Monday, July 14

Bangunan Parlimen Kena Kepong

Sekali lagi Polis ‘kepong’ Kuala Lumpur. Dulu Dataran Merdeka, kali ini bangunan Parlimen pula. Dulu memang terang-terangan ada berita pihak nak adakan perhimpunan tapi kali ini cuma rumors. Sakit betul hati aku. Pagi tadi aku bawa kereta since petang ni planning nak main badminton dengan budak-budak office. So, aku keluar rumah pukul 7:30 pagi, aku sampai office pukul 9:30. Gila… dari Shah Alam ke Petaling Jaya ambil masa 2 jam. Kerja-kerja aku dibeberapa site pun terganggu, ada yang tidak lansung boleh sampai ke site dan ada team yang sampai dah tengah hari.

Aku tidak pasti nak marah pihak yang ura-uranya ingin adakan perhimpunan atau nak marah pihak polis yang mengambil langkah berjaga-jaga yang agak melampau. Everybody tahu police try to make public fuming with those who want to hold the gathering, by doing so we will not give them any kind of support. So, should we blame the organizer or police or Syed Hamid Alba? Kalau tak pasti, ambil langkah macam aku. Aku marah kat dua-dua pihak. Bengong…!


Yang pasti semua ini disebabkan oleh politic Malaysia yang semakin kucar-kacir, semakin teruk, semakin ntah apa-apa.


Beberapa hari lepas masa minum di kedai kopi dekat rumah aku, aku bersembang dengan pelayan kedai tu. Dia ajak aku join cawangan persatuan belia yang dia nak tubuhkan di kawasan rumah aku. Asalnya aku nak juga join, for the sake just nak bermasyarakat. Sama lah masa aku join dia gantung bendera BN bulan Mac dulu. But then, dia selamber je cakap,


“Nanti boleh la minta kau tolong tulis surat dan print, sebab kau ada laptop dan boleh print kat office, kan?”

Dalam hati aku jawap….simple je.


“K*** kau!”

Tapi sebab aku orang timur yang beradab, ayat yang terkeluar dari mulut aku lebih diplomasi dan beradap…


“Insyaallah…”

Bila dia terus ajak meeting pukul 9:30 malam tu, sekali lagi aku bagi jawapan yang sama. Tapi dalam hati aku dah cakap,


“No way aku akan lepaskan siri Monk untuk meeting persatuan belia”

Seriously aku kagum dengan manusia seperti mamat pelayan tu. Dia cakap dia kerja sebagai pelayan saja suka-suka. Dia sebenarnya broker project. Dia dapat project kerajaan, dia akan pass kepada contractor tempatan. At least that was his job masa BN memerintah Selangor lah, since dia ada jawatan dalam pemuda UMNO bahagian. Bila aku tanya kenapa tak cari kerja lain since mutually we know rezeki dia terganggu sebab PKR khabarnya ada geng-geng mereka sendiri yang ingin dikenyangkan. Dia boleh cakap…

“Susah lah, politik dah sebati dalam diri aku…”

Aku tak pasti nak gelak atau nangis masa dia cakap tu. Politik dah sebati dalam diri? What a creative excuse.


Waktu politik Malaysia berada pada imej yang paling bawah dalam sejarah pun masih ada manusia mengaku dia politician. Plus that the same guy yang hantar air kosong aku tadi. Sebab tu aku kagum dengan dia. Bukan aku nak kutuk profession pekerja kedai makan, but agak-agak lah kalau nak sembang pun. Jangan la nak cerita pasal Gunung Everest kalau Gunung Bubu pun kau tak tahu kat mana?


Lastly, aku ada saranan kepada kementerian dalam negeri. Next time kalau ada rumors atau khabar angin ada pihak nak adakan rally ke, tunjuk perasaan ke atau perhimpunan haram lagi ganas ke. Tidak perlu menyusahkan abang dan akak polis lagi. Kesian aku tengok mereka terpacak tengah panas macam orang bangang. Tak buat apa-apa, semua orang tahu their main objective just to prevent crowd to gather at the prime location and to make all of us furious with the organizer. And the ultimate aim is simply to eliminate that kind of gathering at all. So, next time just contact kementerian pertahanan. Segala jenis senjata, kereta kebal, MIG 29, Sukhoi dan kapal selam boleh ditayangkan pada umum.

(Penat buat pakai Word ni...)

Confirm lepas tu nobody dares to hold any kind of protest rally. Kita nak tengok berani ke tidak mat rempit dari PKR menjerit kalau dah muncung kereta kebal beberapa inci depan muka. Hahahahhaa….



P/S: Abang-abang dan akak-akak polis jangan marah aku pula. Nanti sia-sia aku kena C-4. Taaaabaaaabbbooom…!


Update 15/07/08:


Harap-harap jadilah. Just check TV listing malam ini....


13 comments:

Bolehland said...

Somebody once told me, politician will always be a politician.

Nice pic and cool blog.

Aku Tau La said...

Sian orang kat KL... Tapi kat belah Ipoh pun sama gak . Hari Ahad bru ni aku ngan member2 aku satu kete. Ada la 4 org. Kena tahan on da way dari Simpang Pulai ke Gopeng. Ade ke depa tuduh kate kami nak gi KL. Minyak pun dah mahal. X de keje aku nak pi sana.

Paper pun satu hal la..Cheewah.. Cakap kate perhimpunan yang dirancang tak dpt sambutan. Bangga la tu. Pengecut je ckp camtu. Dah ko wat roadblock merat-rata bleh la. Kalau berani pg la tunggu kat Parlimen. Bawak black Maria byk2 pas tu angkut la.
Ape pun tahniah la kepada Menteri Dalam Negeri yang baru...Tindakan yg cukup bengong..

lalala.Inc said...

hurm.....
memang aku pon saket ati ble babs nyer....
kene lak time tu aku kene meeting kat k.l....
aduh...
memang menyirap la haku....
huhuhhuh.....
diorang bkan nak tahan pon...
cume melambatkan perjalanan jerk...
adehh...
meeting aku lambat sejam setengah..
tekanan gle....
dah tu diorang menahan yang pakai baju merah jer...
kebetulan aku pakai baju glory2 man united yang aku tempah datang dari uk....
kene tahan lak haku neh....
hahahhaha...
klaka tol....
yang sal pelayan tuh memang aku gelak ble bace aper yang ko tules..
sebati konon....
islam tu sebati tak ngan ati dier??
hahhahaha....

P/s- Gunung Bubu kat ner beb?? lalalalala.... ;p

dfg9 said...

menteri tu baru nak tunjuk power kat dalam malaysia.... dah lama sgt dok makan angin kat luar ... ape kejadah nya...??

miekabo said...

salam...
sian juga yer...
duk dalam jem... enjin keta running... minyak terbazir cam tu jer... dah ler mahal...
mr right...
lepas nih kita gi keje naik moto jer lah... atau pun paling bangsat naik basikal...
wakaka...

Anonymous said...

Masa untuk bekerja

MELIHAT tindak tanduk pembangkang sejak akhir-akhir ini, kita dapat membuat telahan bahawa rakyat kini disogokkan dengan pelbagai isu yang berpotensi mengkucar-kacirkan masyarakat. Percubaan membuat perhimpunan haram dari semasa ke semasa telah menyebabkan kesusahan kepada rakyat. Rakyat tahu harga minyak naik, rakyat bukan bodoh.

Siaran-siaran TV dan akhbar seluruh dunia telah menceritakan segala-galanya. Negara kita antara yang terlibat. Maka, janganlah rakyat dibebankan dengan akibat perhimpunan haram seperti kesesakan lalui lintas yang juga menyebabkan penggunaan minyak yang bukan sedikit.

Pembangkang hendaklah 'bermuhasabah' diri bahawa Allah SWT telah mengurniakan kepada mereka pemerintahan di lima negeri. Sepatutnya kesempatan ini diambil untuk mentadbir negeri itu sebagai mana layaknya. Maksudnya, wujudkan pentadbiran yang amanah, cekap, telus, berhemah dan menerapkan pentadbiran Islam. Bukankah itu janji mereka ketika pilihan raya umum? Tuhan memberi kuasa di lima negeri sebagai percubaan untuk melihat kejujuran pembangkang memerintah, maka jangan tamak hendak memerintah sebuah negara. Tumpukan amanah yang ada ini. Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.

Ini masa untuk bekerja. Politik adalah wadah kita memilih pemerintahan terbaik.

Sebaik sahaja pemerintahan telah ada, maka bekerjalah, bukan berpolitik sepanjang masa.

Masa kini rakyat bukan 'meluat' kepada kerajaan sebaliknya 'meluat' kepada pembangkang. Ibarat kata pepatah, sudah dapat betis hendakkan peha. Sudah dapat lima negeri, hendak memerintah negara sedangkan pilihan raya umum masih jauh lagi.

Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat. Dengan doa restu rakyat, pegawai kerajaan dan para ulama, negara ini masih bertahan terutama dari segi keselamatannya.

Maka rakyat yang setia mestilah membantu kerajaan mewujudkan ketenangan, harmoni dan keselamatan negara. Bukan menimbulkan huru hara di ibu kota atau di mana-mana jua.

Bukalah pintu hati dan mata kita, lihatlah kesusahan orang-orang lain di seluruh pelusuk dunia. Bom yang meletus di sini sana, wabak penyakit yang melanda dan bencana alam yang di luar kawalan. Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Bagaimanakah jika suatu hari kenikmatan ini ditarik oleh Allah SWT maka yang tidak bersyukur dengan keamanan ini bukanlah rakyat terbanyak sahaja tetapi juga bijak pandai agama yang pakar hukum hakam. Mereka bersekongkol dengan pembangkang lain untuk tunjuk perasaan dan membuat perhimpunan haram. Mereka kena bersyukur kerana masih boleh beribadat dengan selesa, membeli makanan di kedai-kedai atau menikmati suasana damai walaupun harga minyak melambung naik.

Mungkin adanya hari di mana wang tidak lagi berguna. Anda pergi ke kedai, tiada makanan yang dijual. Anda ke stesen minyak tetapi tiada lagi minyak yang boleh diisi. Wabak melanda, perang bermaharajalela dan pelbagai musibah lagi. Ketika itu anda ingin berdoa memohon ke hadrat Allah SWT agar memulihkan keamanan tetapi ketika itu negara sudah hancur. Kitalah semua yang membawa negara kepada keadaan demikian.

Marilah kita bersyukur. Bersyukur bukan hanya ucap kata sahaja. Bersyukur juga hendaklah dengan perbuatan. Maknanya, jangan menimbulkan huru hara, khianat atau sabotaj yang membahayakan negara. Usahlah kita bermain api kerana buruk padahnya.

Pilihan raya sudah selesai, sebahagian daripada tuan dan puan sudah bergelar Yang Berhormat, maka janganlah bersyarah di perhimpunan haram. Berucaplah dengan penuh sopan di dalam dewan yang mulia diiringi dengan hadis, al-Quran dan ilmu yang tinggi, bukan di selang-selikan dengan lagu 'jilat-menjilat' dan pertunjukkan tayang punggung.
lama tak comment....hehehe...panjang ler sikit..



zackos@

Anonymous said...

Ada lagi kau Zackos.

Bagus la pendapat kau tu.Tapi macam mana sekalipun,berapa panjang kau tulis sekalipun,aku tetap akan bangkang BN dan kau tetap akan mempertahankan BN.

Jadi kesimpulannya,sampai bila-bilapun kita tetap tak akan sependapat.

Kau buat kerja kau dan aku buat kerja aku.Kita sama-sama pertahankan hak masing-masing,OK beb.


Joe Scapula.

Anonymous said...

hi joe scapula...

BN or Pakatan Rakyat ni adalah wadah perjuangan untuk org yang berpolitik...

Kita ni orang yang cari makan...
kalau depa ni sema tak buat kerja..asyik nak politik ajer...
kita sema nanti miss soru...

cerita ni takkan habis...
sampai depa ni sema mati, ada yang baru ganti...

jadi tak semuanya mereka buat ni betul dan tak semuanyer mereka buat ni tak betul...

so...masing2 ada hak untuk menilai.
kita semua ada tuhan. Berdoa jer la biar yang tak betul tu di jauhkan.
Kalau terlepas hukum dunia sekalipun, tetap ada satu lagi hukuman yang lebih dahsyat di akhirat nanti..

Kalau asyik nak menjerit kat tepi jalan...buang masa jer..penat beb..
Fikirlah..

Zackos@

lalala.Inc said...

adeh dak joe ngan zackos neh...
kiter same2 melayU AND ISLAM... watper la nak telagah sesame sendri...
biarkan jer la orang yang mewakili pihak masing2 tuh wat keje...
kiter cume perlu cari rezeki and jangan timbulkan kekecohan tak kire la dari pihak mane pong...
jangan la kiter angkuh...
anytinme sume neh akan jatuh...
hidop kiter ibarat roda...
memang la aku tak nafikan yang masing2 ader pilihan fahaman masing2...
tapi bkan disebabkan tuh kiter smer2 islam neh nak gado??
tak elok sumer tuh...

kangaroo said...

wahwah..mcm ade debat kat ruang komen ko la Mr.Right.

Aku nk menyampuk sikit pasal, rakyat bukan meluat dengan kerajaan?? r u serious bro??

Aku ni org Johor, kubu kuat BN katanya, tapi ko tgk lah apa org Johor dapat? Senyap jer lepas pilihanraya..Sibuk pertikai negeri yg dh punyai kerajaan baru.

Kalau ko perhatikan BN dulu beria-ia nk dpt balik Kelantan. Last2 apa sudah jadi bro? Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran lah jawapan nya. Bak kata ko fikirkan lah..huahuahua

Anonymous said...

lalala,

Bila masa pulak aku bertelagah dengan zackos ni.

Aku tak emo langsung kan.Aku bagi kenyataan umum.

Aku ni pun bukannya fanatik politik sangat.Aku still berkawan dengan orang Ameno.Belum pernah lagi aku bentes kaki orang Ameno yang berjalan depan aku.

Sekian terima kasih.

Joe Scapula.

lalala.Inc said...

hehehhe...
relax joe...
thehhehe...
aku tak nafikan dulu aku orang Ameno...
atok aku sendri orang kuat ameno...
tapi aku dah sedar mane yang betol...
so aku pon memilih jalan yang samer macam ko...
tapi kiter diam2 jer la...
toksah ler nak berdebat..
wasted jer..
biar aper diorang nak cakap...
kiter diam2 dah dapat 5 negeri aite??

Mr. Right said...

bolehland,
True and thanks.

aku tau la,
hahahha.. kat Perak kena tahan sebab disyaki nak pergi KL. Paranoid gila pak polisi tu.

lalala,
Tu la sapa suruh pakai baju M.U, lain kali pakai la baju Liverpool... eh.. merah gak. Baju Malaysia la, kuning belang2. Confirm tak kena tahan. Gunung Bubu kat Perak, aku search Google, cari nama gunung yang kurang glamer untuk dijadikan contoh dalam posting ini. Hahaha...

dfg9,
Dia nak tunjuk power, alih2 tertunjuk kemaluan...kebodohan.

miekabo,
Aku tak dok dalam jem sebenarnya. Aku ikut jalan jauh. Dari Shah Alam aku lari pergi Glenmarie, terus ke Subang Airport, masuk jalan dalam tembus ke Kelana Jaya. Ikut bawah NKVE dan LDP masuk perumahan di Kelana Jaya. Dari PJS 7 terus ke SS2, PJ. Then sampai ke ofis aku di Section 14 PJ. Fuh... bersungguh bagitau. :).. Nak naik motor, problemnya badan aku ni motor besar je boleh tahan.

Zackos,
Aku hampir bersetuju dengan komen balasan untuk komen kau dari Ms.X dalam later posting.

Joe Scapula,
Zackos tu antara ahli UMNO yang dah menyampah dengan pergolakan dalam UMNO sebenarnya. Dia desperately hope this chaos will end soon.

kangaroo,
Lepas ni orang Johor mungkin akan dapat Timbalan Perdana Menteri dan next few years 'dia' akan jadi Perdana Menteri kot.

All,
Debat kat sini lebih berkualiti dari debat kat TV. Kan?

Total Pageviews

. page counter