Thursday, July 31

Jenis Blogger yang Aku Menyampah

Notice: Satu je gambar, sebab ada orang email aku minta kurangkan gambar dalam posting. Loading slow dia cakap.

1st posting of this blog, 1 ½ years ago is about ‘blogger pengecut’. Aku mengutuk blogger yang hide their identity behind unique, fancy, mysterious names. Now, after closely involve in so called blogging world, ada beberapa jenis blogger lagi yang aku menyampah. ‘Closely involve dalam blogging world’ bukan lah maknanya aku rapat dengan blogger, cuma maksudnya aku rajin baca blog orang lain simply nak cari idea atau nak make myself aware with current issue. Since everybody knows in Malaysia we can’t rely on main stream media alone as our source of news.


So, aku sememangnya rajin melawat blog orang lain, baca isu terkini, menghiburkan hati dengan penulisan mereka dan kadangkala aku meluat. So, allow me to list down jenis blogger yang aku menyampah. I don’t think appropriate for me to link to any particular blog, but if any blogger happen to read this article please lah evaluate yourself dan jauhi dari sifat-sifat yang aku nyatakan dibawah.


1. Blogger ‘I’m too good to be Malaysian’.

Dalam posting sempena Merdeka last year I wrote almost similar topic. Aku memang menyampah dengan blogger sebegini. Mereka fikir mereka terlalu bagus untuk jadi Malaysian, or Malaysia just not good enough for them. Mereka benci kerajaan, mereka benci rakyat, mereka benci budaya, mereka benci persekitaran. Pendek kata nothing about Malaysia yang menggembirakan mereka. Most of these blogger are those yang studies oversea or use to work there and believe they not belong here anymore. Dengan beraninya aku juga cakap selalunya blogger Chinese yang ada sifat sebegini. Mungkin juga kerana pengaruh rakan-rakan yang sudah berhijrah ke negara lain atau daripada information yang mereka dapat from internet. They believe current situation in Malaysia is beyond repair, so their dream is to live in foreign country and enjoy more pleasant lifestyle there. My answer to these bloggers quite simple, pack your bag and move your ugly ass from my country.


2. Blogger Berlagak Kaya.

Selalunya blogger Melayu yang ada sindrom sebegini. Mereka suka berblog aktiviti harian mereka. Dalam setiap posting akan diceritakan kemana mereka pergi, shopping, bercuti, pergi kenduri, picnic…etc. Jadi, aku perhatikan dalam setiap posting itu akan diselitkan dengan mesej yang kononnya mereka kaya.

Contoh (aku reka sendiri, bukan copy dari mana-mana blog):

Semalam I jalan-jalan dengan hubby di KLCC. Tiba-tiba I ternampak Lipstick Slimshine baru dari M.A.C. So, I pun singgah dan beli 1. Hubby pula dengan penuh baik hatinya belikan I Studio Fix (foundation) M.A.C untuk gantikan yang dah hampir habis dalam bag GUCCI I. Walaupun habis RM500.00 untuk dua barang tu, I puas hati sebab dari bujang lagi I minat M.A.C. Thanks to my beloved hubby sebab memahami I, love you sooo much!

[ gambar lipstick dan bedak, 5-6 keping]

Nampak tak? Fuh.. menyampah betul aku dengan blogger macam tu. Kenapa perlu mention brand barangan kosmetik tu semua? Blogger macam ni sebenarnya desperately nak let everybody or at least her friend knows yang dia sekarang kaya raya dan tersangat happy dengan kehidupan dia. Bengong. Lagi best kalau dia menipu. Cerita diatas contohnya, sebenarnya ianya berlaku bukan di KLCC tapi di Uptown, Section 24, Shah Alam. Dia dan suami hanya habis RM50.00 bukan 5 ratus untuk dua barang tu. Tapi dia gunakan daya imaginisasi untuk menunjukkan yang dia kaya, kononnya. Super bengong. Then, ambil gambar dari sudut yang menampakan konon-kononnya barang tu original. Hahahaha…..


3. Copycat Blogger.

Tidak perlulah aku elaborate panjang lebar rasanya. Ini adalah kes blogger yang curi identity blogger lain atau tiru gaya penulisan blogger terkenal yang lain. Selalunya mereka mengharapkan instant fame dengan pakai nickname yang hampir sama dengan blogger terkenal atau meniru design blog atau ‘membalas’ setiap posting yang blogger terkenal tu posted. Latest trend pula sekarang adalah blogger penyamar celebrity. Mereka buat blog yang konon-kononya milik celebrity. Dengan niat yang tidak terlalu jahat, simply nak traffic ke blog mereka untuk kaut keuntungan beberapa ratus ringgit. Orang kita memang creative.


4. Blogger Sebulan Sekali.

Kawan-kawan ada blog, artist ada blog, politician ada blog, even office boy dan receptionist kat office pun ada blog. So, dia pun gatal tangan nak buat blog. Cuma aku menyampah sebab dalam sebulan, hanya sekali atau dua kali sahaja update blog. And the best thing, bila lama tak update dia boleh bagi alasan terkena blogger's block. Hahahaha… aku ingatkan penulis novel sahaja ada writer's block. Blogger pun ada… lawak…lawak.


5. Blogger Gila Glamer.

Ramai blogger macam ini. Asal jumpa orang terkenal dia akan kelam kabut nak ambil gambar untuk dipublish dalam blog. Tak kira pelakon, pemimpin, blogger famous atau ahli sukan. Then this blogger will express his or her happiness kerana berjaya mingle around with all these famous people.
Contoh:
Aku dengan blogger terkenal, Kenny Sia. Melepak di party Nuffnang.

Aku pun kadang-kadang terkena penyakit ni, tapi aku tahan-tahankan diri. Sebab aku rasa selain dari aku, ramai lagi orang menyampah dengan golongan gila glamer ni, kan?



6. Blogger dari MySpace.

Aku maksudkan blogger yang design blog mereka macam page myspace. Ada macam-macam gambar di kiri kanan, ada flash, ada animation dan paling aku menyampah… ada music. Sedang aku tengok YouTube ceramah Anwar, tetiba bertindih dengan lagu “Aku Stacy”…. Jenuh kelam kabut cari datang dari blog mana satu yang aku tengah buka. Kalau blog tu milik kawan aku, selalunya aku akan cari widget clip lagu itu dan click ‘stop’, but kalau milik stranger aku akan simply close window je. Mungkin sebab aku memang tak minat muzik yang membuatkan aku menyampah dengan blogger yang letak clip muzik diblog mereka.


7. Blogger Berlagak Pandai.

Ermmm… akubetul.com… Takkan aku nak kutuk diri sendiri kot. Hahahha…..


Itu sahaja jenis-jenis blogger yang aku menyampah. Menyampah sebenarnya bukanlah perasaan yang totally tak best. Sebab walaupun aku menyampah, tapi aku still visit blog-blog tu simply because aku nak menaikkan level menyampah aku terhadap blogger tersebut atau nak tengok sejauh mana mereka boleh pergi, faham? Aku juga percaya ramai orang keep visiting this blog for the same reason. Hahahhaa….Hopefully not.


Last words, sorry kalau ada blogger yang terasa dengan kutukan aku. Anggaplah sebagai teguran atau gurauan, which way you look at it. Fact that aku tak mention url blog korang pun dah kira baik dah. Ikutkan hati nak je aku mention dan automatically creates beberapa orang musuh. Baru fun sikit hidup ada musuh, kan...?

Tuesday, July 29

Salam Bodek Nak Mampos

Notice: Lega… Everything almost done, referring to kerja-kerja aku di office. Although, seperti yang semua orang sedia maklum, kerja kat ofis tidak mungkin habis. Kalau habis, maksudnya company dah bankrupt. Tapi kerja yang aku concentrate 1 minggu lebih, akhirnya selesai. Tinggal nak letak bedak dan gincu je bagi cantik. Penat siot. Those who in telecommunication field mungkin boleh teka aku busy sebab apa. Sebab benda tu besar, macam sebiji kek yang cukup besar, semua orang nak rasa. Kalau tak dapat sepotong pun, dapat rasa buah cherry atau jilat batang lilin pun jadilah. So, blog ini ditinggalkan tanpa update for few days. Sorry, mungkin aku boleh juga curi masa untuk update blog. Tapi aku malas nak memeningkan kepala boss dan rakan sekerja untuk bengang dengan aku. Salah satu tujuan hidup adalah kurangkan menyusahkan hidup orang lain, kan?

Aku dapat satu gambar dari email. Dah lama dapat gambar tu, beberapa bulan lepas. Tapi aku biarkan sahaja. Tadi sambil relax-relax aku terjumpa semula. Gambar tersebut adalah gambar Shahidan Kassim bersalam dengan Najib. Seperti biasa, kalau forwarded email tu, maksud mesti ramai dah dapat gambar yang sama. For sure a lot of blogs already publish and make fun of the same picture. So, sekarang turn aku pula.

Berjabat tangan sememangnya penting. Pembuka dan penutup pertemuan mesti ada salam. Tak kira bangsa, agama dan negara. Salam adalah aktiviti universal yang dilakukan dalam pelbagai acara tak kira besar atau kecil.

Sebelum tengok gambar ‘Salam Bodek Nak Mampos’ (forwarded email tu namakan sebegitu), aku nak tunjuk beberapa jenis salam atau berjabat tangan lagi.

1. Salam Akad Nikah.

Salah satu berjabat tangan yang paling penting dalam hidup seorang lelaki muslim. Pengantin lelaki salam tangan tok kadi atau bapa pengantin perempuan dan melafazkan nikah. Actually aku rasa selain akad nikah, aktiviti ‘akad’ yang lain juga perlu bersalam, seperti akad jual beli dan akad janji.


2. Salam Tak Ikhlas
.

Obviously ini adalah salam orang terpaksa. Kenapa mereka terpaksa salam? Entahlah… bukan suruh tidor sekatil pun. At lest berlakon la sikit.


3. Salam Bernafsu.


Gambar atas tu bukan betul-betul salam la. Itu lebih kepada genggaman tangan. But, bolehlah… Aku tak jumpa gambar salam antara pasangan kekasih, but you guys know what I mean, right?


4. Salam Tak Dapat.


Ini kes lawak. Penat tadah tangan tapi tak merasa salam. Tak boleh nak bercerita dengan anak cucu dia pernah salam dengan perdana menteri. Ok, if look closely actually pakcik tu tengah tunggu turn, bukan tak dapat, Cuma belum dapat lagi.


5. Salam Tak Nak.


Ini memang bukan kes tunggu giliran. Ini memang tak dapat atau lebih tepat, tak nak. Gambar yang cukup popular dikalangan blogger muslim untuk menggambarkan betapa waraknya perdana menteri Iran. Refuse to elobarote more on that, sebab dah ramai pengkritik yang dah berikan pandangan mereka.


6. Salam Teman Tapi Mesra


Satu lagi gambar yang cukup popular diblog-blog politik. Again, aku takde mood nak mengarang ayat untuk mengutuk hari ini. Pergi la search di Google atau search engine baru Cuil.com dengan perkataan "Islam Hadhari", "Pak Lah Hadhari" atau apa-apa yang dirasakan sesuai. Mesti jumpa berlambak pihak yang mengutuk dan tak kurang yang defend Pak Lah.

Ok, dah malas nak cari… malas nak fikir. Jom saksikan…


7. SALAM BODEK NAK MAMPOS.


Ini gambar awal tahun rasanya. So, ini kes bodek untuk bertanding pilihanraya. Dia bertanding tapi malangnya tak dapat jadi menteri besar. Maybe kena cium then laga-laga pipi baru dapat jadi MB kot.

Chow… aku nak balik rumah, nak tengok game Chelsea lawan Malaysia. Kepada member-member yang ajak pergi stadium, sorry lah. Aku tak boleh pergi, bukan tak nak pergi. Tapi kalau Steven Gerrard atau Torres tahu aku pergi nanti both of them merajuk dengan aku. Hahaha….

Semua gambar kecuali gambar last aku ambil dari result page google. Pemilik asal entah siapa.

Friday, July 25

I Will Never Become Famous Blogger

Notice: Seperti yang aku ulang beberapa kali sepanjang minggu ini, aku sememangnya busy tahap Gaban. So, this article sebenarnya aku tulis beberapa bulan lepas, to be exact during general election season. Aku malas nak post sebab busy dengan politic comments and aku rasa macam tak best je article ni. But, since aku memang tak sempat nak buat apa-apa posting sekarang, so aku post je lah…

Masa lepak dengan kawan-kawan lama, ada yang cakap aku dah popular sekarang. Ramai yang kata mereka baca blog aku setiap hari. Ada yang tolong rekemen kepada kawan masing-masing. Lawak juga kerana ada pula yang cakap mereka direkemenkan oleh orang lain untuk baca blog aku. Mungkin betul apa mereka cakap, since aku lihat pun setiap hari ada beberapa puluh keyword akubetul.com di search di google atau yahoo. Tapi aku sememangnya pasti tidak mungkin aku akan jadi blogger terkenal. Terkenal dalam erti kata aku boleh berhenti kerja dan gunakan blog sebagai sumber pendapatan utama.

Yes, I strongly believe I will never grow to be those bloggers that become major talking point in the office, during lunch hour atau ketika half time football match.

This is because…

1. Malas.
Aku sememangnya seorang yang pemalas. Aku malas nak join mana-mana persatuan, blogger gathering or even display any kind of blogger alliance logo. Maybe some believe aku suka bergerak sendiri. Berceloteh sesuka hati aku, alone. No, that not true. Aku teringin sangat join forum, berbincang ramai-ramai dan sebagainya. Cuma masalahnya aku malas nak peruntukan masa aku kearah aktiviti sebegitu. Weekend aku lebih suka balik kampong, keluar jalan-jalan dengan tunang, tengok bola dengan kawan-kawan atau terperap depan tv. Aku juga malas nak study, buat experiment dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari traffic, impress reader dan mengpopularkan diri.


2. Lack of Technical Skill.

Of cause this very much related to my laziness lah. Aku tidak tahu bagaimana nak edit gambar guna photoshop. Aku tidak tahu bagaimana nak host blog aku dan guna mana-mana content management system (CMS). Aku tidak pandai gunakan segala teknik dan taktik untuk jadikan blog ini more search engine friendly, those meta tags, pinging, cloaking… Damn, apa kejadahnya tu. Even aku nak tukar theme blog ini pun aku risau takut-takut semuanya hilang. Jadi sekarang ini aku hostkan semua content diblogger.com. Jika esok atau lusa aku tidak boleh log in dalam akaun gmail aku, semuanya akan hilang…So, technically aku memang tidak boleh jadi blogger terkenal.


3. English Aku Hampeh

Cuba kira berapa kerat blogger terkenal atau istilah popular sekarang pro-blogger yang tulis blog dalam Bahasa Melayu atau bahasa rojak? Hampir tiada. Jeff Ooi, Kenny Sia, Liew CF, Gobalakrisnan, semuanya tulis dalam English. Yang tulis dalam BM dan survive pun hanyalah mereka yang ada bisness lain. Mereka sekadar gunakan blog sebagai medium komunikasi dengan ahli-ahli berdaftar atau pelanggan mereka sahaja. Samaada mereka adalah penulis novel atau mereka jual product lain seperti e-book, software, perkhidmatan, etc. Atau mereka sememangnya tidak mahu menggunakan blog untuk cari rezeki, seperti ramai blogger politik dan artis yang gunakan blog untuk raih popularity sahaja. Berblog dalam English simply widen the potential reader, instead of orang Malaysia, mat salleh yang ada banyak buying power akan turut membaca.


4. Aku Tak Nak Jadi Pro-Blogger

Honestly, mungkin aku terigin juga. Cuma aku tidak boleh membayangkan aku jadi blogger sepenuh masa. Aku tidak yakin ianya satu pekerjaan yang menjamin masa depan, takde EPF, takde SOCSO dan semuanya seperti tidak jelas. Lagi 10 tahun adakah blogging masih lagi releven sebagai sumber pendapatan? Kehidupan pro-blogger pula aku bayangkan sedikit bosan. Terperap depan PC berjam-jam, tiada rakan sekerja, tiada masalah dengan account department, tidak bergaduh dengan customer dan tidak berpeluang tipu boss. Seriously sound damn boring, right? Then imagine nak terangkan kepada parent atau bakal mak mertua apa pekerjaan kita.

“Saya kerja tulis dalam internet, orang ramai baca tulisan, saya dapat duit dari situ”

Jawapan dari bakal mak mertua…

“Kau tak takut kena tangkap polis macam si Petra tu ke?”

Kalau mak mertua tu fanatic UMNO, lagi lah best…

Kau lah yang Khairy cakap beruk tu ye…


So, what ever happen pun, aku still believe blogging adalah hobby yang menyeronokkan untuk aku, itu sahaja.

Chow… Selamat berhujung minggu. Hujung minggu aku akan dipenuhi dengan bekerja menyiapkan tugasan yang sepatutnya aku hantar hari ini….

Komen-komen juga aku tak sempat nak reply, maybe next week, dah settle semua then aku luangkan masa.

Tuesday, July 22

Kawanster.Com…. Hahahaha….!

Notice: Aku damn busy, just nak share something yang aku rasa melucukan.


Kenapa ramai orang ada account Facebook? Best sangat ke? Masa mula-mula aku dengar pasal Facebook mati-mati aku ingat benda ni sama macam ‘social networking website’ yang lain. MySpace, Friendster, Tagged…etc. Tapi makin lama aku perhatikan Facebook main diterima berbanding lain-lain website yang serupa. Orang-orang terkenal macam politician, lecturer, pegawai-pegawai kerajaan pun ada Facebook dan officially beritahu orang lain pasal page mereka.

Mungkin esok lusa aku akan buka account Facebook. Cuma aku malas nak spent masa explore page tersebut untuk tahu semua gadget dan widget yang ada.

Aku terbaca berita ini pagi tadi…


Facebook saman syarikat yang meniru design dan concept mereka.

Ini page website nama www.studiVZ.net yang disaman oleh Facebook….

Cuba bandingkan dengan website Facebook….

Memang tidak banyak beza, kan? Mungkin wordingnya pun sama cuma dalam bahasa berlainan.

Dengan itu, aku nak tunggu bila lah agaknya Friendster akan saman Malaysia version of them, Kawanster. com



Hahahha… creative gila.

Somewhere I read Kawanster.com created by guy named Arsyan Ismail…he use to work with both Nuffnang and also Advertlets, betul ke?. Dasyat, kerja dengan dua online advertising firm yang terkenal di Malaysia.

Dia terfikir nak buat social networking website for Malaysian, setelah fikir mendalam, dia came out with very original name...KAWANSTER… lawak…lawak. Aku juga dapat tahu he the same guy yang buat Digg.com.my, imitation of the famous ‘story sharing website’ Digg.com.



Orang Malaysia memang ‘creative’….. Aku tidak kisah kalau concept nya sama. Memang banyak website yang design atau concept nya sama. Search engine pun ada beratus jenis, free email service pun ada banyak. Cuma next time pilih la nama yang original sikit.

Macam pernah aku tulis disini beberapa kali, kepada En Arsyan , jangan lah ambil hati atau marah dengan kutukan aku. Anggap lah ini sebagai kritikan membina yang bakal menjadi halangan kecil kepada kejayaan anda untuk menjadi I.T tycoon Malaysia. Seriously, aku percaya mamat ni memang handal technical lah. Dia seorang programmer yang power, cuma business-wise, dia belum temui partner yang cukup creative kot.

All the best...!

Wednesday, July 16

Politik Lagi...

Seperti biasa, bila poll aku disebelah kanan blog ini dah dah reach more than 100 participants aku tamatkan dan letak poll baru. Ini resultnya selepas 121 jawapan diterima.


Pasal kes liwat Anwar….



Pasal kes Najib…


Pasal tampok pemerintahan Malaysia…


Korang buatlah conclusion sendiri, aku tak cukup berani nak ambil risiko kena penjara.

Politik Malaysia makin kelam kabut. Debat semalam ntah apa-apa. Macam abang lawan cakap dengan adik tadika. Si abang sibuk nak buktikan dia lebih pandai dari semua orang dan si adik pula sibuk nak kutuk peribadi si abang. Actually memang kita can’t expect anything from two politicians that tries to talk about economy. Patutnya kita suruh sahaja Anwar and his team submit their proposal in Parliament and rakyat should request Pak Lah’s team to at least read and publicize their stand regarding that suggestion. Negara lain busy pasal nak tackle masalah ekonomi, krisis makanan, krisis harga minyak, orang kita bergaduh pasal berebut kuasa. Baik dalam dan luar UMNO.

Kalau difikirkan ada betulnya juga komen Zackos dalam posting aku sebelum ini. Betulnya sedikit, tapi yang tak betulnya lebih banyak aku rasa. Since Ms.X nak balas tulisan Zackos dengan panjang lebar. Aku copy dan pastekan tulisan Zackos disini dan letakkan tulisan Ms.X selepas itu. Zackos pun dah berikan persetujuan… Thanks to both of them expecially Ms.X yang tolong ‘update’ blog aku since aku busy sangat lately. Nanti aku belanja kau makan nasi ayam.

Panjang.... So, read during your free time. Kalau tiada masa, baca sikit-sikit, sambung-sambung.

-----------------------------------------------------------------------------

Masa untuk bekerja

MELIHAT tindak tanduk pembangkang sejak akhir-akhir ini, kita dapat membuat telahan bahawa rakyat kini disogokkan dengan pelbagai isu yang berpotensi mengkucar-kacirkan masyarakat. Percubaan membuat perhimpunan haram dari semasa ke semasa telah menyebabkan kesusahan kepada rakyat. Rakyat tahu harga minyak naik, rakyat bukan bodoh.

Siaran-siaran TV dan akhbar seluruh dunia telah menceritakan segala-galanya. Negara kita antara yang terlibat. Maka, janganlah rakyat dibebankan dengan akibat perhimpunan haram seperti kesesakan lalui lintas yang juga menyebabkan penggunaan minyak yang bukan sedikit.

Pembangkang hendaklah 'bermuhasabah' diri bahawa Allah SWT telah mengurniakan kepada mereka pemerintahan di lima negeri. Sepatutnya kesempatan ini diambil untuk mentadbir negeri itu sebagai mana layaknya. Maksudnya, wujudkan pentadbiran yang amanah, cekap, telus, berhemah dan menerapkan pentadbiran Islam. Bukankah itu janji mereka ketika pilihan raya umum? Tuhan memberi kuasa di lima negeri sebagai percubaan untuk melihat kejujuran pembangkang memerintah, maka jangan tamak hendak memerintah sebuah negara. Tumpukan amanah yang ada ini. Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.

Ini masa untuk bekerja. Politik adalah wadah kita memilih pemerintahan terbaik. Sebaik sahaja pemerintahan telah ada, maka bekerjalah, bukan berpolitik sepanjang masa.

Masa kini rakyat bukan 'meluat' kepada kerajaan sebaliknya 'meluat' kepada pembangkang. Ibarat kata pepatah, sudah dapat betis hendakkan peha. Sudah dapat lima negeri, hendak memerintah negara sedangkan pilihan raya umum masih jauh lagi. Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat. Dengan doa restu rakyat, pegawai kerajaan dan para ulama, negara ini masih bertahan terutama dari segi keselamatannya. Maka rakyat yang setia mestilah membantu kerajaan mewujudkan ketenangan, harmoni dan keselamatan negara. Bukan menimbulkan huru hara di ibu kota atau di mana-mana jua.

Bukalah pintu hati dan mata kita, lihatlah kesusahan orang-orang lain di seluruh pelusuk dunia. Bom yang meletus di sini sana, wabak penyakit yang melanda dan bencana alam yang di luar kawalan. Kenapa kita tidak bersyukur dengan nikmat yang ada.

Bagaimanakah jika suatu hari kenikmatan ini ditarik oleh Allah SWT maka yang tidak bersyukur dengan keamanan ini bukanlah rakyat terbanyak sahaja tetapi juga bijak pandai agama yang pakar hukum hakam. Mereka bersekongkol dengan pembangkang lain untuk tunjuk perasaan dan membuat perhimpunan haram. Mereka kena bersyukur kerana masih boleh beribadat dengan selesa, membeli makanan di kedai-kedai atau menikmati suasana damai walaupun harga minyak melambung naik.

Mungkin adanya hari di mana wang tidak lagi berguna. Anda pergi ke kedai, tiada makanan yang dijual. Anda ke stesen minyak tetapi tiada lagi minyak yang boleh diisi. Wabak melanda, perang bermaharajalela dan pelbagai musibah lagi. Ketika itu anda ingin berdoa memohon ke hadrat Allah SWT agar memulihkan keamanan tetapi ketika itu negara sudah hancur. Kitalah semua yang membawa negara kepada keadaan demikian.

Marilah kita bersyukur. Bersyukur bukan hanya ucap kata sahaja. Bersyukur juga hendaklah dengan perbuatan. Maknanya, jangan menimbulkan huru hara, khianat atau sabotaj yang membahayakan negara. Usahlah kita bermain api kerana buruk padahnya.

Pilihan raya sudah selesai, sebahagian daripada tuan dan puan sudah bergelar Yang Berhormat, maka janganlah bersyarah di perhimpunan haram. Berucaplah dengan penuh sopan di dalam dewan yang mulia diiringi dengan hadis, al-Quran dan ilmu yang tinggi, bukan di selang-selikan dengan lagu 'jilat-menjilat' dan pertunjukkan tayang punggung.

- Zackos


------------------------------------------------------

Macam dulu juga, Ms. X has a blog but she’s not gonna tell. She prefers to remain anonymous as she doesn’t want to be stalked. Konon. Ini jawapan kepada Zackos oleh Ms.X

I hate talking about politics, seriously. But it seems it does makes the world these days go round, isn’t it? Sure punya lah majority of you tengok debat semalam. Tengok tak? Saya tak. I watched CSI and Pushing Daisies. Tapi sebab banyak sangat iklan, tukar jugak lah ke debat sekejap-sekejap and I get the gist of it.

Gist nye, walaupun debat ni bukan isu kalah menang tapi kalau diberi markah dari segi penyampaian dan isi kandung memanglah Sabery tu menang. Ye benar, dia boleh menang kalau lawan dengan budak sekolah rendah. Itu pun tak tentu lagi, don’t underestimate the primary school students, they are smart. Tepuk dahi tengok, itu ke seorang Menteri untuk Malaysia negara ku tercinta? Fail lah. Lagi tepuk dahi bila point point bodoh dia dijulang dengan teriakan gembira and tepukan tangan oleh penyokong-penyokongnya. Point camtu pun nak sokong ke? Bikin malu aje.

I don’t mind if you like the thing that I don’t tapi sokong tu berpada-pada lah. Right? With that in mind, ni reply khas untuk comment Zackos di posting Mr. Right “ Parlimen di kepong”.

1. Rakyat tau harga minyak naik tetapi tidak lah dengan kadar melampau esp sebab Msia pengeluar minyak dan dengan harga minyak sedunia naik, kadar keuntungan pun melipat ganda. Mana perginya keuntungan, cukai atas keuntungan, dividen dan special dividend? Ntahlah, kalau duit satu sen tu hilang, mungkin juga lah kot sebab tak significant dan kecil tapi ni duit berbillion2. Oh ye, duit tu guna untuk bayar rebate RM635 agaknya. Ye la tu. Kenapa duit subsidi ditarik dan duit rebate dikeluarkan? Itu dah macam takde effect, macam contra. Ye la, politik nak kasi nampak betapa caringnya government kita. Mengapa tidak duit rebate tu ganti subsidi je, therefore kadar kenaikan kurang. Geddit?

2. Tuhan memberi 5 negeri utk ‘percubaan’? mengapa tak buat statement “tuhan beri 5 negeri tu untuk supaya mereka lebih berusaha utk menguasai satu negara’? mengapa tidak ada statement “tuhan memberi 5 negeri tu kerana ianya pengajaran kepada yang berkuasa bahawa Tuhan dah jelak dengan penyelewangan kerajaan dan sampai masanya untuk rakyat merasa kesenangan?”. Statement tu sangat subjektif.

3. “Bekerjalah dengan baik sebagaimana tuntutan agama.” Kata anda. Tetapi tak penah menjadi practice kerajaan. Mereka tak nampak menguruskan sebuah negara, menjaga kebajikan rakyat sebagai amanah dan tuntutan agama. Cuma sebagai amanah dan tuntutan poket mereka sendiri.

4. “Rakyat simpati kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan rakan-rakan Kabinetnya yang saban hari mencari cara membahagiakan rakyat.”? Izinkan saya muntah sekejap.

5. Saya setuju kita kena mensyukuri nikmat yang ada. Saya lebih setuju kalau kerajaan mensyukuri nikmat mereka juga, sudah2 lah mencuri duit rakyat. Kerajaan patut mensyukuri bahawa rakyat Msia rata-rata masih mempunyai kesabaran, tidak seperti di Eropah yg rakyat mogok mereka melumpuhkan ekonomi selama beberapa hari.

6. Saya juga bersetuju bahawa para MP yang elected harus terus membuat kerja, jangan asyik bergaduh je and timbulkan huru-hara. Rakyat susah. Ni rata-rata perangai macam budak kecik. Budak kecik lagi matured.

You know what? I call I give credit when its due. In fact, I like/don’t like some of the ppl in the government/opposition. I don’t agree with something on both sides. I don’t like the blatant lies, stupidities and corruptions by the government. I don’t like my MP focusing on AirAsia and not so much on the constituency. I don’t like that the organizer didn’t set conditions on how to perform to this one particular band. But if it’s not right, it’s not right, right?

Zackos, alhamdulillah la saudara ni ingat pada Tuhan dan menyahut tuntutan agama. Tak macam kebanyakan para Menteri kita. Alhamdulillah. I respect your opinion but I do have my own and I hope you respect it as well.

Monday, July 14

Bangunan Parlimen Kena Kepong

Sekali lagi Polis ‘kepong’ Kuala Lumpur. Dulu Dataran Merdeka, kali ini bangunan Parlimen pula. Dulu memang terang-terangan ada berita pihak nak adakan perhimpunan tapi kali ini cuma rumors. Sakit betul hati aku. Pagi tadi aku bawa kereta since petang ni planning nak main badminton dengan budak-budak office. So, aku keluar rumah pukul 7:30 pagi, aku sampai office pukul 9:30. Gila… dari Shah Alam ke Petaling Jaya ambil masa 2 jam. Kerja-kerja aku dibeberapa site pun terganggu, ada yang tidak lansung boleh sampai ke site dan ada team yang sampai dah tengah hari.

Aku tidak pasti nak marah pihak yang ura-uranya ingin adakan perhimpunan atau nak marah pihak polis yang mengambil langkah berjaga-jaga yang agak melampau. Everybody tahu police try to make public fuming with those who want to hold the gathering, by doing so we will not give them any kind of support. So, should we blame the organizer or police or Syed Hamid Alba? Kalau tak pasti, ambil langkah macam aku. Aku marah kat dua-dua pihak. Bengong…!


Yang pasti semua ini disebabkan oleh politic Malaysia yang semakin kucar-kacir, semakin teruk, semakin ntah apa-apa.


Beberapa hari lepas masa minum di kedai kopi dekat rumah aku, aku bersembang dengan pelayan kedai tu. Dia ajak aku join cawangan persatuan belia yang dia nak tubuhkan di kawasan rumah aku. Asalnya aku nak juga join, for the sake just nak bermasyarakat. Sama lah masa aku join dia gantung bendera BN bulan Mac dulu. But then, dia selamber je cakap,


“Nanti boleh la minta kau tolong tulis surat dan print, sebab kau ada laptop dan boleh print kat office, kan?”

Dalam hati aku jawap….simple je.


“K*** kau!”

Tapi sebab aku orang timur yang beradab, ayat yang terkeluar dari mulut aku lebih diplomasi dan beradap…


“Insyaallah…”

Bila dia terus ajak meeting pukul 9:30 malam tu, sekali lagi aku bagi jawapan yang sama. Tapi dalam hati aku dah cakap,


“No way aku akan lepaskan siri Monk untuk meeting persatuan belia”

Seriously aku kagum dengan manusia seperti mamat pelayan tu. Dia cakap dia kerja sebagai pelayan saja suka-suka. Dia sebenarnya broker project. Dia dapat project kerajaan, dia akan pass kepada contractor tempatan. At least that was his job masa BN memerintah Selangor lah, since dia ada jawatan dalam pemuda UMNO bahagian. Bila aku tanya kenapa tak cari kerja lain since mutually we know rezeki dia terganggu sebab PKR khabarnya ada geng-geng mereka sendiri yang ingin dikenyangkan. Dia boleh cakap…

“Susah lah, politik dah sebati dalam diri aku…”

Aku tak pasti nak gelak atau nangis masa dia cakap tu. Politik dah sebati dalam diri? What a creative excuse.


Waktu politik Malaysia berada pada imej yang paling bawah dalam sejarah pun masih ada manusia mengaku dia politician. Plus that the same guy yang hantar air kosong aku tadi. Sebab tu aku kagum dengan dia. Bukan aku nak kutuk profession pekerja kedai makan, but agak-agak lah kalau nak sembang pun. Jangan la nak cerita pasal Gunung Everest kalau Gunung Bubu pun kau tak tahu kat mana?


Lastly, aku ada saranan kepada kementerian dalam negeri. Next time kalau ada rumors atau khabar angin ada pihak nak adakan rally ke, tunjuk perasaan ke atau perhimpunan haram lagi ganas ke. Tidak perlu menyusahkan abang dan akak polis lagi. Kesian aku tengok mereka terpacak tengah panas macam orang bangang. Tak buat apa-apa, semua orang tahu their main objective just to prevent crowd to gather at the prime location and to make all of us furious with the organizer. And the ultimate aim is simply to eliminate that kind of gathering at all. So, next time just contact kementerian pertahanan. Segala jenis senjata, kereta kebal, MIG 29, Sukhoi dan kapal selam boleh ditayangkan pada umum.

(Penat buat pakai Word ni...)

Confirm lepas tu nobody dares to hold any kind of protest rally. Kita nak tengok berani ke tidak mat rempit dari PKR menjerit kalau dah muncung kereta kebal beberapa inci depan muka. Hahahahhaa….



P/S: Abang-abang dan akak-akak polis jangan marah aku pula. Nanti sia-sia aku kena C-4. Taaaabaaaabbbooom…!


Update 15/07/08:


Harap-harap jadilah. Just check TV listing malam ini....


Friday, July 11

Beromen Dalam Bas

I just realize there will be a lot of new stuff I will see from my bus riding adventure to office. So, I am going to talk about what I saw yesterday. Maybe for some it is a normal scenaerio, but not for me and I believe a lot of others also have no chance to witness this. Bukan ramai orang naik bas, sebab ramai member aku terkejut bila aku beritahu tiket bas Rapid KL boleh digunakan untuk sehari suntuk. Aku beli waktu pagi RM 2.00, aku boleh gunakan semula for journey home. Cool kan…?

Ok, yesterday aku naik bas balik rumah quite early lah, rush hour around 6:00 pm. Memang bas tu pack macam tin sardine. Macam-macam bau ada, macam-macam jenis manusia berhimpit dalam bas. Aku pun tak complain, seronok juga rasanya share 1 meter persegi space with 2-3 stranger. But then aku terlihat di satu sudut sepasang manusia sedang bermadu kasih. Main-main tudung, usik-usik rambut, cucuk-cucuk perut, cubit-cubit tetek…. Yup, you read it right, cubit-cubit tetek. Sebelah pasangan tu ada seorang uncle berdiri dan seorang makcik duduk. Aku perhatikan uncle and untie tu try tengok tempat lain dan ignore pasangan remaja tersebut. Curiosity membuatkan aku move towards them and try to take closer look. Damn… bukan awek dengan balak, tapi awek dengan awek. To be exact, awek dengan pengkid. Awek tu quite ok lah, sedap mata memandang, but that pengkid… seriously antara perempuan paling hodoh pernah aku jumpa. Maybe her dressing pun tak banyak membantu. Jeans lusuh, t-shirt longgar, rantai, gelang, dengan gaya macho… you guys know what I mean, right?…macam cibai.

Aku malas nak sentuh pasal nafsu sesama jantina, tak kira lah lelaki atau perempuan. Ada kaitan dengan hormon, emosi tertanggu or what ever masalah yang mereka sepatutnya handle dengan lebih baik. Let motivation expert and medical doctor try to solve those problems. Tapi kalau bermadu asmara dalam bus yang penuh dengan manusia, that plain STUPID. Masa dia usap belakang badan awek dia, tangan dia juga bersentuhan dengan badan seorang awek India. So, you guys boleh imagine how pack that bus was. Couple tu konon-konon berada dalam dunia mereka sendiri, tidak hiraukan orang lain dek kerana api cinta suci yang membara dalam tubuh masing-masing. Bodoh…bengong. Mungkin mereka fikir mereka tidak kacau orang, mereka tak usik orang lain, mereka tak ganggu urusan orang lain. Stupid, stupid and stupid. Kalau kau di tempat public, what ever kau buat sudah menjadi public viewing. Technically you part of public properties, at least kau berada dalam scope pandangan yang nyata milik mereka. You have no rights to pollute their vision. Aku sendiri pun sedang nak adjust diri sendiri, dulu aku boleh sesuka hati korek hidung, garu ketiak atau buat apa sahaja masa perjalanan ke office, sekarang tak boleh. Aku tak sebodoh couple tu yang assume berkelakuan tak senonoh ditempat awam tidak dianggap ganggu sesiapa.

Then, aku rasa terpanggil untuk tegur. You know, act macho then sound mereka secara direct. Budak sekolah lagi rasanya, so what the worst can happen to 100+ kg guy like me. Sekali aku tampar dua-dua boleh terkeluar bas. But (always ada but, kan…? Boring gila), aku sedar diri. Aku still ‘junior’ dalam bus U80 tu. Aku perhatikan banyak muka-muka familiar yang naik setiap hari yang aku anggap senior, ada dalam bas. Mereka pun buat tak tahu je, act normal. So, maybe ianya memang menjadi kebiasaan kepada pasangan pengkid bermadu kasih dalam bus. Last time aku terbaca dalam paper there not even a law in Malaysia to punish lesbian couple, even Muslim couple. Jadi aku pun blended dalam suasana, aku concentrate tengok iklan Wawasan Open University yang dah diulang tayang beratus kali sejak beberapa hari lepas.

Aku selalu baca pasal benda-benda macam ini diblog atau dalam Harian Metro. Juga pernah tertengok di Youtube, ulang suara… TERtengok di Youtube, bukan deliberately search keyword “gadis melayu” or “pengkid gatal”. Tapi bila tengok sendiri depan mata, rasa pelik. Bukan la aku ni kuno sangat, but beromen dalam bus yang padat…come on. At least 3-4 people overheard setiap butir perbualan mereka. “sakit, gelilah”, “kalau nak, minta jangan curi-curi pegang”, “malam ni pergi tengok wayang”… Bila aku fikirkan semula, aku sepatutnya teruskan niat aku untuk sound mereka. Aku bayangkan bukan teguran abang kepada adik, tapi lebih kepada makian dan mungkin jentikan seekor panda yang sedang marah….maybe next time…

So, kepada pasanan pengkid yang terbaca blog aku. Keep your stupid, dirty, annoying acts dalam bilik sahaja. If not, jangan complain kalau ada mamat gemuk belasah korang dalam bus lepas ni.


Have a fun weekend... Most probably aku akan ke Nilai this weekend, nak cari barang-barang kahwin. Last weekend tak jadi sebab kena kerja.




Wednesday, July 9

Pekerja Kerajaan Memang Slow....?

Notice: Short posting, aku busy gila...

Kadang kala aku mengutuk kakitangan kerajaan, kadang kala aku memuji mereka. Tapi kebiasaannya aku terpaksa mengutuk. Sorry lah, kalau ada pihak yang terasa. Since memang majority (read: majority, bukan semua) kakitangan kerajaan yang aku berurusan agak sedikit slow. Tidak pasti slow kerana bebanan kerja yang terlampau banyak atau simply because mereka malas. Although aku kena admit, sesetengah kekitangan kerajaan sememangnya rajin dan dedicated. Malah lebih rajin dan bersemangat daripada aku. Seriously ada, ramai juga aku jumpa. Kerja sampai tengah malam, takde overtime, takde pelbagai jenis elaun. Mereka sememangnya kerja dengan ikhlas.

Aku pastekan satu surat. Tidak payahlah tanya surat ini ditujukan kepada siapa dan dari siapa. Tidak perlu tanya. Tidak perlulah try to guess or siasat. Believe me, this letter came from one goverment agency.


Tidak perlu click untuk lebih jelas... Apa yang aku blurkan tu tak payah cuba nak baca lah. Obviously aku purposely tutup supaya tidak menyinggung mana-mana pihak dan to protect my own ass. Just concentrate pada yang aku bulatkan dan aku gariskan dengan warna merah seperti dibawah.

Above letter bertarikh 23 June 2008, itu adalah surat JAWAPAN kepada surat yang mereka terima pada 5 June 2006. So, mereka received, baca, passing ke sana-sini, kaji itu - ini dan selepas hampir 2 tahun, mereka memberikan jawapan. No, itu bukan typo. Memang ini adalah jawapan kepada surat 2 tahun lepas....

2 damn years....!

Dan ramai pekerja kerajaan marah bila aku cakap mereka slow. Pekerja-pekerja slow macam ini lah yang membuatkan sukar kerajaan nak naikkan gaji kakitangan awam.

Again, aku nak cakap bukan semua, tapi majority. To all pekerja kerajaan yang sekarang tengah deal dengan aku. Korang semua memang bagus, sebab tu usahasama kita berjaya or at least dalam proses untuk berjaya. Aku tak mention pun surat tu ditujukan kepada aku, mungkin aku jumpa tepi jalan or ada orang email kat aku. Sebab tu lah aku letak (?) di title posting ini. Aku tidak betul-betul pasti....

(Fuh... bersungguh cover diri tu... dah makin terkenal ni kena cover sikit, hahahhaa...)


Update 10 July 08:


2 things....

1. Aku received beberapa SMS dan email dari member dalam kerajaan yang sedikit panas dengan posting ini. Aku nak ulang sekali lagi. AKU CAKAP MAJORITY...!! BUKAN SEMUA....! Ini dari pengalaman peribadi aku, bukannya base on kajian terpeinci atau bancian dari mana-mana badan. So, mungkin ianya tidak tepat but aku still believe with title of this blog.

2. Member hantar SMS sinis pasal aku declare diri aku dah glamer, referring to ayat dalam kurungan () kat atas tu. Oi...! tak nampak ke aku gelak (hahahaha...)... maksudnya aku gurau lah. Takkan itu pun kira berlagak... Kemana pergi sense of humor korang? Dah kena bakar dengan minyak petrol ke?

Monday, July 7

Aku Cuba Ubah Gaya Hidup

Early June, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Samad try to ‘walk the talk’ and test the public transport in Malaysia by using Express Rail Link to Putrajaya from KL. Photo below stole from TheStar’s report.

Not long after that (obviously aku malas nak search exact date), 4 ahli parlimen pembangkang mewakili pelbagai kaum berbasikal ke parlimen. Just search Youtube if you interested to watch the clip. Dah macam filem Bujang Lapok pun ada aku tengok 4 ahli parlimen naik basikal pakai baju putih.

So, inspired by those events aku sendiri mengambil initiative untuk mengubah gaya hidup selepas peningkatan harga minyak. See, aku bukan simply kutuk kerajaan tanpa berfikir atau dalam kes ini tanpa membuat experiment terlebih dahulu.

Start June, selama satu bulan aku berkongsi kereta untuk pergi kerja. Rakan sekerja aku dan adiknya dari Meru, Klang pagi-pagi datang ambil aku di Shah Alam, aku tidor dalam kereta dan 45 minit – 1 jam selepas itu aku akan bangun bila sampai office aku di P.J. Kadang kala dia kejutkan aku bila sampai tol, untuk minta duit. Arrangmentnya adalah aku bayar kepada dia RM150.00 sebulan. Bajet untuk petrol dan tol aku sebulan dalam anggaran RM300 – RM400, dia pun sama. Jadi aku bayar separuh daripada jumlah itu. Tapi pada hujung bulan lepas, dek kerana dah takde duit, aku tokok lagi jumlah share aku kepada RM190.00.

Hasilnya, not bad. Mereka suka sebab dapat wang tambahan, aku berlebih la suka sebab dapat ‘driver’ setiap hari. Hahahaha…. Bajet pun save. Tapi (always ada tapi), sukar untuk kami bergerak kemana-mana. Jika aku ada meeting atau discussion selepas waktu kerja, adik beradik tu terpaksa tunggu aku. Begitu juga sebaliknya, jika mereka buat overtime, aku pun terpaksa terpacak depan computer dan update atau baca blog. Not to mention kesukaran kami untuk pergi kemana-mana selepas office hour. Semua aktiviti terpaksa dirancang betul-betul. So, selepas sebulan, we call it off. Mutually kami agreed memang sukar untuk berkongsi kereta.

Then, start bulan ini aku ambil initiative lain, aku naik bas. Sound weird bila ada kereta, tapi still naik bas. Aturannya adalah seperti dibawah.

Tunang aku hantar aku di Section 2, Shah Alam (dekat dengan UiTM), then aku ambil bas RapidKL nombor U80 sampai PJ. Lepas tu aku naik teksi atau local bus untuk pergi ke office. Daily aku akan spend around 5-8 Ringgit. Still save compare dengan aku drive kereta sendiri. Plus aku still boleh tidor dalam air-cond selama lebih ½ jam dalam bas. Then, surprisingly aku baru tahu dalam bas RapidKL ada screen TV. Mereka tayangkan iklan, preview movie-movie baru plus ada kartun! Seriously, so far aku perhatikan ada 2 watak kartun yang ditayangkan, satu cartoon Doodlez dan satu lagi nama Bernard. Damn funny… Ramai penumpang akan tergelak, or at least senyum dengan dua character ni.

Terkejut aku bila tahu that small boy, the main character of Doodlez bernama Dood. Aku ingat aku sorang saja pakai nick Dood. According to wikipedia, Doodlez adalah cartoon series yang berasal dari Canada.

Jadi aku selfishly declare nothing wrong with our public transport. Compare dengan public transport di kampong aku dulu, memang jauh beza. Bas jarang-jarang lalu, sampai pun selalu dah penuh. Keadaan bas pula kotor, tiada air-cond, selalu rosak...etc. But tentunya kalau compare dengan negara maju lain maybe kita still ketinggalan jauh kot. Although aku juga kena la admit maybe aku just plain lucky, since laluan aku simple. Tidak perlu berasak-asak, berebut nak naik, pastu kalau kena berdiri all the way pun baru 45 minit, tak la penat sangat. Then aku baru je try for one week, belum lagi merasa bas rosak, driver mogok, atau kena sexual harassment dalam bas… hahahaha…. Aku juga beruntung sebab aku ada kereta company yang aku boleh gunakan di office untuk kemana-mana during office hour.

Conclusionnya, ada juga logiknyanya saranan kerajaan minta kita ubah cara hidup. At least aku dah try ubah cara aku pergi kerja. Walaupun hanya save beberapa ratus dan saving tu pun akan habis juga untuk benda lain nanti, tapi sebenarnya ia memang boleh dilakukan. Terpulang kepada diri kita sendiri sahaja untuk nak manjakan diri atau tidak.

Maybe next month aku nak try train pulak. Komuter Shah Alam pergi ke KL Sentral, then patah balik ke LRT Asia Jaya.

Or next month aku naik kereta balik…naik CRV kot (budak office aku je faham) atau naik Proton Saga yang penuh dengan sentimental value (family member je faham)…. Hahahaha…

Thursday, July 3

Poll Result and New Poll

Notice: Topik santai, dah penat berfikir pasal isu Anwar... hahahaha....

Kepada pengunjung baru blog ini, anda akan perasan akan sentiasa ada poll di sebelah kanan. Selalunya selepas mendapat 100 atau lebih peserta aku akan hentikan dan buat poll baru. So, below adalah poll result yang lepas selepas mendapat 117 responses.
Thanks.


Majority antara kita mempunyai pendapatan bawah RM2000 sebulan. Aku percaya, daripada result poll sebelum ini, majority pembaca blog ini adalah student atau mereka yang muda dan sedang membina karier. Good luck...! cuma aku suka mengingatkan bukan jumlah pendapatan yang penting, tetapi bagaimana kita manage dan membelanjakan pendapatan yang menjadi penentu. Kalau income below RM2000 jangan pula berbelanja seolah-oleh berpendapatan RM6000. Aku adalah antara orang yang paling tidak pandai menguruskan wang ringgit. If anybody interested to know my own salary (not income, hahahaha...) adalah between RM2001-RM 4000. Memang lah ramai orang fikir salary kinda private information. Tapi pada aku tidaklah taboo sangat. Aku boleh je share my exact salary with my close friends. Not with co-workers lah, since that will create unwelcome situation later in the future.


Walaupun ramai student membaca blog ini, tapi surprisingly tidak ramai menggunakan internet di kampus. Mungkin ramai yang ada internet line dirumah atau mungkin connection di campus hampeh. Kepada para pekerja macam aku pula, memang syok mengular depan PC. Since even kalau boss lalu dia akan ingat kita kusyuk bekerja walaupun kita sedang chatting atau update blog. For the record, my boss knew about my blog and he has no problem with it. Selagi kerja aku beres dia akan senyum je bila ada orang bercerita pasal blog aku di office.


Wah, ada juga penyokong fanatik UMNO datang, baca blog aku dan interested to answer my poll.

Since ramai yang interested pasal politik, either support Barisan Nasioanal or Pakatan Rakyat, latest poll aku disebelah tu 100% pasal politik. Hopefully ramai-ramai pakat jawap. Walaupun ada yang dah menyampah dengan politik, please answer and simply pick "Tak ambil peduli" for most of the questions.

Wednesday, July 2

Kes Anwar... Dulu dan Kini

Yesterday, this blog broke it highest daily visitor record, all because Malaysian eager to find out about a guy name Saiful Bukhari Azlan. I believe that name became most search keyword for the past two days in Malaysia. It will be too arrogant of me to just ignoring the latest Anwar Ibrahim’s political adventure. So, aku tulis seloka dibawah to welcome back ceritera Anwar, liwat dan konspirasi.


Dulu dan Kini…
(Yeah I know, title kinda lame)

Dulu...dia seorang Timbalan,
Kini... hanya pemimpin sanjungan.


Dulu... Sukma, Munawar, Azizan,

Kini... Saiful Bukhari Azlan.


Dulu... 3 laki 1 perempuan,

Kini... hanya pemuda tampan.


Dulu... Mahathir jadi tuduhan,

Kini... siapa pula gerangan?


Dulu... Reformasi diatas jalanan,

Kini... dunia cyber menjadi medan.


Dulu... lebam sebelah pandangan,

Kini... mungkin satu badan.


Dulu... politician nafsu haiwan

Kini... nafsu umpama syaitan.


Dulu... tilam jadi bualan,

Kini... apa pula akan dihumban?


Dulu... semuanya satu lakonan?

Kini... macam siaran ulangan
.

Dulu... kawan jadi lawan,

Kini... siapa akan ketawa sakan?


Dulu... hakim jadi sindiran,

Kini... terus jadi gurauan.


Dulu... satu dunia bagi tumpuan,

Kini... pasti lebih perhatian.


Dulu... ceramah celah perumahan,
Kini... stadium tempat syarahan.

Dulu... aku seorang graduan,

Kini... sudah ada pendapatan.


Dulu... aku tumpang kesian,

Kini... aku dah betul-betul bosan.


Orang cakap, kalau dan bosan, tak payah lah fikir. Biarkan sahaja ianya berlalu. Anwar bukan saudara aku pun, si Saiful tu pun bukan ada kena mengena dengan aku. So, biar lantak lah. Tapi takkan nak biarkan sahaja benda yang betul-betul busuk depan batang hidung.

Kalau Saiful tipu, maksudnya memang kejilah dia dan mereka yang suruh dia tipu, tak kiralah ‘mereka’ dari pihak mana. Anwar sendiri, Najib atau Pak Lah. Regardless what the reason but menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan politik, memang betul-betul keji dan sadis.

Kalau Saiful bercakap benar… Oh my God…Ahli politik sanjungan jutaan orang adalah seorang…. (I don’t think I should complete this sentence).

Comparing to Raja Petra affidavit against Datin Rosmah. That one straight forward. If Raja Peta betul, maksudnya our 2nd lady adalah seorang pembunuh kejam dan ganas. But if he lies, maksudnya RPK adalah manusia paling gila dalam Malaysia. Fame and popularity telah menggilakan dia.

So, untuk orang kebanyakkan seperti aku, I can just keep wondering and pray to God that the truth will be reveal. By the mean time, just try to enjoy or ignore the latest plot of this disgusting political sequel drama.

http://mob1900.blogspot.com/

Recent Comments