Wednesday, August 20

Kebodohan Penyokong di Permatang Pauh

Sorry, bebanan kerja dan persiapan untuk majlis perkahwinan aku memang betul-betul mencabar dan membataskan masa untuk aku berblog. Tidak pernah aku tinggal blog aku sebegini rupa. Tiada posting baru, komen tak sempat nak balas, even nak baca komen pun kelam kabut. Minta maaf bebanyak.

Ok… enough whining (like anybody really cares), back to blogpost title. Last Saturday pemuda-pemuda ditempat kediaman aku ajak pergi Permatang Pauh. Ada elaun kata mereka. Elaun makan, kereta dan elaun harian. Fuh! Dari kiraan aku, kalau aku ikut mereka for 12 days berkampong di Permatang Pauh I will be at least few thousands ringgit richer. Not bad for less than ½ month work.

Aku memang tak minat nak follow jadi penyokong fanatic ahli politik ni. Terpekik sana, menjerit sini, ntah apa-apa. Apatah lagi last Saturday and Sunday ada majlis perkahwinan kena attend. Dua-dua member university. Kepada my real life friend yang tak tahu atau tidak suka ambil tahu biar aku yang beritahu. Member kita Lobo dan Mat Deris dah kahwin, same date last weekend. Kepada orang lain, of cause those two names not their real names. Kalau aku cuba terangkan how they got those nicknames aku rasa posting ini akan berjela-jela dan memboringkan.

Izinkan aku jadi penganalisis politik sebentar dan cuba predict apa akan berlaku di Permatang Pauh. Tidak perlu jadi genius pun boleh buat jangkaan seperti ini. No doubt Anwar Ibrahim akan menang, the main point now just the majority. BN intention just to humiliate Anwar by reducing the majority. Anwar akan beritahu pengundi yang dia akan jadi PM selepas menang Permatang Pauh kerana berpuluh-puluh ahli parlimen BN dah tak sabar nak lompat party. Anwar berjanji bila dia jadi PM dia akan ‘selamatkan’ ekonomi Malaysia in particularly reduce petrol price dan eliminate gejala rasuah dan cronyism. Aku cuma tidak pasti samada PAS sanggup gadaikan imej, kepercayaan dan pegangan mereka dengan bersengkongkol bersama Pakatan Rakyat untuk 'membeli' negara kita dari tangan ahli perlimen Borneo. Aku harap PAS akan berikan Pakatan Rakyat kejutan 16 September ini. Aku ada dengar ura-ura mereka akan berikan Anwar and the geng 'hadiah'. Just wait and see lah...

BN pula akan cuba kalahkan or lebih tepat mengurangkan majority kemenangan Anwar dengan…. WANG RINGGIT. Untuk lain-lain peluru BN nak tembak Anwar sila baca Utusan dan tonton berita TV. Aku tidak berani nak tuduh yang Saiful bersumpah last Friday ada kena mengena dengan Permatang Pauh atau tidak.


Pasal sumpah menyumpah ni. Aku pernah reply komen seseorang disini dan nyatakan pandangan aku. Takpe, biar aku ulang sekali lagi sebab not everybody rajin nak baca ruangan komen. Pada aku memang tidak patut Saiful atau Anwar bersumpah dikhalayak umum. Jangan jadikan upacara bersumpah itu untuk bersihkan nama, instead jadikan ia sebagai cara untuk kita melihat siapa yang bohong dan siapa yang benar. Maksud aku, Saiful dan Anwar patut adakan majlis bersumpah itu tertutup. Panggil semua ulama, tak kira dalam atau luar negara, ulama PAS dan UMNO, panggil semuanya. Kemudian Anwar dan Saiful lafazkanlah sumpah mereka. Semua ulama tadi saksikan, buat sembahyang hajat, berdoa agar Allah S.W.T tunjukkan siapa yang benar dan siapa yang menipu. Bagaimana Allah akan tunjukan? Itu urusan Dia, kita tidak perlu arahkan dan minta-minta. Aku tidak setuju diadakan secara terbuka kerana aku pasti dua-dua pihak akan berani bersumpah. Jika Saiful gadaikan maruah dan berani fitnah Anwar depan jutaan rakyat Malaysia, confirm dia berani angkat sumpah, begitu juga Anwar, jika dia berani meliwat seseorang, pastinya dia tidak takut untuk bersumpah depan Al-Quran. So, either way, mereka akan bersumpah. Non-muslim akan gelakkan kita kerana kita ‘mempermainkan’ Al-Quran. Remaja dan anak kecil muslim akan hilang respect dengan Al-Quran.

Lepas tulis enam perenggan baru sampai ke tujuan asal. Aku sebenarnya nak postkan dua gambar menarik ini.

Satu gambar kebodohan penyokong PKR dan satu lagi kebodohan penyokong BN. Nasib baik aku tidak terikut member-member pergi ke Permatang Pauh, kalau tidak aku pun mungkin akan menjadi bodoh seperti mereka.

Pihak BN kutuk insiden ini to the max. Coverage front page beberapa newspapers. Berita utama untuk setiap slot berita TV. Pihak Pakatan Rakyat seboleh-boleh cuba nafikan penglibatan penyokong mereka. Mereka cakap ini adalah pementasan teater penyokong BN.



Ini betul-betul pementasan teater tengah padang. Teater erotic yang menjijikkan. Abang FRU dan petugas keselamatan pun 'izinkan' mereka berlakon.

Both pictures aku dapat dari email. Aku tahu satu gambar pernah jadi front page newspaper, satu lagi tak tahu milik siapa.

Aku tidak faham kenapa lah penyokong-penyokong picisan tu boleh jadi sebegitu fanatic. Relax lah… pemimpin yang berlawan, kalah atau menang mereka tetap akan kaya raya. Kenapa kita yang susah nak kaya ni sibuk bertegang urat, memalukan diri sendiri dan mencemar maruah? Tolong gantung bendera, tolong setup PA system, tolong updatekan blog, tolong rakam dan upload video ke youtube, tolong susun kerusi, tolong supply air mineral dan dapat untung beberapa ribu… banyak lagi bantuan lain yang boleh diberikan. Kenapa perlu buat tindakan-tindakan bangang? Ini membuktikan masyarakat kita belum matang dan educated seperti aku cakap masa komen isu forum oleh bar council beberapa posting yang lepas. Bukan semua, tapi still ramai yang …ermm…. Bangang…!

Chow.. entah bila la pula aku sempat buat posting baru.

9 comments:

lalala.Inc said...

politik Malaysia dah sampai tahap kotor and menjijikkan...
meluat aku nak baceor dengar cite2 sal diorang neh....
semua sebok nak bertekak and bergado sesama bangse sendiri...
bangse lain just tunggu mase yang sesuai jer untuk pecah belah kan kiter....
emmm...
ntah laa...
sal pengakuan bersumpah tuh...
aku mcam kurang setuju gak....
kalo ko bersumpah pon, kene ader bukti yang kukuh and kalo bukti tuh mengatakan ko tak diliwat, so aper lagik? and masyarakat umumnya tau, kalo sepul neh umor belasan tahun untuk diliwat, bleh diterima akal...
tapi ko dah besar panjang pon...
agaknyer dah takder bukti untuk menjatuhkan seseorang, jalan terakhir ialah dengan bersumpah di khalayak ramai??
tujuan??
membersihkan name??
lawak laaa....

MalayMind said...

Explanation pasal saranan bersumpah ni ada kat www.drmaza.com. Ko klik, baca dan nilaikanlah sendiri.

Sumpah ini bukan sumpah yang melibatkan keadilan mahkamah. Kalaupun kedua-dua bersumpah, mahkamah masih lagi menjadi penentu sebab semua bukti akan dizahirkan di situ.

Tapi, yang menjadi masalahnya sekarang ialah persepsi masyarakat dan hukuman Tuhan.

Saiful tu pada aku dah settle. Biar Allah je melaknat kalau dia menipu dan bertujuan jahat. Kalaupun mahkamah melepaskan dia dari tuduhan menfitnah Anwar pun, aku dah takkan membazirkan masa untuk bercakap pasal Saiful sebab dia akan menanggung akibatnya sendiri.

Ni, Saiful kata dia diliwat, fanatik Anwar semua kutuk kata dia menipu.

Saiful sanggup bersumpah laknat, korang kata dia sumpah tak betul la apa la.

Orang macam ni, kalau Anwar mengaku dia liwat pun, mesti rasa Anwar dipaksa mengaku oleh UMNO/BN.

Sudah-sudah la tu, lagipun, kita semua memang tak tahu siapa yang benar.

Susah sangatke nak membiarkan Allah melaknat mana- mana mereka yang bersalah?

Bunga said...

Apela derang tu.
Ade yang gelak2 tgk derang buat aksi2 cengituh. Suppose marah la..ini tak.
Lagi disokongnye. If akula..tak sanggup nak tgk..hmmmmm....

miekabo said...

hehehe....
nape ek???
sian...
tepuk dada... tanya nafsu sendiri...
apa-apa pun esok aku cuti, sepupu aku nak kawin... baik layan kenduri kendara...

bye...

miekabo said...

hehehe....
nape ek???
sian...
tepuk dada... tanya nafsu sendiri...
apa-apa pun esok aku cuti, sepupu aku nak kawin... baik layan kenduri kendara...

bye...

Culan said...

Next time post le gambar kawin awak tu... lalalalalala...

Mr. Right said...

lalala,
Meluat baca pun kau tetap baca lagi kan berita politik. Hahahha.. sama la mcm aku.

Malaymind,
Aku tak berani nak kata Anwar liwat Saiful atau tidak. Sebab nafsu manusia memang pelik. Semuanya mungkin. Dan yang bestnya benda ini takkan ada penyelesaian. Kita tidak akan tahu kisah sebenar.

bunga,
Lawak ganas la tu. Masing2 dan bertukar jadi bengong.

miekabo,
Sepupu kawin pun ambik cuti ke? Bagus...bagus.

culan,
Aku belum kawin lah.

Anonymous said...

yaya..aku sokong giler penyokong permatang pauh memang BANGANG..
buta sgt pemikiran diorang..klo cam nie orang sekarang..tak lama lagi hancur rakyat kita tambah2 bangsa melayu..bangsa lain ngampu tumpang sekaki ble gelak puas2! kita tgk jer lahh 4tahun lagi dari sekarang mampukah negara kita bertahan..tunggu pilihanraya 2012 plakk...

sha said...
This comment has been removed by the author.

Total Pageviews

. page counter