Wednesday, April 30

Isu Badan Kebajikan Isteri-isteri wakil-wakil rakyat Selangor (BALKIS)

Summary:

1. BN tewas di Selangor pada 9 March 2008

2. Datin Seri Zaharah Kechik (Isteri Dr. Khir), pada 11 March buat mesyuarat tergempar dan arahkan akaun BALKIS ditutup.

3. RM9.9 juta balance dalam akaun BALKIS ditransferkan ke akaun Badan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI).

4. 13 Mac, bekas ahli-ahli EXCO BALKIS telah mengemukakan notis kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan BALKIS dan buat badan baru, BALKIS-BN.

5. ROS reject application tu sebab ada butiran yang tidak lengkap.

Kantoi….!

Dek kerana usaha menculik BALKIS dan wang RM9.9 juta tersangkut di ROS, berita ini telah menjadi topic hangat. The Sun yang 1st hidu bau busuk dari Shah Alam melebihi bau babi dari Sepang.

Pelbagai pihak memberi pendapat dan pendedahan.

1. Dr. Khir Toyo defend wife dia - Disini

2. Jeff Ooi dengan pantas berikan butiran cerita – Disini

3. Kenyataan Media BALKIS – Disini

4. Auditor BALKIS dedahkan yang akaun BALKIS tidak diaudit - Disini

Aku malas nak fikir dari segi legally nya tindakan Datin Seri Zaharah Kechik dan bekas Exco BALKIS. Biarlah polis dan badan kehakiman tentukan semua tu. Aku percaya pihak tertentu pastinya sudah membuat police report dan sebagainya. Terserahlah kepada pihak yang berkenaan nak siasat atau nak tolak masuk bawah karpet.

Aku cuma sedar kewujudan BALKIS atau badan bersekutunya iaitu BAKTI semasa musim perayaan. Mereka yang akan handle packaging kueh raya untuk tentera yang tidak balik ke kampong. Selain dari itu aku tak nampak pun fungsi mereka.

Bayangkan macam mana akaun BALKIS boleh ada hampir RM 10 juta. Gila…. Mana datang wang sebanyak tu? Siapa sponsor? Siapa derma? Balance ada RM10 juta, yang telah dibelanjakan berapa juta pula? Wahhh… menarik sungguh untuk disiasat. Kalau BPR, Police, ROS kaji betul-betul ini boleh jadi kes kantoi besar-besaran. Harap-harap boleh jadi macam tu lah.

Aku juga terfikir, apa lah keji sangat Datin Zaharah Kechik dan Exco BALKIS. Kenapa perlu di pindahkan wang tersebut? Kenapa nak bubar persatuan? Apalah salahnya dia pergi jumpa Puan Sri Salbiah Tunut (wife Tan Sri Khalid) dan uruskan penyerahan dengan adil? Hina sangat ke menjadi manusia jujur? Hina sangat ke menerima kekalahan suami kau? Hina sangat ke memberikan RM9.9 juta kepada pihak lain untuk diuruskan kearah kebajikan? Penyokong BN/UMNO boleh berikan beribu-ribu alasan untuk defend tindakan BALKIS, tapi hakikat yang mereka cuba ‘menculik’ BALKIS dan tukarkan kepada BALKIS-BN serta ‘merompak’ wang RM9.9 juta, sememangnya menggambarkan betapa keji dan busuknya hati mereka semua.

Jadi, lepas ni kepada persatuan seumpamanya untuk negeri-negeri BN yang lain aku ingin pesan sesuatu….. Jangan confident dengan dengan suami masing-masing dan konco-konco mereka. Prepare la awal-awal sebelum pilihanraya. Songlap la duit tu sebelum kalah. Jangan yakin sangat suami kau akan terus memerintah. Bila kalah, baru kelam-kabut nak ‘curi’ duit dan bubar persatuan. Nampak sangat bodoh dan keji….kantoi big time…

Bengong…!

Selamat bercuti…. 2nd May aku ambil cuti, balik kampong berehat 4 hari…. Syok…syok…

Monday, April 28

How to Kick Monday Blues Away?

Aku antara insan yang boring gila untuk memulakan minggu baru. Seriously, pagi Isnin rasa betul-betul malas nak pergi kerja. Aku pernah sengaja ambil emergency leave atau medical leave pada hari Isnin semata-mata kerana malas nak memulakan minggu kerja.

Semua orang tahu kenapa kita boring menghadapi hari Isnin tapi ramai tak tahu macam mana nak elak. Biar aku tolong ajarkan.

1. Tinggal lah di Kedah, Ganu atau Kelantan.
Ok… lame joke, but of course you can avoid Monday blues by work at those states. Since they start new working week on Sunday, so, there are no Monday blues there. Hahahhaa… for them it is Sunday Blues instead. Hahhaa…


2. Do Not Cherish Your Weekend
Jangan celebrate cuti hujung minggu. Lepak sahaja dirumah, keluar dengan rakan-rakan yang anda benci, habiskan masa menonton RTM sepanjang weekend atau buatlah apa-apa aktiviti yang membosankan sepanjang cuti hujung minggu. Believe me, at one stage you will be very excited to see your office table on Monday morning.


3. Jadikan Awek Office Sebagai Sumber Inspirasi.

For girl, carilah mana-mana lelaki hensem yang boleh ‘diperalatkan’. Diperalatkan walaupun tanpa
dia sedar. Pagi Isnin bayangkan muka dia yang comel, badan dia yang cantik, bau dia yang wangi, sifat dia yang lemah lembut atau apa sahaja yang boleh membuatkan anda teruja untuk pergi kerja. Untuk lebih advance, jangan sekadar peralatkan dia tanpa dia sedari, terus sahaja bercinta dan beradu asmara di office. Tentu anda tak sabar untuk pergi kerja pada pagi Isnin. Tentunya aku just sarankan kepada mereka yang bujang sahaja.


4. Do Not Install Internet Line at Home
Kepada yang ada Internet di office dan anda memang gila main chatting, Yahoogroup, Facebook, MySpace, blog…etc. Jangan pasang line Internet di rumah. Ini juga boleh motivate untuk pergi kerja pagi Isnin. Mesti anda tak sabar nak baca latest komen, latest email atau latest posting blog yang anda suka (macam blog aku ni, hahahaa…).


5. Support Pasukan Bolasepak Yang Betul
Just like this morning, aku tak sabar nak pergi office untuk kutuk member-member office yang kecewa last Saturday sebab Chelsea menidakkan/melambatkan mereka menang EPL. Hahahaha… but again, ada masanya ini boleh menambahkan keperitan pagi Isnin kita jika pasukan kita kalah.


6. Carilah Financial Freedom

Akhir sekali, ultimate solution dan cadangan yang paling serious daripada aku adalah mencari financial freedom. Jadikan bekerja pada hari Isnin pagi bukan sesuatu yang wajib bagi anda. Resam manusia, kalau kerja itu satu pilihan diri sendiri kita akan seronok untuk melakukannya. Buatlah MLM, Unit Trust, direct selling, kahwin dengan anak jutawan, main saham atau apa sahaja usaha yang membolehkan anda tidak perlu bangun pagi-pagi dan terpaksa pergi kerja on Monday morning. Oleh sebab itu, jom masuk latest business venture yang aku ingin perkenalkan. Click here for detail: Financial Freedom. No kidding, rugi kalau tak sertai skim menjana pendapatan yang ramai jutawan cuba rahsiakan dari kita semua selama ini.


This week mungkin ramai yang seronok nak start kerja sebab Thursday kita cuti, ramai ambil cuti on Friday. Jadi seolah-olah kerja half week sahaja.

Friday, April 25

Bekas Menteri Dituduh Meraba Pelayan Restaurant

Notice: Nak buat dosa jap sebelum pergi masjid. Hahaha….

KUALA LUMPUR: A hotel restaurant waitress has lodged a police report against a former cabinet minister, accusing him of molesting her at her workplace in Brickfields

- Malaysian Bar

Itu lah nasib politician. Kalau orang suka, apa jenis jenayah pun boleh dicover. Tapi bila dah tak disukai raba pelayan restaurant kat hotel pun boleh dijadikan umpama kes besar.

Aku rasa ramai dah dengar berita ini. Sehari lepas press conference tu, pelayan terbabit pula buat statement yang agak mengelirukan. Ok… biarlah polis buat siasatan apa sebenarnya yang berlaku. Samada ada pihak nak perangkap bekas menteri tersebut atau memang dia tak mampu kawal nafsu malam tu.

Persoalannya, siapakah bekas menteri tersebut? Clue yang ramai blogger bagi adalah dia seorang ahli parlimen, dulu menteri tapi sekarang dah kena drop.

Dalam pengiraan aku, bekas menteri yang masih ahli parlimen adalah:

Rafidah Aziz
Tengku Adnan
Jamaluddin Jarjis
Abdullah Md Zin
Azmi Khalid
Radzi Sheikh Ahmad

Tolak Rafidah Aziz, tinggal 5 orang lagi lelaki yang boleh disyaki. Isteri Azmi Khalid cantik gila (Normala, kan?), so tak mungkin dia kot. Lebih baik dia raba isteri sendiri daripada raba pelayan tu. Jadi tinggal 4 orang suspect. Sedang aku search Net cari jawapan, aku terjumpa posting ini diblog YB Jeff Ooi:

http://www.jeffooi.com/2008/04/the_scientific_technological_a.php

Bukan nak tuduh atau meletakkan diri aku dalam risiko diambil tindakan kerana kacau urusan siasatan police, tapi rasanya YB Jeff Ooi telah memberikan jawapan. Sila perhatikan Title posting tersebut. Nampak?

Selamat berhujung minggu.

Aku juga nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada housemate dan ex-classmate aku, Shuk yang akan berkahwin Ahad ini. All the best bro….

Thursday, April 24

CLEO 50 Most Eligible Bachelor - Answer to Kenny Sia

Subtitle: No Such Thing as Bad Publicity?

Macam biasa, kadang-kadang aku suka komen pasal dunia hiburan. Reasonnya adalah aku memang suka follow cerita dunia hiburan dan second, sebab aku nak jadikan blog ni search engine friendly sikit. Ramai orang search pasal dunia hiburan so, harap-harap mereka boleh terjumpa blog ini. Tak salah rasanya aku mengaku mengSEOkan blog ini, ini kan?

Faizal Tahir

How on earth Faizal Tahir boleh beat Mawi dalam Anugerah Planet Music for Most Popular Male Singer? Mawi kan Raja SMS. Jawapannya mudah, orang ramai lebih teruja dengan isu Faizal buka baju dan kena ban daripada cerita “Mawi dah ada girlfriend”. Faizal Tahir betul-betul dapat untung ekoran dari kes tayang dada dulu.


Edi Kornelis

Aku ingin menjawap kemusykilan blogger terkenal, Kenny Sia pasal popularity Ebi Kornelis. Kalau sesiapa yang biasa baca blog Kenny Sia, dalam beberapa minggu yang lepas dia heboh pasal dia terpilih jadi salah seorang CLEO Most Eligible Bachelor of the year. Top 50 kot…. Then, among the 50 bachelor ada pula beberapa award-award kecil yang akan diberikan selain daripada award utama. Award-award ini akan ditentukan dengan undian di laman web CLEO. Kenny Sia dengan peminatnya yang beribu pasti merasakan dia ada peluang untuk menang. Dia beberapa kali promote dirinya sendiri, merayu agar pembacanya vote beliau. Hasilnya, semua 5 anugerah kecil melalui undian dimenangi oleh Ebi Kornelis. Kenny Sia dalam posting terbaru seakan-akan blur dengan kejayaan Ebi Kornelis. Apa la mangkuk Kenny ni. Dia tak kenal Ebi Kornelis. Mamat ni peserta AF musim lepas. Sekarang ni tengah panas cerita pasal dia clash dengan Mila, juara AF 5. Every weekend akan keluar cerita dia di semua newspaper Bahasa Melayu. Dalam Melodi di TV3 pun setiap Ahad ada cerita dia. So, pastinya isu putus cinta, bergaduh, tuduh menuduh dan ludah meludah membuatkan beliau famous. Kenny Sia yang ada beribu-ribu loyal reader pun gagal kalahkan dia. Infect, Kenny gagal berada dalam top 5 untuk semua jenis kategori. Kesian… Hahahhaha…. Check the result here: http://special.time.net.my/eb08/results.cfm

So, betullah there are no such thing as bad publicity dalam entertainment industry.

Tuesday, April 22

Silent Racism - Part 2

Salah satu komen terpanjang pernah aku terima. Aku gagal contact insan yang meninggalkan komen yang cukup berkualiti ini. Aku harap beliau boleh contact aku terutamanya jika beliau tidak selesa dengan tindakan aku menjadikan komen beliau sebuah posting penuh.

Pak Din meninggalkan komen di tulisan sensitive aku berkenaan racist: Silent Racism Part 1.

Dia cukup rajin untuk kupas satu persatu points yang aku berikan. Aku percaya beliau memperuntukkan masa yang lebih lama untuk tulis komen berbanding masa aku menulis posting tersebut. Fakta yang diberikan menunjukkan beliau betul-betul membuat research dan study pasal topic ini.

Personally aku nak ucapkan terima kasih dan cukup terharu dengan usaha beliau dalam memberikan pandangan.

Walaupun beliau tidak sependapat dengan aku hampir 100%, aku tidak mahu memanjangkan perdebatan. Aku cuma paparkan komen tersebut disini untuk memberi pilihan kepada pembaca membuat kesimpulan sendiri. Tolong baca posting asal aku sebelum luangkan masa (yang agak lama) untuk membaca komen beliau yang aku pastekan dibawah ini.

----------------------------

Saudara,

Seperti yang saudara sedia maklum Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, perjuangan menuntut kemerdekaan ini bukan mudah dan penuh liku berduri. Penentangan bermula semenjak Kesultanan Melayu Melaka hinggalah penentangan terhadap Malayan Union yang merupakan kemuncak kepada perjuangan menuntut sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. Penjajahan oleh Bangsa Portugis, Bangsa Belanda, Bangsa Inggeris, Bangsa Jepun, Bangsa Siam dan Pemberontakan 14 hari Parti Komunis Malaya telah melemahkan jati diri kita Bangsa Melayu. Selepas 50 tahun merdeka barulah kita berjaya memulihkan sedikit demi sedikit maruah diri dan keyakinan kita. Mengapa negara kita dijajah selama lebih 450 tahun? Seperti yang saudara sedia maklum, Zaman Kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka merupakan kemuncak kepada kecemerlangan Bangsa Melayu itu sendiri, Melaka merupakan pusat perdagangan dunia pada suatu ketika dahulu, Bangsa asing sudah pasti tidak berminat untuk menjajah sekiranya Malaysia hanya sebuah negara kecil yang mundur dan tidak punya apa-apa. Saudara boleh melihat sendiri bagaimana Iraq dan Afghanistan dijajah tentera asing hanya disebabkan kekayaan hasil buminya. Kemakmuran dan kekayaan hasil bumi Tanah Melayu menyebabkan kebanjiran Imigran yang dibawa masuk dari Negara China dan Negara India untuk mengusahakan sektor perlombongan dan perladangan di Malaysia. Kebanjiran imigran ini telah menyebabkan kependudukan di Tanah Melayu bertambah berlipat kali ganda. Dan bertitik tolak dari sinilah bermulanya masyarakat majmuk berbilang kaum di negara ini.

Saudara,

Kita mesti sedar bahawa Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mungkin akan dapat direalisasikan hanya dengan perjuangan dan komitmen Bangsa Melayu semata. Kemerdekaan menuntut penyatuan kesemua rumpun kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan negara kita ini merupakan titik tolak dalam usaha kita untuk membebaskan diri kita daripada aibnya menjadi bangsa yang dijajah. Tetapi ada satu bom jangka yang ditinggalkan oleh penjajah diakibatkan oleh dasar yang telah membelenggu kita selama ini iaitu ‘dasar pecah dan perintah’. Dasar yang ditanam oleh penjajah ini adalah untuk memecah-belah dan memisahkan Bangsa Melayu dengan kaum imigran dari Negara China dan India ini. Kemuncak kepada perselisihan inilah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.

Kejadian 13 Mei 1969 telah mendedahkan barah yang terpendam selama ini. Dasar Pecah dan Perintah menyebabkan ketidak-keseimbangan ekonomi yang serius dan perasan curiga-mencurigai diantara Bangsa Melayu – Kaum Cina dan Kaum India di Tanah Melayu.

Adalah tidak begitu sesuai saudara melabelkan negara kita begitu ‘racis’ sekiranya saudara benar – benar memahami sedikit sejarah yang telah saya ketengahkan pada awal penulisan saya ini.

Saudara,

Berhubung ‘Working Environment’ saya bersetuju dari satu sudut dan tidak bersetuju bagi sudut yang lain pula. Jika kita lihat didada akhbar bahasa inggeris jelas dalam permohonan mengisi kekosongan jawatan jelas disyarakatkan perlu menguasai Bahasa Mandarin. Dan ada juga yang meletakkan syarat untuk bangsa tertentu sahaja yang boleh mengisi jawatan tersebut. Walaupun pelbagai alasan diberikan untuk menghalalkan tindakan ini sebagai contoh, sekiranya mengambil orang Melayu yang sudah pastinya beragama Islam perlu diperuntukkan waktu solat, tidak pandai bersosial dalam majlis anjuran syarikat dan pelbagai alasan lain. Ia merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh Orang Melayu untuk menceburi sektor swasta. Tetapi perlu diingat bahawa dalam kekurangan ini masih ada ruang untuk orang Melayu berjaya dalam arena ini tanpa menggadaikan maruah diri. Ramai anak-anak Melayu yang bekerja di syarikat bukan bumiputera dan berjaya menjawat jawatan yang selesa di dalam syarikat-syarikat tersebut.

Bagi sektor Perkhidmatan Awam pula, saya suka memetik penjelasan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Tan Sri Ismail Adam dalam Berita Harian 24 Disember 2007 “ Kerajaan tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih atau diskriminasi dalam pengambilan kakitangan baru, aspek utama yang diberi perhatian dalam pengambilan penjawat awam adalah merit atau kelayakan akademik, bukan kaum” dan menurut statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menunjukkan hanya 1.78 peratus kaum Cina dan 2.5 peratus kaum India daripada 486,802 individu yang memohon untuk menyertai sektor awam tahun lalu (2006). Adalah tidak adil saudara melakukan tuduhan yang melulu tanpa mengambil kira faktor-faktor yang dinyatakan seperti di atas. Kenyataan saudara ada berbau seakan-akan mempertikaikan kemampuan akademik orang Melayu ? Saudara, orang Melayu ramai yang pandai dan ada yang sudahpun bertaraf genius. Ada yang mencatat sejarah mendapat kelulusan berbelas-belas A1 dalam peperiksaan SPM dan sebagainya.

Saudara,

Berhubung ‘Entertainment Industry’ kenyataan saudara adalah ‘sedikit tidak masuk akal’ dalam pemahaman saya. Jika kita lihat, sememangnya industri muzik kita mengalami sedikit kegawatan semenjak kebelakangan ini. Anak muda kini lebih meminati muzik asing, bukan setakat tidak menyukai artis bukan Melayu malah artis Melayu pun susah nak cari makan ketika ini. Kebanjiran artis dari seberang dan barat seperti Kris Dayanti, Irwansyah & Acha, Melly Goeslow, Kumpulan Peterpan, Dewa 19, Sheila on 7, Gigi, Ungu, Samsons, The Lima, Ratu, Celine Deon, Justin Timberlake, Alicia keys, Simple Plan, Chris Daughtry, Backstreet Boys, Rihanna, Gwen Stefani, Beyonce, Shakira merupakan artis luar yang amat diminati oleh anak Melayu ketika ini, dimana lagu-lagu mereka ini menjadi siulan remaja dikala ini. Adakah ini juga suatu faktor ‘racis’?

Saudara,

Berhubung ‘Bussiness’ pula, seperti yang saya nyatakan seperti diatas, ‘Dasar pecah dan perintah’ yang diamalkan oleh penjajah Inggeris semenjak 1880-an telah mengkelaskan Bangsa Melayu sebagai Nelayan dan Petani yang mendiami kawasan kampung dan persisir pantai, Imigran China terlibat dalam sektor perlombongan yang mendiami kawasan pekan/bandar, Imigran India terlibat dalam sektor perladangan yang mendiami estet-estet. Maka pembahagian mengikut kaum yang dilakukan secara terancang ini menyebabkan masyarakat cina telah lebih awal menguasai bandar-bandar dan peluang-peluang perniagaan semenjak ratusan tahun dahulu lagi. Adakah logik dalam masa 50 tahun ia harus dan dapat diubah secara total? Adakah wajar ini yang dikatakan ‘racis’?

Saudara

Manakala bagi isu ‘Politic’ pula, saya suka merujuk kenyataan saya seperti di atas “Kemerdekaan Tanah Melayu tidak mungkin akan dapat direalisasikan hanya dengan perjuangan dan komitmen Bangsa Melayu semata. Kemerdekaan menuntut penyatuan kesemua rumpun kaum yang terdapat di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak”. Senario politik di negara ini melibatkan perikatan pelbagai parti politik, saya masih ingat sewaktu mengambil kertas Asas Politik Malaysia di UKM dahulu, saya didedahkan dengan istilah Politik Malaysia. Di mana tiada lagi parti politik di dalam dunia ini yang mempunyai perikatan parti politik sebesar Barisan Nasional. Yang kini jika kita lihat di pihak Pakatan Rakyat juga melibatkan perikatan lebih daripada 3 parti politik. Nama-nama besar tokoh yang memimpin kepelbagaian parti politik ini seperti Tunku Abdul Rahman Putra (UMNO), Tun Tan Cheng Lock (MCA), John A. Thivy (MIC), Lim Chong Eu (GERAKAN), Tun Mohd. Fuad Stephens (Sabah) dan Datuk Stephen Kalong (Sarawak) menunjukkan sikap tolak ansur yang tinggi di kalangan pemimpin negara di peringkat awal dalam menjayakan penubuhan Negara Malaysia. Sensitiviti mengenai isu yang melibatkan kaum, ras dan warna kulit bukan sahaja berlaku di Malaysia, pemberontakan George Speight di Fiji pada 19 Mei 2000, Pembunuhan Marthin Luther King Jr di AS, Pemisahan Negara Pakistan dan Bangladesh daripada Negara India adalah di antara contoh terbaik dalam memperkatakan isu ini.

Kedua-dua pihak, Kerajaan mahupun pembangkang sedang dan terus mencuba sedaya-upaya untuk menghapuskan jurang antara kaum yang berlaku di Malaysia. Berilah sedikit lagi masa kepada kedua-dua parti Kerajaan / Pembangkang untuk memakmur dan menyuburkan hubungan kaum di dalam negara ini. Jangan di sebabkan tangan-tangan kita yang menggongcang dan merosakkan jambatan yang cuba dibina oleh pihak kerajaan. Saudara, tidak baik baling batu sembunyi tangan, bachul tindakan sebegini.

Saudara,

Berhubung isu ‘Sports’ pula, mengapa perlu difokuskan kepada sukan tertentu sahaja. Dalam puluhan malah ratusan jenis sukan (termasuk sukan rakyat) mengapa 4 sukan sahaja yang dipertikaikan? Kalau dah orang Melayu sejak kecil suka bermain bola sepak takkan kita nak suruh orang Melayu main basketball? Dan begitu jugalah sebaliknya bagi kaum lain. Mengapa tidak diperkatakan mengenai sukan Badminton yang sememangnya melibatkan imbangan juara yang terdiri daripada berbilang kaum? Sukan Hoki? Karate? Squash? Tenpin Bowling dan pelbagai lagi sukan yang lain. Juara sukan tidak boleh disusun dan main tangkap muat untuk menghasilkan juara berbilang kaum mengikut acuan saudara!. Juara sukan terhasil daripada faktor genetik, minat, hasil usaha yang gigih/kuat, sokongan dan galakkan dari keluarga, persekitaran dan lain-lain faktor yang menyumbang kearah untuk menghasilkan Juara Sukan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Akhir kata adakah 50 tahun mencukupi untuk mengubat barah yang telah membiak semenjak ratusan tahun dahulu? Adakah saudara menggunakan akal atau menggunakan sentimen dalam mengetengahkan perkara ini? Sesetengah individu lebih berminat untuk mengkritik menggunakan perasaan. Kerana ia mudah, tidak memerlukan penyelidikan dan kononnya mudah untuk mempengaruhi sentimen rakyat. Tetapi cara ini bukan pilihan dalam senario semasa di alaf ini, golongan muda yang berpendidikan formal/tidak formal lebih mahir menggunakan akal dalam menilai dan melihat sesuatu isu.

-------------------------------

Walaupun komen diatas pedas dan sedikit menyerang peribadi aku… Tapi aku paksakan diri untuk tersenyum dek kerana kesungguhan beliau dan kemungkinan besar beliau sudah berumur dan jauh lebih berpengalaman daripada aku. Kalau dia bukan seorang pakcik, mungkin beliau seorang pakar sejarah. Hahahaha….

Terima kasih daun keladi…..

P/S: Whether you like me or not, surely you agree it is one damn cool decision of mine to respect and appreciate this comment, right?

Monday, April 21

Aku Pergi Kursus Kahwin

Aku pergi kursus kahwin Sabtu dan Ahad lepas…

(Pergi kursus kahwin pun nak bagitau orang ke?)

Suka hati aku lah… daripada aku mengomel pasal Anugerah Planet Muzik yang dah jadi macam anugerah muzik Malaysia atau pasal Konsert AF yang dikhabarkan semakin hampeh, lebih baik aku cerita pasal kursus kahwin.

Pada mulanya aku ingat mesti lah info yang mereka akan beri semestinya boring dan ‘semuanya aku dah tahu’. Biasalah, aku memang selalunya over confident dengan tahap pengetahuan aku. Hahahhaa… Tapi lepas habis kursus, tergamam sekejap aku dengan ilmu yang mereka berikan. Sepanjang kursus, banyak kali juga aku cakap dalam hati…

“… Oooo… cam tu…”

“… A’ah… betul juga…”

“…. Alamak… baru aku tahu…”

“…. Ini boleh jadikan bahan untuk blog…”

Ok… honestly yang last tu aku baru terfikir pagi tadi. Tapi keseluruhannya memang bagus kursus kahwin anjuran JAIS tu.

Pejabat JAIS - Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam

Standard la semua yang attend muka toya je. Muka terpaksa. Orang JAIS tu siap pesan banyak kali jangan lah tension… ini majlis ilmu. Tapi Ustaz-ustaz yang bagi ceramah semua dah pengalaman luas dalam kursus kahwin, mereka tahu apa yang peserta suka. Lawak Lucah…! Member-member pun ramai yang dah pesan, lawak lucah kursus kahwin adalah antara yang paling best.

Dengan beralasankan ‘kongsi ilmu’ ustaz-ustaz tu betul-betul telah berjaya memecahkan perut para peserta. Aku yang pada asalnya control macho pun akhirnya gelak ngalahkan menonton sitcom kat TV. Sesetengah lawak memang betul-betul best, kalau masuk Raja Lawak boleh challenge Nabil lah. Memang ada lawak-lawak standard, tapi cara ustaz-ustaz tu bercerita nampak lucu gila….

Ok… leave the funny part aside. Kalau aku tulis lawak-lawak lucah tu kat sini pun akan nampak tak lucu, sebab gaya dan intonasi ustaz tu yang sebenarnya membuatkan semua peserta tak mengantuk. Aku nak cakap pasal benda serius.

Masa mereka edarkan attendant form untuk di sign oleh para peserta pada setiap sessi, ada sekali tu mereka teredar sekali dengan borang yang sepatutnya diisi oleh penceramah. Seolah-olah claim form la. Terkejut juga kami melihat allowance yang mereka dapat. Berbeza mengikut penceramah, but on average mereka dapat RM200 per hour. Fuh… boleh tahan banyak. Lebih kurang payment yang lecturer master dapat untuk ajar budak degree di university. Dasyat…dasyat. Aku juga diberitahu ada beberapa borang yang perlu DIBELI untuk urusan perkahwinan. Borang A, borang HIV, entah borang-borang apa lagi. Dalam file yang diberi percuma juga ada beberapa iklan yang diselitkan. Ada iklan pakej perkahwinan, ada iklan photography even ada iklan insurance nyawa. Wah…. rupa-rupanya urusan perkahwinan sudah menjadi satu business yang menguntungkan kepada pegawai-pegawai jabatan Agama Islam. Patut lah aku dengar jabatan agama berebut-rebut nak uruskan kursus kahwin. Yang aku pergi tu anjuran Unit Perundangan JAIS, dalam masa yang sama Jabatan Agama cawangan Shah Alam turut anjurkan di masjid negeri yang jaraknya cuma beberapa ratus meter dari banggunan JAIS yang aku pergi tu. Aku juga tahu di Bangsar ada kursus kahwin yang bayarannya lebih tinggi tapi kursus hanya satu hari. Tidak 2 hari seperti di Shah Alam. Bila aku search di Internet juga rupanya berlambak syarikat yang sediakan service kursus pra perkahwinan. Berbagai-bagai offer menarik mereka sediakan. Meriah...meriah...

Simple calculation, ustaz tu dapat lebih kurang RM200 per hour. Mereka beri ceramah 2 jam seorang. So, dapat RM400. Kalau sebulan ada 4 kali (assume sekali seminggu), mereka dapat RM1600 sebulan, tidak termasuk gaji bulanan mereka di jabatan Agama Islam. Itu juga tidak diambil kira kalau mereka memberi ceramah ke beberapa pusat dalam satu hari. Seperti yang salah seorang dari mereka sendiri cakap;

….maaflah jika suara saya kurang sekarang, pagi tadi baru lepas bagi ceramah di Putrajaya….petang ini ada lagi….

Mereka turut berikan evaluation form untuk setiap penceramah. So, peserta boleh berikan markah. Mungkin jika markah mereka tinggi, mereka akan dipanggil lagi untuk kursus-kursus di lain masa. Patutlah penceramah seolah-olah bersaing sesama mereka untuk menambat hati peserta dengan lawak lucah yang paling berkualiti.

Aku cuma dengki dengan side income para penceramah, walaupun aku sedar aku tidak patut dengki kerana mereka sememang deserve the money sebab ilmu agama mereka yang tinggi dan mereka sanggup habiskan hari cuti untuk berkerja. Aku juga terfikir, takpelah… daripada aku habiskan duit ke jalan tak tentu arah, lebih baik aku bagi kepada ustaz-ustaz itu yang turunkan ilmu sambil menghiburkan weekend aku. Aku cuma harap benda ini masih dalam kawalan dan tidak dikormersialkan sehingga lari daripada tujuan asal kursus kahwin. Iaitu menyediakan bakal suami dan isteri dengan ilmu alam rumah tangga, bukannya nak menguntungkan poket para pegawai jabatan Agama Islam...



Friday, April 18

Manusia Hypocrite

Kadang-kala aku suka membaca temubual wartawan dengan celebrity. Aku maksudkan temubual friendly yang not really related to their work. Question such as, their hobby, their phobia, or thing they like and hate.

One famous question is ‘What kind of person they like and dislike’…. Jawapan standard bagi orang yang dibenci adalah ‘manusia hipokrit’.

Ini maksud perkataan hypocrite aku ambil dari dictionary.com:

1. A person who pretends to have virtues, moral or religious beliefs, principles, etc., that he or she does not actually possess, esp. a person whose actions belie stated beliefs.

2. A person who feigns some desirable or publicly approved attitude, esp. one whose private life, opinions, or statements belie his or her public statements.

Ramai antara kita benci manusia yang berpura-pura baik, berlagak bagus, konon-konon berhati budi mulia. Padahal diri sendiri macam syaitan…

Jadi aku rasa ramai celebrity yang sebenarnya membenci diri mereka sendiri. Since, for me most celebrity that gains money from their fame, will always try to portray their best image to public. Personality sebenar mereka kadang-kala mengalahkan iblis.

Kadang-kadang kita baca celebrity benci rakan artis mereka yang berpakaian seksi, sedangkan masa dia bercakap, buah dada dia macam nak tersembul keluar. Ada juga artis yang tolong promosi kempen anti dadah atau Tak Nak! merokok padahal dia sendiri ketagih bermacam-macam jenis 'ubat'. Aku sendiri pernah lihat artis yang berlagak sopan santun dalam kaca tv tapi mabuk arak didisko. Bengong!

Keduanya, aku perasan ramai ahli politik, lebih tepat lagi, Barisan Nasional leaders choose to become blogger after 12th general election.

They manage to find free time within their hectic schedule just to write blog. Funny right, before this they said blogger are bunch of people that wasting their time, blog only read by fellow blogger, less than few thousand internet user ‘trust’ information from blog, some even labeled blogger as monkey. But now they willing to become one of the monkeys in order to get public attention. They not putting their trust on paid ‘monkey’ anymore. They themselves want to be close with blog reader, and honestly said, reading their blog membuatkan aku nak muntah. Macam sial… dengan kata-kata indah, pujian terhadap mereka yang meninggalkan komen dan pelbagai lagi cara mereka nak managih simpati pembaca.

Kepada rakan-rakan blogger yang lain, saya mengharapkan sokongan anda semua.... bla…bla…bla


Damn… seriously aku kena beli notebook baru sebab notebook aku sekarang dah terkena muntah. Come on, masa menjawap soalan wartawan, masa berucap depan ahli parti, masa berbahas di dewan, bukan main ganas dan kurang ajar. Tiba-tiba menulis blog terus jadi manusia mulia, terus jadi malaikat manusia, terus jadi lembik. Aku rasa mesti ramai juga blogger lain yang menulis blog dalam penuh kepura-puraan. Aku? Tak kot... Hahahhahaa.....

Ketiga dan terakhir, kepada mereka yang meninggalkan komen diblog. Wah…wah… wah… bukan main baik cara tinggal komen. Sungguh bersopan santun, tawaduq, kadang kala terus bertukar jadi ustaz, tidak kurang yang lantik diri jadi pakar motivasi. Don’t get me wrong, aku tidak kisah bagaimana rupa komen yang ditinggalkan diblog aku. Infect seperti blogger lain, aku suka jika ramai involve dalam perbincangan. Selain disini, aku juga rajin membaca komen di blog-blog famous yang lain. Kadang-kala aku tersenyum membaca komen terutamanya dari manusia yang aku kenal atau yang aku rasa aku kenal. Please lah… tolong komen dengan jujur. Jangan berlakon, jangan berpura-pura… jangan jadi hypocrites….!

Lebih baik jadi hippopotamus daripada jadi manusia hypocrites. Bukan maksud aku kita wajib bongkak dengan kejahatan kita, tapi tidak perlulah berlagak macam kucing kalau kau tu dah memang seekor anjing kurap.

Selamat berhujung minggu!

Thursday, April 17

Bola-bola Api

Notice: Tajuk posting tidak berkaitan dengan cerita. Saja suka-suka.

Kadang-kadang aku suka kaitkan apa sahaja situasi dengan pasukan bolasepak. Konon-kononnya peminat sukan bolasepak sejati la ni. Dalam berkawan, hubungan keluarga sehingga lah di pejabat. Cuba fikirkan, dalam setiap hubungan pastinya ada watak goalkeeper, defender, midfielder, playmaker, winger, attacking midfielder dan tentunya striker. Sifat dan perangai mereka yang membuatkan aku mengaitkan mereka dengan watak-watak pemain bolasepak untuk setiap posisi. Ada antara kawan-kawan aku yang suka ‘menyerang’ rakan-rakan lain, ada juga yang suka ‘tackle’ secara ganas dan ada yang berlagak cool dan anggap diri sebagai ‘playmaker’. Playmaker ni selalunya setiap decision dalam group mesti dia nak influence.

Selain dari hubungan sesama manusia, aku juga selalu kaitkan kerja di office dengan game bolasepak. Kalau sesuatu kerja itu aku sedang aku usahakan, aku bayangkan bola berada dikaki aku. Bila aku dah selesai, aku forwardkan drawing kepada Sales Department contohnya, jadi pada pandangan aku bola kini berada dikaki mereka. Mereka sebagai ‘striker’ sesebuah organisasi corporate perlu berhati-hati mengawal bola dan jaringkan gol dengan dengan membawa pulang sales.

Jadi, kadang-kala aku memberi jawapan sebegitu kepada boss aku yang tidak begitu minat bolasepak. After a while, dia pun faham bagaimana cara aku berfikir. Contohnya:

Boss: Fandi, how about bla…bla…bla…project?

Aku: Ohh… ball now at Sales’s legs. I already gave them all the info, they just need to compile everything and prepare the quotation.

So, yesterday ada weekly meeting, boss aku pun try to use same ideology to explain something about information flow between department and the important ness of proper documentation to meet some ISO stuff.

Boss: I love to remind you guys to properly send the copy of these forms to each department. I do not want to hear anymore excuses. Sometimes, for example I.T Department passes the ball to Affandi. Affandi not even realize he got the balls. He not sure whether the ball with him or not….. So, when I ask…. (he stopped)

Boss aku stop sebab ramai antara kami dah start tergelak dan tahan gelak. Dia pun realize dia dah terbuat joke pasal ‘bola aku’, dia senyum and teruskan meeting.

For the record, aku tahu aku ada ‘bola’ dan aku tahu kedudukan dan kemampuan ‘bola’ aku.

Hahahaha…..hahhahaa….

Wednesday, April 16

Al-Fatihah Untuk Abah dan Pakcik Aku

Semalam memang hari yang cukup memenatkan buat aku.

Pagi-pagi aku bangun dan secara pantasnya aku rancang apa aku nak buat. Sedang aku kemas-kemas baju kotor untuk dihantar dobi, tiba-tiba dapat panggilan telefon dari mak aku. Pakcik aku yang sudah beberapa minggu terlantar di hospital telah kembali ke rahmatullah.

Quick discussion through phone with my elder brother, end up aku kena balik kampong. Since abang aku outstation. At least salah seorang mesti balik mewakili adik beradik yang lain. Jadi aku pun hantar sms kepada boss, rakan pejabat dan anak buah. 3 jam kemudian aku berada di Teluk Intan. Menghadiri majlis pengkebumian sememangnya memilukan. Melihat wajah-wajah sedih, senyuman terpaksa yang terukir dan tangisan mereka yang sebak. Kita yang hadir tidak boleh buat lawak, tidak boleh cekak pinggang, masuk tangan dalam pocket even nak hisap rokok pun kena pergi jauh dari crowd dan sorok-sorok.

Sememangnya aku tidak boleh lari dari terkenang saat yang sama menimpa family aku 6 tahun lepas juga pada bulan April. Abah yang aku sayangi menyahut seruan Illahi. Semalam aku jumpa sepupu-sepupu aku dan peluk mereka sambil memberikan beberapa nasihat yang mungkin mereka dah jemu dengar. Mereka sempat memberitahu aku yang kubur ayah mereka akan berdekatan dengan kubur arwah abah aku. Kebetulan kosong selang beberapa petak.

Sambil aku membantu itu dan ini, jenazah dari rumah bawa ke masjid dan ke tanah pengkebumian, telefon office asyik berbunyi dek kerana beberapa urusan penting antara aku, anak buah, boss dan customer. Aku sedar aku tidak mempunyai pilihan untuk cuti 2 hari. Malam semalam, even sebelum kenduri arwah aku minta diri dan balik ke Shah Alam.

Aku tiada mood untuk berceloteh panjang. Harapnya rakan-rakan boleh tolong sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah abah aku yang meninggalkan aku this month 6 years ago dan pakcik aku yang meninggal awal pagi semalam.

Kalau berkesempatan, kepada yang belum baca bolehlah lihat posting tahun lepas aku berkenaan: Love Your Parent

Saturday, April 12

Babi di Selangor - Lembu Dengan Kambing Gaduh, Babi Buat Kandang

Salam hujung minggu. Most of you guys cuti, tapi aku bekerja. Sedih...sedih.

Jijik betul aku dengar cerita babi diperbesar-besarkan oleh media.

Kepada yang tidak pasti apa yang aku maksudkan, maknanya korang memang duduk dalam gua for the past few weeks, ini summarynya:

1. Kerajaan Selangor luluskan ladang ternakan babi moden di Sepang yang menelan belanja 100 juta.

2. Pemimpin BN, wartawan BN, media BN dan kuncu-kuncu mereka kutuk maksima. Konon-konon PKR mengikut telunjuk DAP.

3. Pemimpin Pakatan Rakyat ada yang menyokong tindakan kerajaan Selangor, ada juga yang berkata kerajaan sebelum ini pimpinan Khir Toyo yang luluskan.

4. Dr Khir Toyo diblog beliau menafikan yang beliau meluluskan project tersebut, ianya masih diperingkat kajian.

Ini bukan gambar baru, ini gambar tahun lepas. Masa kecoh isu babi di Melaka.

Korang percaya sahajalah summary yang aku buat diatas, aku malas nak sertakan dengan link yang berkaitan.

Seperti pernah aku cakap disini, aku tidak pandai nak ulas isu hukum hakam agama. Tapi rasanya sememangnya tidak boleh sesebuah kerajaan Islam membenarkan ladang ternakan haiwan yang ternyata haramnya didirikan. Ianya diharamkan oleh Islam dek kerana reason yang tersendiri. Jadi semestinya memakan, menternak, dan segala usaha berkaitan dengan haiwan tersebut juga rasanya haram. Tolong betulkan pemahaman aku ini, jika dirasakan kurang tepat.

Jadi, obviously aku tidak setuju dengan tindakan kerajaan negeri Selangor meluluskan project tersebut. Siapa yang meluluskan? Tan Sri Khalid Ibrahim atau Dr. Khir Toyo? Aku tidak peduli. Tak kiralah mana pihak pun, aku tidak setuju dengan kelulusan tersebut. Tapi, jika difikirkan, apa Khalid atau Khir Toyo boleh lakukan? Kerana aku difahamkan sejak berpuluh tahun lagi tempat berkenaan sudah menjadi ladang ternakan babi secara kecil-kecilan. Ianya berselerak, dan diusahakan oleh ramai penternak. Jika kerajaan musnahkan semua, akan jadi isu besar seperti tahun lepas sekali lagi.

Aku tidak setuju dengan kelulusan itu dalam masa yang sama aku tidak tahu apa tindakan yang sewajarnya. Nasib baik aku bukan pemimpin, pening juga nak buat decision sebegini.

Sudah clear rasanya pendirian aku dalam perihal kelulusan project ternakan babi tersebut. Sekarang aku nak teruskan dengan mengutuk kebodohan mereka yang memperbesar-besarkan isu ini. Kepada KERAbat-KERAbat Barisan Nasional, wartawan-wartawan picisan, blogger-blogger hingusan tajaan UMNO, aku nak bertanya…

1. Luluskan ladang babi dengan luluskan pembinaan kilang arak, mana lebih teruk?

2. Luluskan ladang babi dengan luluskan lesen disko, mana lebih teruk?

3. Luluskan ladang babi dengan luluskan pembinaan casino, mana lebih teruk?

4. Luluskan ladang babi dengan menghalalkan rasuah, mana lebih teruk?

…..sudah boleh agak kot soalan-soalan lain yang boleh aku tanya.

Ceritanya sekarang, babi tersebut akan diusahakan oleh cha ya nun alif, akan dimakan oleh cha ya nun alif, dan akan dipantau oleh wakil kerajaan yang juga mungkin cha ya nun alif.

Tapi kemungkaran lain yang terpampang depan mata, disemai, dibaja, dijaga dengan rapi oleh orang Islam. Tak tahu la aku kalau-kalau penyokong BN risau takut-takut dengan kebanjiran daging babi akan membuatkan orang Islam teringin makan bah kut teh. Fuh…! Yummy....

Kalau kemungkaran lain ramai umat Islam (terutamanya orang UMNO) berani gunakan hukum akal dan logic fikiran untuk mencari dalil dan dalih agar ianya boleh ‘dihalalkan’ kenapa isu babi ini tidak? Kerajaan Selangor nak jadi pembekal daging babi terbesar dunia, biarkan sahaja… boleh masuk record dunia….Hahahaha…..Bengong.

P/S: Tolong cuba fahamkan tajuk posting yang panjang diatas. Mendalam maksudnya tu. Sekali sekali aku try to be puitis.

Thursday, April 10

Sufiah Yusof

In recent weeks, newspaper in Britain and Malaysia busy covering story about maths prodigy turn into prostitute.

No doubt it is a very sad story, Muslim lady that made a headlines in her early days after being accepted to very prestige university, lost her guide and turn into high profile internet base ‘escort girl’. While interviewed by English newspaper, she even proud of her current new way of life. Lucrative income, glamour lifestyle and the best thing is she even admitted her career satisfied her sex desire.

Refuse to elaborate more; I just hope we, in particular Muslim around the world will learn something from this very, very, very sad tale. How her life turn drastically wrong? We have no clue.

But one thing for sure, she one hot lady…I manage to found her sexy pictures scattered around the Net after she became News of The World top story last week.

Click Above Image to See Bigger and Clearer Image

Update: Late Evening

Someone email to me Sufiah's family newly created blog url: http://hyusof.com/

Tuesday, April 8

AkuBetul.com – Malaysia’s No. 1 Betul’s Blog.

Aku fed up dengan self-proclaim dalam Malaysia's corporate world sekarang. Masing-masing sesuka hati declared mereka nombor 1, mereka terbaik, mereka paling dasyat.

Tak percaya?

Try google ‘Malaysia’s no 1’….. berlambak kita kan jumpa pihak yang dengan penuh confident menyatakan mereka nombor dalam bidang mereka.

Contoh pertama…

Both website declared they are number 1 as properties investment portal. How come there is two number 1? Ooooh… maybe macam golf kot, 2 pemain di top spot then next player positioned 3rd… maybe…maybe…

Talking about properties investment, look at this search result….

Wahh….! Banyaknya leader.

Ini pula aku ambil dari sebuah flyers yang aku jumpa…

LIGHT STYLE is Malaysia’s premier lighting solutions company, specialising in retailing and custom lighting solutions.

Compare with this one...

Seng Hup is the leading retailer of lightings in the country. Since 1960's Seng Hup has been dedicated to retailing the highest quality of lights at affordable prices.

Light Style said they ‘premier’ while Seng Hup claims they ‘leading’…. Not much different, right?

Kalau rajin boleh terus google banyak lagi perkataan, seperti Malaysia’s first…. Malaysia’s top…. Malaysia’s Most….

Banyak result kita boleh jumpa. Masing-masing dengan muka tak malu mengaku diri masing-masing nombor satu, paling bagus, paling baik dan macam-macam lagi.

So, kepada pengguna seperti kita, kena lah berhati-hati dan jangan percaya bulat-bulat kata-kata indah mereka.

Ini pula contoh self-proclaims yang bijak...

Satu pihak mengaku yang pertama dan satu pihak lagi mengaku 'better'. Cool, kan? Both company dari Malaysia, tapi declared menggunakan perkataan Asia. Confident je.... Hahahaha...

Total Pageviews

. page counter