Wednesday, November 19

Ustaz Arief Cakra Alam Penipu?

Kalau sebut nama Cakra Alam mesti ada yang tahu, at least ingat-ingat lupa. Cakra Alam adalah nama yang familiar dengan kaedah rawatan, seni bela diri dan explorasi tenaga dalam yang foundernya, Ustaz Arief developed sendiri.
Mereka ada wisma sendiri di Ampang. Wisma tersebut menjadi tempat mereka melatih ahli baru, buat class dan ‘clinic’ untuk rawatan alternative.

Ustaz Arief dan pengikutnya pernah muncul beberapa kali di kaca television. Antara yang aku ingat adalah dalam rancangan Asia Hebat, terbitan TV3, dimana Ustaz Arief menunjukkan cara dia merawat pesakit dengan menyalurkan tenaga electric yang ‘lahir’ dari tenaga dalam beliau. Dalam rancangan tu juga Ustaz Arief mempamerkan kekuatan dia, bermain silap mata, bawa motor tutup mata, potong timun, etc.
Beliau siap panggil anggotan kumpulan Raihan untuk jadi saksi kehebatan dia. Kalau tak ingat, boleh la search ‘Asia Hebat’ di Youtube.

Ok la kot intro panjang lebar tu. Kalau korang still tak ingat juga tak tahu lah.

So, last few days heboh dalam forum-forum dan beberapa blog yang Ustaz Arief kantoi dalam sebuah rancangan tv di Korea. Rakaman rancangan tersebut yang berbahasa korea telah diupload di Youtube dan ramai yang dah jumpa. Aku sebagai seorang blogger yang rajin tahu mesti ramai yang malas nak tunggu Youtube load dan tengok clip tersebut. Dah la Bahasa Korea, kena agak-agak apa yang cuba dipaparkan. Jadi biar aku terangkan apa yang Ustaz Arief kantoi dan korang boleh la judge sendiri. Aku nak kutuk lebih-lebih pun tak berani sebab mereka ramai pengikut, kalau mereka marah dan kenakan kejutan elektrik kat badan aku, boleh kurus aku nanti.

Rancangan tu pada mulanya memaparkan kedasyatan Ustaz Arief. Bakar kertas, hidupkan lampu, nyalakan test pen, dan pecahkan telur ada darah. Benda-benda biasa yang Ustaz Arief guna untuk mengubat pesakit dia. Crew rancangan TV tu siap pergi ke klinik Ustaz Arief dan rakam setiap aksi tersebut.

Kemudian, mereka siasat bagaimana Ustaz Arief buat aksi tersebut. Mereka bagi telur yang mereka beli, mereka gunakan metal detactor, mereka suruh Ustaz Arief nyalakan mentol mereka dan mereka letakkan camera tersembunyi.

Hasilnya, mereka bawa ke studio dan seorang pakar silap mata mat salleh terangkan setiap trick yang Ustaz Arief pakai.

Kesimpulan yang mereka buat….Ustaz Arief adalah conman yang cukup berjaya di Malaysia. Pada pandangan orang Korea, Ustaz Arief memang penipu dan telah berjaya menipu ribuan jika tidak jutaan rakyat Malaysia. Kantoi peringkat antarabangsa.... malu..malu...

Itu kesimpulan mereka, kita pandai-pandai lah buat conclusion sendiri, Cakra Alam atau Putar Alam… Aku ada beberapa member yang cerita sendiri mereka pernah dapatkan khidmat Ustaz Arief dan ianya memang berjaya. So, mungkin juga TV Korea tu telah manupulate fact untuk kenakan Ustaz Arief, wallahuallam...

Kalau nak tengok clip Youtube....

Part 1



Part 2



Pandai-pandai lah buat judgment sendiri.

Semua gambar dari clip Youtube atau dari website rasmi Cakra Alam.

Update (20/11/08):
Ada orang email beritahu aku mat salleh yang tunjukkan trick Ustaz Arief buat tu bernama James Randi. Lepas bersara jadi magician, dia round satu dunia cabar orang. Sesiapa dapat buktikan wujudnya paranormal power, kuasa-kuasa dalaman dan benda-benda macam tu dia akan berikan rewards USD 1 juta.

Challenge info: Here
James Randi Wiki page: Here

Macam-macam...So, bomoh-bomoh power, uncle seekers, pawang-pawang, boleh la jemput mamat ni datang Malaysia. Untung-untung boleh jadi jutawan. Tak payah rawat orang lagi.

41 comments:

yOuJiE.. said...

Huhuu..malunyer..
If die bebetol menipu selama ini..
Maka persepsi terhadap islam akan menjadi negatif.
Nak menipu jangan ler guna nama ustaz..
Adoi..yaiii...
Memalukan negara...
Tp if die mmg menipu la kan..
Hurmm.....malu gak la...

rose said...

bior betol..
if betol..malunye..

tapi if ustad tu betul n saje nak di sabotaj oleh pihak media korea..
mmg kesian la dia..huhuhu

lalala.Inc (Our Sick Metamorphosis) said...

emmm...
aku tak tau nak cakap macam maner...
hehehehe....
maybe dier memang betul..
tapi ader orang2 yang dengki...
or maybe dier memang penipu...
and orang nak bongkar rahsia dier...
hehehehhe...
lantak laaa...
maleh nak amek tau sal dier...
tapi dier macam dah memalukan nama Malaysia...
hurmmmm....

SYCLONE said...

Dalam Bacaria dulu2 mesti ada centerfold, Cakra Alam. Tak tau lah sekarang.

Betol la kot penipuan. Nampak sangat dia mengelat banyak.

Tenaga dalam kununn...

neewa76 said...

eh2 betul ke mcm tu..ustaz tu kena clearkan nama dia kalau betul x tipu..malu negara kita dan agama kita..dorang tu memang suka cari keburukkan orang...hampeh...

syasya said...

x knl pn ustaz nie...
nape dgn dia..???

tiang lampu said...

pekata buat lagi 2nd show..

kali ni beli dia kasut baru etc etc, suruh dia pakai kt pentas dan rakam la mcm biasa.

then biar orang judge lagik.

kalau tipu, habis la dia dunia akhirat. taubat la.

kalau tk tipu, dh tu kelebihan tuhan bagi kt dia

zaki said...

Aku dh tngk video nih, ada satu part aku tngk yg dia ckp boleh guna telur ayam kampung jer, hehe

Klu tere, telur apa2 pun boleh kan

anggerik ungu said...

member aku pn ada gak bgtaw yg ustad ni x bleh pakai..tp allahuallam..if btol dia tipu n mengaburi mata kta sume dgn nma ustaz 2, moga Allah ampunkna dosanya..

nnurintan said...

dood,

mintak email ko bole?

ada benda aku nak minta tolong ni

teek said...

men are lousy at lying, aren't they dood? ;)

What he did, dia malukan diri sendiri, it has nothing to do with negara & agama. takde orang pun nak associate with him.

alongovtx said...

e.akubetul...wisma dia kat tmn maluri cheras bukan ampang...patutla senyap je wisma dia sekarang ni...

akukaya said...

wow, kali kedua aku komen pasal cakra alam ni. minggu lepas dah komen dlm forum carigold.com.

aku tgk video sampai habis. mmg kantoi giler la. tp tak tau la kalo org nak kenakan dia.

tp aku pun tak berapa percaya dgn cakra alam ni sbb terlalu menunjuk.

tgk je kursus2 yg ditawarkan. melampau2 melambung smpi ke langit. giler pembohong.

Caj dia bleh tahan mahal.pusat dia tak jauh dr rumah org tua aku. area aku membesar. tempat lepak2 aku dulu.

tp ada la aku jumpa sorang dua yg berubat dengan dia. mereka ckp hilang je skt mereka.

mcm bekam yg ditawarkan, mmg betul pun mereka buat tu. lg pun bekam mmg sunnah Nabi. tp peragai poyo cakra alam yg suka menunjuk tu mengkantoikan mereka. sanggup pakai trick magik murahan tuk tarik perhatian org ramai.

Mr. Right said...

youjie,
Harap dia tak menipu la. Malu..memang memalukan. Sikit2 tempias ke islam dan malaysia gak.

rose,
Tu la. Mungkin juga orang Korea guna camera trick kenakan dia.

lalala.inc,
Harap2 dia akan keluarkan kenyataan lepas ni.

syclone,
Ntah2 camera trick kot. Mana tau kan.

neewa76,
BEtul2. Harap2 dia leh buat kenyataan akhbar lepas ni.

syasya,
Tak kenal? Popular ni. Perubatan tradisional dia dah dikomersialkan maximum.

tiang lampu,
Orang Korea takkan layan dia dah. Maybe TV M'sia leh tolong dia clearkan nama.

zaki,
Telur ayam kampung yg telah di modify. Hahaha...

anggerik ungu,
Cam mana member ko tau? Dia penah kena tipu ke?

intan,
Tu kan ada kat atas kiri tu. Takpe, aku dah berjaya contact ko pun. Dan 'sama-sama' atas pertolongan yang aku bagi.

teek,
Wah...wah... kena mengena dengan lelaki juga ye. Ish..ish... ko concentrate je dengan stalking activity ko tu. Kalau berani try la tegur mamat tu. Hahaha...

along,
Yup, lepas posted then aku perasan aku tersilap. Malas lak nak betulkan balik. Thanks anyway.

akukaya,
Dekat dengan area rumah ko? Ermm.. ko pun dah jadi anak murid dia kot. Wei, ko pegi la sana, jumpa dia. Dapatkan response exclusive, then post kat blog. Mesti gempak. Good for your bisnes jugak.

Feefay said...

haha..
caya la..
suma rakyat Malaysia malu kojo dia..
aku tnanti2 bila dia nak clearkan nama dia..

Anonymous said...

kalau masuk dalam website dia, memang nampak macam berlagak dan riak tu ada...orang berilmu tinggi mana boleh riak...tu dah satu kelemahan yang aku nampak. jadi kalau power sangat, boleh la lawan malaikat mungkar dan nakir dalam kubur nanti? heehehehehe

Anonymous said...

amat bodoh org tuh,
dah la dpt gelaran ustaz
pastuh menipu.
bangang tahap bodoh.
aku rse ustaz tu c arief tu gile r.
haha..
wat malu agama je.
dah r berkopiah

emme said...

Uncle Seekers nak saman ustaz putar alam nikan? yang tu apa cerita plak?

boleh tlg aku siasat? :)

Ahmad Faizal said...

Menarik..
sekali tgk x semestinya tipu.
sbb aku penah blaja ngan ust ni.
tapi memang betul terasa letrik dlm bdn. smpai skang aku merawat org dr ilmu yg aku blja. sape betul sape salah susah nk kate. sbb dunia omputih dan kt taiwan tu hidup diorang base on logic. jd wlu apa situasi pasti logic akal yg akn diberikan. tepuk dada tanya selera!

eMeraLD aMuLeT said...
This comment has been removed by the author.
eMeraLD aMuLeT said...

hmm, nak nyampuk sket.dulu penah tgk tak, tak salah kat tv3. majalah 3 kot.dlm taon 2002 camtu. ustaz arif ni de wat prediction pasal siti nurhaliza. wartawan tu yg tanya, bila siti nak kawen. dia cakap dlm masa 2 taon tagi. means around 2004.hehe, dah tak betoi.then, dia tanya lagi, sape pengganti siti? ustaz arif cakap, pas siti kawen, ade penyanyi pompuan, pangkal nama uruf 's'. asal dari selangor. akan femes n gantikan position siti as number one singer in malaysia.hehe, aku ingat sgt kisah ni, sbb esok arinya, aku n geng bedebat pasal hal ni, ade yg sokong, ade yg tidak. hehe. tapi bila pk balik, cam tak logik la wat ramalan camtu. cam tilik nasib org pulak.
wallahhualam...

Gigantos said...

Aku rasa rawatan ustaz Arief ni ada betul..tp kan kadang2 bomoh ni perlukan sesuatu 'magic' untuk tarik pelanggan..sbb kalu main jampi2 efek dia x nmpk depan mata,betul tak?

Anonymous said...

Assalamulaikum. korang semua sedap mengata kat dia apa korang dapat? DI OO ES Aa.....Kalu x pasti, cari la sumber yg boleh dipercayai. Jgn mengutuk lahanat orang tanpa usul periksa dengar apa orang lain ckp. Ni pasal menabur fitnah...dosa lagi besar dari membunuh! ada korang pikir ka? apa punya turrr...Kalu dia menipu, tu dosa dia dgn orang. Dosa dia dengan tuhan... yang korang dok menambahkan dividen negatif utk akhirat tu buat apa??? baik tgk muka seniri kat cermin...muhasabah diri bayak2. Bab malu tu kalu dia tak salah buat apa dia nak malu... korang pulak yang malu lebih2. Banyak lagi bomoh penipu yang dah menipu family2 korang tu yang dah dikategorikan sebagai khurafat korang xdak pikir ka? Sapa mereka? MELAYU KITA jugak..jadi jgn jadi samdol dlm tong sampah baru yang beli kat Tesco bagi untung org kafir xdak usul periksa...ludah ke langit kena kat sapa?.. lu pikir la seniri...

nyum nyum said...

@Anonymous kat atas ni,
ahaha...nak tergelak saya baca comment anda. how typical. nape dh tak bole cari makan ke?

Anonymous said...

Mamak mmg kaki penipu..
Dulu si kitul dgn datok mandaliar yg membuka pintu kota melaka utk portugis menyerang melaka - geng mamak
Laksamana melaka yg terakhir ( khahoja hassan ) juga mamak. ketika melaka diserang khahoja hasan bwk lari harta kjaan melaka ke india. munsyi abdulllah yg menterjemahkan bible dlm bahasa melayu juga mamak..Tun mahathir juga mamak.. YB makamah perak Dr Zambery juga mamak.. hehehe.. UMNO menyokong geng mamak.hahaha..

Anonymous said...

x elok ckp die menipu. aku hormat ustaz arief sbb die tlg sembuhkan sakit parents aku. walaupun smua kuasa Allah tp bg aku dia baik. aku knal die dah lama. pergi tempat die pun dah lama. dari tahun 2000 lagi. bagi aku yang pasal korea2 ni xtahu lah nak comment ape. manusia mmg xpernah nak puas hati dgn apa yang orang ada. and pasal anak2 murid dia aku xrasa la trick ke apa sbb bf aku pon anak murid die. mmg die boleh makan kaca smua tu. smua orang pon boleh buat, tapi kena tahu cara. so xda makna nak menipu2. tq

Anonymous said...

Aku tak paham ler perangai org melayu ni. Mcm ni punya jelas bukti pun masih nak defend "ustaz" penipu ni. Org Korea tu frame dia? Apo pekdahnya. Cerita mak kawan aku sihat, jiran aku semboh semua tu tertimonial yg boleh dibuat2. Yg aku tau, "rawatan" dia cukup mahai sampai riban2. Yg aku pasti, sapa2 jer yg jumpa dia mintak ubat, mmg lah hilang, bukan hilang penyakit, tapi hilang duit sbb kena kelepet penyamun tarbus yg menggelarkan diri dia "ustaz". Dulu lagi baguih, siap ada gelaran profesor doktor mahaguru semua.. ialah sendiri bagi. So kesimpulannya, Arief ni (tak layak panggil ustaz pun) ni adalah penipu dan penyangak yang patutnya dah lama di sumbat masuk dalam jel.

Anonymous said...

"MAMAK"
aku setuju sgt dgn pendapat ko ttg mamak tu..aku ada byk pengalaman dan jumpa ramai spesis berkenaan. sama je perangai..mulut bkn main lagi manis..ckp bkn main lancar..tp ht busuk, penipu..putar alam dan akhirnya...cakra alamm..aku x phm la..mgkn genetik diorng yg menyebabkan diorg jd cmtu.

Anonymous said...

Alhamdullillah..

yang batil akan terbongkar juga... memang geram dan marah sebab i. tipu agama dan ii. tipu masyarakat... kalau agama pun sanggup dia gunakan untuk kepentingan diri... jangan kita percaya pada dia lagi...

Allah tidak akan bersubahat dengan kejahatan kita...

ninja hitam said...

aku tak nampak langsung penipuan ustaz yang ditunjukkan orang kafir tu.tak payah nak teliti pun video ni dah tau.. ape bukti yang menunjukkan tu adalah kaki ustaz? Apa bukti yg menunjukkan yg video kaki yg on off tu adalah kaki yg sama masa tgh menyalakan lampu tu? patutnya video ni tak perlu di hebohkan, sbb mmg takde bukti yg sahih.. Kalau rasa Yahudi tu betul, korang percaya la pada mereka. Dah mmmg yahudi ni dengki semua cucu Nabi Adam. Kalau david blane buat magic, ada org yahudi tu bongkar? kalau david coperfield buat, ada yahudi bongkar?

aku hanya lah insan biasa dan bukan pengikut ustaz ini dan itu.. kepada komentar komentar yg komen mengikut hawa nafsu tu, berfikir lah balik..

Kenapa mesti korang nak jatuhkan bangsa Islam sendiri?

Tanyalah diri kamu sendiri.. tunding satu jari ke arah orang, tapi lima jari ke arah kita..

wasalam...

snail said...

ninja hitam said...
aku tak nampak langsung penipuan ustaz yang ditunjukkan orang kafir tu.tak payah nak teliti pun video ni dah tau.. ape bukti yang menunjukkan tu adalah kaki ustaz? Apa bukti yg menunjukkan yg video kaki yg on off tu adalah kaki yg sama masa tgh menyalakan lampu tu? patutnya video ni tak perlu di hebohkan, sbb mmg takde bukti yg sahih.. Kalau rasa Yahudi tu betul, korang percaya la pada mereka. Dah mmmg yahudi ni dengki semua cucu Nabi Adam. Kalau david blane buat magic, ada org yahudi tu bongkar? kalau david coperfield buat, ada yahudi bongkar?

aku hanya lah insan biasa dan bukan pengikut ustaz ini dan itu.. kepada komentar komentar yg komen mengikut hawa nafsu tu, berfikir lah balik..

Kenapa mesti korang nak jatuhkan bangsa Islam sendiri?

Tanyalah diri kamu sendiri.. tunding satu jari ke arah orang, tapi lima jari ke arah kita..

wasalam...

wahai ninja hitam....
klu x tau tentang magic, x yah ar nak depen ustat arip tuh
cb tgk nih n nilai sendr

trick magic yg ak buat tnpa gn tenaga dalam pn

http://www.youtube.com/user/valve62000

WeirdGamer said...

Buat mana2 yang back up Ustaz Cakera Padat Putar Alam ni,tak payahlah nak tuduh orang Korea dengki dekat dialah,apalah...sebab aku memang dah kenal dengan James Randi ni.James Randi ni menawarkan USD 1 juta kepada sesiapa saja yg boleh membuktikan benda2 atau kebolehan luar biasa ni.So,kalau betul la Ustaz Cakera Padat ni memang power,pergilah demo dekat depan mamat James Randi ni.Bukan saja boleh bersihkan nama,malah boleh dapat USD 1 million lagi.
Korea sekarang dah jadi negara maju jauh meninggalkan kita,kita pula dok percaya benda2 karut ni.Kalau macam ni gayanya,orang bukan Islam makin tak hormat dgn orang Islam.

i'm ZITHER ! said...

malu bila dgr org inggeris tu sebut ttg malaysia dan rakyatnya... waaa

sampaii hati... saya baru tpkir nk g korea nti,,nak ngaku anak msia..haha

Anonymous said...

found your site on del.icio.us today and really liked it.. i bookmarked it and will be back to check it out some more later

Anonymous said...

Ustaz puaka , Wira Majni yang berasal dari Kampong Serembang, Spaoh, bahagian sri aman raja penipu yang barada di carta teratas selepas berjaya menipu orang ramai di bandar kuching termasuk menipu kawan2 dan saudaranya sendiri. itulah hebatnya ustaz puaka wira majni. Kelas mengaji quran yang ditubuhkan oleh ustaz puaka di Matang Jaya, kuching adalah salah satu cara dan tiket untuk silaknat ini menipudaya mangsa...

Anonymous said...

Ustaz puaka , Wira Majni yang berasal dari Kampong Serembang, Spaoh, bahagian sri aman raja penipu yang barada di carta teratas selepas berjaya menipu orang ramai di bandar kuching termasuk menipu kawan2 dan saudaranya sendiri. itulah hebatnya ustaz puaka wira majni. Kelas mengaji quran yang ditubuhkan oleh ustaz puaka di Matang Jaya, kuching adalah salah satu cara dan tiket untuk silaknat ini menipudaya mangsa...

Anonymous said...

Bak kata pepatah melayu bapak borek anak rintik itulah yang patut di beri kepada wira majni kpg serembang. orang yang berperwatakan keislaman rupanya salah seorang dajal.syaitan bertopengkan manusia. kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.

Anonymous said...

Ustaz Arief ni memang pandai mungubati penyakit ganjil tapi dalam masa yg sama dia guna trick silap mata untuk kelihatan lebih hebat. Kalau betul badan ada karan sila buktikan di depan James Randi. Dia akan bayar 1 juta dollar kepada sesiapa yg berjaya membuktikan kebolehan supernatural power!! Rancangan membuktikan supernatural power di depan James Randi ada di youtube. Semuanya gagal. X dapat 1juta dollar. Hu hu hu

Wira Bin Majni said...

[WANTED] Penipu Wira Bin Majni
menipu secara mencari rakan kongsi business
kepada sesiapa yang mengenali beliau atau tahu mana penipu ini berada sila PM ini FB account.
p/s : sila baca profile ini untuk kes2 penipuan beliau.
https://www.facebook.com/wira.binmajni
Terima Kasih

Anonymous said...

Best nya baca comment korang semua

Anonymous said...

guru dia dekat rumah saya di jawa timur.. paranormal di campur trick sulap..

Total Pageviews

. page counter