan laie..ish2..
next election aku pangkah 2x gak la kat kertas undi...uhuk!

Anonymous said...

relevan nya...gaji diberi 2x sbln mmg membawa keburukan...selain ajar masyrakat mboros...mmg buat poket ujung bln 0...so,aku nak makan ape ek?....well,back to basic...kna mkn mknaan sara diri la aku...

bg aku kalu nak byr double pay xpa la juga...hahaha....
yup,agak bersetuju dgn ngko kalu sal pm ni mmg ikut ckp org je...bg aku mmg langsung pendirian...

so,bg aku krajaan henti2 kan la kalu nak wat projek mega...hati rkyt bkn berpaut kat kemajuan fizikal...org kang ni nak bnda yg trang2...cth:harga myk xnaik..pm jgn tdo...
tu je nak ckp..delete je pa yg kalu xpuas ati...

Anonymous said...

langsung xda pendirian..da worh tertinggal...

Johnny Ong said...

terror la beb, gua suka point point yg dikemukakan di bawah KEBAIKAN

Sherry said...

don't forget the medical fees is expensive in Malaysia. Specially the private one. my friend have a baby gal $6000 plus.

Anonymous said...

Ada beza ke 1x sebulan dgn 2x sebulan? rasa macam sama je..
end of the day..gaji tetap sama,petrol price stay the same, beras stay the same, duit pun still akan habis..so everything will just stay the same..
inilah padahnye lulusan sastera jadi PM...

-Ipoh Lads-

Anonymous said...

mr right,

kalu ko 2 kali makan ikan siakap sebulan... cukup setahun badan ko mengembang ke tepi...

kuat makan gak ko nih....

Mr. Right said...

fid,
Aku takkan delete komen ko, tambahan komen yg penuh emosi macam ini. Hahaha...

kangaroo,
CUEPACS tidak tahu menahu hal ini. Aku tgk berita semalam, CUEPACS akan buat meeting untuk tentukan untuk menyokong atau tidak keputusan Pak Lah tu. Tak tau la pulak nama betul Pak Lah macam tu.

lankapo,
Wei...wei... siot je, ada lah main semangat negeri. Tapi, mungkin Muhyiddin better than Pak Lah kot. Dia dah berjaya menaikkan imej kementerian pertanian.

rose,
Pangkah kertas undi 2 kali. Hahahha... tak kira lah, janji ikan siakap 2 kali sebulan. Best...best.

ano1,
Mungkin takde orang bagi cadangan suruh hentikan projek mega kat Pak Lah kot. Pak Lah just ikut cadangan org sekeliling je. Org sekeliling tu tak boleh nak usulkan stop projek mega sebab dorg nak untung besar. Stop projek, poket dorg kempis la sikit.

johnny,
Thanks... points 'kebaikan' tu suka2 je. Yg seriusnya 'keburukan'. But again, Pak Lah tu buta tuli to see any points, he just follow instruction from his geng member.

sherry,
Yup, true. My bro spend RM7K for his latest son.

ipoh lads,
Pak Lah lulusan sastera ke? Tak baik kutuk, nanti budak2 lulusan sastera kecil hati pula.

ano2,
Aku memang kuat makan, especially makan free. Hahahaha...

Anonymous said...

Apalah bangang si Dollah sekor ni...

Kalau takdir aku jadi PM korang tak teruk sampai macam ni..Hari-hari aku bagi makan free kat masjid.


Joe Scapula.

lalala.Inc said...

askum....
lame dah aku tak masuk kat sini..
hehehehe....
bizi dong....
emmmm...
macam korang yer la sedap makan gaji 2x sebulan...
adehh....
macam maner laaa aku nak manage wat gaji staff aku 2x sebulan....
banyak menda yang nak kene pikir tambah lagik beban macam neh...
bodo laaa paklah neh..
nyampah la plak...
menyusahkan rakyat jer...
tekanan gle haku....
minyak nek..
sedangkan kite pon ader minyak sendiri and dah tentu la harge minyak kite melambong kat dunia...
tapi rakyat kite gak terpakse menanggung kenaikan harge...
adehhhh...
sedeh aku dibuatnye....
now full tank aku rm165++..
jual keta beli beskal jer la gi opis aku pasneh...
lalalalalalal..... ;p

Anonymous said...

DI MANAKAH NAK KU CARI PEMUDA KAHFI. Itu lah Allah dah cakap, semua cerita dalam Quran tu akan jadi balik. Ingat kisah Nabi Yusuf yang di buang saudaranya dalam perigi dan berjaya diselamatkan. Pastu dia jadi raja. Berlakulah kemarau panjang selama 7 tahun. datang semua saudara yang buang dia dulu menuntut makanan dan bantuan. Hasil gandum Nabi Yusuf hadiahkan kepada saudara-saudaranya itu. Maknanya dalam keadaan sesak macam tu pertanian jugak la yg akan bantu. Jadi bila dah jadi macam ni mulalah aku mencari... di manakah kau hai Pemuda Kahfi?

MR. said...

Ok jugak tu 2 x sebulan ...
Company aku bayar gaji 2 x sebulan aper ...

Orang lain bayo duit keta 25 hb, aku 15 hb dah siap bayo dah ... awal giler ...

Yg penting kene pandai manage ler ... janganlah gaji time 15 hb tu gi enjoy sakan, pehtu gaji yg 30 hb tu terduduk tertiarap nak bayo keta, rumah semua sekali ....

MalayMind said...

Gaji 2 kali sebulan ni baik untuk org yang tak reti nak manage gaji sendiri je.

Kalau aku lah kan, bagi je optional dulu, tgk berapa ramai yang nak buat gaji 2 kali sebulan.

Lepas tu, nnt adalah pulak yang tersilap masuk gaji 2 kali sebulan - full 2 month salary!

hehe

Total Pageviews

. page counter