Tuesday, October 14

Aku Dah Jadi Suami Orang

Alhamdullillah…. Majlis perkahwinan aku di kedua-dua belah negeri berjalan lancar. Aku sekarang dah jadi suami orang. Fuh…! Macam tak percaya je. Sekarang bermulalah kehidupan aku berumah dan bertangga. Dimulakan dengan aktiviti mengisi rumah sewa dengan barang-barang keperluan. Memang niat aku, balance dari duit majlis perkahwinan baru nak beli kelengkapan rumah, kalau ada balance duit lepas beli barang-barang nanti, barulah aku pergi honeymoon. Tak nak kelam kabut, buat satu persatu. Aku bukan businessman, bukan anak hartawan. Duit pun masuk fix monthly. So, kena la berhati-hati.


Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada family aku dan family mertua yang bertungkus lumus menguruskan majlis aku. Mak, Mak mertua, abang, akak, abang-abang ipar, akak-akak ipar, biras, sepupu, mak saudara, pakcik saudara… dan semua yang sudi menghulurkan bantuan.


...Terima kasih…

Ribuan terima kasih kepada member-member yang datang dari jauh. Aku betul-betul terharu tengok member-member sanggup drive berjam-jam dan spend ratusan ringgit untuk memeriahkan majlis aku. Aku juga nak minta maaf on behave both families jika ada yang terkurang. Personally aku nak minta maaf kat member-member yang melepak lama di Teluk Intan sebab aku tak berkesempatan nak entertain korang semua. Sorry… betul-betul sorry. Tapi aku percaya korang pun happy dapat jumpa member-member lama, dah macam mini school reunion lah pula hari tu. Seronok aku tengok. Ada yang tak jumpa lebih 10 tahun…. Best…best.


...Thank you…

Kepada yang rajin call dan sms aku ucap selamat juga aku nak ucap terima kasih. Sampai tengah malam 4 Oktober 2008 (hari kahwin) pun ada yang sms, prihatin sungguh member-member aku.

Ok… enough bout my wedding. Nanti gambar dah ready aku akan upload beberapa keping kat sini. Kalau ada anak-anak dara, kaum-kaum ibu, atau jejaka-jejaka pelik yang minat nak tengok gambar wedding banyak-banyak, perhatikan blog isteri aku. Confirm dia akan upload banyak gambar nanti.

Before aku offline for 2 weeks, aku ada buat poll pasal perkahwinan. Macam biasa poll tu aku turunkan setelah dapat more than 100 responses.

So, here the result after 173 responses.


Kat sebelah tu ada poll baru. Soalan lebih santai… nothing to do with current event. Aku nak tanya pasal sukan. Kalau rajin silalah jawap.

Again… thank you very-very much to everybody that involve with my wedding. Last favor, tolong doakan rumah tangaa aku aman bahagia.

Thanks…

18 comments:

lankapo said...

hehe first one,

selamat menempuh alam baru..

semoga berbahagia ke anak cucu.

terimalah seadanya kekurangan dan kelebihan isteri.

Bila dah duk sama baru tahu hehe

Fid said...

tahniah!

Anonymous said...

Tahniah dood!

-Ipoh lads-

My Girl @}-- said...

tahniah..tahniah..tahniah..
semoga panjang la jodohnya hingga ke akhir hayat...
amin...yarabal alamin...

my Girl @}--- said...

lupa nak kabor..nice pic!

atune® said...

congrats encik & puan Betul!!!

Nasir said...

Tahniah Dood,
Moga bahagia hingga ke syurga dan dapat anak-anak yang soleh@solehah...Ameen...!!!

amfarra said...

sedap giler food kat teluk intan .. aku kalau x kerana kesian kan sukun yg pegang anak aku, harusaku tambah sepinggan lagi ...

Congrats Dood! Jgn lupa wat housewarming plak ekkk

zool said...

Selamat menjadi suami orang..
AKu ntah bila ntah

neewa76 said...

TAHNIAH....
Aku mmg bhagia tgok org yg dh brumahtangga ni..Ini juga impian aku tapi ntah bila la...Semoga korang bahagia hingga ke ahirat..

teek said...

sentiasa lah menjaga diri antara satu sama lain. Jangan lupa bersabar & bertolak ansur.

Mendoakan kemurahan rezeki yg berpanjangan untuk Dood & Ros sekeluarga.

ramonez said...

pasni tiap mase ko ngadap bini..terima je pe sikap dia...banyakkan saborrrrrrrrr....tu je doa aku...

Muhammad Azli Shukri said...

tahniah, salam singgah.

akukaya said...

bestnyer kawen. ni rasa nak naik pelamin lg nih. Sib baik aku bujang 3. huhu...

tahniah dood. walaupun aku tak penah jumpa ko tp aku anggap ko mcm kwn lama.

anggerik ungu said...

salam..1st of all..congrats ya on ur wedding..semoga berkekalan hgga hujung nyawa..Aminnn...

marrang nung! said...

best kan kawen...
kalo aku tahu gini punya sedap kawen, lepas spm jer terus aku mintak mak aku kawenkan aku...
kpd yang belum kawen tu...
tungguuuuu......
masa kalian akan tiba...
ins'Allah...

Mr. Right said...

lankapo.
Tima kasih. Bila dok sama akan tau apa? Ermmm... heheheh...

fid,
Thanks.

Ipoh lads,
Thanks.

my girl,
Amin. Bayo photographer mahal2 mmg ahh cantik. Muka aku pun nampak licin je. Hahahaha...

atune,
Puan Betul? Ermmm... heheheh..

Nasir,
Thanks.. amin.

amfarra,
Apa nak kesian kat Sukun? Makan je la bbyk. Ke hubby tak bagi? ahahha...

Zool,
Pasang niat dgn ikhlas nak kahwin, insyallah akan dapat jodoh.

Neewa,
Tima kasih. Ok lah tu, dari nick nampak kau dgn Zool lain2 jantina. Leh la disatukan. Zool, cepat ahh ngorat. :).

teek,
Amboi, nasihat mcm byk pengalaman je. Hehehe... thanks.

ramonez,
Bersabor? Ok..ok.. noted.

azli shukri,
Tima kasih. Tgh promote blog ke? Sila...sila...

akukaya,
Hahahha.. silalah naik pelamin lagi. Tak salah kalau mampu, kan? :). Yup, aku pun rasa ko mcm kawan lama. Sebab masa aku mula2 berblog 2 tahun lepas, aku 'kenal' ko dulu.

anggerik ungu,
Thaanks. Amin.

marrang nung,
Betul! Cepat2 lah kawin wahai kawan2 bujang aku...

Anonymous said...

Tahniah bro.. sowi x dpt hadir ke wedding lu yg meriah & happening xingat..rasa rugi sgt.. anyway, semoga berbahagia ke anak cucu.. kawin jugak lu yek.. teringat kat arwah ayah lu.. dia mesti bangga bro..

Awi - sehati sejiwa

Total Pageviews

. page counter