Monday, June 16

Program Janaan Wang di Internet

Aku pernah mentioned ‘online business’ will no longer become part of this blog. Aku tidak akan jadikan ianya sebagai topic perbincangan lagi. Setelah sekian lama, aku nak sentuh sedikit benda ni. Terkejut juga aku masa bersembang dengan beberapa rakan lama, ada yang tidak lansung tahu potensi cari wang di Internet. Pada mereka semuanya adalah penipuan dan pembohongan, umpama skim cepat kaya. Walaupun sudah ada jutawan yang lahir dari Internet di Malaysia, rupa-rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu apa-apa pasal benda ini.

So, aku nak berikan sedikit pandangan how to choose program yang valid, kukuh dan berpotensi besar. Kiranya macam panduan at the first glance lah. Sekali pandang sahaja kita dah boleh tahu nak terus membaca promosi mereka atau cepat-cepat close window.

Aku focuskan kepada program janaan wang (jadi ahli, cari ahli baru atau promosikan product) dan laman web jualan product digital seperti ebook rahsia ini dan itu, software forex, etc.

Website Hosting.
Jika website promosi mereka ada perkataan blogspot, freewebs, wordpress atau mana-mana webhosting percuma. Jangan banyak cerita terus tutup sahaja website tersebut. Mungkin bunyinya tidak begitu adil, tapi jika mereka tidak mampu mengeluarkan modal beberapa ratus ringgit untuk hosting aku tidak rasa mereka boleh membantu kita.


Ada
Gambar US Dollar.
Untuk program yang diwujudkan oleh Malaysian for Malaysian, tapi mereka meletakkan gambar Dollar US sebagai menunjukkan program mereka boleh buat duit banyak, lupakan mereka. Nasihat aku kepada usahawan sebegini, pergilah ke bank, keluarkan wang beberapa ribu, snap picture then bank-in kan semula. Mungkin pekerja bank tu akan pelik, tapi pedulikan. Janji website kau nampak real dan bermutu. Bukannya sekadar search di google dengan keyword ‘money’ or ‘a lot of money’ dan gunakan image secara curi-curi. Jadi jika jumpa website yang gunakan gambar seperti dibawah ini, terus cepat-cepat close.


Janji Yang Melampau

“Tidak Perlu Kerja”, “Duit Masuk Setiap Saat”, “Jadi Jutawan Dalam Masa Sebulan”…. Phrase sebegitu. Jumpa sahaja, terus lupakan program janaan wang atau buku yang mereka cuba jual. Confirm ianya satu program hampeh yang diusahakan oleh newbie atau penipu. Mana-mana pakar tidak kira Malaysian atau dari oversea akui tidak ada program yang tidak memerlukan kita bekerja. Confirm dia berbohong, dia sendiri bekerja buat product yang ingin dijual. Kan?


Payment Method

Kalau ada usahawan Internet yang tidak menyediakan kaedah pembayaran secara kad kredit atau paypal, lupakan sahaja program yang mereka ingin kita sertai atau ‘ilmu’ yang mereka ingin jual. Seorang peniaga yang serious pastinya akan mengeluarkan sedikit modal untuk menyediakan kaedah pembayaran 100% online seperti Paypal contohnya. Untuk membuka, verified dan start guna account Paypal hanya memerlukan tidak lebih RM20. Kalau itupun usahawan itu tidak mampu, mungkin dia patut lupakan niat nak berniagasecara online.


Peniaga Misteri

Jangan sesekali percaya dengan peniaga internet yang identitinya misteri. Konon-konon beliau tidak mahu dikenali. Tidak suka publisiti, inginkan kehidupan privacy. Semua pakar perniagaan internet tahu popularity sangat penting untuk membantu jualan. Lagi terkenal, lagi senang nak jadi kaya di Internet . The only reason businessman tu try to hide his/her identity adalah kerana dia adalah penipu. Jadi, kalau jumpa website jualan yang ditulis oleh Mr. X, Abang Bob, Gadis Misteri, Pemuda Berjaya…. Lupakan sahaja. Peniaga internet yang jujur tidak teragak-agak untuk meletakkan nama betul, alamat perniagaan bahkan ramai yang paparkan wajah mereka yang paling paling cun mereka ada.


Product Terlalu Banyak

Ini tricky sikit, pengecualian diberikan kepada firesale oleh tokoh-tokoh usahawan Internet. Jika peniaga itu tidak dikenali, tapi menawarkan berpuluh-puluh, malah beratus product dengan harga yang tersangat murah, lupakan dia. Offer macam-macam barang, tapi minta bayaran RM9.90 sahaja. Mungkin dia pergi beli product USD1.00 dari Ebay, buat website jualan dan buat jualan longgok. Sama seperti pendatang asing yang jual semula sayur yang sudah dibuang di pasar borong Selayang.


Setakat ini, itu sahaja points yang aku terfikir. Tapi secara mudahnya sebelum beli product, sertai program atau terlibat dalam mana-mana skim di Internet, peruntukan masa sedikit untuk Google benda tersebut. Baca komen-komen diblog, forum atau laman berita yang berkaitan. Walaupun dunia Internet menjanjikan satu wadah untuk kita berusaha mencari rezeki tetapi terdapat ramai, cukup ramai penyagak yang ikut jalan pintas untuk jadi kaya. Kalau nak lebih selamat, sebelum masuk/beli, email kepada aku dulu. Aku akan cuba memberi pandangan. Aku spend almost 100% masa kerja aku connected to Internet, rasanya aku layak memberi pandangan sedikit sebanyak.

Kalau ada sesiapa yang tidak tahu lansung apa program, product atau cara-cara cari duit di Internet. Simply search perkataan seperti "cari duit", "jana wang", "pendapatan tambahan" di Google, dan click pada pengiklan Adword disebelah kanan seperi gambar dibawah. Just to get some idea.


Good luck…

7 comments:

online gambling said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Fid said...

tapi kalau yg 'bisnes dari rumah guna internet' yang hantar2 email tu aku cadangkan takyah join le..hehehee

fariezul said...

Aku tutup terus kalau main guna kereta BMW and Merc. Rumah banglo lagi satu.

kaizerz said...

Aku dah kena sekali...tertarik dengan janji..duit masuk hari2 ler konon....last2 hampeh. Habuk pun tarak.

Aku pelik ler...apasal ler banyak sangat iklan kat dlm web suratkabor mende2 yang macam nei...kalau buat iklan kat blog tu ok ler lagi...pelik wal ajaib

Anonymous said...

hal gini kwn aku pena kna la skali..
aku ada gak nasihat kat dia p dia xnak dgr...pa leh buat dia join juga bnda2 mcmni..aku nasihat ckp aku dengki plak...
kalu nak kaya cpt keja je la...
nice topic..

-e'[D]-

rose said...

org sekarang ni semua nak kaya cepat..(yela, sape tamo kaya kan..heheh)..tapi nak dgn cara yg mudah je..bukan nak usaha lebih...

kdg2 depa letak flyer kat wiper kete kan..aku tgk je gambor org ngan kete mewah..terus aku renyuk2je..buang..malas nak layan..huhuhu

Mr. Right said...

fid,
Ada juga yang boleh dijoin. Tak semuanya tipu.

fariezul,
Hahaha... kete dan rumah banglo. Yang bestnya kadang2 beberapa peniaga menggunakan rumah dan kereta yg sama. Bengong.

kaizerz,
Ko pernah kena? Haiya...

e'[D],
Betul, nak kaya kena kerja bersungguh-sungguh dan menggunakan kepala otak. Bukan purely bergantung pada luck.

rose,
KAlau flyers kat keta tu semua MLM.

Total Pageviews

. page counter