Wednesday, December 24

Movie Review: Kenapa Aku Tak Suka Filem Cicakman 2?

Jalan Cerita Hampeh...!

Yup, that’s the only reason. I don’t think the storyline strong enough and compliment others aspects of this movie.

Tengok poster…dasyat.

Tengok website…hebat.

Tengok trailer…memikat.

Tengok wayang… kurang sengat.

Aku rasa semua pihak telah berusaha bersungguh-sungguh:

1. Lakonan kira bagus lah, since most of the time they have to play with their own imagination. Berlakon depan screen hijau je, kena imagine sendiri scene tu macam mana, so aku tak berani nak complaint lakonan pelakon dalam filem ini.

2. Custom Cicakman yang telah diperbaharui pun nampak kemas, custom Rrama pun ok lah. Walaupun custom Professor Klon ntah apa apa, tapi still aku malas nak kutuk sebab aku rasa maybe with badget limitation tak banyak yang mereka boleh buat.

3. CGI or computer graphic image pun aku tak rasa ada masalah. Walaupun ada scene yang nampak sangat kartunnya, but still cerita ini pun cerita ala-ala comic so, aku boleh terima. Memang tak boleh compare dengan filem Hollywood, sebab again, budget jauh beza.

4. Website pun nampak gempak dan cool.

5. Promotional campaign pun nampak tersusun. Kerjasama dengan Celcom, Hotdog 1901. Dan Cicakman 2 tidak seperti Sumolah atau Castelo yang dah jadi macam iklan produk semata-mata.

Jadi, semuanya nampak ok. Menghiburkan, cuma…. (aku ulang 1st ayat posting ini)…

Jalan cerita hampeh!

Aku tak tahu nak komen macam mana, tapi aku rasa storyline lemah sangat.

Maybe Yusri bagus as director or specifically CGI director, tapi aku tak pasti dia ada imaginisasi dan creativity untuk menjadi writer dan storyteller yang bagus. Aku faham ini film ala comic, aku tak boleh expect jalan cerita yang serius dan logic seratus peratus. Tapi pasal isu air, aduhai… lepas tengok Madagascar 2 dan Quantom of Solace aku dah rasa muak dengan isu air dalam filem. Maybe Yusri tak tiru both movie since Cicakman 2 buat pengambaran before both movie released. So, maybe timing Cicakman 2 yang unlucky sebab jadi filem last yang guna isu bekalan air.

Beberapa storyline yang aku tak faham atau aku rasa tak cukup kuat.

1. Bagaimana Professor Klon ‘hitamkan’ air seluruh dunia sedangkan method untuk menghitamkan air adalah physically masukkan bahan kimia di ampangan. Dan Professor Klon takde geng kat negara lain.

2. Kononya Professor Klon tersilap, ada teknikal error, air yang dihitamkan akan kembali jernih apabila ditadah dan disimpan for 1 whole day. Yusri gunakan point ini untuk ‘rapatkan’ Cicakman dengan Tania dan sebagai cara mudah nak solvekan masalah air hitam dipenghujung cerita. Again, aku rasa ini terlalu lemah. Tak mungkin Cicakman seorang sahaja yang tertahu benda ini sedangkan semua orang tadah air dalam tangki.

3. Rrama (geng baru Professor Klon) suka membunuh orang. Dia anggap membunuh sebagai satu seni. Mungkin sepatutnya dipertontonkan kisah-kisah silam pembunuhan Rrama untuk menguatkan character dia. Bukan dengan hanya bercakap “sungguh artistic” apabila ada scene ganas.

4. Professor Klon berjanji untuk supply machine menjernihkan air, then seluruh Metrofulus sokong dia untuk jadi presiden. Wah… that’s simple. Walaupun mereka terdesak, tak mungkin semua orang jadi pelupa dan bodoh untuk ignorekan kejahatan dia. Sepatunya ada la watak proxy untuk jadi presiden, bukannya Professor Klon sendiri menonjolkan diri.


Aku refuse to publish this posting ealier sebab aku takut kalau-kalau ada orang yang terpengaruh dan tak nak tengok filem ini. Maybe tak ramai (since visitor aku pun berapa kerat je), but aku memang harap semua orang pergi tengok filem ini dan sokong usaha untuk menaikkan industri perfileman ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun jalan cerita tak begitu mantap, tapi overall still melucukan dan aku terhibur. Untuk budak-budak mesti mereka suka.

Filem Hollywood pun banyak jalan cerita yang merapu (see Transformers Review). So, hopefully Cicakman 3, 4, 5 Yusri akan menitik beratkan soal jalan cerita. Minta tolong dengan penulis-penulis novel atau komik tanahair, tak perlu buat sendiri semua benda.



Kepada yang celebrate Christmas, Merry Christmas. Kepada yang lain-lain, selamat bercuti lagi.

10 comments:

Fid said...

anakaku hari2 ajak pergi tgk cicakman ni
sesuwai ka ngan budak 3 tahun????

dood
tapi kalau aku baca dr apa ko tulis..mmg yusri sengaja kot nak buat cerita gini...saja nak bg org komen mcm ko....

maybe...

haritz said...

mmg betul mcm cerita pertama gak byk merapu, aku harap dia kaji dulu kalau nak buat cicakman3

Alan Marz said...

broo nak tanya pasal url faward kena beli ke.aku rasa tak payah beli.mcm mane nak tukar daari contoh domain.blogspot.com ke domain.mydomain.com? ajar pleaseeee

rose said...

1st time tgk wayang tertido (sbb boring giler jln citer cicakman 2 nih..serius!)

Abufaris said...

Alan Marz,

Saja nak menjawab bagi pihak akubetul.com. Bab URL forwarding boleh rujuk dari blog solehpolysas.
Ada byk tips and tricks yang kita boleh belajar kat situ.

Regards,
abufaris

Bunga said...

Aku baru berhajat nak pegi nengok criter ni weekend ni ngan anak buah aku.
if camnilah, kansel la.

Lagipun aku tertarik ngan cite Los & Faun..cam kelakor jek
sbb before dis..cite2 dari Afdlin Shauki tak menghampakan lawak2 dia..hopefully ok kot cite nih.

Ari ni aku sekor je keje kat ofis.
boring siottt..yela aku sorang je yg bujang trang tang tang..yg lain balik kg...jenguk mak bapak..jenguk mentua..ahuk!

-s-o-f-t-i-e ~eross~ said...

kurang berminat nk tgk cerita2 dr kru sbb kebykan tak bes dan boleh di tonton d musim raya....bukan tanak support filem melayu...

smlm tgk Mamma Mia musical...bes dan sgt enjoy tp props utk teater melayu lagik bes...

Mr. Right said...

Fid,
Sesuai la jugak utk budak2. Sebab memang kelakar.

Takde ahh.. aku rasa Yusri simply tak cukup terror.

haritz,
Kononya mmg akan buat Cicakman 3. Sebab Yusri buat mcm trilogy. Harapnya dia minta tolong penulis2 hebat utk tulis jln cerita.

alan marz,
Aku pun follow kat sini je:

http://help.blogger.com/bin/answer.py?hl=en&answer=55373

Kau explore la help page tu. Aku pun dah lupa cam mana aku buat. Kalau ko beli domain dari company tempatan, minta je dorg tolong.

rose,
ahaha... hari tu Quarantine, pun tertido kan..

abufaris,
Promosi nampak. Hahaha.. sila2. No problem. Lebih baik promosi terang-terangan daripada berkias-kias, kan?

bunga,
Jgn ahh cancel, pegi la jugak tgk. Support filem melayu.

softie,
Tak minat filem KRU? Kesian dorg. Support la sikit. Bagi la chance mereka berkarya.

abikhsan said...

Tak tengok lagi Cicak Man 2. Cicak Man 1 now tengah active on-air kat Astro. Siap anak aku boleh halaf dialogue dengan scene dia. Tapi walau pun dah berpuluh kali main kat ASTRO dan aku ada beli DVD dia tapi aku tak pernah tonton sampai habis.

Pasal jalan cerita Cicak Man 2, kat filem Hollywood (Tuxedo) lakonan Jackie Chan dengan Jennifer ada pasal pencemaran air yang mana serangga akan dilepaskan untuk meracuni air.

Biasanya filem Hollywood tak kisah pasal jalan cerita yang penting CGI nya. Macam filem The Day The Earth Still Stood, pada aku jalan cerita memang hampas tapi still box office world wide termasuk Malaysia coz CGI mantap.

Filem Malaysia orang banyak nak tengok jalan cerita yang mantap tu yang susah tu...

Anonymous said...

aku nak tengok aksi cerita banyak perang melibatkan berjuta2 askar ada jalan cerita mantap kurangkan romatik bab cinta aku tak minat nak tengok cerita yang terlampau banyak unsur cinta melebih
p/s aku cakap terus terang aku filem malaysia satu pun tak tengok kalau industri filem malaysia masih
mengekalkan rentak yang sama

Total Pageviews

. page counter