Tuesday, April 7

Al Fatihah Kepada Sahabat Aku, Pak Su

Masa aku bercuti balik kampong di Terengganu last weekend aku dikejutkan dengan sms daripada jiran aku mengatakan sahabat kami meninggal dunia semasa membawa treler dari KL ke Kuala Terengganu. Arwah terlibat dalam kemalangan maut di highway Karak. Bila aku call semula kawan-kawan di kawasan perumahan aku kami semua terkejut dan sedih.

Ini keratan berita dalam Harian Metro pasal kemalangan maut tersebut. Aku tidak boleh bayangkan sifat manusia tak beragama yang sanggup mencuri dompet milik arwah. Apa jenis manusia yang tergamak buat perkara sebegitu keji.


Pihak polis terpaksa hubungi isteri dan abang arwah untuk confirmkan jenazah tersebut adalah arwah Pak Su. Masyallah. Sedih....mereka terpaksa pergi ke Bentong untuk tujuan itu.

Arwah antara sahabat kami yang paling ceria dan kepala 'gila-gila'. Beliau disenangi oleh semua orang. Aku teringat lagi dia bertungkus lumus (sampai tengah malam) tolong welding awning surau masa kami gotong royong bina awning baru. Lepas tu bila dah siap, kami ramai-ramai main pingpong bawah awning yang cantik tu. Arwah memang tidak berbakat dalam sukan pingpong, jadi memang pecah perut kalau tengok dia main.

Semoga roh Pak Su ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Insyallah.

Aku minta tolong kawan-kawan di sini sedekahkan al-fatihah kepada arwah.


Malam tadi on the way balik dari Kuala Terengganu masa lalu di kawasan yang diberitakan arwah meninggal aku rasa sangat-sangat sedih. Terharu je. Terkenang gelak tawa dan perangai menghiburkan arwah.

6 comments:

Awi said...

Aku pun baru jer lik dr Kemaman bro. Celebrate bday kakak aku. Kebetulan sama dengan puan Ros kita ni. Aku pun rasa mcm terperasan tempat berlaku kemalangan tu. X sangka pulak mangsa orang yg en akubetul kenal. Al-Fatihah.. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama org yg beriman..Insya-Allah..Amin..

neewa76 said...

kecurian harta pada mangsa kemalangan ni mmg berlaku la rasanya..kes ni sme spt arwah abg aku..Al-Fatihah utk arwah..ble ada brta spt ni pasti airmata aku bertakung ingtkn mereka yg telah pergi..Ayah/Abg/Ank sedaraku...

abikhsan said...

Takziah pada keluarga mangsa.

Typical Malaysian, curi barang mangsa kemalangan...

MalayMind said...

Orang yang mencuri barang ni memang akan selalu ada dan memang patut dikutuk habis-habisan.

Biar tuhan sajalah membalas kejahatan mereka.

Moga Allah mengampuni dosa Paksu.

-Alfatihah-

Mr. Right said...

Awi,
Bro, macam reunion kita ni? Ada dapat apa2 pricing dari resort area sana?

neewa76,
Apa la keci pencuri tu sanggup curi mangsa kemalangan, konfius aku nak fikirkan tahap kekejian pencuri tu.

abikhsan,
Typical? Dah biasa berlaku ke? Gilo...gilo.

Malaymind,
Kalau dapat pencuri tu hukum sula la kot patutnya.

Bunga said...

Semoga roh kawan kau tu dicucuri rahmat

org skarang ni mmg takleh pakai la
tak berhati perot. Org tu dah meninggal pon leh lagi dicurinye dompet. bodo punye olang

Total Pageviews

. page counter