Monday, July 7

Aku Cuba Ubah Gaya Hidup

Early June, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad try to ‘walk the talk’ and test the public transport in Malaysia by using Express Rail Link to Putrajaya from KL. Photo below stole from TheStar’s report.

Not long after that (obviously aku malas nak search exact date), 4 ahli parlimen pembangkang mewakili pelbagai kaum berbasikal ke parlimen. Just search Youtube if you interested to watch the clip. Dah macam filem Bujang Lapok pun ada aku tengok 4 ahli parlimen naik basikal pakai baju putih.

So, inspired by those events aku sendiri mengambil initiative untuk mengubah gaya hidup selepas peningkatan harga minyak. See, aku bukan simply kutuk kerajaan tanpa berfikir atau dalam kes ini tanpa membuat experiment terlebih dahulu.

Start June, selama satu bulan aku berkongsi kereta untuk pergi kerja. Rakan sekerja aku dan adiknya dari Meru, Klang pagi-pagi datang ambil aku di Shah Alam, aku tidor dalam kereta dan 45 minit – 1 jam selepas itu aku akan bangun bila sampai office aku di P.J. Kadang kala dia kejutkan aku bila sampai tol, untuk minta duit. Arrangmentnya adalah aku bayar kepada dia RM150.00 sebulan. Bajet untuk petrol dan tol aku sebulan dalam anggaran RM300 – RM400, dia pun sama. Jadi aku bayar separuh daripada jumlah itu. Tapi pada hujung bulan lepas, dek kerana dah takde duit, aku tokok lagi jumlah share aku kepada RM190.00.

Hasilnya, not bad. Mereka suka sebab dapat wang tambahan, aku berlebih la suka sebab dapat ‘driver’ setiap hari. Hahahaha…. Bajet pun save. Tapi (always ada tapi), sukar untuk kami bergerak kemana-mana. Jika aku ada meeting atau discussion selepas waktu kerja, adik beradik tu terpaksa tunggu aku. Begitu juga sebaliknya, jika mereka buat overtime, aku pun terpaksa terpacak depan computer dan update atau baca blog. Not to mention kesukaran kami untuk pergi kemana-mana selepas office hour. Semua aktiviti terpaksa dirancang betul-betul. So, selepas sebulan, we call it off. Mutually kami agreed memang sukar untuk berkongsi kereta.

Then, start bulan ini aku ambil initiative lain, aku naik bas. Sound weird bila ada kereta, tapi still naik bas. Aturannya adalah seperti dibawah.

Tunang aku hantar aku di Section 2, Shah Alam (dekat dengan UiTM), then aku ambil bas RapidKL nombor U80 sampai PJ. Lepas tu aku naik teksi atau local bus untuk pergi ke office. Daily aku akan spend around 5-8 Ringgit. Still save compare dengan aku drive kereta sendiri. Plus aku still boleh tidor dalam air-cond selama lebih ½ jam dalam bas. Then, surprisingly aku baru tahu dalam bas RapidKL ada screen TV. Mereka tayangkan iklan, preview movie-movie baru plus ada kartun! Seriously, so far aku perhatikan ada 2 watak kartun yang ditayangkan, satu cartoon Doodlez dan satu lagi nama Bernard. Damn funny… Ramai penumpang akan tergelak, or at least senyum dengan dua character ni.

Terkejut aku bila tahu that small boy, the main character of Doodlez bernama Dood. Aku ingat aku sorang saja pakai nick Dood. According to wikipedia, Doodlez adalah cartoon series yang berasal dari Canada.

Jadi aku selfishly declare nothing wrong with our public transport. Compare dengan public transport di kampong aku dulu, memang jauh beza. Bas jarang-jarang lalu, sampai pun selalu dah penuh. Keadaan bas pula kotor, tiada air-cond, selalu rosak...etc. But tentunya kalau compare dengan negara maju lain maybe kita still ketinggalan jauh kot. Although aku juga kena la admit maybe aku just plain lucky, since laluan aku simple. Tidak perlu berasak-asak, berebut nak naik, pastu kalau kena berdiri all the way pun baru 45 minit, tak la penat sangat. Then aku baru je try for one week, belum lagi merasa bas rosak, driver mogok, atau kena sexual harassment dalam bas… hahahaha…. Aku juga beruntung sebab aku ada kereta company yang aku boleh gunakan di office untuk kemana-mana during office hour.

Conclusionnya, ada juga logiknyanya saranan kerajaan minta kita ubah cara hidup. At least aku dah try ubah cara aku pergi kerja. Walaupun hanya save beberapa ratus dan saving tu pun akan habis juga untuk benda lain nanti, tapi sebenarnya ia memang boleh dilakukan. Terpulang kepada diri kita sendiri sahaja untuk nak manjakan diri atau tidak.

Maybe next month aku nak try train pulak. Komuter Shah Alam pergi ke KL Sentral, then patah balik ke LRT Asia Jaya.

Or next month aku naik kereta balik…naik CRV kot (budak office aku je faham) atau naik Proton Saga yang penuh dengan sentimental value (family member je faham)…. Hahahaha…

23 comments:

pcsolotto said...

I agree with you about these. Well someday Ill create a blog to compete you! lolz.

AC said...

Aku teruja dengar kau nak naik komuter from Shah Alam. Aku dah 4 tahun naik komuter ha ha ha ha.... sangat hampeh dan hampas... Takde improvement langsung. Dulu frequency 15 minit interval now dah jadi 20 min. Dah terkebelakang. Itu dalam jadual... actual interval time dia ialah 30 hingga 45 minit.... ha ha ha padan muka aku....

teek said...

Dood, ada menteri baca blog ko ni ke? :P

First of all, commendable effort. Well done.

But nasihat tukar gaya hidup ni hanya menambahkan level marah/menyampah rakyat jelata yang majoritynya menggunakan public transport atau mempunyai kenderaan sendiri tapi they have family of five (at least) to feed and earning less than 3k.

People who use the public transport, ppl who don’t go out much/ at all, seriously, what are they supposed to do? How they gonna change their lifestyle? By only going to work 3 days a week hence, saving their 3-days fares? The family in Sabah who eat siput babi should’ve change their diet to normal siput with no babi. Babi mahal.

Dood, if my next comments gonna put you in jail. All I’m going to say is- I’ll be sure to visit you ;)

That Shahrir guy declared that Msia public transport are reliable, siap tangkap gambar lagi. Excuse me YB, naik ERL during non-peak hours, kitorang tak heran la. YB, I extend my invitation to you on going to work with me. In fact, I will pay for your fare. Just be sure to wear your suit, carry your briefcase and all your documents.

If I heard anymore advise from anyone (read: Ministers) on “change your lifestyle”, if I have the means, I’m so gonna slap that “anyone” silly. Change your lifestyle, my arse.

rose said...

erm...nak naik komuter?
tak berbaloi kot..cube tgk calculation nih...

Shah Alam Komuter ke KL Sentral = RM2.50
KL Sentral ke Asia Jaya LRT = RM2.00
Teksi dari Asia Jaya LRT ke Ofis = RM3.00

semua skali..RM7.50..

pergi balik...RM7.50 x 2 = RM15

istist..tak berbaloi kot..hehehhe...

AC said...

Amat setuju dengan En Teek.

Aku pun nak jemput Minister @ Monster naik komuter dengan aku. Aku boleh sponsour kad Touch N Go bagi dia orang selama 1 bulan (Kad Touch N Go boleh guna kat komuter station)

Baru tahu betapa siksa nya rakyat marhaen guna public transport. Aku dah 4 tahun guna.. nak ubah mcm mana lagi....

Anonymous said...

DS Najib tu agak2 korang nak naik LRT? Lahir je, bapak dia PM.Ko ingat dia peduli ke susah korang.

Hishamuddin pun sama jugak bapak dia PM.Nak beli gula sekilo pun dia tak tahu nak cari duit seringgit dengan 45 sen!!

Tapi ok gak semalam aku pegi PROTES naik LRT dari KL Sentral sampai Kelana Jaya.Lepas tu naik RapidKL sampai Stadium.Jimat gak.

Joe Scapula.

lankapo said...

hahah Teek , marah nampak. Lawak gila baca komen ko.

Where do u got that snail pig idea :)

aku hari2 naik kereta pergi keja di shah alam dari putra permai kena tiga tol.
LDP Putrajaya RM 1.60
LDP Puchong Selatan RM 1.60
ELite Puchong Shah alam RM 1.00

PErgi balik RM 8.20
blum kira minyak lagi best kan..

the who said...

dood,

tahniah kerana mencuba sesuatu yg kita jarang2 nak cuba, well done.

tapi macam aku ni, rumah kat subang dan aku rasa dia punya pengankutan awam adalah hampeh. Stn Putra yg paling dekat kat kelana jaya, bas yg nak pegi sana = none. Bas 1/2 jam satu pegi pekan subang pastu samada transit nak pegi shah alam @ pegi kl. Dan aku rasa aku adalah orang yang bengong kalau naik public transport sebab aku keje kat kl, bukan kat area stn bas, aku keje kat jln semarak, kena lagi transit satu bas lagi. pukul berapa aku nak kuar rumah & pukul berapa nak sampai.

Aku rasa kau dan berberapa orang lain yg adalah beruntung kerana senang nak dpt public transport.

So, bila aku kira2 balik aku akan habiskan dekat RM800 sebulan minyak sahaja, tak masuk tol & kos balik kampung (wajib balik sebulan sekali ke taiping, sbb atok nak tgk cucu).
Jadi, apa yg aku buat sebagai jln penyelesaian dan aku rasa semua orang patut buat ialah pasang je NGV kat kereta. Jimat gila. Sekali isi RM 10 buleh pegi sampai 2 hari. Cuma kena kuarkan kos mula je yang mahal sikit tapi memang berbaloi. 1 1/2 tahun dah boleh cover kos pasang NGV. Lepas ni sebulan 2 kali pun aku buleh balik kampung sebab kat Kamunting dah ada stn NGV.
Hahaha tak payah nak pikir2 pasal public transport, adios.

Anonymous said...

well mr right at least u berani mencoba hehe . untung la pada sesapa yg bole naik public transport pegi ke tpt keja alothough for me public transportation in kl ni aku kategorikan sebagai hampeh atau bahasa kasar skit 'sucks'.aku totally agreed with teek n ac .

akem G

Anonymous said...

*although.

akem G

lalala.Inc said...

ye...
aku memang setuju ngan saranan kerajaan kiter skunk neh....
aku pon skunk dah simpan kete mitsubishi super turing kesayangan aku dok kat umah diam2....
aku gi keje nek beskal jer skunk neh...
thehehhehe....
badan pon leh kurus..lalalalala....


P/s:- ble nak lawan pootsal??

Anonymous said...

dah lah single and available. dapat "encik" lagi.

lankapo, i'm creative like that :P

~teek.

tiang lampu said...

ubah cara hidup ..

menteri2 + gred khas ubah cara hidup berjimat potong elaun..

tapi yang elaun dinaikkan tu apa citer? ..potong 10% 20% 30% (mcm iklan celcom) tapi in the end dpt dilai yg sama gak.. tu apa citer?

naik basikal tu sampai bila? naik KLIA transit, rm9+ kl-putrajaya, sampai bila?

tuan Mr.Right, kalau la bas2 awam kat sabah ni mcm RapidKL, aku dengan hepinya nk naik bas, but sadly its 120% the opposite. conditon bas hampeh, pemandu ntah ada lesen ke tak (ntah malaysian or PATI), membahayakan penumpang + selalu langgar peraturan jalanraya. siap ada kes rompak lg dlm bas. tambang pon mahal, 14kms (dari rumah aku p ofis) = rm2.80 ..3.5 years ago its rm1..

Mr.teek, org ethnic sabah pon tak layan siput babi, ahaha geli dowh.. babi pun dh tak famous. tauke babi pun dh tak buka gerai jual babi sebab babi dh mahal, takde orang nk beli. rugi tauke babi, seekor babi dh rm900, orang beli tak cover langsung harga babi tu. kesian.

hari tu kt berita aku dengar diorang suh bercucuk tanam kt laman rumah? aku nk tengok menteri bercucuk tanam kt laman rumah diorang yg luas + ber-rumputkan 'rumput padang golf' tu.

ubah gaya hidup?
-menteri2 yang ada swimming pool kt rumah, sila timbus balik, gi je sports complex, swim sam2 rakyat.
-laman rumah besar sgt? tu lah, kan susah nk gaji orang siram lagi.
-rumah besar + banyak bilik kosong? apa guna beb? susah lg nk hire orang gaji.
-kereta banyak? sehari guna semua ke? payah tu bayar tax..lagi nk bayar driver.
-rumh besar sgt means terpaksa banyak lampu (mesti la bukan floresen kan), nk aircond lg.. pls, kita kt malaysia, nikmatilah suasana malaysia, tak payah nk ngaku org oversea tak tahan panas. aku tidur guna stand fan pun cukup. save duit nk bayar letrik.
-terlalu kaya? kene keluar extra duit lg nk gaki sekuriti
-baju branded? pakai je lah john master, cukup. branded mahal2 pon untuk tutup tubuh gak!
-datin2 tak payah nk banyak2 barang kemas. ntah zakat tu bayar ke tak kuikuikui >:D
-ELAUN! tak payah elaun. baru korang rasa kami rakyat yang hidup guna gaji bulat2 takde elaun.

eh.. sesi emo lak.. sori tuan punya blog.

teek said...

dood, sorry terpaksa comment lagi skali. Very sorry.


to tiang lampu,
My apology for the siput babi statement. That was not a generalization or me stereotyping the sabahans. And it is definitely not an insult whatsoever. That statement was made based on 'true' event' seen on "bersamamu".

My apology again.

akukaya said...

haha... naik bas? aku dah 3-4 thn kot tak naik bas rasanya kat kl ni. bas express pun kali terakhir 4 thn lepas rasanya.

sejak aku ada motor 7 thn dulu aku jarang naik bas. penyudahnya 4 thn lepas smpi skrg mmg tak penah naik bas.

LRT ada gak kadang2 aku naik. tu pun sbb nak g the mall, utk renew lesen syarikat.

kalo tak motor buruk aku tu la. motor kriss dah berumur 7thn dr bujang smpi kawen dah anak ni.

org ckp, pakai selipar ikut size. pakai kereta/motor ikut kemampuan. pendapat aku la. jgn ada marah pula.

Mr. Right said...

pcsolotto,
Aku ini spam komen. Malas nak delete.

ac,
Aku mmg jarang2 naik public transpot, baru je nak try. Naik komuter beberapa kali pegi KL dari Shah Alam. Aku masih ingat pada 9/03/08, sehari lepas mengundi. Aku naik komuter ngn tunang aku, stuck dalam komuter beberapa jam sebab next station ada power failure. Sial gila... panas siot. Macam dalam ketuhar.

teek,
Relax la sis. Aku tak nampak kenapa perlu marah sgt dengan kenyataan 'ubah gaya hidup'. Ianya terlalu wide dan subjective. Take it positive lah. Stop smoking, stop spending untuk benda2 nonsense juga kira ubah gaya hidup, kan?

rose,
Betul2. Mungkin naik komuter pergi Subang dan naik bas dari Subang ke PJ.

Joe,
Seronok ke pergi majlis PROTES? Aku dengar ada beberapa puluh ribu je. So, consider gagal la kot, kan?

lankapo,
Takpe lah, kau bisnes makin maju. Takde hal pun toll 8 ringgit lebih. Duit Adsense lagi. Cam aku ni lain lah, seringgit pun kena kira, makan gaji lah katakan.

thewho,
Subang pun route bas hampeh ke? Masa aku tunggu bas aku tengok banyak gila bas ke Subang. Yela, cam aku cakap dalam posting, maybe aku just plain lucky sebab route aku tak complicated sangat. Ko spend RM800 sebulan untuk transport? Wah... banyaknya. Dasyat2. Tapi NGV ni kira cam gamble je. Sebab Petronas yang control harga, kalau aku tukar hari ni dan esok naik sampai 2 ringgit lebih. Merana siot.

akem G,
Aku memang berani. Hahaha... lagipun aku anggap fun je. Tunggu bas, tengok gelagat orang. Kelmarin aku tunggu bas kat PJ for one hour, surprisingly aku tak rasa bosan pun. Aku siap berborak ngn mamat Arab mana ntah. Maybe baru lagi kot, lepas ni aku mungkin akan rasa boring ahh... But then, if aku boring aku can simply ambil kereta company bawa balik rumah or minta tunang aku datang ambil.

lalal,
Ko kaki keta ke? Aku buta la bab2 keta ni. Naik basikal? Wahh... dekat ke umah ngn ofis? Kalau kena 10 km, mau kurus lepas seminggu.

Futsal? Ermm... aku busy la. Game kat ofis pun aku tak dapat join. Nak arrange tu payah sikit, nanti lah aku try tanya member2 yg ada team. Aku tumpang2 je lah. Ko nak team yg power ke atau yg ayam? Hahaha...

tiang lampu,
Ohh... orang Sabah. Yela, kat KL pun ramai merungut pasal public transport hampeh, for sure la kat luar KL lagi teruk. But aku dengar Penang much better. Since kerajaan nak basmi semua PATI yang ada so boleh la ko apply jadi driver bas lepas ni kot. :)....

akukaya,
Teman setuju bebenor. Kena ikut kemampuan. Kalau ikutkan hati aku memang aku nak beli motorsikal berkuasa tinggi. Vulcan ke, Virago ke, dari dulu minat. Dan insyallah aku mampu nak beli. But aku rasa aku akan kurang freedom sikit financially untuk jaga machine tu.

All,
Kita tidak boleh suruh orang kaya (tak kira menteri ke, businessman ke, sultan ke) ikut cara hidup kita 100%. Tak adil lah, mereka bekerja keras untuk jadi kaya or they sacrifice some other values in their life untuk jadi kaya. So they deserve to have better life than us. Rite?

tiang lampu said...

Mr.Right, mintamaaf jap tumpang lalu skali lagi.

Mr.Teek, eheh aku bukan marah ke apa. cuma aku tergelak sendiri baca 'siput babi' tu ahaha. pasal siput tu memang ada sejenis yg dimakan (tak kira yg kaya or miskin, kt kedai seafood pun ada jual hahaha, diorng rebus, then cecah kt limau + cili potong2). cengkerang dia kaler itam, kurang lendir and usually idop kt sungai/kolam/alur. tak mcm siput babi, extra lendir dan terdapat di merata tempat tak kira longkang atau tepi tong sampah ..hehehe geli dowh.

..aku rasa la, rancangan 'bersamamu' tv3 kadang2 saja nk lebih2kan cerita..

p/s: alat pengangkutan kt sabah = kereta, bas, motor, kapal terbang, bot sangkut, feri (which ALL guna petrol)..keretapi zaman perang ada. putra lrt ktm erl takdok :D

akukaya said...

Dood, better jangan amik motor besar kalo btul2 tak banyak duit. Maintainance mengalahkan kereta via/kancil.

Aku baru2 ni masa kawaski lancarkan moto baru mereka, baby ninja 250 dengan ER-6N, aku dah cadang2 nak rembat. 650CC baru rege dlm RM 30K.

Downpayment dah ckup, bln2 tak sampai 4 ratus tp bila pikir maintainance punya panya pasal, terus aku cancel.

Duit downpayment tu aku buat bisnes. Hehe... nnt dah siap online store aku, aku bgtau ko. Leh tlg promote2 kat blog ko.

Aku import baju dari China. Sana rega murah giler. tp aku tak pasti plak pasal cukai dan kastam semua ni. aku main berani je.

kalo kena tipu. lebur la duit aku tu tp aku doakn tidak la.

teek said...

i still resent the statement because on the lifestyle/salary pyramid, i'm at the bottom.

Suraya said...
This comment has been removed by the author.
Suraya said...

What a great blog you have here. I also love fashion and my passion always towards my own traditional costume. Such as Baju kurung, baju melayu, cheongsom and saree fashion

I’m from Malaysia, nice to meet you.

satria bertopeng said...

allowz...aku kerja kat area jalan kelang lama...rumah pulak dok kat shah alam....

tapi tempat aku punya kerja selalu pergi PTM, Sharp, kelana jaya...jem nak mampus...tol bole tahan...

bagi aku cara paling mudah ,tak penat pk...naik motosikal....jimat...bole laa...1 hari rm 3(ulang alik opis umah)so sebulan kurang lebih rm 60...
tambah minyak hitam rm 10 so tujuh puluh jeee

nak gerak kemana pun senang....cuma kalau pg meeting dgn org besar...ada malu laaa sikit...maklum laaa naik moto...tapi peduli apa kalau dah stylo....sedangkan ahli parlimen pun naik basikal...hehehhe...

satu masaalah moto...hujan laaa...tapi aku spare baju kat opis...so no big deal

Anonymous said...

ley x sesape gtaw cmnew nk g dari cheras ke jln klang lame by rapid kl...coz i kne prktikal kt sne...i pown xrti sgt...

Total Pageviews

. page counter