Thursday, February 5

Raja Nazrin as Menteri Besar

Aku follow latest news dari sini:

1. TheStar
2. Perak Express
3. Malaysiakini

Di ruangan komen, email dan sms aku terima, minta aku komen pasal pergolakan politik di Perak. Mentang-mentang la aku orang Perak. Aku percaya member-member dari BN nak gelakkan aku sebab masa Pakatan Rakyat menang Perak, aku seolah-olah seronok. Member-member yang sokong Pakatan Rakyat pula nak kongsi kesedihan dengan aku kot. But majority kawan-kawan disini mungkin nak tunggu komen aku sekadar nak tersenyum, sebab kadang-kadang komen aku mencuit hati. Betul tak?


For the record aku ada komen isu ini 2 kali diblog ‘kecil’ aku. Beberapa hari lepas dan semalam.

Disini: Perak Bergolak
Disini: Najib Won

Aku sedikit busy, so tak sempat nak berceloteh panjang sebelum ni.

Jadi... ini komen aku berkenaan isu politik di Perak yang dah macam budak-budak remaja main snooker lucky ball. Penuh taktik, lakonan, penyamaran tetapi teknik permainan tidak boleh dilupakan. Member-member aku mesti gelak sebab mereka tahu aku tak pandai main snooker.

Apa pun, aku sebenarnya rasa macam-macam daripada isu ini.


1. Aku Terhibur
Ok, maybe terhibur not the exact word la. Tapi aku seperti kebanyakkan orang lain yang follow perkembangan di Perak sedikit terhibur dengan drama yang berlaku disana. Sememangnya aku tahu ianya bukan barang mainan, kuasa memerintah sebuah negeri bukan bahan gurauan. Aku tidak patut terhibur, but I don’t know why aku memang terhibur dengan gelagat mereka. Baca rumors di blog, berita sahih di media arus perdana dan malaysiakini, baca sms, call kawan-kawan. Aku memang seronok dengan the whole scenario. Daripada rumors yang dibaca menampakkan strategy permainan politik pemimpin kita cukup licik. Anwar dengan agenda dia, cara dia, pusing sana, pusing sini. Najib dan team dia pula balas dengan cara ini, cara itu, putar sana, putar sini. Fuh… kalau jadikan filem, dah macam filem Hindustan... aku rasa memang akan box office. Kalaulah pemimpin kita gunakan creativity mereka kearah membangunkan negara, mesti kita lagi maju dari Singapore. Hakikatnya, tiada siapa tahu the real story. Banyak sangat persoalan yang dijawap dengan andaian. Siapa beli siapa? Siapa ugut siapa? Kenapa buat u-turn? Kenapa tak join just sekadar sokong? Dan macam-macam persoalan lagi. Kalau nak cari jawapan memang penat, tapi rumors dan andaian ‘pakar-pakar’ politik dialam maya memang cukup menghiburkan kalau kita rajin baca satu persatu.


2. Aku Sedih
Definitely aku sedih dengan apa yang berlaku. Pemimpin yang majoritynya beragama Islam mempermain-mainkan amanah orang ramai. Amanah yang diberikan oleh ribuan pengundi diperkutak-katikkan ikut selera mereka. Mereka tidak ambil kira isu halal haram. Mungkin inilah sebabnya tiada kes wakil rakyat PAS yang lompat parti (dulu di Kelantan Semangat 46, bukan PAS). Aku sedih kerana negeri aku ada kerajaan yang tak stabil, agenda kerajaan semestinya akan tergendalala. Seperti mana-mana pekerja, kalau boss tak tentu hala, tak firm, mana mungkin pekerja bawahan nak perform. So, kalau BN berjaya “curi“ Perak mesti ada beberapa perubahan yang akan dibawa. Then, kalau lepas beberapa bulan Anwar berjaya ’beli’ semula beberapa wakil rakyat, akan berubah kerajaan semula dan sekali lagi perubahan dalam corak pemerintahan berlaku. Mahu pening kakitangan kerajaan di Perak nak terima semua kemungkinan ini.


3. Aku Takut
Aku takut penculikan negeri sebegini akan jadi trend. Di Kedah BN hanya memerlukan 4 DUN untuk jadi katak then mereka boleh ambil alih negeri. Di Selangor mungkin sedikit sukar kerana mereka memerlukan 9 DUN. Itu belum kira kemungkinan Pakatan Rakyat menculik negeri BN. Di Negeri Sembilan, di Perlis... so, sampai bila ini akan berlaku? Ketidakstabilan pemerintahan ini akan membantutkan segala urusan. Pemimpin negara patutnya tumputan perhatian kepada masalah ekonomi, masalah harga barang, masalah mutu bolasepak Malaysia. Kalau dok sibuk bertahan, dan menyerang sesama sendiri, bila masa mereka nak majukan negara?


4. Aku Marah
Aku jadi marah bila mengenangkan berapa banyak wang rakyat akan dipergunakan oleh ahli politik untuk beli, lobi, pujuk, ugut wakil rakyat. Duit cukai yang dipotong dari gaji aku setiap bulan digunakan untuk mempermain-mainkan kuasa negeri aku sendiri. Sial betul. Apa kejadahnya mereka sesuka hati tukar-tukar parti? Aku dah cakap dulu sebelum pilihanraya umum (Disini: Pilih Calon Bukan Parti), pengundi sepatutnya memilih berdasarkan peribadi calon, ketokohan calon, kewibawaan calon. Bukan parti yang diwakili. Aku dah cakap, lupakan terus parti politik yang dia wakili. Just try to find out more about the candidate. Inilah akibatnya bila kita berikan kuasa kepada penjenayah yang bodoh. Sesuka hati undi kita ditongsampahkan. Aku juga jadi marah bila dengan dua DUN yang sedang dibicara kes rasuah di’terima’ oleh UMNO. Mereka assume dengan sokong UMNO kes mereka boleh close. Macibai… undang-undang Malaysia didalam tangan Najib ke? Aku juga jadi marah bila pemimpin daripada BN berlagak bodoh dengan mengatakan kerajaan yang mereka akan bentuk akan lebih stabil, lebih kukuh dan mendapat sokongan padu rakyat Perak. Kepala hangguk ko! Kalau dah lebih 1-2 kerusi, apa yang lebih stabilnya? Kalau wakil rakyat jadi katak, apa kejadahnya mendapat sokongan majority rakyat? Mereka sedar benda-benda ini, tapi still berlagak bangang dan buat statement sebegitu. Dengan harapan beberapa kerat rakyat yang bangang akan percaya statement mereka. Mereka ingat ramai ke lagi rakyat yang sebegitu bodoh?


Pada aku, kalau BN betul-betul gentlement. Betul-betul ingin mengamal demokrasi. Najib sepatutnya jumpa Sultan Perak pagi tadi, dan inform nak bentuk kerajaan. Seterusnya terus submit proposal untuk bubarkan DUN. Then, senang untuk Sultan nak decide. Both parties agreed to give rakyat the power again. Then, rakyat boleh keluar mengundi sekali lagi seterusnya pilih CALON yang dirasakan sesuai. Aku pun boleh balik kampong…main anak buah. Maybe belanja pilihanraya beberapa juta, but compare dengan bajet untuk beli wakil rakyat, still untung. Tak payah la cakap wakil rakyat tu pindah sebab perjuangan, sebab ugutan, sebab nak bantu rakyat… semuanya sebab duit. Budak tadikan pun tahu.

Aku berharap Sultan Azlan dengan dibantu oleh Nazrin akan membuat keputusan yang cukup bijak. Harapan gila daripada aku mengharapkan Sultan Azlan terima proposal MB Nizar dan bubarkan sahaja DUN Perak. Kemudian, Raja Nazrin bertanding satu kerusi bebas. Then, tak kira parti apa menang, kena lantik Raja Nazrin jadi Menteri Besar. Biar padan semua ahli politik yang gila kuasa… gila duit… dan gila popularity. Biar semua berputih mata. Bagikan sahaja kuasa mutlak kepada istana. Aku respect istana Perak sebab seperti yang semua tahu, Sultan Perak berpendidikan tinggi dan paling bijak antara semua sultan di Malaysia.

Fuh... hensem! Kalau jadi Menteri Besar memang best.

Update (6:30 pm):
Sultan Perak accepted BN proposal. BN's delegate head by Pak Lah baru meninggalkan istana untuk finalize the power transfer. Dipercayai mereka akan angkat sumpah esok. I hope Sultan Azlan and his team know what they are doing. If next week Anwar managed to 'captured' few of BN ADUNs then I can't imagine what gonna happen. Aku juga harap Nizar dan lain-lain terima 'kekalahan', jangan nak jadi Jebat era moden.


Update (6 Feb):

Aku harap tiada rakyat Perak yang menderhaka kepada Sultan. Walaupun aku turut kecewa dengan tindakan Sultan Azlan yang tidak memberikan rakyat sekali lagi peluang untuk menyelesaikan krisis politik di Perak. Namun aku boleh buat beberapa assumption kenapa baginda membuat keputusan sedemikian. Kita harus ingat baginda telah interview semua yang terlibat, mendengar semua pandangan daripada ahli politik, pakar undang-undang dan yang penting pandangan mufti (semalam dalam berita nampak mufti masuk istana) dan ulama-ulama di Perak. Kita yang mungkin dengar daripada beberapa pihak sahaja tidak boleh cuba mempersoalkan tindakan baginda. Pakatan Rakyat patut terima dan jadikan 'rompakan' Najib ini sebagai peluru sesama menghadapi mereka dikemudian hari.

28 comments:

fid said...

aku sokong tang bab sultan perak tu
yes..memang bijak dan terpelajar!

lankapo said...

haha agak2 lah paling bijak antara Sultan seluruh Malaysia ...

apa pun, politik di Perak semakin meruncing. Selepas ni adakah Kedah pula menjadi mangsa

aZRoy said...

ermmm..

besok dato zambry angkat sumpah mb baru.. BN still proceed with the topple..

berbalik pada kes ini awal2, bagi aku, SPR bukan badan yg mempunyai hak untuk menentukan kesahihan surat letak jawatan 2orang lelaki yg nak bebas dari kes rasuah ni..

mungkin mb nizar akan pakai isu ni bawak ke mahkamah sebagai last stand..

still, bagi aku kerajaan negeri perak dah jadi tak sihat.. apa najib ingat ni sebagai benchmark dia untuk incoming march ni! ptuih laa

(aku emo)

neewa76 said...

susah2 sgt ko ajelah jd MB perak..hakhak..

teek said...

while other leaders busy being hero at world forums (read: erdogan), our leaders are busy performing their circus show.

such an embarassment la. somehow it seems that these people don't think it's wrong. why la msians deserve leaders like these?

rose said...

nampaknya..sultan perak tak buat keputusan yang bijak kali ni..

sepatutnya satu pilihanraya baru dibuat..ini seolah2 sultan tak menghormati mandat yang diberi oleh rakyat untuk melihat pakatan kerajaan baru untuk memerintah perak..

tak sampai setahun memerintah..mmgla tak nampak sgt pembangunan yang dibuat..lahai..sian sian..

bagi aku..4 YB yang tak berapa nak educated tu patutnya letak je dalam pulau jerjak..cakap tak serupa bikin..
Dr.M pon tak stuju depa ni dipilih untu masuk BN sbb terjebak ngan kes rasuah..if dah basuk BN ni kes2 rasuah depa ditutup...mmg sah2la BN ni ramai kaki rasuah..tak aman la kome if makan2 rasuah nih weh...

betul kate tuan guru Nik Aziz cakap..."Orang yang berpaling tadah patut dibaling ngan kasut"..

Sungguh memalukan!

miekabo said...

salam....
lama tul tak masuk sini...

aku nye komen tak byk...
kesilapan PR Perak ialah:

Kenapa dia masih simpan 2 adun yang bermasalah tu...???
sejak mula lagi patut dah amik tindakan disiplin...
2 org tu terang2 mengaku tu hari buat keje terkutuk tu, patut gugur or pecat je...
PR perak kena amik risiko ni...
dan adakan pilihanraya kecil bagi dua dun yg kosong.
tapi nasi dah jadi spegetii,
dah tak bererti...

gitu gak PR negeri lain,jgn simpan mereka yg bermasalah...

marrang nung! said...

aku setuju...
ikut je ape titah sultan...
jangan derhaka...
sultan tahu ape yang difikirkan terbaik...
sultan perak sultan terpelajar...
kuasa rakyat juga akan tentukan siapa yang menang nanti...
tunggu dan lihat kalo tak percaya...

Alyaniff said...

hipokrit la korang nih. masa nasaruddin defect ke pkr tak ckp apa2. malah lg galakkan. tp bila org2 PR defect ke BN, marah pulak. hipokrit2. org hipokrit kata2 diorang jd tak relevan...

tiang lampu said...

bab sultan aku tak nak ganggu. daulat tuanku. diorang ada kuasa mutlak sendiri.

bab UMNO terus nk bubar DUN secara direct.. memang cari pasal punyalahhhh.. sape tak marah.. aku rasa mmg patut gak buat pilihanraya balik. tak kira laa dh lompat parti ke tak. tak kira lah BN yg banyak menang or PKR yg banyak menang. at least bagi rakyat undi sendiri pemimpin yg diorang nak. cukup laaa dh laaa tu, jgn libatkan rakyat dlm politik busuk mcm ni..

but since skg ni cerita pasal PARTI..

dulu2, sang A sanggup kejar orang2 UMNO kt taiwan semata2 nk 'pujuk' diorang join pakatan..halal lompat parti.

today, dunno how some pakatans lompat ke UMNO, sang A tak puas ati la pula sampai merusuh..haram lompat parti.

aku naik pening tengok politik malaysia. main doodle lagi best.. kuikuikui

p/s: miekabo, nasi jadi spagetti? bagus tu! nxt time aku nk tukar selera, aku tunggu nasi jadi spagetti nyahahaha

kurf said...

kecewa dkt sultan...sbb tiba2 kata MB suruh letak jawatan tanpa usul periksa kena adun lompat parti...adun yg disiasat rasuah pulak tu...pelik kan...

pas2...SPR sebenarnya tiada hak nak batalkan pilihan raya...setahu sayalah...SPR bukan bdn kira pilihan raya ker???tak pernah pulak dgr bila BN nak bubar kerajaan nak wat pilihan raya diorang reject..."encik, saya rasa surat bubar kerajaan nie tak sah lah" :P hehehe

pasal lompat2 parti nie..politik basi...nak lompat ye lompat...lompat tujuh lapan kali pun takpe...

tapi yg tak puas hatinye...dh lompat tu cukup la...takkan tiba2...kerajaan yg sedia ada nie dibubarkan macam tu jer..pikir pc ka..boleh format2 sukati..nak format pc pun ada procedure dia...nie takkan tukar kerajaan mcm biskut kot...

jadi katakan kalau semua ahli parlimen BN masuk PR??automatic jadi kerajaan lain ker???bukanker kena vote of no confidence dulu pas2 mintak izin agung tau sultan baru boleh...pelik2...esok aku pun nak tukar boss aku lah...hehehehe

MB perak silap...dia patut..ganas sikit cam MB selangor...potong gaji kalau takde performance...HAHHAHAHA ganas2...

hai malaysia...dunia tengah runsing ekonomi kita pun eko no money la...adoi2..tapi bkn tuk adun2 lompat parti...rasanya mereka sdg berparti2 hahahha.....

aZRoy said...

Bala apa yang sedang melanda kita ini ?

Wabak jahanam apa yang sedang merebak ini ?

Pelacur pertama

Baru buka baju dengan pelanggan pertamanya.
Sudah lari kepada pelanggan lain



Pelacur kedua dan ketiga

Bermati-matian mengatakan ia bersih dan suci.
Akhirnya , berselingkuh dengan perompak



Pelacur keempat

Katanya tidak mahu, tak nak, tapi sambil membuka pakaiannya akhirnya jadi juga

Anonymous said...

bgai ak sultan perak ada kuasa nak tentukan kuasa bawah pimpinan dier...
so....karpal singh mmg xda adat la...mangkak punya owg...
xhormat sultan btul...
gna nama islam untuk bangkit nama tp...gaya xikut islam...
mb perak ok tp bangang dok ikut ckp A sgt tu yang kna.....kuikui...lntak la...ak xkira yang ak tau...hidup BN...huhu

ANakPerak said...

Baru padan muka si Anwar tue, dulu2 beria2 nak ajak MP BN lompat PR supaya dapat tubuhkan kerajaan baru, alih2 sekarang senjata makan tuan. Yang paling lawak sekali biler baca statement kat pape tadi, dia cakap supaya BN adakan pilihanraya negeri semula supaya benarkan orang Perak buat pilihan sendiri sebab bagi dia, lompat2 parti bukan suara rakyat Perak.Walhai, kalaulah pelan 19 Sept dia tue menjadi, nak ker dia buat pilihanraya umum semula pastikan betul2 orang Malaysia nie memilih PR. Putar Alam betul2.. Kena tang hidung sendiri baru sedar...hehehe

ANakPerak said...

Bagi aku, keputusan Sultan Perak buat keputusan mcam tue ada benarnya kerana Tuanku tak nak bazirkan duit rakyat jika pilihanraya diadakan semula di dalam suasana ekonomi tengah gawat dengan risiko membayangkan tiada lagi YB lompat melompat lagi. Jika ada YB melompat lagi, confirm Sultan Perak bubarkan terus semua kerusi ADUN. So janganlah cakap keputusan SUltan Perak tue kurang bijak.

Syima Syaz said...

Sultan sekarang bukan macam sultan dulu. Sultan sekarang sultan yang educated. Hanya orang yang tak educated sahaja yang pertikaikan titah sultan. Decision kali nih yang 'terbaek'. I like it so mucchhhh!!!

abikhsan said...

Rakyat Malaysia dah lupa penderitaan Palestin... Boikot memboikot pun dah tak jadi kudis.

Rakyat juga lupa akan kehilangan pekerjaan beberapa bulan akan datang. Pak Menteri yang bertanggung jawab pun leka.

Semua tertumpu dengan pertunjukan Sarkas di Negeri Perak....

p/s - But aku tak lupa MU still leading the BPL with 2 point margin and a game in hand...

khatim ismail said...

pada aku yang mulakan ini semua adalah mr anwar ibrahim,
dia yang nampak beria2 nak rampas kuasa on 16 sept.sampai macam dah sampai klimaks sangat dah masa tu.
siap boleh dapat 30 ahi parlimen n bla2...
sekarang bila dah jadi macam ni kat perak dia masih putar belit lagi,pada aku orang yang terlalu manis berkata2 ni pun runsing gak.
kadang kadang aku pun terpikir gak...adakalah sultan itu salah?
rasanya sultan tu betul,cuma cara perjalanan nya sedikit berbeza..
to anwar i hope u bertauboat same like karpal sigh said in media.
tq

Anonymous said...

wat to do rite juz ting about our
economy..politics suck..bek bn or pr same2 masuk longkang..kononnye pertahan hak masing2..ape yang dapat pada rakyat? dr bergolok,berparang,demonstrasi or wat ever animal attitude bek kite pk mcm ner nak pertahan keje kite ekonomi keluarga other else yang mendatangkan kebaikan pd diri sendiri..sesungguhnye pak menteri PR& BN takde bg kite duit pon kite berguling wat demo..sultan perak pon tau kerja beliau..tak payah nak buat demo balas utk support tuanku..jangan kurapkan lagi politik malaysia yang dah memang tengah kayap unte skrang..sesungguhnye allah dah janji pada akhir zaman 'para pemimpin akan diangkat dari kalangan mereka yang lemah iman dan amalan agamanya'..idup tuan guru..!!

StorMx said...

sultan kena saman tu bukan perkara baru.dulu sultan pahang pun kena saman,tp maybe sbb buka hal politik camni so orang x kecohlah

aku kecewa dengan senario politik kat perak.sgt2 kecewa coz yg lompat parti tu mmg x hormat dengan pilihan rakyat.penat2 pegi mengundi parti masing pastu senang ati je lompat...apa kes

ah...aku dh naek sakit jiwa tgk brite tv3,sakit hati baca paper

aku rasa pasni aku setia sokong pas aje

adar said...

padan muka. sape bapak katak sebenarnya dood? hehe... kita semua tahu janji 16 september kan? mcm karpal beruk ckp, anwar yg wujudkan budaya katak.

aku sedih tgk anwar dan najib menjahamkan Malaysia krn agenda masing2. masing2 nak jd PM, baik najib mahupun anwar, bg aku sama je.

maaf la. aku kecewa tgk keadaan mcm ni. kaum lain semua dok tepi tgk kita sesama agama bertelagah. yg rugi kita, yg untung kaum lain. pikir2kan la.

aku suka cadangan ko dood, bg raja muda jd MB perak. idea plg bernas. ko mmg bergeliga la dood. takder sape lg bg cadangan ni. ko ada bakat dood jd pemikir politik. serius ni.

miekabo said...

ya... ya...
hidup tuan guru...

apa-apa pun PAS masih dengan pendirian asal sejak dulu....
tahniah....

p/s: aku setuju ngan tok guru yang tak setuju IR nizar bertanding parlimen bukit segantang.

tiang lampu said...

Raja Nazrin jadi MB.. idea bernas huhuhu

boleh kot. kasi temporary, sampai dapat cari orang yg btol2 berupaya jadi MB. tak kira la PR ke BN ke. kalau semua hampeh, apa salahnyer Raja Nazri continue jadi MB kekeke

pd said...

ampun tuanku! sembah patik harap diampun, sembah patik mohon derhaka!

masalah politik di perak ni kena rujuk balik prinsip2 demokrasi, kalau fakta: NAJIB rampas kerajaan perak secara HARAM ni dibiarkan tanpa perhatian maknanya negara kita sedang menuju kehancuran.

Jika ia tidak ditolak rakyat terbanyak ini bermakna ia akan menular ke negeri lain, hak rakyat untuk memilih dinafikan.

Maka, kesannya ia akan menyebabkan pembangkang akan lenyap di MALAYSIA, sistem satu parti akan wujud.

KESANnya tiada pemantau akan memantau tindak tanduk kerajaan.
Diktator yang zalim akan wujud.

NAJIB pengecut kalau takut hadapi pilihanraya, kami cabar kamu! kalau betul anak jantan! Semoga Allah beri pengajaran kepada NAJIB.

sikap BN yang suka ambil pemimpin rendah moral membahayakan parti itu - Tun Mahathir

Kami sokong Pak Lah terus pimpin malaysia dari NAJIB yang buruk moralnya.

Anonymous said...

bosan betul dgn pergolakan ni.merata-rata "road block"..tak paham sungguh apekah relevannyer...

-Ipoh lads-

MalayMind said...
This comment has been removed by the author.
MalayMind said...

Ada hikmahnya perkara kompleks macam ni berlaku di negeri yang antara Sultannya paling direspek semua orang.

Aku percaya, kalau berlaku kat negeri lain, confirm keadaan mungkin lebih teruk. Yang mengutuk Sultan mungkin lagi berani nak kutuk. Akubetul pun nampaknya tak banyak komen, kalau tidak...hehehe


Untuk pengomen yang pro-PR:

Yang lawaknya dulu masa Sultan Perak guna budibicara terima Nizar jadi MB walaupun ikut undang-undang, PR bukanlah parti rasmi - Dialah Sultan paling bijak.

Sekarang, dia guna budibicara jugak untuk meminta Ir Nizar letak jawatan dan lantik Dr Zambry - Dialah Sultan paling tak bijak pulak.

Ini macam Sultan jadi bijak kalau sokong parti korang je? Hahaha

Pada aku, Sultan Perak bijak dalam dua-dua keadaan. Dia mmg ikut peraturan yang takkan memihak kepada PR ataupun BN.

Having said that, Sultan or anak Sultan tak patut masuk politik. Kalaupun dia nak masuk BN, aku akan advise jangan sebab mudaratnya lebih besar dari manafaat.

Dia patut kekal berada di atas dari mana-mana fikiran politik yang sempit ni.

Pasal nak buat election baru ni, aku takut nanti kalau BN yang menang, ada orang kata SPR / UMNO menipu je. Kalau time menang je dia iktiraf SPR paling betul dalam dunia hehe

Lagipun, PRU13 dah dekat dah. Kalau dah korang tak suka sangat BN, pangkah je la PR, apa susah?

Biar orang lain dapat 999 tahun tanah di Perak. Janji tak dapat kat orang BN ye tak? Hehehe

Mr. Right said...

Sorry aku tak mampu nak reply komen satu persatu seperti biasa. Bukan sahaja banyak, tapi kena berfikir nak jawap satu persatu-satu. KAlau aku main belasah je reply, nanti ada yang salah anggap pula.

But mostly macam biasa lah, ada yg setuju, ada yg tak setuju dengan tindakan Sultan, MB lama, BN, dan leaders PR. Aku pun berfikiran campur-campur dalam isu ini.

Tapi hampir semua fikir Karpal melampau. Aku memang rasa Karpal patut di buang negeri.

Aku dengar bekas MB Nizar bukan 1st Menteri Besar Perak yang refuse letak jawatan atas arahan sultan Perak. Dulu, bapa Tajol Rosli, yg juga menteri besar Perak refuse to resign atas arahan Sultan Idris. Berbulan-bulan, sehingga UMNO leadership pujuk, then baru dia resign. So, maybe Nizar tahu kes ini.

Sebab tu aku cakap, isu di Perak terlalu complicated, kita tak tahu the real story. Hanya boleh agak2 dan buat pelbagai assumption.

Total Pageviews

. page counter