Tuesday, July 22

Kawanster.Com…. Hahahaha….!

Notice: Aku damn busy, just nak share something yang aku rasa melucukan.

Kenapa ramai orang ada account Facebook? Best sangat ke? Masa mula-mula aku dengar pasal Facebook mati-mati aku ingat benda ni sama macam ‘social networking website’ yang lain. MySpace, Friendster, Tagged…etc. Tapi makin lama aku perhatikan Facebook main diterima berbanding lain-lain website yang serupa. Orang-orang terkenal macam politician, lecturer, pegawai-pegawai kerajaan pun ada Facebook dan officially beritahu orang lain pasal page mereka.

Mungkin esok lusa aku akan buka account Facebook. Cuma aku malas nak spent masa explore page tersebut untuk tahu semua gadget dan widget yang ada.

Aku terbaca berita ini pagi tadi…


Facebook saman syarikat yang meniru design dan concept mereka.

Ini page website nama www.studiVZ.net yang disaman oleh Facebook….

Cuba bandingkan dengan website Facebook….

Memang tidak banyak beza, kan? Mungkin wordingnya pun sama cuma dalam bahasa berlainan.

Dengan itu, aku nak tunggu bila lah agaknya Friendster akan saman Malaysia version of them, Kawanster. com



Hahahha… creative gila.

Somewhere I read Kawanster.com created by guy named Arsyan Ismail…he use to work with both Nuffnang and also Advertlets, betul ke?. Dasyat, kerja dengan dua online advertising firm yang terkenal di Malaysia.

Dia terfikir nak buat social networking website for Malaysian, setelah fikir mendalam, dia came out with very original name...KAWANSTER… lawak…lawak. Aku juga dapat tahu he the same guy yang buat Digg.com.my, imitation of the famous ‘story sharing website’ Digg.com.



Orang Malaysia memang ‘creative’….. Aku tidak kisah kalau concept nya sama. Memang banyak website yang design atau concept nya sama. Search engine pun ada beratus jenis, free email service pun ada banyak. Cuma next time pilih la nama yang original sikit.

Macam pernah aku tulis disini beberapa kali, kepada En Arsyan , jangan lah ambil hati atau marah dengan kutukan aku. Anggap lah ini sebagai kritikan membina yang bakal menjadi halangan kecil kepada kejayaan anda untuk menjadi I.T tycoon Malaysia. Seriously, aku percaya mamat ni memang handal technical lah. Dia seorang programmer yang power, cuma business-wise, dia belum temui partner yang cukup creative kot.

All the best...!

9 comments:

Anonymous said...

facebook ni macam bes banyak dr yg lelain...dan yg paling bes sbb bos paksa buat sbb dia nk ajak main vampire...lepas tu dapat tau head department pun ada...huhuhu..

teek said...

facebook used to be of certain standard and "exclusivity" because back then, majority of the users of frienster and myspace didn't know its existance.

skarang ni, almost everybody uses facebook.

note: why does girls like to take pics of their faces from the side and taken from certain angles up? oh, not to forget..the fringe/bang ala Puteri 'enjoy!'
note 2: kawanster is a stupid name. i expect creativity from IT ppl but ...apparently they are not.

lalala.Inc said...

memang tak dinafikan orang Malaysia neh memang ramai yang bijak dan hebat...
tapi sayang nyer diorang neh terlalu kuat untuk 'copycat' originalitty orang len...
siyes...
even ko tengok la keta mesia sendri....
almost 100% copy technology orang len..
even diorang kate keta jenama mesia, tapi aku tak respect and susah nak bangga cuz diorang tak der idea untuk wat design sendri...
tengok jer la MPV yang akan launch awal taun depan....

abikhsan said...

Tak takut kena saman ke kalau tiru meniru ni.... Aku memang pakai kereta Proton. Ada satu model je yang dia develope sendiri iaitu JUARA. Tengok la macam mana design dia.. Tapi WAJA, GEN2 dan PERSONA pun design sendiri tapi enjin still outsourcing.

AC

Minta maaf ya... promote blog kat sini..

http://coretan-abikhsan.blogspot.com/

rose said...

hahahahha...
kawanster????
hahahahha...adeh..lawak cipanzi lahh....=))

adeii..tukarla sket nama tu..dah seketui2 sama..bahasa je lain...

abikhsan said...

Tak pun tukar je jadi Sahabatster, Rakanster dan apa-apalah asal jangan Skuter je dah... lawak siol...

miekabo said...

hehehe....
bab yang nih aku kureng minat skit...
cuma aku setuju ngan mr right, rose n abikhsan...
kelakor namanye...
cuba la guna bahasa melayu terus ker...
main sikit2... rojak... buat malu eh...

Mr. Right said...

ano,
Facebook ada game ke? Fuh, menarik...

teek,
I.T guys memang tak creative pun there just know how to follow rules. Since programming, coding, etc all about following the rules and certain standard. Think so...

lalala,
Proton nak keluarkan MPV? Tiru sapa punya?

abikhsan,
JUARA Proton developed sendiri ke? Rasanya mcm penah tgk keta Jepun rupa cam tu. Tapi kalau betul JUARA design 100% sendiri pun tak bangga. Damn... rupa mcm kotak kasut. kan?

rose,
Betul2... betul.

miekabo,
Betul2...

SyDen said...

baca kat Reader's Digest, Facebook nih dah bleh jd online resume. Means, employer leh check bakal employee mereka...so sesapa yg tlibat dlm Facebook ( atau yg sewaktu dgnnya, berhati2lah..heh heh heh )...

p/s : sori kalu xde kene mengene. just utk info saja.

Total Pageviews

. page counter