Thursday, June 26

Who wants to Be a Millionaire?

Aku pernah membaca satu buku motivasi perniagaan, penulis tu tulis mudah untuk mendapat keuntungan RM 1 juta.

Ada 2 pilihan:
1. Jual satu barang dan dapatkan untung 1 juta, atau
2. Jual 1 juta barang dengan keuntungan RM1.00 setiap satu.

Simple je kan?

Daim Zainuddin dalam biography (atau buku lain), pernah menulis 1 juta pertama adalah paling sukar tapi bila kita dah dapat, senang untuk jadikan 2, 3, 4 dan juta-juta seterusnya.Mari lihat beberapa cara untuk jadi millionaire di Malaysia selain dari menjadi kroni ahli politik seperti Daim.


1. Menang Olympics Gold di Beijing2008
Ini adalah pencetus idea kepada posting ini sebenarnya. Terkejut aku mendengar Buletin Utama Selasa lepas. Najib announced Malaysia akan reward athlete yang menang gold di Bejing nanti dengan wang RM 1 juta disamping incentive pencen RM 5 ribu sebulan yang tetap dikekalkan. Wah…. Lee Chong Wei dan Koo – Tan mesti terbeliak biji mata masa dengar pengumuman itu. Aku tidak mahu question decision menaikkan incentive kemenangan dari RM160 ribu kepada RM 1 juta walaupun kerajaan minta rakyat semua berjimat cermat, cuma aku tidak faham kenapa diumumkan sekarang? Selepas tarikh kelayakan untuk semua acara hampir selesai. Kenapa tidak diumumkan awal-awal agar ahlete kita yang sememangnya mata duitan (macam kita) boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk layak dan menang emas di Beijing nanti.


2. Masuk Pertandingan.
Jadi seperti En. Samerin yang menang 1 juta dalam rancangan More Jutaria duluuu. Dalam rancangan Who Want to be a Millionaire versi Malaysia tiada pula pemenang RM 1 juta. Tapi sekarang ada rancangan TV baru yang memberi peluang untuk menang 1 juta ringgit. Rancangan kendalian Aznil di Astro Prima, Jangan Lupa Lirik. Walaupun setakat ini peserta hanya menang 5 ribu, 10 ribu sahaja. Tetapi hadiah paling tinggi yang ditawarkan adalah wang 1 juta. Mungkin pekerja pusat karaoke atau DJ radio boleh menang la kot. Mustahil la nak tahu lirik berpuluh lagu dalam dan luar negara. 2 peserta sudah menang RM 1 juta dalam rancangan One in a million. Tapi mereka tidak menang cash, mereka dapat contract rakaman dan beberapa hadiah sampingan lain. Tak cukup menarik.


3. Merompak.
Macam dilaporkan Utusan hari ini: 2 lelaki rompak kedai emas RM1j. Dalam masa beberapa minit sahaja perompak berjaya melarikan barang kemas bernilai 1 juta. Campur dengan perancangan beberapa hari, not a bad business untuk perompak tu kan?



4. Sertai MLM
.

Tengok gambar diatas, sekadar memberikan 3 contoh program yang menjanjikan kita manjadi jutawan dengan mudah. Pergi lah try join, modal tak besar sekadar puluhan atau ratusan ringgit sahaja, kerja minimum tapi dapat pulangan ratusan ribu dalam beberapa minggu. Confirm dalam tempoh beberapa bulan kita akan jadi jutawan.


5. Lain-lain Contest.

Pergi search google dengan keyword “one million contest”, boleh jumpa pelbagai pihak offer cool one million USD untuk macam-macam contest. Ada yang pelik macam membina rocket ke angkasa, cipta daging tanpa bunuh haiwan, online lottery, hantar video menarik, hantar gambar unique, dan macam-macam lagi.

Good luck….!

9 comments:

AC said...

"Jangan Lupa Lirik" - on Astro Ria, not Astro PRIMA...

p/s - saja je nak naikkan rating comment...

rose said...

a'a..betul tu invey AC..astro ria

ermm..patut ke bagi RM1 juta tu?
mcm byk sgt je..kerajaan cakap kena berjimat cermat..belanja berhemah..tapi nak perabih kat sini lak..aduis la...

bagi setengah JUTA DAH LA..ade gak perkataan juta..ngeh ngeh

miekabo said...

bos pada bos aku penah cakap...
kalau kita nak kaya... kita tak payah susah-susahkan diri masuk direct selling ke, MLM(meniaga lewat malam), atau ape-ape jenis perniagaan yang ada sistem hybrid...
sebab memang betul... untung dalam masa yang singkat... tapi tak boleh stop tiba2 macam tu... kena terus 'perkasa'kan downline....
sebab kalau kaya-raya(manusia memang tak puas dengan apa yang ada)kena "perah" downline....

tapi bos pada bos aku cakap...

untuk kaya dalam jangkamasa panjang, bermula dari berniaga kecil-kecil...
contohnya: buka kedai runcit, jadi pemborong kecil-kecilan, jual sayur....
perhatikan sekeliling kita.... bagaimana chinese berniaga....

berape kerat chinese main direct selling, MLM....

Ini apa yang bos pada bos aku cakap daa...

terpulang untuk terima....
tepuk dada tanya nafsu....

lalala.Inc said...

hurm.....
nape eak sampai macam tuh skali ganjaran yang diorang bagi??
and mane plak datang hasil diorang nak bagi ganjaran sampai macam tuh skali??
dari duitt rakyat??
adehh.....
kite sakit tekontang kanting keje neh pon susah gle nk dapat kan jumlah yang baynyak macam tuh tp diorang leh bagi senang2 jer kat sape yang diorang ase nak bagi...
memang bagus menda camtuh leh naikkan semangat atlet tapi masalahnyer berbaloi ker ngan keadaan rakyat still bengang lagi nga kenaikkan minyak n desas desus cakap nak nek lagi dlm 2 or 3 blan lagik....
isk....
aku tak paham...
macam neh aku jual kompeni aku neh then aku nak jadik atlet jer la kalo macam tuh...
leh dapat tanah, keta, elaun tuh, elaun neh....
tk payah la aku nak serabot keje..
eakakakaka.....



P/s:- Dlu aku atlet gak... men basketball wakil selangor untuk SUKMA 2004...
hahahahaha...... ;p

Mr. Right said...

ac,
True. Astro Ria, silap.

miekabo,
Betul...betul dan betul. Ramai Chinese tak involve dengan MLM dan direct selling, instead mereka jadi taukeh MLM dan Melayu pakat2 jadi ahli.

lalala,
Mungkin kerajaan tahu kita takkan menang pingat emas kat olimpik nanti, so janji je lah berapa puluh juta pun. Sama je.

Anonymous said...

Hi, as you can see this is my first post here.
In first steps it's really nice if somebody supports you, so hope to meet friendly and helpful people here. Let me know if I can help you.
Thanks in advance and good luck! :)

Anonymous said...

Whats up everyone, I just registered on this superb discussion board and wanted to say hello! Have a amazing day!

Anonymous said...

hi everybody


just signed up and wanted to say hello while I read through the posts


hopefully this is just what im looking for looks like i have a lot to read.

Anonymous said...

pretty cool stuff here thank you!!!!!!!

Total Pageviews

. page counter