Tuesday, March 31

Financial Crisis – Apa Kesan Kepada Kita?

Notice:
Akhirnya aku berjaya buat posting ke 8 bulan ini, lebih satu dari bulan lepas. Aku bukannya sengaja atau berlagak bagus dengan tidak lagi buat posting setiap hari macam dulu-dulu (aku dapat email yang cakap macam tu). Seriously aku tak berkesempatan. Lagipun blog aku dibaca oleh rakan sekerja, clients, rakan niaga, even boss aku sendiri tahu pasal blog ini. So, rasa lain macam kalau aku buat blog posting banyak-banyak sedangkan kerja berlambak yang belum settle. Plus, since orang tahu aku dapat sedikit duit dari blog ini, so bila tiba bab duit dan disemai dengan benih dengki, rakan sekerja pun boleh bertukar jadi musuh sekerja, kan? Sebelum ianya jadi sebegitu, aku slowkan sedikit aktiviti blogging aku disini. Tapi di blog satu lagi, aku update almost everyday. Hahaha... itu pendek-pendek je. Takpe kot.

Back to blogpost title…

Not really sure the exacts number, tapi yang pasti memang puluhan kalau tidak ratusan ribu pekerja telah dan akan diberhentikan oleh majikan dengan pelbagai cara dan taktik. Aku baca laporan berita ada yang kata jumlahnya 80 ribu, ada pula laporan yang kata jumlahnya hanya lingkungan 20-30 ribu, tak tahu mana satu yang betul. Yang jelas, memang ada yang kena buang sebab even member-member aku pun ada yang mengeluh dapat VSS 4-5 ribu dan ada yang lagi teruk kena terminate 24 hours sebab kilang bankrupt.

Kesan kepada yang diberhentikan tidak perlu diceritakan lah. Hilang punca pendapatan bulanan, kena cari kerja lain, ubah rutin kehidupan, loan kereta, loan rumah, makan pakai anak bini dan macam-macam lagi. Kalau kena kat batang hidung aku mahu gila sekejap.

Cuba bayangkan pula kesannya kepada kita semua, yang tidak atau belum lagi diberhentikan.

1. Kadar Jenayah Meningkat
Ini semestinya akan berlaku. Bila hilang punca pendapatan dan sampai tahap terdesak manusia akan hilang daya pertimbangan. Jangan kata warga tempatan, foreigner pun ramai yang dibuang kerja but still visa mereka masih hidup. Jadi, mereka akan duduk sini sehingga visa tamat, mahu atau tidak mereka perlu cari duit tidak kira bagaimana. Yang lagi parah, logam seperti besi dan timah dah jatuh harga, jadi penganggur yang terdesak ini tidak akan lagi cari kabel dalam manhole, pecah masuk bilik janakuasa TNB atau curi penutup longkang. Instead mereka akan pergi jalankan aktiviti di kawasan perumahan. So, kita semua kena extra careful dengan keselamatan rumah, kereta dan diri kita lepas ni.


2. Susah Nak Buat Loan

Ini bukan pengalaman peribadi since dalam waktu terdekat aku takde la pula submit loan application. Tapi aku dengar cerita dari member-member kerja bank, pihak institusi kewangan kini extra careful dalam meluluskan loan, tak kira apa jenis loan sekalipun. Walaupun iklan merata-rata suruh kita buat loan, even kerajaan pun menggalakkan kita meminjam dengan incentive ‘kereta buruk’ dalam mini bajet baru-baru ini, tapi pihak bank sebenarnya akan betul-betul siasat latar belakang pemohon sebelum approved loan. Mereka takut pekerja yang bakal diberhentikan kerja cepat-cepat pohon pinjaman untuk tanggung kehidupan sebelum dapat kerja baru. Ada satu kes dimana pihak bank reject loan application daripada manager bank lain. Mungkin sebab manager bank tu sudah ada banyak commitment lain, tapi sebab utama adalah kerana pada mereka sector kewangan kini bukanlah di dalam keadaan yang stabil.


3. Takut Nak Berhenti Kerja

Kalau satu ketika dulu mungkin ada pekerja yang bertukar kerja 3-4 kali setahun dek kerana nak cari yang betul-betul sesuai, tapi sekarang confirm tak boleh. Kalau dulu ada pekerja yang berani lawan majikan kerana mereka tahu kalau nak cari kerja yang gaji around 1-2 ribu adalah perkara senang, tapi kini pekerja akan fikir berpuluh kali nak argue dengan boss. Jadi kepada orang makan gaji seperti aku akan sedikit rasa unsecure dengan ketandusan peluang pekerjaan diluar. Level takut dan respect kepada majikan akan sedikit meningkat dengan sendirinya kerana aku tahu kalau aku kena buang for what ever reason pun memang payah aku nak cari kerja yang bagi same or higher pay pada zaman gawat sekarang ni. Takut nak berhenti kerja juga very much effect our personal development. Since selain dari wang ringgit, ramai juga yang bertukar kerja sebab nak seek new challenge, nak belajar benda baru, nak luaskan pengalaman and so on. But, now sebab takut, we will stuck with our current job much longer and akan terus facing benda yang sama for at least beberapa tahun lagi.


4. Takut Nak Buat Invesment

Ada juga yang konon-kononnya pakar mention now is the best time to invest our money. Property banyak yang turun harga, saham-saham pun banyak juga yang jatuh… jadi sesiapa yang ada extra cash akan senang buat duit in few years time. Maybe betul la kot apa yang dia cakap, beli rumah RM200 ribu sekarang, kalau ekonomi pulih dalam 3 tahun for sure rumah tu akan berharga RM250 – RM300 ribu at that time. So, senang-senang boleh untung puluhan ribu, even dividen tertinggi mana-mana bank pun tak boleh dapat puluhan ribu selepas 3 tahun saving. Tapi again kalau ekonomi ambil masa yang lebih dari 3 tahun untuk pulih, how? Or lepas beli rumah tu then suddenly kita kena buang kerja? Fuh!... Jadi walaupun nampak macam perfect time to invest, still hanya mereka yang betul-betul kaya sahaja yang berani ambil risiko sebegitu besar. Yang anak-anak bilis macam aku ni tetap takut-takut.


5. Takut Nak Berbelanja

Very much related to insecurity dalam sumber pendapatan. Kita seterusnya akan takut untuk berbelanja. Again, aku bercakap bagi pihak orang-orang yang macam aku, yang makan gaji dan takde saving juta-juta dalam bank. Nak tukar kereta takut, nak melancong jauh-jauh fikir berpuluh kali, even nak beli kasut baru pun kena tekan calculator dulu buat kiraan bulan ini ada extra cash atau tidak. Semuanya sebab kita terfikir kalau-kalau tetiba company potong overtime, potong travel allowance, sampai tahap ada yang potong time berkerja... semua tu selama ini adalah sebahagian daripada monthly income kita.


6. Hilang Kawan

Aku tak tahu lah orang lain. Tapi aku sedikit sebanyak dah terasa. Member-member yang kena buang kerja ada yang pindah balik kampong, ada yang terperuk dalam rumah dan ada yang dapat kerja baru yang kerjanya time pelik-pelik (contoh; keluar subuh balik tengah malam). Jadi kawan-kawan untuk melepak, untuk share masalah, untuk bersukan dah makin kurang. Seriously, even nak melepak kedai kopi pun ada yang takut sebab pendapatan mereka kena potong separuh kerana kilang cuma beroperasi 4 hari seminggu. Kawan-kawan yang still ada hanyalah mereka yang kerja kerajaan atau yang business sendiri. Sedih...sedih.


7. Tekanan Perasaan Orang Sekeliling

Kita belum dengar berita rakyat Malaysia gila kerana kena buang kerja. Tapi kalau masalah ekonomi berterusan dan makin ramai yang hilang punca pendapatan aku tak hairan kalau ada yang hilang pedoman dan mula buat benda yang bukan-bukan. Kalau bukan kegilaan yang nyata sekalipun, kekurangan wang ringgit akan menggangu emosi orang disekeliling kita. Mereka akan cepat naik angin, mudah terasa, susah hendak diajak berbincang dan sebagainya. Kalau tak percaya, cuba buat gurauan yang sama pedasnya dengan kawan-kawan pada awal dan hujung bulan. Mesti akan dapat reaction yang berbeza. Sama juga, monthly management meeting selalunya dibuat pada awal bulan, masa ramai pekerja sedang happy baru dapat gaji. So, pekerja akan senang hati dan banyak idea-idea bernas yang akan muncul berbanding time hujung bulan, time kepala serabut sebab poket kosong. Faktanya di sini kekurang wang ringgit mempengaruhi emosi manusia, jadi kalau ramai yang kena buang kerja atau kena potong gaji pastinya ini akan menjadikan lebih ramai orang yang tertekan dalam masyarakat.


8. Perokok Meningkat

Ramai tahu di Shah Alam ada kilang rokok dan di Petaling Jaya, depan office aku pun ada satu kilang rokok. Member aku yang kerja di kilang rokok Shah Alam dan PJ beritahu yang jualan rokok mereka meningkat. Mereka terpaksa buat overtime dan sampai tahap pihak kilang berani beli machine baru nak buat rokok slim (akan keluar nanti). Rokok yang dibuat bukan hanya untuk pasaran Malaysia, tapi pasaran Asia yang sememangnya sedang kena financial crisis. So, teori amatur daripada aku mengatakan dek kerana tekanan perasaan, ramai manusia mula merokok dan juga perokok-perokok yang kesempitan wang akan hisap rokok lebih banyak berbanding zaman tidak gawat. Tak pasti teori aku ni betul atau tak... hopefully teori tu salah.


Masa masalah ekonomi tahun 1998 aku memang betul-betul terkena sebab aku antara student yang kantoi, tak dapat further study ke luar negara. Tapi economy crisis kali ini aku tak terasa sangat, sebab alhamdullilah sector kerja aku memang globally tak terkena pun. Annual bonus dan yearly increment pun sama je dengan tahun-tahun sebelum ini. Tapi aku sedih dan sedikit takut bila baca berita atau dengan cerita kawan-kawan yang directly terkena dengan kegawatan sekarang. Harap-harap kerajaan dengan bajet mini yang baru dibentangkan dapat membantu mereka yang terkena tempiasnya. Exactly how, aku tak tahu, aku memang tak ambil subject ekonomi masa kat sekolah menengah.


Jangan lah ada pula pihak yang ambil kesempatan dengan menangguk duit kerajaan disaat-saat krisis sebegini. Ingat! Kalau kau ‘tapau’ duit kerajaan for what ever deal (business, rasuah, consultant fee, etc) yang kau tahu ianya tidak patut, kau kena minta halal dari jutaan penduduk Malaysia yang bayar cukai setiap bulan! Lebih-lebih lagi kepada mereka yang terkena kesan kegawatan yang sepatutnya duit tersebut boleh digunakan untuk membantu mereka. Kau seolah-olah telah menganiya mereka dan ustaz aku dulu cakap doa orang teraniaya selalunya dimakbulkan. Wallahua’lam….

10 comments:

Anonymous said...

Satu lagi artikel yang best dari mr.right. Informative, andaian berani dan kutukan berbisa. Lengkap.

Bro,
Tak kisah ko buat posting setiap hari atau tak, aku tetap suka blog ko. Ahaks!

Anonymous said...

Another good post. Very interesting. (:

Helmi said...

Zaman gawat juga membuatkan peniaga seperti aku susah nak berniaga. Pengguna takde banyak duit nak dibelanjankan. Kalau berterusan macam ni tutup kedai balik kampung jadi nelayan la jawapnya.

helmy foto said...

urs always rigt,
thumbs up!to mr.right!
bila nak slim shaddy?

Anonymous said...

banyak2 blog yg aku masuk blog aku betul ni je yg paling aku suke..always mr right...!

Anonymous said...

aku paling suke blog aku betul ni seriously!

akukaya said...

salam dood. lama tak masuk blog ko.mmg lama giler. busy dgn biz. maklumlah, ekonomi tak berapa sihat jd aku terpaksa gandakan usaha. Alhamdulillah ada la sikit rezeki untuk anak dan isteri.

abikhsan said...

Ada sorang kontraktor yang call aku recently and mengeluh sakan mintak job dengan company aku. Bukan tak nak bagi tapi prosedur company aku memang open tender.

Aku tempelak dia balik, bukankah masa Najib announced simulation package yang mengandungi berbillion-billion ringgit tu ada peruntukan khas untuk bantu kontraktor especially bumi dan Clas F. Dia jawab itu hanya on paper dan biasanya tak sampai kat tangan dia orang pun.

Aku yang kerja memang direct involved dengan civil contractor ni memang nampak kesengsaraan dia orang lately....

Anonymous said...

Zaman Gawat???ade kengkawan yg di berhentikan kerja...jgn susah hati..saya boleh tlg....saya bukan along...k cam ni...cal jer SEGi training center pulau indah @ 03-31013970 atau 012-2722130..kami ade fund dari Kementerian Sumber Manusia utk tlg pekerja yg diberhentikan...dpt duit lagi plus dpt sijil skali...hebahkan kat kengkawan yang lain....

Anonymous said...

Great blog, how about links exchanging? Please contact me asap, Thanks.

Total Pageviews

. page counter