Thursday, July 31

Jenis Blogger yang Aku Menyampah

Notice: Satu je gambar, sebab ada orang email aku minta kurangkan gambar dalam posting. Loading slow dia cakap.

1st posting of this blog, 1 ½ years ago is about ‘blogger pengecut’. Aku mengutuk blogger yang hide their identity behind unique, fancy, mysterious names. Now, after closely involve in so called blogging world, ada beberapa jenis blogger lagi yang aku menyampah. ‘Closely involve dalam blogging world’ bukan lah maknanya aku rapat dengan blogger, cuma maksudnya aku rajin baca blog orang lain simply nak cari idea atau nak make myself aware with current issue. Since everybody knows in Malaysia we can’t rely on main stream media alone as our source of news.


So, aku sememangnya rajin melawat blog orang lain, baca isu terkini, menghiburkan hati dengan penulisan mereka dan kadangkala aku meluat. So, allow me to list down jenis blogger yang aku menyampah. I don’t think appropriate for me to link to any particular blog, but if any blogger happen to read this article please lah evaluate yourself dan jauhi dari sifat-sifat yang aku nyatakan dibawah.


1. Blogger ‘I’m too good to be Malaysian’.

Dalam posting sempena Merdeka last year I wrote almost similar topic. Aku memang menyampah dengan blogger sebegini. Mereka fikir mereka terlalu bagus untuk jadi Malaysian, or Malaysia just not good enough for them. Mereka benci kerajaan, mereka benci rakyat, mereka benci budaya, mereka benci persekitaran. Pendek kata nothing about Malaysia yang menggembirakan mereka. Most of these blogger are those yang studies oversea or use to work there and believe they not belong here anymore. Dengan beraninya aku juga cakap selalunya blogger Chinese yang ada sifat sebegini. Mungkin juga kerana pengaruh rakan-rakan yang sudah berhijrah ke negara lain atau daripada information yang mereka dapat from internet. They believe current situation in Malaysia is beyond repair, so their dream is to live in foreign country and enjoy more pleasant lifestyle there. My answer to these bloggers quite simple, pack your bag and move your ugly ass from my country.


2. Blogger Berlagak Kaya.

Selalunya blogger Melayu yang ada sindrom sebegini. Mereka suka berblog aktiviti harian mereka. Dalam setiap posting akan diceritakan kemana mereka pergi, shopping, bercuti, pergi kenduri, picnic…etc. Jadi, aku perhatikan dalam setiap posting itu akan diselitkan dengan mesej yang kononnya mereka kaya.

Contoh (aku reka sendiri, bukan copy dari mana-mana blog):

Semalam I jalan-jalan dengan hubby di KLCC. Tiba-tiba I ternampak Lipstick Slimshine baru dari M.A.C. So, I pun singgah dan beli 1. Hubby pula dengan penuh baik hatinya belikan I Studio Fix (foundation) M.A.C untuk gantikan yang dah hampir habis dalam bag GUCCI I. Walaupun habis RM500.00 untuk dua barang tu, I puas hati sebab dari bujang lagi I minat M.A.C. Thanks to my beloved hubby sebab memahami I, love you sooo much!

[ gambar lipstick dan bedak, 5-6 keping]

Nampak tak? Fuh.. menyampah betul aku dengan blogger macam tu. Kenapa perlu mention brand barangan kosmetik tu semua? Blogger macam ni sebenarnya desperately nak let everybody or at least her friend knows yang dia sekarang kaya raya dan tersangat happy dengan kehidupan dia. Bengong. Lagi best kalau dia menipu. Cerita diatas contohnya, sebenarnya ianya berlaku bukan di KLCC tapi di Uptown, Section 24, Shah Alam. Dia dan suami hanya habis RM50.00 bukan 5 ratus untuk dua barang tu. Tapi dia gunakan daya imaginisasi untuk menunjukkan yang dia kaya, kononnya. Super bengong. Then, ambil gambar dari sudut yang menampakan konon-kononnya barang tu original. Hahahaha…..


3. Copycat Blogger.

Tidak perlulah aku elaborate panjang lebar rasanya. Ini adalah kes blogger yang curi identity blogger lain atau tiru gaya penulisan blogger terkenal yang lain. Selalunya mereka mengharapkan instant fame dengan pakai nickname yang hampir sama dengan blogger terkenal atau meniru design blog atau ‘membalas’ setiap posting yang blogger terkenal tu posted. Latest trend pula sekarang adalah blogger penyamar celebrity. Mereka buat blog yang konon-kononya milik celebrity. Dengan niat yang tidak terlalu jahat, simply nak traffic ke blog mereka untuk kaut keuntungan beberapa ratus ringgit. Orang kita memang creative.


4. Blogger Sebulan Sekali.

Kawan-kawan ada blog, artist ada blog, politician ada blog, even office boy dan receptionist kat office pun ada blog. So, dia pun gatal tangan nak buat blog. Cuma aku menyampah sebab dalam sebulan, hanya sekali atau dua kali sahaja update blog. And the best thing, bila lama tak update dia boleh bagi alasan terkena blogger's block. Hahahaha… aku ingatkan penulis novel sahaja ada writer's block. Blogger pun ada… lawak…lawak.


5. Blogger Gila Glamer.

Ramai blogger macam ini. Asal jumpa orang terkenal dia akan kelam kabut nak ambil gambar untuk dipublish dalam blog. Tak kira pelakon, pemimpin, blogger famous atau ahli sukan. Then this blogger will express his or her happiness kerana berjaya mingle around with all these famous people.
Contoh:
Aku dengan blogger terkenal, Kenny Sia. Melepak di party Nuffnang.

Aku pun kadang-kadang terkena penyakit ni, tapi aku tahan-tahankan diri. Sebab aku rasa selain dari aku, ramai lagi orang menyampah dengan golongan gila glamer ni, kan?



6. Blogger dari MySpace.

Aku maksudkan blogger yang design blog mereka macam page myspace. Ada macam-macam gambar di kiri kanan, ada flash, ada animation dan paling aku menyampah… ada music. Sedang aku tengok YouTube ceramah Anwar, tetiba bertindih dengan lagu “Aku Stacy”…. Jenuh kelam kabut cari datang dari blog mana satu yang aku tengah buka. Kalau blog tu milik kawan aku, selalunya aku akan cari widget clip lagu itu dan click ‘stop’, but kalau milik stranger aku akan simply close window je. Mungkin sebab aku memang tak minat muzik yang membuatkan aku menyampah dengan blogger yang letak clip muzik diblog mereka.


7. Blogger Berlagak Pandai.

Ermmm… akubetul.com… Takkan aku nak kutuk diri sendiri kot. Hahahha…..


Itu sahaja jenis-jenis blogger yang aku menyampah. Menyampah sebenarnya bukanlah perasaan yang totally tak best. Sebab walaupun aku menyampah, tapi aku still visit blog-blog tu simply because aku nak menaikkan level menyampah aku terhadap blogger tersebut atau nak tengok sejauh mana mereka boleh pergi, faham? Aku juga percaya ramai orang keep visiting this blog for the same reason. Hahahhaa….Hopefully not.


Last words, sorry kalau ada blogger yang terasa dengan kutukan aku. Anggaplah sebagai teguran atau gurauan, which way you look at it. Fact that aku tak mention url blog korang pun dah kira baik dah. Ikutkan hati nak je aku mention dan automatically creates beberapa orang musuh. Baru fun sikit hidup ada musuh, kan...?

52 comments:

princesslavender3 said...

Hoho! Tkejut den Mr. Right dtg umah. Selama ni dok baca senyap2 je blog dia.. skali mak kantoi. Haha.. niway suka masuk cni sbb cara penulisan dia yg sempoi n santai (dua perkara yg berbeza tp sama). Syabas inspektor sab! hak3

*ambik link eh.. (walau da lama) ngeh3!

shafa said...

errmmm....terasa cam terkena sedas...
geddduuudusshhhhh....
adakah aku nih tergolong dlm golongan di atas...
tp bak kate bang bil...
lu pikir ler sendiri....
errmm...no hurt feeling....

Hijrah1429 said...

ada lagi...nak tambah!

1. Blogger yg sibuk dgn 3 F ~~~ food, fun and fesyen berlebih2...hari2 tunjuk apa dia makan, apa dia pakai, apa dia shopping, kemana dia jalan...buhsan!

2. Blogger perasan suker ambik muka sendiri denaag pelbagai gaya pastu kutuk diri sendiri kata gilolah..perasan ler...dll

ini kategori saya menyampah...hhahaa sendiri pun ada terkena gak yg entry kat atas tu...

hanisumayyah

Hananeechan said...

thanks 4 visiting..
sorry, letak link tak bgtau..
used to be your loyal silent reader,
sekali tgk2 ada kunjungan balas lak bila letak link..the nuffnang stats i guess.. and love to read your controversial issues..
=)

thanks 4 the entry..leh gak wat panduan tu..the do's and dont's 4 a blogger from a blogger's perspective..

Anonymous said...

OMG..

I am totally agreed..specially the 2nd one..Bloggers perasan kaya n cantik...
nak ke aku letakkan satu contoh blog kat sini???
hehehehe..tak payah la..u know who u are..
specially when they put their belongings picture in their blog..like HELLO!!!! macam dia sorang je la yg mampu nk beli.
yang paling tak tahan, bila letak gambar konon2 macam beli barang mahal gile, tapi sebenarnyer..hampas!!!
seraya dalam hati berkata..."kesian dia ni, baru nak kenal dunia..."

one words to explain those kind of bloggers..."RUBBISH!!"..

-Ipoh Lads-

Azyyati said...

lepas baca entry ni, tiba2 aku terasa seolah2 aku baru makan cili walaupun tak la pedas sangat.

anyway, aku rasa takde masalah kalau blogger tu nak letak activity seharian dia as long as tiada elemen perasan atau menunjuk2. Lagipun, the blog itself belongs to his/her, so kalau orang lain tak suke why bother reading it rite?

Nonetheless, I had to agree betapa menyampahnya aku with those who simply blogs bout
'Hari ni I beli Gucci kat KLCC, murah je, RM300000000000'
ataupun
'Today i officially become someone's boyfriend, oh i love him/her so much mmmuuaaahhh sayanggg honey sweetieeeee'

Lagi parah kalau siap ade tunjuk gambar dok peluk kissing raba situ sini tak ingat dosa pahala.

Blogger macam ni aku panggil lelaki or perempuan gedik. Sungguh buat aku rasa nak sepak je.

teek said...

dood! the other day kan, aku beli perfume harga $300! Very international aku nih kan? beli perfume mahal2. aku shopping kat starhill, tapi tak best la kat situ, ramai orang...nyampah aku plus, Msia ni panas sangat la. Apsal la negara ko panas sangat dood? nanti aku blog psl perfume ni...bulan depan (september).

;)

anyway, brani ko kutuk aku dood? (#4) sampai ati. aku nih orang penting dood, sibuk menguruskan negara...tu sbb blog sbulan skali.

abikhsan said...

Pada aku pulak, tak semestinya dia blogger atau dalam alam maya dia berlagak, even kalau kat luar, a real life pun dia berlagak memang aku manyampah gille especially yang #2 dgn #4.

Pernah baca statement sorang artis pompuan (dulu ada group) pastu berlakon dan dpt kahwin anak orang kaya. Press tanya kenapa nak gi London.. Dia kata nak pergi beli baju anak dia (baby 1 thn). Katanya lagi dia dah pi "Mother Care" KLCC tapi takde baju tu so I kena pi London la.. dia kata kat sana ada.. Uweekkk... Ditakdirkan jodoh dia tak panjang dgn hubby dia... pastu last two year press buat story dia pi shopping kat Jalan Masjid India utk baju anak dia.... Baru tahu langit tinggi rendah.

Yang #4, ada jugak spesis yang ambil gambar dengan artis atau orang fofular pastu letak kat works station dia. And again lantak la sebab tempat kerja dia kan...

-AC-

DiEsE said...

hey mr. right, i guess i fall under your 'blogger pengecut' category eh??
I enjoy reading your blog. Keep up the good work!

MR. said...

HAhaha ... mmg ko betul ... aku baca blog ko sebab no 7 .... tepat sekali!! hahah ...

dan kadang2 no 2 pun ada gak ... hahahha ... (ko mention pasal gaji 3-4K tu kira dah masuk dalam kategori no 2 la kan? heheheh)

lagi satu aku suka tgk comment org yg mmg sah² ada nama dia dalam comment blog ko nih ... adalah dalam 4-5 orang yg biasa kasi komen kat sini ...

diorang ni termasuk dalam golongan orang yang dengki dengan jenis blogger no 2 ...

pernah dulu ko citer pasal org beli keta mewah (kira ko pun termasuk jugaklah kategori dengki .... keh! keh! keh!)

perghh!!! ramai yg kasi komen setuju ... salah satu komen - "beli keta mewah tapi makan kedekut!" ... pehal dia makan kedekut sukati dia lar ... hahhaha ...

pehtu siap bangga ada skuter v100 sebijik jer nak menunjukkan dia tak suka membazir ... hampeh!!

nak tulis panjang lagi nih ... x per kasi can dulu ... heheheh ...

anggerik ungu said...

dood..thanx la visit aku nyer blog..terharu dewa dh ni..trpgl 4 comment la plk..actually ari 2 aku bru blik dr new zealand..just nk bgtaw aku shopping gle kt sna..pas2 aku pn jmpa dgn mamat hensem kt sna..t aku upload pic..( adakah aku tergolong dlm sume diatas? ) hahhaa...funny btol..nntilah aku cuba jd mcm sume blogger yg ko menyampah..msti ko slalu visit aku nyer blog everyday..sbb ko ckp ko nk tmbhkn lg thap penyampahan ko kt blog org 2 kn? hahahaa.. teruskn penulisan ko mcm ni kerna aku sntiasa menjadi org yg setia melawat page ko... ( dgn nada membodek )

joshuaongys said...

you memang betul la.. hahaha seronoknya i baca blogpost ni.. haha adakalanya i pun ada sesetengah sifat yg u tulis kat sini, tapi inilah blog post yg dpt buat saya wake up.. keep it up lar Mr Right =)

azzamoro said...

sukela baca entry nih...BTW blogger #1 & #2 tuh yg pling byk kot zaman skang..:)

lalala.Inc said...

hahaha...
dalam hati dan sanibariku cume ader blog www.akubetul.com jerk...
aku tak ske bace blog orang len..
agagagagg....

en nordin said...

aku dah update blog aku la... siap ada pembantu lagi

Johnny Ong said...

hopefully i tak masuk apa2 list u tu.... hehe

anyway, susah nak salahkan chinese bloggers yg u mengatakan dlm point nombor satu tu. sebab di luar negara tu, dia macam dapat berbagai benefits sebagai orang luar negara tapi di negara sendiri, diabaikan pulak. sape tak frust.

Kata Tak Nak said...

Hang tau tak, baru-baru ni masa aku dok jalan-jalan di Harrods, aku memang selalu pi sana bila dah bosan dengan Malaysia yang lekeh ni, so aku tengah dok tengok satu jam Rolex yang harga RM150,000 aku ingat nak beli la tapi aleh-aleh tengok di tangan aku alamak jam yang sama aku pakai. Nasib baik tak beli kalau tidak terpaksa la aku bagi kat driver aku jam tu.

Lepas tu kan, Hugh Grant, pelokon Dr. House tu tiba-tiba approach aku mintak autograph pulak. Apa lagi, aku suruh dia pi jauh-jauh la. Er sorry kena berhenti sebab ada temujanji dengan Obama. Dia nak mintak pendapat aku pasai presidency.

Okay, bye.

rose said...

Alamak..aku termasuk dalam golongan yg #4 ke? huhuh..

biasala..manusia..ade mcm2 ragam..
ade yg mcm ni..ade yg mcm tuh..hehhe...masing2 ade cara tersendiri nak berblog..:-)

aku tertarik ngan #2..

tak semua yg berlagak kaya or berduit dan saje2 nak menunjuk..
mmg ade yg betul2 berduit..n mmg mampu utk beli mcm2...and dari segi gaya depa bercerita mmg kita leh tgk..mane yang betul2 mcm tu or mmg saje2 berlagak kaya..:-)

nnurintan said...

aku mmg MELUAT GILA la ngan blogger yg SUKA BERMEWAH2 beli tu beli ni pastu letak kat blog..pastu fanatik2 yg salu baca blog dia tu pun jadi pengikut setia..mula la bergolok gadai beli tu beli ni,holiday sana sini,kalo bole tiap2 minggu WAJIB BERSHOPPING BAGAI ESOK NAK KIAMAT..da mcm PENYAKIT BERJANGKIT KUDIS KURAP da aku tgk memasing dok menayang barang2 shopping memasing!!

huhuhuhu berapi ni!!

aku penah gak tulis pasal ni kat blog aku satu ketika dulu pastu tetiba ada yg perasan aku ckp pasal IDOLA DIORANG ni terus aku dikecam...hahaha kelakar betul..betul la org kata, BUDAK BARU NAK KENAL DUNIA..

era said...

blog masing-masing, so suka hati lah kan. janji ati gumbira, tak suka jangan baca abis cerita..

aku menyampah blog yg banyak iklan je. isi tak seberapa, iklan yang menyemak.. pastu slow loading mmm lagi lah..

tiang lampu said...

nasib aku takde blog, jadi aku tak tergolong dlm kategori-kategori yang disenaraikan. #2 tu memang menyampah, ntah2 esok2 cerita dalam kelambu pun akan ditulis dlm blog untuk santapan para pembaca blog.. huhuh

Mr.Right, esok-esok kasi la pula 'kategori-kategori komen pembaca blog yang aku suka/tak suka"

cadangan je..

trexcic said...

ko punye writing mmg straight foward beb! aku rase aku ade jgk tergolong dlm golongan2 itu! kui...kui..kui..

ruyom said...

It now appears to me that the problem began with the concept of "Ketuanan Melayu".

This concept was introduced around the time when Malaysia was working hard to achieve independence from the British.

As we are all aware, the malays were marginalised in the economic sector and perhaps to a large extend the political side as well.

The malay leaders of the time tried to boost the spirit of the malay community by introducing the concept of "Ketuanan Melayu".

So, the malay leaders at that time used the concept "Ketuanan Melayu" as a rallying point not as a tool to oppress or rid the non-malays, but merely as a cry to prevent the malays from drifting towards oblivion in the era of Malaysia as a country.

While the other concepts ranging from ethnic cleansing to white supremacy are meant to dominate and wipe out the other races, "Ketuanan Melayu" is only meant to help the malays to get to equal footing with the non-malays.

Mr. Right said...

princesslavender3,
Saje singgah, salam perkenalan.

shafa,
Yup, no hurt feeling. Kalau terasa sorry. Anggap je aku bergurau.

hijrah1429,
Rasanya semua org suka food and fun. Fashion tu, orang pompuan je kot. Blogger yg suka ambil gambor sendiri, maksudnya dia confident yg dia cantik.

hananeechan,
Tak kisah nak letak link. Terima kasih lah ye. I dont think I qualify to tell Do and Dont, ini saje je suka2.

ipoh lads,
Wah.. rubbish... Jgn ahh sampai cam tu. Kesian kat dorg. Sometimes dah memang character mereka macam tu. Dari kecil lagi suka belagak.

azyyati,
Rasa termakan cili? Takpe, kalau tak pedas maksudnya cili besar je, bukan cili api. Atau memang ko tahan makan cili. Ada ke blogger yg tunjuk aktiviti peluk cium kepada pembaca? Sungguh bodoh...!

teek,
Takde ah, mana ada kutuk. Tegur je... Masa ko shopping kat Starhill takde jumpa salesman lelaki yang hensem2?

abikshan,
Wahh.. letak gambar dengan artis di workstation. Hahaha... cam tu pun ada. Selalunya org letak gambar isteri, anak2. Maybe orang terkenal tu bagi sumber inspirasi kat dia kot.

DiEsE,
Thanks...

mr.,
Hahahha... Kalau rasa nak tulis panjang2 hantar la artikel kat aku. Nanti kau tengok la cam mana orang reply to your writings.

anggerik ungu,
Tak guna bodek aku, aku ni cuma bukan glamer gila pun. KAlau aku glamer aku dah kaya dah melalui blog. Jumpa mamat hensem kat oversea? Kalau niat ko bercerita ikhlas, tak per kot.

joshuaongys,
Wah, u terasa ke? No lah, I also read ur blog I dont think u got any of the element I mentioned. Maybe a little lah... thats totally normal.

azzamoro,
betul2...

lalala,
Wahh... terharu aku dengar.

en nordin,
Yela.. tau la dah jadi orang kaya baru sekarang. Siap boleh upah pembantu utk update blog. Cam tu la politician.

Johnny Ong,
Yeah... partly I agree with Malaysian Chinese problem. What running away definitely not the best solution, right?

Kata tak nak,
Wah.. hang ni pemimpin UMNO rupanya. Hang p shopping kat LOndon tu dengan bini no 1, no 2 or dengan gf? Aku harap hang boleh tolong beli satu team bola kat England, boleh kita hantar player muda kita train kat sana. k..?

rose,
Terasa ke? Hahaha.... Ye kot, dari gaya penceritaan boleh agak kot diorg ikhlas or berlagak.

nnurintan,
Hahaha.. kena kecam sebab dorg rasa ko kutuk idola dorg? Wah.. kelakornya. Suruh dorg datang sini kutuk aku la pulak... KAlau berani la. Nanti member2 aku kat sini mesti defend aku... :).

era,
Blog yg banyak iklan maksudnya dia nak kaya cepat, nak g Mekah pada usia muda kot.

tiang lampu,
Betul. Lepas ni maybe aku listkan komen yang best dan komen yang ntah apa2. Actually aku dah listkan di 'pesanan/amaran' untuk komen kat atas tu.

trexcic,
A'ah... aku suka straight forward. Jelas dan nyata.

ruyom,
Apa kejadahnya kena mengena dengan 'ketuanan melayu' lak ni.. Jauhnya ko lari...

All,
Aduh.. penat gak aku nak reply komen satu persatu. Sorry kalau ada yang termiss. Selalunya aku komen separuh2, cuma kali ni busy with tender submission. Tak sempat nak check blog selalu. Thanks for all the komen. Happy to find out takde blogger yang marah dengan gurauan aku ini. Actually, aku tak cakap ianya salah atau tak baik buat apa yang aku tulis tu. Aku cuma menyampah, so, tak semestinya yang aku tak suka tu salah dan sebaliknya. Kan?....

sipuri said...

hi..
yang #6 tu saya takde masalah dgn widget2 tu, cuma kalau ianya menyebabkan page download slow, memang tak best.
Oh, enche/che ruyom tu salah post ke hapa?

MR. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nnurintan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MR. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nnurintan said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

anyway i think masing2 ade pendapat masing2. kalau dah tak suke blog org tu sila la jangan bukak ke ape kan. dah kau sakit mata. x de sape pun menjemput korang membaca.

lg pun kite blog pasal our own life bkn nyebuk hal org lain pun.

biarlantak la dia nak tayang ape2 pun jeles ape pasal? ade dia curik duit korang ker?? hihiihi

Islamiah said...

aku plak tak suke blog org yg perempuan melayu yg pakai tudung kan elok2. tapi tibe2 ade je entry tidak bertudung nampak aurat. gi bercuti ka mana2 pakai suar pendekk. heee.. baik tak yah pakai tudungg

Islamiah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

Nak bincang silakan lah. Tapi jangan ahh sampai bergaduh.

RizaL said...

Rilek la dude...
Kalau tak suka, jgn la baca... huhu

MR. said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Bunga said...

TO nnurintan..
buat bodo je ngan MR tu..
dia mmg pengomen yg paling suke bergaduh n cari pasal ngan pengomen2 laik kat blog ini...

so, wat derk je..if di layan makin dia suka..tol dak Mr. Right? hoho..

cubela tgk komen dia yg 1st..tak ke itu menunjukkan dia adalah org yg busuk hati dengan kejayaan org lain...hoho..

dizzy said...

bro,
aku ni trgolong gak dlm artikle lu..yg suka copy cat n sebulan skali nk update...hahha...so aku mintak ijin nak amik artikle tu nk bg kat kengkawan aku,...dushh..biar kena sebijik atas idung ....tp aku letak a name le statement...dipetik dari www.akubetul.com...
huahuahua

nnurintan said...

salam all,

to bunga,

aku mmg x layan pun manusia xde akal cmtu..thx 4 concern :)

*** aku lagi la x suka pada org2 yg suka menyamar jd org lain ni..suka tukar2 nama..pastu nak cakap aku yg bukan2..kelakarnya, org lain xde KECOH pun aku bukak tudung pakai suar pendek, tetiba lak ada yg PANAS HATI ni..agaknya kalo aku bogel, sure lg berapi org tukan :)

BETUL X DOOD??

najnaj said...

Haha.

setuju dengan yg letak lagu auto-play dalam blog!!agak menyakitkan hati.

adieha said...

aku sgt2 setuju dgn #2. naik nyampah jugakla. nape perlu bagitau dgn detail ape yg dibeli. pestu siap dgn gambar lagi. adeh. jakun btol la.

kalo gambar mknn (foodblog) takper jugak la. boleh la cuci mate ramai2.

aku lak jatuh dlm kategori #4. kadang2 aku ade 'blogger'sc block' jugak la. ehehhee.. tp skang dah maintain at least 1 post in a week.

Anonymous said...

aku tak suka kutuk2 blog org lain sbb kita pn tak tahu diri kita ni betul ke tak..yang pnting kita relax dan hormati pendpt org lain..manusia tak kan ada yang sempurna..fikir2kan lah

Mr. Right said...

Aku dah delete beberapa komen 'pergaduhan' atas permintaan mereka yang terlibat dalam 'pergaduhan' tu.

green apple said...

aku ni kategori mana la gamaknya...

amoi said...

aku pon tak suka blog ada bunyi2..terkejut badak beb...

and..aku pon tak suka blog yg ada pop-up iklan...annoying ok...ahahaha...sorryyy...;)

joesh said...

kah..kah..kah..
ada betul gak apa yg ko cakap tu dud..tapi,at the first place buat pe ko gi blog diorang?itu blog dia..suke ati la dia nak tulis apa..bukan nya diorang tarik kaki ko utk click ke url diorang pun..muahahha
tapi aku setuju 100% yang #1 tu...shut ur mouth and get ur ass hell out of here...

titan said...

haha. betul gak. kekadang aku pun menyampah dengan apa yg aku tulis. terpikir balik apa kehalnya aku tulis camtu. tapi gitula dunia blogger dan blogging. Tak semua kita boleh jangka..

Anonymous said...

kau ni yg aku tgk mcm emosi..ahaha..watever

Anonymous said...

sory to say, aku tgk ko punya blog pn ada cerita pasal peribadi. naik bas kena marah la, bagi org tua duduk la. cam poyo jerk. so aku rasa ko tak perlulah nak benci2 blog org lain sbab dorang pn mayb tak suka ngan blog awk. jgn marah just tegur jer. apa2 pn. gud luck

Anonymous said...

Good day!This was a really quality post!
I come from itlay, I was fortunate to search your blog in bing
Also I learn much in your Topics really thank your very much i will come daily

Anonymous said...

hi!This was a really magnificentsuper theme!
I come from roma, I was luck to find your blog in google
Also I get much in your blog really thanks very much i will come daily

Anonymous said...

how are you I was luck to search your blog in digg
your post is wonderful
I learn much in your topic really thank your very much
btw the theme of you blog is really admirable
where can find it

nessa said...

entri lama,baru terhegeh2 nak komen...hehe

pada aku pula,tiada apa yg lebih menjengkelkan berbanding blogger yg pendek akal,suka smash tulisan orang lain dgn hujah yg off-topic,menunjukkan dia tak faham pun apa yg org tgh kupas...tapi gigih juga nak tunjuk wibawa...

well,kita takleh expect semua org bersetuju kan,kalau tak bersetuju,berikan hujah anda secara ilmiah...barulah berkembang minda masing2...

lagi satu,ada blogger bila melaser ya hampun bukan main lagi,sekali org cuit dia,melompat2 juga...kata cool...ntah tang mana coolnya...

yg penting,jgn ler terlalu serius sgt,tgk juga sisi lucu utk sesuatu perkara tu...barulah kita boleh berfikir dgn waras kan dan xdelah nak buat perkara2 terencat...

orait,sy nak selongkar arkib blog,nampak menarik juga...

Total Pageviews

. page counter