Thursday, April 23

Aku Sekarang Gila Berjudi

Sorry, lambat keluar posting baru. Siap ada yang tinggalkan offline message di YM bertanyakan mana posting baru. Aku selalu kena outstation sekarang ni. Takpe lah, returning visitor pun aku perhatikan statistic datang visit blog aku beberapa hari sekali, semua dah tahu kot aku tak berkesempatan nak update selalu.

Member office mesti faham maksud title posting straight away, member-member lain kena baca at least few paragraphs (lebih afdal baca sampai habis) before make any assumption.

Sebelum aku cerita pasal hobby terbaru aku tu, korang pernah dengar kisah lucu pasal gila judi?

Semasa perbincangan di majlis merisik, sepasang suami isteri memberitahu bakal besan mereka yang anak lelaki mereka memang tidak pandai berjudi. Then, bila dah kahwin, si suami hampir setiap malam berjudi dan akan balik marah-marah isteri dan anak-anak sebab dia kalah judi. So, ibu bapa si isteri pergi berjumpa dengan besan mereka dengan penuh tidak puas hati ekoran ‘penipuan’ besan mereka sebelum anak mereka berkahwin dulu. Selamba je parent si suami jawap….

“Betul lah tu, kan dari dulu lagi saya cakap memang lah anak lelaki saya tidak pandai berjudi, sebab tu setiap kali berjudi dia mesti kalah…Tapi dia pandai minum arak, kalau setakat 4 jug beer atau 2-3 botol liquor tu belum tentu dia boleh mabuk, boleh drive balik lagi…”

Kalau korang tak pernah dengar lawak diatas mesti Korang gelak guling-guling, kalau kat office mesti dah gelak sampai masuk bawah meja atau terpaksa ke tandas sebab terkencing dalam seluar.

Back to my case, sekarang ni memang satu phenomena baru di office aku. Setiap hari lepas kerja (kadang kala during office hour pun) kami akan berjudi. Dekat nak sepuluh orang dah terkena penyakit ni. Sekarang kami semua sedar memang berjudi ini satu ketagihan yang merbahaya.

Semasa berjudi kami akan bersembang, mengutuk, saling bakar membakar perasaan satu sama lain. Bagi mengurangkan rasa bersalah sebab berjudi, ramai yang bagi macam-macam idea nak defend diri sendiri. Konon-kononya banyak lagi aktiviti lain yang menjadi minat ramai orang sebenarnya ada unsur judi. Dan unsur perjudian inilah yang menjadikan aktiviti tersebut sebagai hobi yang menggilakan.

Antara idea-idea kawan aku…

Memancing
Mungkin mereka yang pakar, yang pergi memancing ke tengah laut, pergi trip berhari-hari tidak setuju dengan statement ini. Tapi element menunggu, mencuba, try & error ketika memancing sebenarnya ada kaitan dengan judi. Kalau nasib takde memang seekor ikan pun tak dapat. Tapi kalau nasib kita baik, pantang letak mata kail, beberapa minit dapat ikan. Mungkin ramai berpendapat memancing memerlukan skill, bergantung kepada pengalaman, penuh trick dan tipu helah… berjudi juga sama. Sesiapa yang tengok sequel filem God of Gamble mesti tahu, main Poker pun perlukan semua itu. Dan selepas berminggu-minggu aku mencuba nak jadi raja judi di office, walaupun tidak semua trick dalam God of Gamble tu boleh diamalkan, tapi aku boleh confirmkan judi juga tidak seratus peratus bergantung kepada nasib sahaja. Jadi aku tidak boleh nak bangkang pendapat member aku yang samakan memancing dengan berjudi.

Lagipun masa dia bagi pendapat tu, aku dapat daun power gila… aku ada Queen dan King, sama bunga pulak tu. Ada chance menang besar ni, kena up lebih sikit setiap round. Hehe….


Memburu
Tidak banyak beza dengan memancing. Seorang lagi member aku berpendapat hobi memburu juga penuh dengan elemen perjudian. Sebab tu lah ramai orang suka berburu, sebab elemen mempertaruhkan masa, tenaga dan wang ringgit dan ada potensi untuk dapat habuan yang menyeronokkan. Jadi betul lah memburu juga sama seperti berjudi. Dengan penuh bangga member aku lontarkan pandangan dia.

Sekali lagi aku tidak berniat nak sanggah sebab aku tengah concentrate dengan kad-kad aku. Belum buka satu daun pun tapi masing-masing dah up gila-gila. Tolong lah keluar daun Love lagi 3 batang, aku nak Flash ni. Sekali ni je… please…


Tengok Bola
Idea member-member aku dah makin mengarut. Ada ke samakan tengok bola dengan berjudi? Konon-kononnya sebab kalau player team kita perform memang seronok lah kita sebagai penyokong. Tapi kalau player bertukar menjadi bodoh, defender buat lawak bangang masa nak clear bola, memang confirmlah team kita sokong boleh kena 4 biji. Walaupun attackers dah score 4 tapi kita still rasa tak puas hati. Maksudnya hobi tengok bola pun tidak lari jauh dengan hobi berjudi. Terutama those yang support foreign club through live telecast, hakikat yang kita sebagai penyokong tak boleh buat apa-apa nak pengaruhi game memang seolah-olah kita sedang bermain dengan nasib. Kena Fergusen riak, letak budak hingusan je main semi final. Pedih je rasa hati tengok satu cup terlepas. Sedangkan penyokong yang kempunan bersungguh nak 5 piala ni bukan boleh buat apa-apa nak ubah keputusan pengurus terlebih cerdik tu, kan? Macam tu la contohnya.

Aku tidak berapa setuju dengan idea kawan aku tu, tapi aku takde mood nak campakkan hujah-hujah aku sebab aku tengah fikir nak ikut atau tak, ada orang bet semua sekali, all in, show hand… or what ever term they want to call it.

Sedang aku berfikir, ada member yang tidak puas hati dengan statement samakan gila bola dengan gila judi. Dia cakap kita sokong team bola ada reason yang tersendiri, kita bukan main pilih team sesuka hati dan tukar team every week macam kita tukar kad judi setiap pusingan.

Aku anggukkan kepala dan terus masukkan semua duit yang ada. Kalau kalah ni teruk la aku kena kutuk. Kalau menang dapat ratusan ribu tu... boleh dapat title baru. Pro 100K atau Pro 250K.

Tup..tup..


Cis...! keluar 4 batang Aces kat tengah...Aduhai... Takde siapa menang, masing-masing dapat duit balik. Profile aku kena tutup, sebab aku pakai nama perempuan, senang nak minta chip kat orang lain. Hahaha...

Kami satu office gila main Zynga Texas Hold Em Poker. Ada yang main guna akaun Facebook tapi ramai yang guna akaun Tagged. Aku sendiri ada 3 akaun Tagged dan 2 akaun Facebook untuk masuk Poker ni. Gila siot…! kalau kalah geram gila. Sebab ‘duit’ atau chip tu akan kekal dalam akaun kita, everyday lepas sign up dapat 2,000 chip baru campur balance dari semalam. So kalau kalah teruk hari ini kena tunggu esok baru boleh main balik. Sebab tu masing-masing standby 2-3 akaun.

Time lunch, lepas waktu kerja memang masing-masing buka PC dan main Poker. Boss aku tengok pun senyum je. Siap tanya lagi how the game works. Memang ketagih main Poker tu. Ada staff yang sanggup pergi cybercafé masa weekend sebab tak tahan nak main Poker online. Gila!

Pesanan untuk adik-adik kecil dan mereka yang berfikiran seperti adik kecil... Aku tidak galakkan sesiapa berjudi. Aku juga tak berniat nak samakan hobi-hobi halal lain dengan hobi dilaknati seperti berjudi. Tolong faham, ini bukan posting serious.

Chow! Aku nak buka akaun Tagged satu lagi, yang tadi dah habis duit.

5 comments:

akukaya said...

sbb tu aku tak nak start main game daun. kalo start mmg ketagih. huhu...

Anonymous said...

Aku pon da gile poker...muahaha

([:wandisini:]) said...

main menda alah ni memang bole ketagih siot

aku pernah tengok kawan aku main je, aku tak reti main ni
tapi sebetulnya apa2 game pun boleh melalaikan gak

contoh dulu masa zaman CS mula bertapak, banyak cc yang offer game tu.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan sandwich direkacipta oleh org2 yg tengah leka main judi.

Mr. Right said...

akukaya,
Mmg ketagih siot.

Ano1,
Online poker kan, jgn sampai poker betul2 dah le.

wan,
Game mmg melalaikan, tapi game poker ni betul2 ketagih.

Ano2,
Yeke? Sebab nak cepat ye, so kepitkan je roti with sumting. Logik.

Total Pageviews

. page counter