Tuesday, July 29

Salam Bodek Nak Mampos

Notice: Lega… Everything almost done, referring to kerja-kerja aku di office. Although, seperti yang semua orang sedia maklum, kerja kat ofis tidak mungkin habis. Kalau habis, maksudnya company dah bankrupt. Tapi kerja yang aku concentrate 1 minggu lebih, akhirnya selesai. Tinggal nak letak bedak dan gincu je bagi cantik. Penat siot. Those who in telecommunication field mungkin boleh teka aku busy sebab apa. Sebab benda tu besar, macam sebiji kek yang cukup besar, semua orang nak rasa. Kalau tak dapat sepotong pun, dapat rasa buah cherry atau jilat batang lilin pun jadilah. So, blog ini ditinggalkan tanpa update for few days. Sorry, mungkin aku boleh juga curi masa untuk update blog. Tapi aku malas nak memeningkan kepala boss dan rakan sekerja untuk bengang dengan aku. Salah satu tujuan hidup adalah kurangkan menyusahkan hidup orang lain, kan?

Aku dapat satu gambar dari email. Dah lama dapat gambar tu, beberapa bulan lepas. Tapi aku biarkan sahaja. Tadi sambil relax-relax aku terjumpa semula. Gambar tersebut adalah gambar Shahidan Kassim bersalam dengan Najib. Seperti biasa, kalau forwarded email tu, maksud mesti ramai dah dapat gambar yang sama. For sure a lot of blogs already publish and make fun of the same picture. So, sekarang turn aku pula.

Berjabat tangan sememangnya penting. Pembuka dan penutup pertemuan mesti ada salam. Tak kira bangsa, agama dan negara. Salam adalah aktiviti universal yang dilakukan dalam pelbagai acara tak kira besar atau kecil.

Sebelum tengok gambar ‘Salam Bodek Nak Mampos’ (forwarded email tu namakan sebegitu), aku nak tunjuk beberapa jenis salam atau berjabat tangan lagi.

1. Salam Akad Nikah.

Salah satu berjabat tangan yang paling penting dalam hidup seorang lelaki muslim. Pengantin lelaki salam tangan tok kadi atau bapa pengantin perempuan dan melafazkan nikah. Actually aku rasa selain akad nikah, aktiviti ‘akad’ yang lain juga perlu bersalam, seperti akad jual beli dan akad janji.


2. Salam Tak Ikhlas
.

Obviously ini adalah salam orang terpaksa. Kenapa mereka terpaksa salam? Entahlah… bukan suruh tidor sekatil pun. At lest berlakon la sikit.


3. Salam Bernafsu.


Gambar atas tu bukan betul-betul salam la. Itu lebih kepada genggaman tangan. But, bolehlah… Aku tak jumpa gambar salam antara pasangan kekasih, but you guys know what I mean, right?


4. Salam Tak Dapat.


Ini kes lawak. Penat tadah tangan tapi tak merasa salam. Tak boleh nak bercerita dengan anak cucu dia pernah salam dengan perdana menteri. Ok, if look closely actually pakcik tu tengah tunggu turn, bukan tak dapat, Cuma belum dapat lagi.


5. Salam Tak Nak.


Ini memang bukan kes tunggu giliran. Ini memang tak dapat atau lebih tepat, tak nak. Gambar yang cukup popular dikalangan blogger muslim untuk menggambarkan betapa waraknya perdana menteri Iran. Refuse to elobarote more on that, sebab dah ramai pengkritik yang dah berikan pandangan mereka.


6. Salam Teman Tapi Mesra


Satu lagi gambar yang cukup popular diblog-blog politik. Again, aku takde mood nak mengarang ayat untuk mengutuk hari ini. Pergi la search di Google atau search engine baru Cuil.com dengan perkataan "Islam Hadhari", "Pak Lah Hadhari" atau apa-apa yang dirasakan sesuai. Mesti jumpa berlambak pihak yang mengutuk dan tak kurang yang defend Pak Lah.

Ok, dah malas nak cari… malas nak fikir. Jom saksikan…


7. SALAM BODEK NAK MAMPOS.


Ini gambar awal tahun rasanya. So, ini kes bodek untuk bertanding pilihanraya. Dia bertanding tapi malangnya tak dapat jadi menteri besar. Maybe kena cium then laga-laga pipi baru dapat jadi MB kot.

Chow… aku nak balik rumah, nak tengok game Chelsea lawan Malaysia. Kepada member-member yang ajak pergi stadium, sorry lah. Aku tak boleh pergi, bukan tak nak pergi. Tapi kalau Steven Gerrard atau Torres tahu aku pergi nanti both of them merajuk dengan aku. Hahaha….

Semua gambar kecuali gambar last aku ambil dari result page google. Pemilik asal entah siapa.

8 comments:

great lakes student loans said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Wah!
Ganas sekali cara salam encik shahidan kasim kita yer...

abikhsan said...

Kau balik nak tengok Chelsea main..??? Ada live ke semalam kat TV. Tak tahu pulak kalau ada live kat internet @ Youtube.

Kesian kat anak aku (also MU supporter) tunggu depan TV habis semua channel dia bukak termasuk Aruna, Kirana, Ceria dan Zee TV takut ada live. Hampeh...

Apasal takde live ha....??? Malam ni (30/7/08) baru ada delayed telecast kat Ch 811.

-AC-

ramonezz said...

haaaahhhah...bodek nk mampossss....respect la kt PM Iran tuh..huhh

rose said...

hurmm..mcm ape ek muncung Shahidan tu? kikikikik....lawak betul...:-))

anggerik ungu said...

lawak betul cara shahidan salam..betul2 menunjuk kn dia ikhlas 2..hhahahaa..dood, aku respect ar ngn ko..ko ni idol aku dlm create blog ni..yer ar akukn baru..so..support aku gak yer..hehhee ( bkn iklan murahan )

abikhsan said...

Sorry, tambahan;

Akad jual beli tidak perlu berjabat tangan. Sekadar cukup melafazkan "saya beli/ jual" bila duit dah bayar dan barang bertukar tangan.

Kalau kena jabat tangan jenuh nak bersalam dengan sales women atau cashier yang cun melecun.

Kalau shopping kat Kelantan, akad jual/ beli memang berkumandang kat mana-mana premis. Kat tempat lain susah sikit and rasa pelik bila buat akad. (Sorry ya.. off politik komen ni)

-AC-

Mr. Right said...

ano,
Dia ikhlas tu...

abikhsan,
Memang sial, takde live... aku ingatkan ada. Sebab Astro salah satu co-sponsor or organizer. Jadi aku assume ada lah. Aku pun mcm anak kau, habis semua channel aku cari. Semalam je dapat tengok delayed letecast.

ramonez,
Tapi adakah tindakan PM Iran tu dikirakan memalukan perempuan tu di khalayak ramai? Dosa kecil bersentuhan non muhrim compare dengan dosa memalukan orang mana lebih teruk? I donno, maybe dia nak promote Islamic way of life... lagipun mesti dia dah kaji gila2 before ambil tindakan tak accept tangan orang tu.

rose,
Muncung tu tanda sayang dia pada Najib.

anggerik ungu,
Hahaha... ye.. ye.. tak dikira sebagai iklan murahan. Itu iklan selingan, dibenar malah digalakkan. So, ramai2 lah support bunga anggerik berwarna ungu...:)

abikhsan,
Oohh yeke? Aku ingat kalau salam lebih afdal... Kalau juru jual tu amoi, kena peluk cium, lagilah berkat. Hahahahaha....

Total Pageviews

. page counter