Monday, December 1

Poll Result...... New Poll - Reunion SERATAS96 2009

Notice: Topic santai. Aku ambil kesempatan nak promotekan aktiviti aku dan kawan-kawan. Sorry, strangers most probably will find this posting rather boring. Sorry again.

Aku dah create poll baru, poll lama dah cecah lebih seratus votes. 127 to be exact. Below adalah result kepada poll yang lama.

Nothing surprise me, memang majority antara kita anggap Utusan dan RTM adalah media milik Barisan Nasional dan seratus peratus berita bias terhadap BN. Since ramai golongan muda tak suka BN so kita anggap berita dari Utusan dan RTM hampeh dan tipu.

Bloggers pun takde apa yang pelik. Memang si gila Raja Petra dan tak kurang gila Dr. Mahathir adalah blogger paling kontroversi dan menarik blog mereka.

Ok, enough about previous poll. Topic boring, semua orang dah tahu. Let’s participate in the latest poll. Lagi menarik… at least for me.

Poll baru pasal something yang aku dan member-member sekolah sedang usahakan. Kami nak arrange re-union again… Tahun lepas kami dah arrange sekali, buat kat sekolah. Next year hajatnya nak buat kat tempat lain pula.


Here my email to my school friends yahoogroup.

------------------------------------------------------

Salam Semua...

Last Tuesday aku (Fandi @ Dood), Aspa dan Azizi telah lepak minum-minum di Pak Li Kopitiam Sec. 7, Shah Alam. Kami sepakat nak usahakan reunion pada tahun depan.

Ini antara beberapa perkara yang kami telah dipersetujui:

Tarikh: 14 March 2009
Ini start cuti sekolah (info dari MC yang aku call time tu, kalau salah boleh blame dia). Kami pilih cuti sekolah sebab ramai kawan-kawan kita jadi cikgu. Ramai juga yang kahwin dengan cikgu. Dan ramai yang plan family holiday masa cuti sekolah, so harapnya boleh jadikan reunion ini sebagai cuti bersama keluarga. Kami tak buat lebih awal, kerana daripada pengalaman lalu, perlu beberapa bulan untuk merancang dan mendapat penyertaan yang ramai.

Konsep: Santai
Kita akan penuhkan dengan aktiviti bersuka-ria. BBQ, makan-makan, lepak-lepak, bersukan dan yang sewaktu dengannya. Objective reunion hanya untuk bergembira, dan merapatkan silraturrahim. Kalau ada sesiapa nak promote MLM, jual insurance, ajak invest unit trust, jual product apa2 pun dialu-alukan.

Location: Pantai
Since konsepnya santai dan bukan formal, kami decided buat di pantai. Banyak juga aktiviti boleh dilakukan dipantai compare dengan tanah tinggi, air terjun or tepi hutan. One suggestion kita buat area pantai di sekitar Perak. Sebab ianya ditengah-tengah, orang utara senang nak datang orang selatan pun tak jauh sangat kena travel. Perak setahu aku cuma ada satu pantai yang boleh diambilkira, somewhere di Lumut.

Duration: 2 hari, 1 malam.
Start hari Sabtu tengah hari. Selesai Ahad tengah hari. Sesiapa yang malas balik (cikgu2, busines sendiri, penganggur) boleh sambung lepak.

Tentative: Lupakan Dulu
Tak perlu bersusah payah fikir program kat sana . Seperti aku cakap kat atas, semuanya untuk bergembira dan merapatkan hubungan. Tak perlu bagi suggestion nak buat pelancaran laman web, nak buat kutipan tabung, nak usahakan persatuan, nak jemput cikgu, nak buat sticker...etc. Itu semua kita plan kemudian.

Bajet: Sendiri Boleh Agak kot.
Since tak tahu berapa ramai yang akan hadir, so tak boleh nak buat anggaran lagi. Tapi definitely tidak akan sampai separuh gaji sebulan pun. Kita akan cuba sebaik mungkin untuk rendahkan bajet agar ramai dapat hadir. Most probably around RM 200 - RM250 per family and RM150 per person (yang bujang).

Itu sahaja rasanya yang perlu diberitahu sekarang. Semuanya belum final lagi, tapi diharap tiada perubahan besar. So, aku minta sesiapa yang rasa boleh membantu dan sudi membantu, tolong inform kitaorg. Jadi kami boleh ajak sekali untuk bekerja menjayakan reunion ini.

Bantuan yang sangat-sangat diharapkan:
1. Penginapan. Sesiapa yang ada resort, kenal taukeh resort, atau hotel dimana-mana pusat peranginan, ada diskaun card, tolong offerkan bantuan.
2. Sesiapa ada bakat (ada camera ribu-ribu ringgit) or kenal mereka yang berbakat buat photography. Kita nak documentkan reunion ni cantik-cantik.
3. Kalau ada yang buat bisnes dan rasa nak promote kat kawan-kawan, boleh la throw your idea. Sponsor sikit2, then kita selitkan brochure, etc.
4. Sesiapa yang simply nak sponsor…… (takde kot).
5. Takde apa boleh offer, sekadar tulang empat kerat, masa dan idea, juga dialu-alukan. Nak uruskan kad, nak survey, jaga duit, beli gift, etc… semunya perlu bantuan tu.

Seperti biasa, kami (so far, aku, Aspa dan Jijie) akan cuba sebaik mungkin untuk jadikan reunion ini. Tak kisah lah hatta kami bertiga sahaja yang akan pergi bercuti bersama time tu. Ok juga, boleh wife aku kenal-kenal dengan wife Aspa dan tunang Jijie (tunang?! or awek…).

Lepas Raya Haji kami akan contact semua yang sudi bantu atau yang kami rasa boleh bantu untuk berjumpa dan finalise semua details. Then kad/surat jemputan akan dihantar. Time tu harap takde perubahan lagi dah.

Cheers!

Sekian. Assalamua’laikum.

------------------------------------------------------

Tujuan aku buat posting ini sebenarnya sekadar nak war-warkan kepada kawan-kawan sekolah yang tak join yahoogroup tersebut tetapi terbaca blog aku ni. Juga kalau ada sesiapa yang kenal member-member yang sekolah di SERATAS (Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping) SPM 1996, tolong sampaikan pesanan ini. Bersungguh aku post kat blog, kalau member-member still tak appreciate tak tahu lah.

Susah nak organise reunion sekolah ni. Ramai yang malas nak involve, masing-masing busy dengan pelbagai aktiviti. Ramai yang nak cari untung, ramai juga yang assume kawan-kawan organiser nak cari untung. Pening-pening. Jangan kata untung, nak control dan plan budget pun payah. Last reunion duit cukup-cukup, or maybe kami rugi sikit kot. Few hundred ringgit short.

Hopefully this time sambutan akan lebih meriah. Takpe... macam aku cakap dalam email tu, paling teruk pun aku dan beberapa kawan akan pergi bercuti sekali... not bad, kan?

6 comments:

-s-o-f-t-i-e ~eross~ said...

huh!!!

en nordin said...

add kan aku dalam group seratas!!

bojed said...

aku pernah pergi seratas masa f4

smaplabu saja2 pi sana tidur, lawan bola n volleyball

time pagi usha babi hutan berlari2an kat belakang asrama

btw aku ada sorang kwn seratas

usamah bin ismail aka ubi

budak sekolah rendah aku dulu

tah mana hilang skrg

Mr. Right said...

Softie,
Uik... pendeknya komen. Ada yg tak kena ke dgn posting aku ni?

en nordin,
Sorry, aku takut paklan marah aku nanti.

bojed,
Banyak2 benda, babi tu yg ko ingat ye. Ubi? tak kenal....

Anonymous said...

salam encik, saya nak mintak izin nak copy cdgn reunion encik. sy ader plan nak wat reunion, tapi tak pnah buat. so, takder idea. saya nak copy untuk tatapan saya dan kawan2 sekelas je... saya tak paste kat blog, cuma nak hntar email je ngan diorang. blh tak?

Mr. Right said...

ano,
Sila kan...

Total Pageviews

. page counter