Friday, December 12

Open Letter to Malaysian Billionaire – Please Save Malaysian Football

Notice: I hope friends here will continue vote for Nicol David in ESPN's Champion of Champions 'game. She managed to beat Usain Bolt with slim margin and now she up against Mangkuk's Cristiano Ronaldo.

Vote here: http://www.espnstar.com/games/champions-2008/vote/?username=


About today posting, obviously motivated by our national team latest failure in AFF Cup, aku nak minta tolong dengan billionaire Malaysia. Ini bukan one of my stupid joke. Aku serious ni. Aku nak tulis surat terbuka kepada billionaire rakyat Malaysia.

First, let me explain why I want to seek their help:

1. I don’t put any of my trust on politician and royal families to manage FAM anymore. It’s not their fault, mereka ada limited management knowledge atau dalam bahasa mudahnya… kurang cerdik.

2. I believe FAM should be run as corporate company by well known successful businessman.

3. Banyak persatuan sukan menunjukkan kemajuan selepas diambil alih oleh businessman yang kaya raya, didalam dan diluar negara. (BAM, SRAM, Persatuan Bolasepak Australia, Persatuan Bolasepak Jepun, dan banyak lagi).

4. To save Malaysia football no doubt we need a lot of cash, so, I hope Malaysian billionaires will be able to invest few million ringgit of their pocket money.

Ok, cukup dah kot introduction. As I said, this is not lame joke, aku serious. So, better aku tulis surat rasmi dalam Bahasa Melayu, kalau aku tulis in English akan nampak lucu pula.


---------------------- Surat Bermula ---------------------------


Rujukan Saya: AB/5B/01-08

Tarikh: 12 Disember 2008

Mr.Right,
http://www.akubetul.com,
Shah Alam, Selangor.

Billionwan Malaysia,
Malaysia,

Tuan,

Cadangan Menyelamatkan Sukan Bolasepak Malaysia


Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin meminta jasa baik tuan untuk bekerjasama bagi menyelamatkan sukan paling diminati di Malaysia, iaitu sukan bolasepak.

2. Seperti yang pihak tuan sedia maklum, sukan bolasepak adalah sukan paling diminati didunia. Bolasepak telah menjadi satu industri yang sangat besar dari segi populariti, pengaruh, pulangan ekonomi sehinggakan perpaduan bangsa. Namun, kegagalan demi kegagalan yang dialami oleh pasukan kebangsaan telah membuatkan negara kita ketinggalan didalam industri yang sedang berkembang maju ini. Saya percaya impak yang akan terhasil daripada kegagalan ini tidak kurang bahayanya kepada negara dan masyarakat kita. Kemerosotan ekonomi, hilang keyakinan diri, kekurangan pelancong asing, sekadar menamakan beberapa kesan yang sedang dan akan terus menular.

3. Saya percaya pengalaman dan kekayaan yang dimiliki oleh pihak tuan mampu mengubah senario ini. Saya berharap pihak tuan dapat menimbangkan beberapa cadangan saya dalam usaha menyelamat sukan bolasepak dan seteruskan maruah negara yang semakin tercalar. Saya tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak, saya cuma berharap pihak tuan dapat betindak secepat mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin parah.

Berikut adalah beberapa cadangan saya:
• Billionwan Malaysia menubuhkan badan bertindak yang dinamakan Badan Bertindak Billionwan Bantu Bolasepak (5B).
• Setiap ahli 5B melabur minimum RM 100 juta.
• Ambil alih pengurusan FAM dengan apa cara sekalipun (rasuah, beli, ugut, dan lain-lain cara).
• Selamatkan pemain bolasepak remaja Malaysia. Asingkan pemain peringkat umur negara daripada pasukan negeri mereka. Tempatkan mereka di akademi, panggil jurulatih terbaik dan hantar mereka berlatih diluar negara dari masa ke semasa.
• Daripada dana yang telah dikumpul, beli satu atau beberapa kelab bolasepak di Amerika Selatan atau/dan Asia atau/dan Afrika. Dapatkan perjanjian untuk menghantar tidak kurang daripada 100 pemain remaja kebangsaan berlatih di kelab-kelab tersebut pada satu-satu masa.
Cadangan berikut mungkin agak radikal, tapi tidak salah dicuba:
• Bubarkan Liga Super, carikan tempat untuk pemain negeri bermain dinegara luar, Indonesia, Thailand, Vietnam, Korea, Hong Kong dan negara-negara jiran yang lain. Liga tempatan hanya untuk pemain remaja sahaja. Apabila mereka dewasa arahkan mereka bermain diluar.
• Selepas 5 tahun atau jangkamasa yang dikira sesuai, wujudkan semula liga tempatan untuk pemain dewasa. Berikan nama lain kepada liga, walaupun sistem dan konsep yang hampir sama. (Rebranding). Dalam masa 5 tahun itu juga 5B perlu menghantar pakar untuk mengkaji sedalam mungkin model liga di seluruh dunia.
4. Saya percaya pelaburan tuan tidak akan sia-sia. Jika tuan mahu, pihak tuan boleh menggunakan kejayaan pasukan negara kelak untuk mempromosikan perniagaan tuan dan rakan-rakan. Bayangkan jika pasukan Malaysia mampu beraksi di Piala Dunia, dan logo syarikat tuan dan rakan-rakan mengiringi skuad kebangsaan. Pendedahan antarabangsa yang bakal syarikat tuan kecapi pasti menjamin pulangan bagi setiap sen yang tuan laburkan. Malah usaha murni tuan juga akan mendapat sanjungan tinggi daripada rakyat Malaysia. Sanjungan ini boleh membawa kepada pengaruh. Pengaruh ini akan memberikan tuan kuasa dan seperti yang kita semua tahu, kuasa membawa kepada kekayaan. Pihak tuan juga akan dipandang tinggi oleh dunia luar kerana berjaya melakukan sesuatu yang selama ini dianggap mustahil. Tuan akan kekal sebagai keajiban era moden, usaha tuan dan rakan-rakan akan ditulis didalam sejarah sukan dunia.

5. Saya benar-benar berharap cadangan saya akan dipertimbangkan oleh pihak tuan. Tuan dialu-alukan untuk menghubungi saya jika ada sebarang kemusykilan. Saya sanggup menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan.

Sekian.

Salam sejahtera.

Yang berharap,







---------------------- Surat Tamat ---------------------------

Aku sudah emailkan surat ini kepada beberapa orang terkaya di Malaysia base on this list. No joke, aku dah buat. Aku gagal dapatkan semua email address mereka, kalau sesiapa ada, tolong forwardkan surat ini atau berikan address mereka kepada aku.


At least ini adalah usaha aku untuk menyelamatkan sukan bolasepak Malaysia. Walaupun nampak macam sia-sia, namun aku puas. Aku tidak sekadar tengok, berharap, sedih, kutuk, kemudian tengok lagi, berharap lagi, sedih lagi, kutuk lagi dan meneruskan pattern yang sama setiap masa tanpa sebarang usaha.


13 comments:

rose said...

OOOo..mlm tadi terbongkok2 duk taip mende ni ke yang? huhuhu...

geram je kan tgk Malaysia kalah kat tgn Thailand..
GRRRRRrrrrr.....

neewa76 said...

Fuhhh semangat aku pun bekobar2 baca blog ko yang ni..smoga cadangan ko dterima..satu hari nanti pasti ko jgk akan org hargai dgn usaha ni....

neewa76 said...

Nak tmbah ckit..x tau bila lg aku blh guna tenet..coz slama ni aku bedal kilang punya..hehe..ni minggu terakhir aku kat kilang ni..VSS..hope to see u all sooner ok...byeeeee

abikhsan said...

Untung Sathia coz ada juga si budak Helmi Eliza tu jadi 'kambing hitam' dia bila kalah.

Football is a teamwork. Semua termasuk pemain simpanan dan juga tukang bancuh air pun main peranan.

Aku memang tak paham kenapa taksub sangat nak dapatkan gol awal bila ada game penting. Bola ni main 5 - 10 minit je ke...??? 90 minit la brother.

Banyak team EPL atau La Liga even Barcelona or Real Madrid (malas la bak bagi contoh MU or Liverpool nanti ada orang perasan), ketinggalan 1 - 2 gol kira biasa je and boleh catch up balik and won the game... (tak pun seri he he he he..)

Aku nak aje sepak mana-mana coach yang dok bagi statement nak dapatkan gol awal.... main bola kat PS je lah mcm tu....

lankapo said...

aku nak komen tajuk je..

save la bukan safe

Malaysia + Bola = Lawak

Bunga said...

bagusnya Mr. Right. Rakyat yang perihatin.
bukan mcm org2 lain. setakat mengutuk pasukan bolasepak malaysia. if tak minat ngan bolasepak malaysia berambusla dari malaysia nih.aku pon tak faham ngan org yg mcm nih.

keep up ur good work!
semoga usaha anda mendapat perhatian.

lalat said...

Memang tak dapat dinafikan bola sepak malaysia ni mmg hampeh. Dulu aku minat sangat dan support derang. tapi sekarang dah tak macam dulu..
aku sedih sangat..dah hampir 2 tahun aku tak jejak ke stadium sokong derang main.

aku harap usaha ko berbaloi mr. rite.
aku rasa punca bolasepak malaysia ni tak berkembang adalah berpunca dari pucuk pimpinan..ketidakcukupan bajet & bla bla bla.

sori, panjang pulak komen aku

aku just nak harap, semoga bola sepak malaysia akan lebih maju & aku akan jejakkan kaki ke stadium utk tgk derang beraksi lagi..

asrul said...

aku sokong bola sepak malaysia...
aku sokong bola sepak negeri aku...
aku sokong liverpool...
aku lah penyokong bola sepak sejati...
sape2 rakyat malaysia yang sokong man u tapi tak sokong bola sepak malaysia bukan penyokong bola sepak yang sejati...
HIDUP BOLA SEPAK MALAYSIA!!!
ANDA TIDAK AKAN KESEORANGAN!!!

abikhsan said...

Amboi Cik/ Puan Bunga cantiknya bahasa. Ke Encik Bunga...??

Senang-senang je nak suruh orang berambus dari Malaysia. Takde pulak dalam perlembagaan atau Rukunegara suruh orang minat bola sepak Malaysia baru boleh duduk kat Malaysia.

Sebagai tax payor kat Malaysia ni, aku tak nak duit cukai yang aku bayar dibakul sampahkan atau dituang ke dalam longkang. Do you know how much government or FAM spent to develope national football team..??? Kalau tak tahu baik dok diam....

Bukan soal tau ngutuk atau tak bagi cadangan membina, tapi dan berpuluh even beratus cadangan dikemukakan pada FAM, KBS, MSN, MOM tapi kedegilan pucuk pimpinan FAM menyebabkan mutu bola sepak Malaysia statik. Setakat menang Pestabola Merdeka dan menang dengan Lesotho nak gah... apa kebendanya....

Mr. Right said...

rose,
Ye lah... tiba-tiba dapat idea. Terus lah tulis. Nanti lupa.

neewa76,
Insyallah. Tapi yang tak bestnya ramai billionaire Malaysia ni nerd, tak minat bola.

Ko dapat VSS? Berapa ribu? boleh la pakai wireless broadband ke, masuk internet kat umah ke. Kan?

abikhsan,
Betul. Aku pun benci dengar jurulatih bagi alasan2 sampah. Tapi aku dah lama tak percaya dengan Helmi Eliza. Sebab kadang2 dia jadi Helmi, ok lah. Cuma kalau dia pilih untuk jadi Eliza hati tu, abis la. Sejak tgk Kedah kena belasah 7-0 dengan MPPJ dulu, Helmi la keeper.

lankapo,
Thanks. Aku dah ubah dah.

bunga,
Terima kasih. Aku memang tak suka sekadar mengutuk tanpa usaha. Itu penakut dan pemalas namanya.

lalat,
Takpe, aku memang suka orang komen panjang2. Share pendapat. Memang punca bolasepak kita teruk adalah pengurusan dan duit.

asrul,
Betul. Sokong bolasepak luar bukan main lagi. Sanggup berjaga sampai tengah2 malam. Tapi nak pegi stadium tengok game Malaysia pun liat.

abikhsan,
Relax. Kenapa lak ko terasa? Bunga tu kutuk orang yg cuma pandai mengutuk tanpa berusaha.

Bunga said...

Relaks la abikhsan.
aku ngutuk org yg mmg kutuk kaw2 ngan bola sepak malaysia & tak pernah berusaha utk tolong tingkatkan kualiti bolasepak kita.
mmg tak dinafikan bolasepak kita takde kualiti
tapi aku sebagai peminat setia bola, aku tak kisah, malaysia ke..
luar negara ke
semua aku tgk..aku pantang org2 yg kutuk
eh ko terasa ka?
ahahhahaha.soli la brader!

aku CIK ye
bkn ENcik

HaTiFi said...

bagus en fandi nih
htq surat kt org kaya

kalau boleh jd kenyataan, aku suruh org kaya tu letak logo akubetul kt jersi pasukan bola.. glamorlah blog hg lepaih nih

SyDen said...

aku fans MU tapi aku gak support Malaysia.
ada lagi nak tambah...( 1 ) panggil billionaire dari luar invest utk bola sepak malaysia.. ( 2 ) kepimpinan FAM diambilalih oleh rakyat biasa - sapa yg rasa dia terer sangat meh manage FAM. aku serius nih.

Total Pageviews

. page counter