Wednesday, January 28

Geng the Movie... Pengembaraan Bermula (Filem Upin dan Ipin)

Movie Preview...

Bermula bulan puasa 2 tahun lepas adik beradik kembar Upin dan Ipin telah menawan hati jutaan kanak-kanak malah orang dewasa di Malaysia. Animasi yang sangat-sangat cantik, gelagat lucu mereka, jalan cerita bersahaja, lawak-lawak standard dan suara-suara cute Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka memang cukup menghiburkan. Aku sedar kehadiran mereka pun selepas tayangan di TV selesai, aku cuma tengok dari Youtube.

Dek kerana popularity dan kejayaan yang mereka kecapi, mereka mendapat kerjasama dan kepercayaan dari pelbagai pihak untuk meneruskan usaha memajukan filem animasi tempatan. Team yang bertanggungjawap produce Upin dan Ipin kini mengorak langkah dengan menerbitkan filem animasi: Geng the Movie. Watak Upin dan Ipin pun ada dalam filem tersebut.


Lihat sahaja agensi kerajaan dan pihak swasta yang menyokong mereka....


Last time sesebuah filem mendapat sokongan yang sebegini hebat adalah apabila Tiara buat Puteri Gunung Ledang.

Daripada sinopsis dan clip yang dipaparkan dilaman web rasmi filem ini, cerita Geng the Movie berkisar pasal pengembaraan remaja kota ke kampung dan cubaan merungkai misteri makhlus halus disana. Jalan cerita yang cukup bijak kerana, dengan melibatkan elemen hantu, graphic designer boleh exploitasikan kepakaran mereka secara maximum. Memang nampak ada banyak makhluk-makhluk aneh yang real dilukis oleh mereka.

Aku memang peminat filem animasi. Filem-filem animasi Hollywood semuanya aku tengok. So, aku memang bercadang nak tonton filem ini dipawagam nanti.

Sambil tunggu 12 February 2009, jom enjoy clip video filem ini.



Cool kan?

They just set a new standard for local animation film industry. Regardless what the ticket collection nanti, base on the video clip dan sokongan yang mereka terima, aku dah berani ucapkan congratulation kepada team Les' Copaque Production.


Office dan studio mereka di Sek 13, Shah Alam


Kedai makan mereka

Ramai juga budak kereta melepak di restaurant mereka sebab location yang strategik. Disebelah federal higway dan sedikit tersorok.

Lokasi office, studio, training center dan restaurant mereka. Gambar dari their official website.

Aku benar-benar berharap team Les' Copaque Production akan berjaya dengan Geng the Movie dan lain-lain project mereka dimasa akan datang. Aku pasti mereka sememangnya golongan Melayu yang kepala gila-gila. Asal usul nama company mereka pun kelakar, Les' Copaque adalah fancy spelling of popular Malay dialect 'Last Kopek'. Hahaha..... Maybe Upin dan Ipin adalah cubaan terakhir mereka selepas beberapa kegagalan.... dan nampaknya usaha mereka memang membuahkan hasil yang lumayan.

All the best to Burhanuddin Md. Radzi,Mohd. Nizam Abd. Razak, Muhammad Usamah Zaid, Mohd. Safwan Abd. Karim dan keseluruhan team LCP.

26 comments:

Anonymous said...

Ini preview berbayar ke? Berapa dorg bayar ko?

Akmal said...

terima kasih kerana menyokong kami & jgn lupa ajak kawan ramai2 tgk geng di panggung :D

-Akmal (Les' Copaque Production)

Ehsan said...

Hi, saya ehsan dari LCP dan saya mahu berterima kasih kerana menyokong kami. And yes, kitorang bagi nama last lopek pun mmg kami menganggap membuat film ni sebagai the first and last chance untuk kami, after all, mana lagi nak dapat rm4 million untuk buat movie, hehe. Silalah datang ke pawagam nanti pada 12 februari untuk menonton Geng ya?

Anyway, untuk menjawab kepada comment di atas, kitorang tak pernah bayar sesiapa pun untuk menulis post untuk kami, semuanya adalah ikhlas daripada blogger-blogger diorang ini sendiri. Tapi kami mmg berterima kasih, kerana tanpa sokongan peminat kami benda ini memang tak akan berjaya :)

Mr. Right said...

Fuh... lega.

Nasib baik korang dari LCP datang sini jelaskan. Kalau tak mesti ramai yang ingat aku dah jadi Kenny Sia (post advertorial blog senyap2). Hahahhaa.....

Terima kasih kembali. Confirm aku akan pergi tengok dan buat review pula nanti.

All the best!

marrang nung! said...

waaa!!!!
best la korang... (LCP)
dulu aku suka tgk Usop Sonto kat tV. skarang si Upin & Ipin lak...
bagus la org kita lak boleh buat animasi yang power2...
filem animasi ni semua golongan blh tonton kalo tak terlalu kebudak-budakkan...
tapi aku percaya memang boleh lakunyer citer ni...
citer Pingu pon org dewasa suka tgk nikan plak citer ni...
walhal Pingu tu citer katon bodoh...

Anonymous said...

Aku pun tak sabar nak tunggu filem kartun 100% buatan malaysia ni.

mr. right? diaorang tak jemput ko pegi preview filem ni ke?

Hamba Allah said...

Saya suka siri Upin dan Ipin di TV9 kerana nilai-nilai keislaman yang diserapkan. Berdakwah cara moden. Harapnya dalam filem tu pun nanti akan ada dakwah-dakwah yang hampir sama. Insyallah.

syasya said...

yes...
x xbr2 nk tgk uin n ipin...
sbnrnya dr last year
lg da taw ad filem nie...
asik tunggu jer
last2 kuar gak...

aah ingtkn
dpt payment td....

HaTiFi said...

bak kata Ipin, tengok tengok tengok (guna gaya Ipin kata betul betul betul)

tiang lampu said...

uwuwuuw animation..

dulu2 aku nk amik course creative multimedia.. skali mak aku tak bagi.. T.T

uwaaaaaaaaa sedey sedey! (sedapkan hati, layan beli tablet pc~)

anyway, congrats. nice work LCP :D

teek said...

betul betul betul!

dood, apsal bila ko blog pasal LCP, their ppl grace their presence by leaving comment? tapi aku blog pasal brad pitt, milo ventigmilia & jason mraz...haram dorang datang?

:P

Nasa said...

citer yang wajib kena tengok ni ... aku rasa dah lamer takder cartoon malaysia mcm ni .. Bob kalau ko dpt anak kembar .. namakan ler Upin n Ipin .. dapat scholarship LCP kut nanti anak ko huhu

marrang nung! said...

AAAARRRRGGGGHHH!!!!!
Liverpool seri lagi pagi tadi...
adoi laaa....

SyDen said...

les copaque kan penah menang anugerah film pendek dlu?

p/s: kan liverpool dah seri...MU 2 points lead....kurang 1 game..wahahaha!!

Anonymous said...

Aku tak percaya posting ni free. Mesti LCP bayar Mr. Right. Mesti punya.

Ngaku la wahai En. Betul.

Bro Faizi said...

Wah, dasyat lah ko Mr Right, ko post promote filem ni, krew LCP siap comment sedangkan aku, diowang tak jenguk pun, walhal tarikh posting ko ngan aku punya sama jer. muahahaha... tak sabar nak nonton citer ni terutama sekali nak tengok muka kak ros yang cun tu bila garang ngan adik-adiknya, hahahaha... :-)

http://www.rahsiasoho.com/blog

Ehsan said...

kitorang di lcp sering mencari post-post orang mengenai Geng. Bukan apa, tapi sebab nak gauge reception orang kepada movie ini dan jugak nak feedback about this movie.

So sometimes, dengan pertolongan google search, kami pun membaca komen-komen anda. Seronok jugak tahu orang anticipate film ini, tapi rasa takut pun ada. Hopefully you guys will love it. :D

MR. said...

MR RIght & Geng LAst Kopek,
MEmang la gempak blog ko ni sampai Les' Copaque Production pun datang kasik komen ..

Mmg bebudak MMU hebat2! kalo tgk final year project diorang, mmg gempak ... cuma mungkin tak diberi peluang utk meneruskan bakat yg ada ...

tapi skang Les' Copaque Production dah ader, bolehlah tolong kasik keje kat bebudak MMU yg menganggur tu yer .... kalahkan Lim Kok Weng! hahahhahaha

anggerik ungu said...

salam..uish..brkurun lme aku x view blog ko ni aek? adei..sory sgt2 rndu kt blog ko ni..tp ats desakan keje yg brtimbun, aku x smpt nk view..Upin & Ipin..pergh..salute kt durg ni..congrat to las kopek geng..aku akn pstikn aku g tgk cite ni 12 feb ni..

Mr. Right said...

marrang mung!,
Betul, animasi dorg mmg lawa. Kagum betul aku. Jalan cerita upin dan ipin pun menarik, lawak2 standard.

ano2,
Aku tak dijemput pun. Sapa lah aku dorg nak jemput. Dorg cari selebriti2 je. Sedih...sedih.

Hahahaha...

Hamba Allah,
Betul. Budak2 pun boleh hafal doa2 lepas tengok upin dan ipin.

syasya,
Takde... dorg tak bayar pun. Promosi ikhlas daripada aku. Takkan semuanya nak dibayar. Aku bukan cari makan dengan blog. :).

hatifi,
Hahaha... betul, betul, betul. Satu lagi, lagu masa dorg ucapkan "Selamat pagi cikgu". Lawak...lawak.

tiang lampu,
Ko belajor la sendiri sekarang pula. Then kalau power, g minta kerja ngn LCP. LCP pun ada academy.

teek,
Hahaha... selera ko besar sgt. Takpe, nanti aku suruh brad pitt baca blog ko. Aku akan try emailkan kat dia, k? Ataupun nak aku usahakan dengan Chi dulu?

Nasa,
Hahaha... takkan Upin B. Affandi. Dah scan, bukan kembar lah.

syden,
A'ah. Dorg menang byk anugerah.

ano3,
Takde lah. Tak dibayar pun. Oi! ingat aku gila duit sgt ke? Ni rasa nak marah ni.

bro faizi,
Hahaha... tu dorg dah pegi komen kat blog ko kan.

ehsan,
Biasa lah tu. Dorg ini ramai yg ingat blogger2 semua mata duitan. Nak senang, ko suruh je lah boss korang bayar aku, so tuduhan mereka dah jadi kenyataan. Amacam? ok..? Hahaha....

mr.,
Betul... budak2 mmu mmg bagus2. Dulu aku tgk final year project dorg, wah... cantik siot. Kat youtube pun boleh jumpa. Harap2nya leh kalahkan Uni2 swasta yg lain.

anggerik ungu,
Takpe lah, time2 free jengok2 la blog aku ni. Aku pun busy, update tak selalu mcm dulu2.

marrang mung! & syden,
Nak wat cam mana lagi. Liverpool mmg sial! Geram tul aku. Bila la pak arab nak beli ni. Leh beli kaka, messi, xavi, ronaldo.

HaTiFi said...

ha, peminat Upin Ipin,
jgn lupa lak tgk Episod baru Upin Ipin: Dan Kwn2

maklumat lanjut, http://upindanipin.com.my/

abikhsan said...

Liverpool nak beli Ronaldo...??? Which Ronaldo? Brazil punya ke atau ayam tambatan team Mangkuk punya...???

neewa76 said...

Aku dgn family dh stnby nak g tengok film ni..x sabar rasanya..nak bg sokongan pada film animasi malaysia..aku dengar mereka target 10mil..harap2 tercapailah..

teek said...

ya...ko usahakan CHI dulu.

disudahi dengan ucapan terima kasih yg tak terhingga.

msafwan said...

Untuk orang2 kl/selangor yg plan nak tengok geng this weekend, kalau tak dapat tiket geng di tpt2 biasa spt midvalley,one utama,alamanda, kemungkinan besar boleh dpt tiket di TGV Cheras Selatan (kat Jusco baru tu).Just further skit from Mines Shopping Mall sebab mereka buka 2 hall utk tayangan GENG which equals to 11 sessions.panggung disitu masih baru jadi saya yakin kualiti visual dan audio ditahap yg terbaek!! TQ mr cinema manager! u my pren.
Tak perlu beratur panjang2 tapi kecewa tak dapat tiket lagi!! ^_^

Khay said...

Jangankan Orang Malaysia sendiri, kami orang indonesiapun selalu menanti seri2 terbaru dari Ipin dan Upin..

Pokonya Top Banged dech Animasi ini... I really really like this movie..

Total Pageviews

. page counter