Tuesday, March 24

A Very Thin Line Between Stupidity and Kindness

Masa budak-budak dulu kita tahu menjadi budak baik dan menjadi budak bodoh adalah 2 situasi yang sangat berbeza. Istilah stupidity and kindness carry out way different meaning. Budak baik selalunya menurut kata orang dewasa, berbudi pekerti, tidak menipu dan sebagainya sedangkan budak bodoh memang sukar diajar, degil, selalu kena buli dan perkara-perkara yang sebaris dengannya.


Tapi apabila kita dewasa kita akan slowly realize actually kebodohan dan kebaikkan kadangkala duduk diantara garisan yang sangat nipis. Ada masanya, kita tak boleh nak bezakan tindakan tersebut adalah sifat baik hati atau sifat bodoh.

As usual…aku bagi contoh satu persatu.



1. Pinjam Duit

Aku rasa dalam satu group kawan-kawan mesti ada seorang dua yang kaki pinjam duit. Memang every month duit dia mesti tak cukup. Dia umpama gali lubang dan tutup lubang setiap hujung bulan. Dah memang jadi habit setiap bulan sebegitu. So, kita sebagai kawan yang baik konon-kononnya akan membantu selagi daya kita. Bagi pinjam RM10, RM20, RM30… selagi tidak cecah ratus-ratus ringgit kita akan sedia membantu. Kita pun akan rasa senang hati sebab berjaya bantu member yang di dalam kesusahan. Kita percaya kita telah bertukar menjadi orang baik, at least for that particular moment masa kita hulur RM20 kepada dia. Tapi sebenarnya kita mendidik rakan kita agar tidak memajukan diri dia. Kita menggalakkan dia bergantung kepada orang lain setiap bulan. Sepatutnya kita minta dia plan monthly expanses betul-betul agar tidak perlu pinjam kat member lain setiap bulan. Jadi, tindakan kita bagi pinjam duit kat dia every month tu adalah tindakan baik atau tindakan bodoh?



2. Offer Kerja

Semenjak zaman gawat or lebih tepat zaman VSS (Voluntary Separation Scheme) ini, setiap kali syarikat aku buka tawaran kerja kosong memang berlambak yang akan datang for interview. Mendengarkan kisah hidup mereka memang kadang kala boleh menitikkan air mata. Seriously, ada yang betul-betul sedih… last few days datang seorang minta kerja yang beritahu aku dia kena VSS, mak dia kena VSS, adik lelaki dia juga kena VSS, dan kini yang sara the whole family adalah akak dia yang kerja kerani. Bapa dah takde, dan mereka tak dapat bantuan daripada family member yang lain yang juga dalam kesempitan. Dia pula baru register nak sambung belajar kat private university. Aku sedar aku tidak boleh ambil dia bekerja sebab kelayakan dia tak kena dengan job yang ditawarkan. Jadi kalau aku suggest kepada management untuk ambil dia bekerja simply sebab aku kesian dengan kisah dia dan family dia, adalah tindakan aku itu baik atau bodoh? Since aku tahu end of the day, kalau dia gagal perform, aku sendiri yang akan menjawap dengan management or at least aku kena bekerja keras untuk bantu dia agar dia boleh jalankan tugas dengan baik.



3. Bantu Kerja Orang Lain

Aku tidak pasti company lain, tapi company aku bekerja ada beberapa orang rakan sekerja yang suka membantu kerja orang lain. Membantu in the sense of tolong binding paperwork, tolong print drawing, tolong compile document, tolong check grammar surat, things like that. Mereka dengan senang hati akan offerkan pertolongan setiap kali bantuan dipinta. Aku yang kenal pasti makhluk-makhluk terpuji ini akan selalu ambil kesempatan. Best, since dia bukan pun subordinate kita tapi kita boleh suruh sarah dia. Rasa macam big boss je. Jadi tindakan rakan-rakan sekerja membantu tu adalah sebab mereka baik atau bodoh? Sebab kadang kala ramai orang yang macam aku atau lebih teruk lagi yang akan ‘membuli’ mereka. Mereka duduk goyang kaki, dan pass kerja-kerja mereka kepada orang lain yang sudi membantu. Tapi tuhan tu maha adil, nak jadikan cerita, last week aku kena preparekan satu proposal dalam 70 pages. ‘Pembantu-pembantu’ tidak rasmi ini tiada kat office, ntah kemana mereka pergi. So, aku dah blur… lepas print, aku tak reti nak guna alat untuk binding tu. Takut dan kesuntukan masa nak mencuba, akhirnya aku pergi kedai dan keluar RM2.50 untuk letak plastic cover dan letak comb binding. Aku senyum sorang-sorang masa dalam kereta nak submit proposal, mengenangkan ‘kebijaksanaan’ aku selama ini yang mengharapkan orang lain buat benda simple macam tu.



4. Tolong Masa Study

Selain masa bekerja, masa study pun kita saling tolong menolong, kan? Tolong buat assignment, tolong bagi tiru masa exam, tolong tandakan nama dalam class, tolong taipkan thesis, tolong macam-macam jenis tolong lagi. Selalunya yang menolong adalah budak rajin yang pandai dan yang ditolong adalah pelajar nakal dan malas. Budak pemalas tu memang suka sebab tak perlu buat semua kerja, dan budak rajin akan rasa seronok sebab telah berjaya jadi insan baik dengan membantu rakan sekelas. Sekali lagi kalau fikir jauh sedikit, sebenarnya budak rajin tu dah hampir bertukar menjadi budak bodoh sebab diperkutak-katikkan oleh budak jahat yang malas. Kan?


Jenuh aku berfikir point satu hingga empat, sebenarnya aku nak sampaikan point nombor lima ini sahaja…


5. Bagi Chance Team Lain Menang Football Match
Hahaha…. Ramai penyokong Mangkuk cakap mereka confident Alex Ferguson sengaja bagi Liverpool menang last week sebab nak bagi perebutan title BPL tahun ini menarik sikit. Baiknyalah hati pengurus, pemain dan peminat Mangkuk sebab dengan penuh mulia bagi Liverpool peluang. Tapi again, kalau nak bagi menang pun 1-2 biji dah la. Kalau dah sampai kena belasah 4 biji, tu bukan baik hati… itu BODOH namanya. Hahahhaa….Jangan marah…



Seriously, aku sebenarnya risau untuk jadi orang baik takut terkucil dan bertukar jadi orang bodoh. Masa berbuat baik dengan anak buah, dengan rakan sekerja, dengan boss, dengan client, dengan business partner, dengan peminta sedekah, dengan rakan-rakan online, dengan kawan-kawan lama, dengan ramai orang. Aku harap kawan-kawan semua pun berhati-hati lepas ini, mungkin tindakan baik kita yang selama ini kita banggakan telah bertukar menjadi tindakan bodoh dek kerana ada pihak yang mengambil kesempatan. Fikir-fikirkan lah….


8 comments:

alongovtx said...

aaaaa...tak habih lagi ke?...aku memang berharaplah sesangat jumpa kat euro nanti...

apa pun mr right...buat baik berpada² kata orang tua...

Anonymous said...

Alamak, buat baik pun boleh terjerumus jadi bodoh pula.

neewa76 said...

hahaha...pnatnya je otak aku bce smua cth2 yg ko bg tu...last2 hanya utk citer bola tu ek...BODOH jgk aku ni..kahkahkah...

lankapo said...

nawaitu yg penting..

tak salah tolong..janji ikhlas

abikhsan said...

Refer to point no. 2 pasal offer kerja. Aku ada hantar e-mail pada Yahoo Group and also close friend about ada vacancy kerja kat tempat aku (executive level). Aku ingatkan e-mail aku akan flooded dengan Resume or kisah sedih tapi respond amat lemah. Betul ke takde yang berminat kerja dengan company aku (GLC and listed company lagi..).

Now aku kena korek lagi nak dapatkan staff....

Bunga said...

Pasaipa Ronaldo camtu? wakakakaka..cam itik je teman nengok. ala2 Gay gitu..hakhakhak.

berbuat baik berpada2.tu aje yg aku leh kate.:D

notti netti said...

Ronaldo ensem!

Mr. Right said...

along,
Ok.. nanti Liverpool belasah m.u kat Europe pula.. :)

ano,
A'ah.. hati2.

neewa76,
hahaha... Lain kali mmg kena baca blog aku dari bawah. Hahaha..

lankapo,
ikhlas pun, kalau kena diperbodohkan, buat apa.

abikhsan,
Org takut keja ngn ko kot. Hahaha... mana tau ko ni garang gila ke.

Bunga,
Ronaldo mmg itik pun. Dah la tonggek.. hahaha..

Total Pageviews

. page counter