Thursday, September 25

Tradisi Membeli Kueh Raya

Puas hati aku. 3 daily updates in a row. Dekat-dekat nak raya ni fikiran makin free la pula. Semenjak dua menjak ni aku perasan posting aku makin jiwang. Pasal kahwin, pasal birthday, pasal puasa. Ini rasa nak buat posting kontroversi sikit. Hehehe….


Di suatu petang yang hening… di kawasan perumahan yang indah permai….




Mereka berdua terus bersembang dalam meneruskan perjalanan....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Inilah typical perbualan gadis Melayu zaman sekarang. Aku tidak cakap semua. Tapi majoritynya sebeginilah. Tidak minat nak buat kueh, tak minat nak ambil tahu dan meneruskan tradisi dulu-dulu. Mereka lebih minat pakai baju cantik-cantik dan bercerita pasal kereta, pasal handphone. Aku tidak berani cakap scenario ini salah… aku cuma pelik ianya semakin berkembang maju dan dipupuk tanpa segan silu oleh kita semua.

Berapa kerat je anak dara yang pandai dan mahu buat kueh raya? Isteri orang even kaum ibu pun ramai yang beli atau tempah sahaja kueh. Akhirnya nanti anak cucu kita akan anggap memang membeli kueh raya dari peniaga adalah tradisi turun menurun bangsa kita. Apa lah salahnya kalau pekerja perempuan dioffice bertukar-tukar kueh raya. Seorang buat sejenis, buat banyak la. Then distribute ke kawan-kawan. Saling tukar-tukar. Budget pun save, hubungan persahabatan pun akan lebih erat. Tapi apa nak buat… semua orang busy, tak sempat dan yang penting… tak minat. Kan?


Kontroversi tak posting ini? Sebenarnya dari sudut positive bagus juga, maksudnya orang kita dah makin kaya. Makin berada. Makin berclass tinggi. Buat-buat kueh raya sendiri ni bukat taraf kita lagi. Huhu..hu...

Kepada yang akan balik beraya awal (esok atau lusa), berhati-hati dijalan raya. Selamat Hari Raya aku ucapkan. Maaf zahir dan batin. There might be 1-2 posting before raya. Then aku akan offline for 1 week plus, untuk beraya dan berkahwin.


Footnote 1: Aku tahu tunang aku busy dengan persiapan kahwin, sebab tu tak sempat nak buat kueh raya.


Footnote 2: Footnote 1 atas tu bukan petunjuk yang aku bakal takut bini…hahahaha.. sekadar bukti aku seorang yang memahami.

16 comments:

en nordin said...

takut bini??? awal2 lagi dah kasi alasan. sodah lah dud!!

Anonymous said...

erm yeke perbualan zaman skrg? rase nye mane ade org lepak cyber cafe dah. :P that is so high school.

Zaidi Zainal said...

Bro, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin....walaupun baru kenal and Selamat Pengantin Baru.....

Nasa said...

aku rasa makin zaman berubah , semakin banyak adat atau tradisi berubah . aku terasa mostly brg kat umah dl abah aku blh buat . meja yg simple diperbuat drpd kayu yg dipotong sendiri , kerusi taman diperbuat drpd tiang umah lame . adakah kite ader skill or kemahiran mcm tu . so mcm tu ler jgk skang ni . adakah kite tau cara bagaimana membuat kuih tradisional. Zaman sekarang , lg mudah kite mendapatkan barang dan kuasa membeli yang ada menyebabkan kite mengambil jalan mudah . buat aper nak bt kuih klu kite dptkan di kedai terdkt atau beli meja tanpa berpenat lelah seharian melalui proses pertukangan ...

meamizuno said...

Ye..mmg betul..rata2 semua remaja perempuan cm tu skg..taktau la kenapa bila aku try ckp dgn dorg pasal tlg mak masak2, nak belaja menjahit, belaja menanam pokok gardening suma dorg gelak2..ckp aku ni mcm makcik. !_! Lepas tu gelak2 dan ckp takde class la masak2 suma..baik gi clubbing etc...its not cool to go to clubbing ok!.

Huhu..tetibe je rasa nak mengkomen..petang td br je kene gelak dgn membe2 sbb dis weekend tak kua dgn dorg sbb nak wat kuih raya.. T_T smpai hati ku dicop makcik..

shorty soul said...

erm..askum en.betul!! aku rasa posting ko kali nih ader yg xbetul.. ada yg betull..sebabnya??

1. budak2 skrg x di "expose" dgn kuih muih traditional nih... drg lebih kenal kuih.. almond london..mama carey....yg pada aku x sedap langsung! haha..

2. mak sendiri x reti n x minat buat kuih.. so..anak sendiri pun jadi x minat la nak buat kuih2 nih...

so...agak x patut la kalau nk salahkan remaja2 ni sepenuhnya...

btw...selamat berhari raya..n selamat berpengantin baru!!! hehe..semoga kekal ke anak cucu...amin...

anggerik ungu said...

aku ngn dak2 umah yg lain, thun ni mmg we all wat kuih..yerlah..thun ni insyaallah last year ktorg 1 umah beraya as a anak dara..so, nk rasa wat kuih raya sndiri..hehhee..dood..selamat hari raya n seribu kemaafan dipohon..selamat pengantin baru..moga bahagia hndaknyer..

Miss X said...

dood, aku resent penggunaan perkataan "typical" because it's not. Baik ko minta maaf cepat! :P

I can assure you selalunya ‘pompuan’ and ‘malas’ don’t go hand in hand. Tapi kalau ‘lelaki’ dan ‘malas’ adalah typical. Heh. And we don’t discuss baju baru, handphone baru, makeup baru, ko ni dood makin dalam bulan puasa, makin pandai buat exaggeration.

Buat biskut ni remeh skit dan amik masa yang lama esp yg traditional. Plus, kalau buat time raya sahaja tak tentu jadinya. Kami orang pompuan terpaksa amik langkah proactive sbb kami takde masa, masa kami di allocate untuk kemas rumah yakni vacuum, sapu, tukar/basuh/sidai/lipat langsir/sarung kusyen, tolong mak buat main dishes sbb nanti orang lelaki kat umah complain tau nak makan je, bersiap untuk dishes orang datang takbir, cuci pinggan/ mangkuk, keluarkan apa2 cutlery yang patut dan bersihkan, yang ada anak nk kena jaga anak jugak and buat kek which is lagi senang. We have to do all these sebab bangsa lelaki yg ringan tulang, telah pupus. Kalau stakat gantung lampu pasang pelita tu takyah la weh, itu keje ½ jam boleh siap. Lagipun, lampu raya pun tak turunkan right? Cuma tak pasang kalau tak raya je. So, since you guys didn’t have to do anything why don’t you guys bake the cookies? ;)

Women’s job never stops. Remember that.

To Dood and his readers, selamat hari raya and maaf zahir batin.

Fid said...

salam dood

betul tak semua but
aku nak bg tau sikit

semua perbualan tu kebanyakkan dibualkan oleh org yang kurang professional.

setakat pergaulan aku dengan kawan2 aku...dr pelbagai background....kebnykkannya professional area la..memang buat kuih! siap ambik upah buat kuih...

dan dengan bangganya nak umumkan aku pun dah tahu buat kuih sebab aku kawan dengan diaorg....

aku memang tak tau buat kuih tapi dengan adanya internet semuanya dah jadi TAHU....

soo..perbualan yang ko 'rakam'kan di sini relevan untuk org kurang rajin...pendapat aku laa...

kawan aku tengah pregnant tunggu hari(dah admitted dah) pun sempat buat 4 jenis kuih...

soo...kot kalu nanti teringin nak makan kuih dibakar oleh suami-isteri-dan anak kecil sila la beraya ke rumah hakhakhak...

note:komen berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi...

Fid said...

ada lagi plak aku nak komen

kalau ko dah kawen nnt nak makan nasi/ka makanan apa2 yang home-cook(wife masak) hari2 ko bleh la menuntut ngan hubbyku hahahaaa

lg satu...kalau suami join wife memasak lagi macho!

and bagi aku...alasan aku..kemas rumah..jaga anak..susukan anak...kerja opis..dan sebagainya sudah tidak boleh aku gunapakai,,,aku ja la..org lain..lain laaaa

rose said...

Tahun ni tak sempat nak buat kueh ape pon...banyak benda nak urus..
ari ni last kerja..Yey!

tahun depan insyaAllah..buat kueh raya balik..2-3 jenis okla kan..takyah banyak2...:-)

syasya said...

hahaha...
bkn smua pmpn x buat kueh...
mereka cuma nk nk jadikn org yg jual kuih kaya...
if smua org buat kuih..siapa nk beli kuih raya yg byk dipasaran...
kecian makcik jual kuih, penat dia buat kuih x ada org nk beli..=)
neway...selamat hari raya..

Anonymous said...

Heee..Komen aku,mak aku blh buat kuih raya tp anak2 sorg pn x pandai..sebab mak aku buat kuih xde resipi..main campak2 je..hehe..tp klo nak sbenarnya aku blh buat..aku ni mmg suke masak..kuih blm pernah buat lagi sebab sibuk(alasan lg)...ble dh bkeluarga aku akan tnujkkan skill ku ni..heeee...arios

Mr. Right said...

nordin,
Bukan takut... memahami. Hahaha..

ano1,
Ermmm..betul jugak.

Zaidi,
Terima kasih. Nanti kalau aku call minta nasihat pasal alam rumah tangga, kau sudi membantu kan? Heheh...

nasa,
Aku tidak rasa kita patut menyamakan kueh tradisional dengan kerusi meja.

meamizuno,
Ala kesiannya kau kena gelak. Takpe percayalah kau akan having the last laugh in the future. Bersabarnya.. makcik. :)

shorty soul,
Hahhaa... betul2. Tapi aku tak salahkan sesiapa. Aku just bercerita, korang punya assumption lah nak salahkan siapa, jika perlu ada pihak dipersalahkan lah.

anggerik ungu,
Wahh... buat kueh raya sendiri. Bagus2 anak-anak dara ni. Mesti bakal suami korang tersenyum je...

miss x,
Wah...wah... sekali komen panjang ye. Ye la tu... memang ramai orang merasakan diri dia bekerja lebih berbanding orang lain. Normal lah tu. By the way, dah dapat dah beli kueh tart yang kau cari tu? Belajar2 lah buat kueh tart sendiri.

fid,
Fuh!.. biar betul golongan professional buat kueh raya sendiri? Takkan sampai berniaga kot. Ermm... aku tak rasa lecturer, engineer, accountant, lawyer, architect perempuan rajin buat apatah lagi jual kueh raya buatan sendiri. Ermmmmm.....

fid,
No problem. Mak aku memang ajar buat kerja rumah dari kecil. Dia busy menjahit, so aku memang terpaksa buat. Memasak always be my favorite. Tapi aku tak suka tolong orang lain masak, aku nak aku yang jadi chief chef. Hahaha... cuma tak pasti la orang lain suka tak masakan aku. Hahaha...

rose,
Ok... next year kita buat kueh sama2.

syasya,
Kalau semua orang buat kueh raya sendiri, makcik jual kueh tu boleh la jual cookbook ke, tepung ke, marjerin ke... kan?

ano2,
Ko try la pulak campak2. Kalau 10 kali try, takkan satu campakkan pun takde yang mengena. Good luck!

All,
Hepi aku baca komen. Takde kaum hawa yang emotional. Semua take my opinion wisely. Bagus2... member-member aku kat sini dah matang semuanya. Kalau dulu aku tulis cam ni, confirm aku dah kena tembak berdentam dentum.

Fid said...

dood
ko telah menyebut golongan2 yang memang aku berkwn..ya depa buat kuih.....

nak berkenalan?

dZuHriAh said...

..aku tak rasa lecturer, engineer, accountant, lawyer, architect perempuan rajin buat apatah lagi jual kueh raya buatan sendiri. Ermmmmm..... <<< ehem.. mintak mahap sket ye En.Betul. Kami golongan engineer semesia, menafikan sekeras2nya statement En.Betul yang kami ni tak rajin nak buat kueh. Kalau bukan orang pompuan, orang mana lagi yang nak buat keje2 buat kuih ni kan? Tak kira ler engineer ke tak engineer. Sebabnya, aku rasa ini sume dari didikan, bukan daripada profession kita. Kalau dari kecik kita dah dididik oleh mak untuk mengelakkan pembaziran dengan cara membuat kuih raya, aku rasa didikan ni akan kita gunapakai sampai la kita dah besar walaupun kita dah jadi engineer. Lain le kalau kita ni jadi si tanggang, lupakan asal usul lak. Hihi..

Aku start buat kuih, kek dari umo 12 tahun, cuma waktu tu kuih aku masih takleh dibuat kuih raya sebab takde rupe komersial. Senget-senget lagi. Bila dah beso, baru le reti guna cake cutter, baru ler bleh hidang kat orang.

Tentang beli kuih raya tu, aku rasa sebab sekarang orang pompuan dah keje cam orang lelaki, keje overtime, outstation. Bila dah takde masa sangat, terpaksa ler beli kuih. Tapi malangnya, orang laki takleh plak keje cam orang pompuan, pegi keje opis, balik umah, buat keje umah lak. Kalau tak, takde le tradisi membeli kuih raya ni..

btw.. Selamat Hari Raya & Selamat Pengantin Baru..

Total Pageviews

. page counter