Saturday, January 31

Cubaan Menjadi Photoblogger: Aku vs Laut

Ada banyak gambar, kalau internet line korang hampeh... load slow, pergi bancuh air dulu. Cubaan aku menjadi seperti blogger-blogger kaum ibu atau blogger-blogger photoblog tegar yang akan post gambar dan komen gambar tersebut semenarik mungkin. Since wife aku beli camera masa PC Fair hari tu. Boleh lah aku join the club dan buat posting sebegitu. Hari sabtu, boring-boring kat office, nak membebel pun takde idea.

So, jom enjoy the pics guys. Time aku dengan wife pergi bercuti masa Chinese New Year yang baru lepas.


Lautan bergolara akan ditentang oleh aku.



Aku telah bersedia.... dengan hati yang penuh membara. Selat Melaka akan aku takluki.


Renangan pun bermula. Ombak besar tak aku hiraukan. Yang ada dalam kepala cuma destinasi yang ditujui. Focus...focus.


Penat... rehat kejap. Teruskan renangan.


Apahal bising-bising ni?


Pakcik dan budak-budak ni nyibuk apa kat sini?


Laa... dah berjam aku berenang. Tak bergerak pun?


Hahaha... aku berendam tepi pantai je. Aku tak reti berenang.


Lepas jadi photographer, wife aku tengok dari depan bilik chalet sambil geleng kepala.


Kat sana juga aku nampak pekerja resort ni. Dia kerja ratakan pasir pantai. 2 kali sehari. Bayangkan betapa penat dan boringnya kerja dia. So, stop complaining kalau rasa kerja kita boring.


Biasanya, kalau blog kaum-kaum ibu posting sebegini akan dapat beribu-ribu komen sebegini:

"Cantiknya chalet tu... kat mana? mahal tak?"

"Lawanya pantai, kalau anak-anak ai mesti sukeeee"

"Ehh, tak crowded, masa i pegi bercuti CNY ari tu pantai penuh... bla..bla.."

"Untungnya uols bleh pegi holiday, hubby i busy jee"

"Kesiannya pekerja tu, but kat ofis ai pun...bla..bla.."

Hahahaha.....

Seperti selalu, kalau aku posted posting cubaan buat lawak sebegini, aku akan bagi pesanan. Kalau korang tak gelak or at least senyum, ada something wrong dalam kepala otak. Pergi check doktor cepat-cepat.

13 comments:

anggerik ungu said...

cubaan ko utk mnjdi photoblogger hrus dipuji..keep it up..hahahaa

@t00neY r00neY® said...

"besh nye chalet tuh...kt mane ye?"
"ee..mahal x?kalau hubby i die xske tempat crowded² camni"
agak² bajet RM2000 cukup x?"

amacam?berlagak x komen aku?hihihi
gua lom kawen pon...saje letak ade hubby..baru rase cam da kawen..kikiki

aZRoy said...

eh eh, cantek yer chalet turr, best tak? aii suka.. teringin nk pegi jugak, nak bawak bini tapi takder bini.. pastu i lak keje banyak, tak sempat nak gi.. untung la u, dapat cuti2 camni..

tapi satu jek rugi, sebab liverpul seri..ekekeke..

(eh bob, tapi sok aku sokong liverpol)

Nasa said...

hehe .. honeymoon di port dickson ker ? ..dah ler tak gi mandi laut ni ..

abikhsan said...

"Cute nya U dlm air..."
"Takde obor-obor ke..."
"Makan kat situ sedap tak.."
"U tak berjemur ke....? Jgn lupa sapu krim UV kat badan ya.."

Serius pulak.... Liverpool akan turun less than one hour.... tak semena-mena aku teruja nak sokong Liverpool... ahaks..

akukaya said...

lain mcm je kutukkan ko kat mom bloggger. mcm tau je sape ko tujukan. hehe...

aku gn member carigold.com ada projek pada 28 feb. nak ikut? leh kenal2 gn ko. apa2 nnt aku YM gn ko.

aku sedikit busy sbb sambung study skrg ni. hehe...

arek said...

aku da follow blog ni staun aku rase, ni 1st time aku ksk komen..jln crite yg mnarik, ade unsur2 lawak sket series aku ckp aku ske hehhhe..

rose said...

kikikik..gambar2 yg org snap leh lak dia buat citer..kelakor gak ek..hehe..
tapi incey aku betul aku ni mmg kelakor pon..suka buat lawak...:-)

Anonymous said...

Aku ingat aku tersesat masuk facebook tadi..banyak sangat gambar ni weh!!
klu mamat yg ratakan pasir tu berenti keje bagitau ye..berkenan gak aku keje tu..


Joe Scapula

neewa76 said...

aku mati2 ingat ko btl2 berenang..rupa2nya tak pandai berenang macam aku gak..hehe..org kata badan beso lagi senang terapung tapi puas dh aku cuba nak mengapungkan diri,tenggelam jgk..hakhak

Linus Linnaeus said...

wah....tak sangka malaysia ada ikan paus dan anda dapat rakamannya... =P

Linus

marrang nung! said...

abang betul...
abang rasa2 la kan...
pakcik yang tgh memukat tu dapat tak dugong merah sesat yang berenang tadi tu?






peace abang betul... ngan marah ek...

Mr. Right said...

anggerik ungu,
So lepas ni kena banyak2 gambar lagi lah ye. Malas ahh... Aku tak cukup seni dalam jiwa untuk jadi photoblogger.

@t00neY r00neY®,
Hahahhaa.. ini mesti biasa melawat blog kaum ibu. Pandai je komen. Leh pula rasa2 dah kawen ye. ish..ish..

azroy,
Mungkin sebab sokongan ko Liverpool menang. Tq...tq...

Nasa,
honeymoon? Aku honeymoon kat rumah je. Tu jalan2.

abikhsan,
Takde obor2. Aku makan kat kedai jauh dari situ. Tak berjemur, ptg2 dok dlm bilik je. Terima kasih atas sokongan anda. Tunggu next month pula.

akukaya,
Takde.. aku tak kutuk mana2 blogger secara specific. Ko jgn, nanti ada yg terasa, marah2. Blogger kaum ibu ni sensitive. Suami dorg pun emotional. Hahaha... Ok, nanti contact2 pasal gathering ngn carigold tu.

arek,
Terima kasih. Lain kali rajin2 la komen lagi. Kutuk2, puji2, berkomunikasi dengan pengomen lain.

rose,
Kelakor, baik hati, bijak, hensem, dan banyak lagi... kan? :)

Joe Scapula,
Mamat ratakan pasir tu merangkap tukang jaga kayak, life jacket. Ko pandai ke pakai life jacket?

neewa76,
Kalau terapong je tak bergerak, payah gak.

linus,
Wife aku yg rakamkan. Dia bukan sahaja rakam aksi ikan paus tu. Siap bawa balik rumah lagi. Hahaha...

marrang nung!,
Pakcik tu confuse tgk aku berenang. Dia terlepas dugong tu. Cis... dugong...kalau kata aku ikan duyung ok gak.

Total Pageviews

. page counter