Thursday, July 3

Poll Result and New Poll

Notice: Topik santai, dah penat berfikir pasal isu Anwar... hahahaha....

Kepada pengunjung baru blog ini, anda akan perasan akan sentiasa ada poll di sebelah kanan. Selalunya selepas mendapat 100 atau lebih peserta aku akan hentikan dan buat poll baru. So, below adalah poll result yang lepas selepas mendapat 117 responses.
Thanks.


Majority antara kita mempunyai pendapatan bawah RM2000 sebulan. Aku percaya, daripada result poll sebelum ini, majority pembaca blog ini adalah student atau mereka yang muda dan sedang membina karier. Good luck...! cuma aku suka mengingatkan bukan jumlah pendapatan yang penting, tetapi bagaimana kita manage dan membelanjakan pendapatan yang menjadi penentu. Kalau income below RM2000 jangan pula berbelanja seolah-oleh berpendapatan RM6000. Aku adalah antara orang yang paling tidak pandai menguruskan wang ringgit. If anybody interested to know my own salary (not income, hahahaha...) adalah between RM2001-RM 4000. Memang lah ramai orang fikir salary kinda private information. Tapi pada aku tidaklah taboo sangat. Aku boleh je share my exact salary with my close friends. Not with co-workers lah, since that will create unwelcome situation later in the future.


Walaupun ramai student membaca blog ini, tapi surprisingly tidak ramai menggunakan internet di kampus. Mungkin ramai yang ada internet line dirumah atau mungkin connection di campus hampeh. Kepada para pekerja macam aku pula, memang syok mengular depan PC. Since even kalau boss lalu dia akan ingat kita kusyuk bekerja walaupun kita sedang chatting atau update blog. For the record, my boss knew about my blog and he has no problem with it. Selagi kerja aku beres dia akan senyum je bila ada orang bercerita pasal blog aku di office.


Wah, ada juga penyokong fanatik UMNO datang, baca blog aku dan interested to answer my poll.

Since ramai yang interested pasal politik, either support Barisan Nasioanal or Pakatan Rakyat, latest poll aku disebelah tu 100% pasal politik. Hopefully ramai-ramai pakat jawap. Walaupun ada yang dah menyampah dengan politik, please answer and simply pick "Tak ambil peduli" for most of the questions.

4 comments:

lalala.Inc said...

thehehhe....
adehh....
letih nyer haku bekerja neh...
tapi still sempat nak bace blog ko gak..
thehehhe....
emmmm....
poll yang baru neh terlampau politik sangat..
ko tak takot ker beb??
maner la tau ader politician (sucks!) yang melawat blog ko neh..
kang tak pasal2 polis jer datang kat bawah opis ko..
wakkakaaka.....

Anonymous said...

kadang-kadang senak juga dibuatnya walaupon bergaji 6000...nak bayar rumah,anak, keta,maid, bills etc..duit sekarang nilainya makin mengecil...hai dunia...dunia...

Johnny Ong said...

with the figure of rm1,500 being the most probable figure to determine low income earner. looks like majority of msians earn below rm3,000 which is the required amount to sustain a family of 4

Mr. Right said...

lalala,
Aku buat poll je, aku tak tuduh sapa2 pun. Ala, lagipun aku ni blogger ikan bilis je, ramai lagi blogger-blogger ikan jerung yang polis kena jaga.

ano,
Betul2, duit seribu sekejap je boleh habis. Pergi Giant pun satu bag plastic penuh dah habis beratus ringgit.

johnny,
RM3K can sustain 1 family? Ermm... Aku seorang pun susah.

Total Pageviews

. page counter