Tuesday, November 18

Filem-filem Aku Tak Suka

Dah lama tak buat daily posting. Hari ini ada free time sikit, so aku buat posting santai. Tak perlu memerah kepala otak. Saja suka-suka.

Pada aku menonton filem hanya untuk hiburan. Aku tidak nampak lain-lain reason, aku tak nampak lain-lain kesenian sesebuah filem. Aku cuma mahukan hiburan dan keseronokan dari satu filem yang aku tengok. Sebab tu aku prefer filem lucu, filem cartoon or filem Jackie Chan dan Afdlin Shauki. Lain-lain genre filem yang aku tonton simply because filem tu terlalu popular dan aku tak nak rasa ketinggalan, macam filem Lord of The Ring, From Jemapoh To Manchester, Armageddon, James Bond...etc.
Aku juga tidak percaya filem boleh sampaikan apa-apa mesej kepada kita. Aku tak nampak kekuatan sesebuah filem sehingga boleh mempengaruhi pemikiran penonton atau meninggalkan apa-apa kesan.

Last Sunday aku dapat tiket free courtesy of this site: www.youthsays.com. Tu, iklan yang korang boleh click kat atas posting. Iklan color biru laut tu. Entah macam mana mereka hantar email offer tiket free, aku gatal tangan reply say ‘yes’ walaupun tak tahu filem apa. Bila mereka call dan aku ask for extra ticket for my wife pun mereka agreed, I tell myself lets try watch this film la. Mana tahu best, walaupun aku dah tahu aku tak minat filem-filem ‘sakit jantung’ ni. They gave free tiket for special screening of movie titled ‘Quarantine’, kononnya nak dapatkan review dari ‘youth’ yang akan datang. Click iklan kat atas tu untuk jadi ahli. Main activity adalah jawap online survey dan dapat duit. Atau dalam case last Sunday, dapat tiket wayang free dan bagi feedback.

So, here my review. Mereka tak wajibkan buat review pun. Aku suka-suka je.

For me film tu memang tak best. Sebab aku memang tak suka filem sebegitu. Kalau korang minat filem hantu, filem ada banyak scene berdebar, filem ada banyak darah, sila lah tengok. Jalan cerita simple.

- Wartawan dan cameraman ikut bomba bekerja.
- Wartawan, bomba, polis pergi satu building nak selamatkan makcik.
- Orang dalam building kena penyakit macam anjing gila.
- Building kena quarantine.

So, segala action adalah process manusia kena gigit dengan manusia yang sakit, satu persatu. Yup, let me tell you guys… semua orang dalam building tu akan mati or shall I said jadi ‘hantu’. Memang cerita ni penuh aksi terkejut, jeritan, kepala bersepai, perut terburai, wajah hodoh manusia kena penyakit pelik… Since aku tak suka benda-benda tu, aku pun tak suka filem ini.

Selain Quarantine, dah banyak kali juga aku menyesal lepas tengok wayang. Biar aku cuba listkan filem-filem yang aku rasa bosan aku pernah tengok di pawagam.


Flashed Away

Cerita kartun terbitan British rasanya, sebab cakap slang British. Sial, cerita kartun Hollywood semua best-best so aku ingat takkan la teruk sangat filem kartun England. Rupa-rupanya memang hampeh. Tak lucu lansung… konon-konon ada banyak elemen bercampur-campur, sedih, lucu, takut… padahal dah jadi macam masakan tanpa garam. Pada aku elemen lucu adalah ‘garam’ dalam sebuah filem animasi.


V for Vandetta


Menyampah betul aku dengan topeng tu. Kalau ada orang pakai depan aku, rasa nak tampar je. Aku tahu ramai orang minat filem sebegini. Aku pergi pun dengan housemate dan girlfriend masing-masing. Aku rasa one of my friend yang minat cerita ni. Seriously, aku tak ingat lansung jalan cerita macam mana. They fight for independent ke? Or some sort of ‘gerakan bawah tanah’ kot. Lepas 10 minit je aku tengok filem tu, aku dah tahu ini filem ‘penat’. Memang penat kepala otak kalau nak follow jalan cerita. So, aku terus decide untuk ignorekan filem tu dan layan mata. Dah la tengok midnight. Aku tidor dan nyaris berdengkur, cuma terjaga masa scene bangunan parlimen meletup rasanya.


Copland

Ini filem yang mana Sylvester Stallone jadi sheriff gemuk. Dia fight against corruption kot. Stallone tak larat nak lari. Nak tergelak pun ada. Then jalan cerita yang bergerak terlalu perlahan, sama perlahan dengan pergerakan Stallone.


Gatacca
Ini filem science fiction. Ada kena mengena dengan angkasa lepas and futuristic seingat aku. Yang membuatkan aku pelik, hero filem ini menyamar sebagai orang lain. Sebab ada problem sikit. So, everytime dia kat work station, kat rumah, dia akan taburkan bulu, sisa kulit mati dan apa-apa source of DNA milik orang lain. Dia taknak identity terbongkar. Yang bestnya, rupa dia dan rupa orang yang dia menyamar tu tak sama lansung. Aku pun tak faham cam mana orang lain leh terpedaya. Or, maybe aku yang salah faham. Dah lah watak utama mati sebab bunuh diri dalam chamber api. Pening-pening.


The Edge
Ini pula pasal survival dalam hutan. Orang kaya dengan pekerjanya masuk hutan untuk memburu beruang. Maybe seninya cerita ini they try to relate jungle survival dengan ‘kepayahan’ dunia corporate. Ada bahaya, ada musuh dalam selimut, ada binatang buas…etc. Scene bergaduh dengan beruang tak salah aku dapat award scene pergaduhan paling best tahun itu. But aku boring tonton filem ini kerana jalan cerita yang meleret-leret dan slow gila.

Aku tengok filem Copland, Gatacca dan The Edge masa aku dan kawan-kawan university dapat tahu kami tak boleh fly further study kat oversea. So, konon-konon nak releasekan tension. Aku dan beberapa rakan pergi tengok wayang every single day for one whole week. Rasanya bulan puasa, so instead of pergi terawih, kami pergi Bukit Raja tengok wayang.

Ada banyak lagi movie yang aku rasakan boring. Tapi cerita aku mention kat atas tu adalah yang paling boring yang aku tengok di pawagam. Since masa zaman duduk rumah sewa bujang dulu kami serperti orang lain, rajin tengok VCD cetak rompak sahaja. Kalau tak best, boleh stop dan tukar cerita lain, RM5.00 je pun. Jalan cerita filem kat atas semuanya base on ingatan aku sahaja. Aku tak buat research, so kalau tersalah jangan pula anggap aku bodoh or cuba menipu. Secara mudahnya, aku tak suka cerita yang penuh debaran, menakutkan, memeningkan kepala, meleret-leret, jalan cerita slow dan dengan jelas tidak masuk akal.

So, kalau ada pihak nak bagi tiket free lagi, tolong lah elakkan offer filem yang ada ciri-ciri macam itu. Terima kasih.. :)

8 comments:

neewa76 said...

aku pn x minat dgn cite2 yg beratkan kepala tp aku suka cite hantu (wlupn penakut..hehe)..aku jarang tengok cite2 luar kat panggung sbb suke bli cetak rompak jer...filem tempatan je aku support g tengok kat wayang..yg aku rasa best lah..

anggerik ungu said...

baru2 ni aku ada g tgk cite BURN..thailand pnyer..seperti sedia maklumlah, jalan cite mmg slow gle..tp ok lh..nk kta penat menunggu x jgak..tp at the ending, aku dpt gak ar ilmiah..pasal dadah jenis zentana..

rose said...

huhu..takyahla nengok cite Quarantine tu..
sakit jantung wehh..
sampai aku tutup telinga masa dalam tuh..
pening..loya nak muntah semua ade...huhuhuhuhuhuhu

p/s: utk org yg minat cito2 camni..silerla pegi tgk..

lankapo said...

dh lama gila tak tgk wayang last tgk transformer haha.

aku tgk yang best2 aja, yg tak best tak tgk haha buang duit je.

syasya said...

v for vendetta mmg x best...
rugi tgk..
nsb tgk yg piracy...

Mr. Right said...

neewa76,
Bagus. Sokonglah filem tempatan.

anggerik_ungu,
Ilmu pasal dadah pun ko suka ke? Ermm... Jadi lah polis. :)

Rose,
Hahaha... Pening2? Loya2? Ermmm... Hehehe...

lankapo,
Belom tgk mana tau best ke tak?

syasya,
Hahaha.. beli pirate pun rasa rugi ke? Haha.. yela, RM5 pun duit gak kan.

momoe said...

tak faham citer v for vendetta?? jgn cakap yg anda jugak tergolong dalam golongan yg ignorant di malaysia ni...v for vendetta adalah citer politik berdasarkan novel english yang terkenal...just period cter tu jer di kedepankan...

momoe said...

one more thing...masa i tgk citer v for vendetta kat movie siap jumpa ungku aziz and his wife...they say there are many things that we can learn from this movie...sometimes dont judge from the outside...its the inside that counts...

Total Pageviews

. page counter