Monday, February 23

Movie Review: Geng the Movie

Hari tu aku buat preview filem ini, so afdal la kot aku teruskan dengan buat review pula. Again, aku nak pesan, aku buat review ni PERCUMA, free of charge. Ini bukan paid review. Ini bukan advertorial posting. Tiket pun aku beli sendiri. Aku tak buat advertorial posting. Pada aku blog posting should be ads free!

No doubt this film will end up as one of the most successful local movie ever. The collection definitely will reach box office marks, juta-juta for sure. Masa aku pergi nak beli tiket hari sabtu, semua panggung dah fully booked. Even Sunday punya show pun yang tinggal cuma tayangan malam. No choice, aku ambil je tayangan 9:55 malam. Sampai bangku bawah sekali pun ada orang beli. Masa melepak kat kedai makan, member-member semua merungut sebab anak-anak ajak pergi tengok movie Upin & Ipin. Dah la masing-masing makin dihimpit oleh masalah ekonomi, kesian pula aku dengar. Nasib baik Geng the Movie tidak ditayangkan time cuti sekolah, kalau tak confirm parent akan lebih pening kepala.

Ini komen aku selepas tengok Geng the Movie:

1. Graphic dan Sound
Seperti juga tv series Upin & Ipin, filem ini memang tak mengecewakan. Lukisan kartunnya memang cantik. Hampir dengan taraf filem terbitan Hollywood. Pergerakan mulut yang kena, body movement yang smooth, background yang tak kaku, kaler yang meriah… everything memang kena dan nampak ada class. Sound pun best, jelas dan kuat. Maybe too loud sampai menyakitkan telinga, tapi still acceptable. Part nyanyi ramai-ramai ala filem Hindustan pun cool.


2. Lawak Jenaka

Nama pun cerita animasi. Memang aku bayangkan akan dipenuhi dengan benda-benda lucu. Since series Upin & Ipin memang banyak lawak-lawak selamba, aku sedikit kecewa dengan jumlah bahan-bahan lucu yang ada dalam filem ini. Walaupun kualiti lawak memang standard, tapi tak cukup banyak. Mungkin memang itu perancangan penerbit movie ini. Mereka tidak mahu melambakkan lawak-lawak murahan dan menurunkan imej filem ini. Mereka lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.


3. Karektor

Satu benda yang menarik pasal karektor dalam filem ini adalah wajah mereka hampir sama dengan pemilik suara. Mereka meniru konsep filem animasi barat yang akan cuba sebaik mungkin untuk cari pemilik suara yang sama dengan kartun yang akan dilukis. Contohnya filem Shrek, watak puteri disuarakan oleh Cameron Diaz, dalam filem Madagascar pula watak Zirafah dibawa oleh David Schwimmer dan watak panda dalam cerita Kungfu Panda dibawa oleh Jack Black. Memang semua filem animasi barat sebegitu, rupa pelakon yang sumbangkan suara akan seakan-akan sama dengan watak animasi yang mereka lakonkan. Dalam Geng juga aku nampak trend yang sama. Walaupun watak Upin dan Ipin kita semua tahu dibawa oleh budak perempuan, tapi watak-watak lain memang tidak lari jauh. Tok Dalang memang suara seorang pakcik tua, suara Kak Ros disumbangkan oleh perempuan muda, even wajah pemberi suara Badrol dan Lim juga sama dengan animasi watak mereka. So, syabas kepada Las Kopek production sebab prihatin dengan benda ini.


4. Jalan Cerita

Aku kecewa banyak dengan jalan cerita filem Geng. Konsepnya memang dah cantik. Dua orang budak KL datang kampung Upin & Ipin dan bergaul dengan kawan-kawan mereka. Mereka nak datang bercuti dan enjoy kehidupan kampung. Memang banyak benda-benda menarik yang boleh dieksplore. Cuma aku tak puas hati kenapa ada scene jumpa makhluk pelik yang cukup banyak. Dah macam cerita Alice in Wonderland. Dah la binatang-binatang tu ditonjolkan sangat sifat-sifat ganas mereka. Aku rasa tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak yang memang minat Upin & Ipin. Walaupun filem ini bukan filem Upin & Ipin, ini filem Geng yang ada watak Upin & Ipin, tapi kita tak boleh lari dari hakikat yang popularity dua beradik kembar itu yang menaikkan filem ini. Jadi sepatutnya jalan cerita lebih friendly dengan kanak-kanak. Elemen-elemen terkejut, suspen, menjerit, semua scene dalam gua dan bunyi yang terlalu kuat... tak sesuai untuk budak-budak. Semalam, masa scene ular gergasi mengejar, aku tengok ada beberapa parents yang bawa anak keluar panggung. Maybe anak dia menangis terkejut atau takut Upin & Ipin kena makan ular. Aku confident, mesti ada budak-budak yang tak tidor malam, atau mengingau tengah malam lepas tengok filem Geng. Kalau dibuang part ular gergasi, pacat gergasi, beruang gergasi dan dikurangkan sikit keganasan, aku memang bagi movie ini A+. Mungkin mereka sepatutnya menggantikan elemen ganas tersebut dengan kelucuan Badrol dan Lim explore kehidupan kampong, survival dalam hutan, atau ditambahkan part berputiknya cinta Badrol dan Kak Ros.


Daripada tajuk pun kita tahu akan ada sequel filem ini. Yang pertama “Pengembaraan Bermula”, so lepas ini Geng akan ada banyak lagi pengembaraan kot. Maybe Badrol akan bawa ‘Geng’ ke Kuala Lumpur. Cuba bayangkan Upin & Ipin datang melawat KL dengan Kak Ros mereka. Banyak gila lawak jenaka boleh dicipta. Aku harap Les' Copaque Production akan lebih prihatin dengan peminat cilik mereka dan mengurangkan elemen keganasan. Kesian aku tengok budak-budak pejam mata dan tutup telinga masa tengok Geng the Movie yang pertama.


Satu lagi aku sedikit confuse, kenapa ada scene yang ada dala promo clip tapi takde dalam filem? Contoh; Lim dan Badrol meniti menyeberang parit, Lim bawa keluar cerek elektrik dalam hutan, Upin bercerita pada wartawan pasal pengalaman mereka, dan beberapa scene lagi. Adakah semua scene itu dibuat semata-mata for promo. Wah... Dasyat, filem Hollywood pun tak buat cam tu.

Again, aku ulang… kalau filem ini kurang ganas… aku memang bagi A+, tapi sekarang aku cuma boleh bagi B or B+ sahaja. Dah macam markah kat sekolah la pula.


Senang cerita, aku lebih suka poster ini.



Berbanding poster ini.


Apa-apa pun kesimpulannya, aku tak rasa duit cukai yang aku bayar setiap bulan disia-siakan oleh Les' Copaque Production. 6 million ringgit RM 1 million goverment fund well spend. Daripada politician habiskan untuk kenyangkan perut mereka, baik bagi kat budak-budak creative untuk hiburkan hati rakyat Malaysia. Kan? Aku juga tak malu kalau filem ini dipasarkan ke luar negara. Syabas!

13 comments:

rose said...

Betul betul betul...baaaanyak betul!

Pening kepala den tgk depa terpekik terlolong lari kene kejar ngan ular besorr.....huhuhuhu...

tapi lawak upin ipin & rajoo mmg bes..kelakor...:-D

aku bagi 3 bintang..

miekabo said...

hahaa...

dari sini aku dapat skit gambaran...
prebiu kt tv nampak cam best...
aku n wife tak brape minat tgk wayang,aku akan tunggu cd dia kuar n beli....
tgk ngan anak-anak aku kat umah...
apa2 pun thanks atas info ko...

antus said...

aku sokonggggggg usaha ini....

syasya said...

erm...
ingat dapat elaun
buat promotion....

x kre ar byk jerit ke tak
citer nie tetap best...
tp kalo x jerit dgn betul2
byk sgt
msti lagi best....

abikhsan said...

Apasal dia tak tayang time cuti sekolah....???

msafwan said...

"6 million ringgit goverment fund well spend."

erm,budget film ni adalah Rm4 juta dimana RM1juta drpnya ialah drpd geran kerajaan.6 juta tu dah salah fakta tu :P

HaTiFi said...

kenapa ada scene yang ada dala promo clip tapi takde dalam filem?

**
rasanya babak tu Last Kopak nk masukkan kn dlm DVD, bhgn Babak Yg Dipotong (aka Cut Scene ler)

Anonymous said...

Ini dinamakan mengaku dengan penafian. Admit by denial cakap org putihnya. Hambo yakin mr.right dibayar utk buat review ini.

IM said...

Saya dah tengok movie Geng. Setuju dengan mr.right, cerita ni ganas sikit.

Apa-apa pun, tetap gempak sebab filem animasi terbaik yang Malaysia pernah hasilkan.

SyDen said...

aku bukan sorang yg suke tgk wayang....tp promo citer nih buatkan aku nk tgk.

overall, aku suke citer nih..puas hati la. tp mmg btul apa yg ko ckp tu, ada something kurang kat part jln citer. cuma ak x tau apa.

neewa76 said...

aku pun dah tengok..apa yg ko komen ni pn sama dengan pendapat aku..ttg sound yg tlalu kuat,scene ular,lintah dan beruang gergasi tu..apa pn aku bangga sgt animasi malaysia dh maju..smoga lagi maju..

beger86 said...

nak tengok gaks movie tu mggu nie..should be this weekend..hope so citer nie la..x menghampekan my lil brother..

Mr. Right said...

Rose,
3 bintang daripad berapa? 5 ke 10?

miekabo,
Sama2. Tunggu la DVD mesti ada mcm2 dlm DVD. Budak2 Last Kopek nampak mcm techno gila.

antus,
Usaha sapa? Usaha aku review filem ke, usaha dorg terbit filem?

syasya,
Tak dapat2 apa2 lah. Saje suka2. Aku rasa they deserve the attention.

abikhsan,
Slot time cuti maybe producer yg lebih senior dah dapat. Mereka lebih pandai lobi.

msafwan,
Ko orang Las Kopek ke? Kalau tak takkan berani betulkan fakta tu. Aku assume fakta ko betul dan aku dah pun tukar dalam posting. Thanks.

HatiFi,
Mungkin la kot.

Ano,
Betul. Ko mmg pandai. Aku tgh tunggu chq RM1 juta dari dorg ni, upah review filem Geng.

IM,
Betul2. Memang gempak.

SyDen,
Promo memang mcm best gila. Sebab tu expectation aku tinggi gila.

neewa76,
Harap lepas ni dorg buat yang lebih santai dan children friendly sikit.

beger86,
Book ticket awal2. Panggung mesti penuh. Aku rasa filem ini akan pecah record kutipan.

Total Pageviews

. page counter