Tuesday, May 5

Bye Nuffnang, Hello Advertlets…!

Posting ini akan mudah difahami oleh blogger-blogger yang gila cari duit di Internet atau mereka yang berminat dalam hal-hal sebegini. Kepada yang kurang minat, just skip dan tunggu lah posting baru in next few days. Kepada yang belum faham, Nuffnang dan Advertlets adalah sort like advertisement firm yang jadi orang tengah antara blogger (macam aku) dengan pihak yang nak beriklan di blog. I’m about to reveal how much (or how little) money aku dapat from this blog, so kalau ada yang berminat boleh continue baca. Kalau ada yang akan iri hati, sorry bebanyak, kalau ada pula yang menyampah, lantak kau lah…!

Those yang prihatin maybe dah notice start today aku dah keluarkan kebanyakkan iklan-iklan daripada Nuffnang dan aku gantikan dengan iklan daripada their business rival, Advertlets. Aku ambil langkah ini selepas berfikir berpuluh kali, hingga tak tidor malam. Hahaha…

Seriously aku terpaksa lari dari Nuffnang kerana aku tidak nampak mereka boleh supply iklan yang bermutu lagi kepada aku. Not that aku tidak pandai berterima kasih atau apa, tapi aku anggap ini sebagai business decision (cewahh…!) yang aku terpaksa ambil selepas kaji segala aspek yang possible. I have to admit through Nuffnang banyak juga duit yang aku dah dapat, for argument sake let say aku sudah dapat beribu-ribu ringgit dari Nuffnang semenjak jadi ahli pada awal tahun lepas. At one stage monthly income aku cecah 5- 6 ratus ringgit melalui iklan Nuffnang daripada blog ini sahaja. Aku juga beberapa kali beritahu kemana duit itu aku belanjakan, aku register domain, aku belikan hadiah perkahwinan yang aku anggap pemberian pembaca blog, aku belikan diri sendiri hadiah birthday dan macam-macam lagi.

Kenapa aku lari dari Nuffnang?

1. Earning Merudum
For the past 3-4 month, income dari Nuffnang drop gila-gila. Not like few hundreds ringgit drops, but kadang kala hanya tinggal beberapa puluh ringgit sebulan sahaja. That’s a massive 90% different compare to normal earnings. Yang peliknya, number of visitor tidak banyak berubah. Aku dah email bertanyakan kepada mereka, they just reply my email with standard “We try our best…bla…bla…bla” with not satisfy answer. Benda ni berlarutan dan lama, bukan hanya 1-2 bulan. So, kesabaran aku pun hilang dan aku ambil langkah berambos dari Nuffnang.


2. Iklan Arak
Daripada hujung tahun lepas hingga sekarang, terlalu banyak iklan alcohol related product yang conqure iklan-iklan Nuffnang. Aku percaya this might be the main reason kenapa earnings aku jatuh, since aku dah indicate yang aku refuse to display iklan arak. Maybe each month Nuffnang limitkan number of advitiser or amount of money they dealing with, so since syarikat arak dah monopolize the ads, for sure contribution kepada blog aku akan semakin menurun dari masa kesemasa.


3. Elite Blogger

Ahli-ahli Nuffnang pada dasarkan dibahagikan kepada 2 golongan. Ahli biasa dan ahli yang dapat title ‘Glitterati’. Ada la syarat-syarat simple yang membolehkan kita dapat title Glitterat tu dan kelebihan dengan title tu adalah kita boleh involve dengan blog aggregator mereka, Innit dan juga konon-kononnya dapat rate yang tinggi sedikit apabila ada ads displayed di blog kita. Tapi sebenarnya ada satu lagi golongan blogger yang Nuffnang sayang, so called ‘Elite Blogger’. Elite blogger ini akan mendapat layanan istimewa daripada Nuffnang, mereka akan diberikan priority untuk dapat iklan-iklan yang mahal dan yang penting akan ada special campaign yang akan diberikan kepada blogger-blogger tersebut. Each campaign memerlukan blogger post advertorial posting dan blogger akan dapat around 500 to ribu-ribu ringgit base on their visitor daily. For me, nothing wrong with this system, dalam team bola pun ada player star, ada player regular dan ada player simpanan, so tak salah Nuffnang buat benda yang sama. Cuma aku rasa aku memang tidak mungkin akan dapat jadi elite blogger. Ini kerana, untuk sampai ke tahap itu kena ada loyal visitor yang ramai dan yang penting kena libatkan diri dalam semua aktiviti yang Nuffnang anjurkan. Aktiviti ini adalah seperti contest atau gathering yang Nuffnang buat. Aku memang tidak pandai bersosial dengan blogger-blogger lain dan tidak rajin nak sertai semua contest yang Nuffnang organize or co-organize dengan advertiser. So, since aku percaya golongan elite blogger akan pasti terus mendominasi majority of Nuffnang advertorial campaign and aku tidak mungkin jadi blogger elite, memang bodoh lah aku kalau aku still stay dengan Nuffnang, kan?


4. Loyal Visitor vs Organic Visitor
Jenis pelawat ke satu-satu blog ada dua jenis, satu adalah loyal visitor atau loyal reader. Loyal visitor adalah mereka yang memang betul-betul minat dengan blog tersebut. Loyal visitor akan terus melawati blog tersebut almost everyday. Mereka akan tertunggu-tunggu posting baru daripada blog owner. Jenis kedua adalah organic visitor, iaitu pelawat yang datang daripada search engine. Mereka search satu-satu keyword dan end up di blog yang disyorkan oleh search engine tersebut. Kalau blog tersebut menarik, mungkin organic visitor ini akan bertukar jadi loyal visitor dan will keep visiting the blog in the future. Ok, cukup dah kot penerangan setakat ini pasal loyal and organic visitor. Masalahnya, blog aku ini majority pelawat adalah organic visitor dan bukannya loyal visitor. Maksudnya, jumlah pelawat dari search engine lebih ramai daripada yang memang visit blog aku hari-hari. Daripada pengamatan aku, Nuffnang prefer loyal visitor compare to organic visitor. Kalau ada 4-5 ribu loyal visitors daily, memang boleh dapat macam-macam jenis iklan dan campaign dari Nuffnang, income pula tidak lari at least 2-3 ribu sebulan. But, if blog kita dapat even 7-8 ribu visitors dari search engine setiap hari pun, Nuffnang still tidak akan appreciate visitors tersebut. Aku tidak boleh marah Nuffnang pasal perkara ini, since dah memang sistem mereka sebegitu dan ianya memang logik sebab mudah untuk advertiser nak iklankan apa-apa product yang relate dengan loyal visitor. Since ciri-ciri loyal visitor mudah diagak compare dengan organic visitor. Kalau blog kaum ibu dah sah kaum-kaum ibu dan orang perempuan yang visit, blog pasal kereta pula lazimnya peminat kereta yang rata-ratanya lelaki muda akan masuk, dan seterusnya untuk niche-niche yang lain. Blog aku memang tiada niche tersendiri dan mustahil aku nak dapat loyal visitor beribu-ribu. So, aku tidak ada pilihan lain daripada angkat kaki dan mencuba servis syarikat lain pula.


5. Innit, Next to Useless
Innit adalah tempat dimana Nuffnang’s member promote blog posting mereka. Lepas update blog, kita akan manually submit the url to Innit. Mula-mula nampak macam best, but sekarang Innit dah dipenuhi dengan budak-budak remaja. Blogger-blogger remaja yang memang concentrate promoting their blog thru Innit. Mereka dah ada geng yang akan sokong sesama sendiri. Since seperti yang aku mentioned tadi, aku memang tak pandai nak bergaul dengan mereka jadi tidak bergunalah aku sertai Innit lagi.


6. Akaun Advertlets
Ada 1 atau dua lagi pilihan syarikat lain selain Nuffnang. Tapi since aku memang dah ada akaun di Adverlets dan aku paparkan iklan Advertlets di beberapa blog-blog sampingan aku yang lain. Sebab blog-blog tersebut kurang glamer, earning aku di Adverlerts pun tidak sebanyak mana. To be exact, baru cecah RM86.08. So, tinggal RM14 sahaja lagi before aku boleh cash-outkan duit tersebut. So, aku harap aku paparkan iklan Adverlets di blog ini dan hopefully within very short period of time aku akan boleh cashkan wang tersebut. Kalau everything look promising from then, aku akan stay with Advertlets, if not aku ambil that RM100 then berambus and try servis syarikat lain. If still tak boleh, better aku biarkan kosong dan concentrate dengan cara lain untuk cari duit melalui blog ini. Not a bad plan, kan?


Itulah 6 reasons kenapa aku pilih untuk keluarkan iklan Nuffnang dari blog ini. But I still their member and aku masih lagi paparkan iklan Nuffnang di blog-blog sampingan aku yang lain. Just matter of time before they drop my Glitterat title. Takpelah, kalau dengar berita earnings daripada Nuffnang dah meningkat balik aku can simply letak semula code mereka, no big deal right? Also, aku nak ingatkan those yang belum jadi Nuffnang member jangan pula terpengaruh dengan blog posting aku ini. All my statement above about them purely base on my obvervation sahaja, tidak ada bukti yang boleh aku sertakan. Mungkin pemerhatian aku silap atau kesimpulan aku yang salah (But you should always refer to my blog domain name, hahahah…!).


Kalau ada staff Nuffnang (or they call themselve as Nuffies) terbaca posting ini, thanks guys! Cheque yang setiap bulan dihantar kepada aku memang selalu menjadi khabar berita gembira buat aku. Also aku kena mention di sini, staff Nuffnang memang semuanya baik-baik. Pernah sekali cheque aku ‘hilang’, mereka usahakan sehingga aku dapat semula. Mereka personally call aku dan minta alamat lain, sebab maybe postman tempat aku dah bengong. Mereka juga akan cepat response untuk setiap email daripada kita, reply in hours (sometime minutes) not days.


To Advelerts pula, hopefully they will serve me right. Kalau sama je earning atau lagi teruk, lebih baik aku concentrate promote e-book cara jadi kaya! Hahaha…


Update (1:40 pm):

See how fast Nuffnang reacted? Within few hours I put on Advertlets code in my blog they already dropped my Glitterati status. Surprisingly my last entry in Innit also gone. Fuh! So efficient, kan?

16 comments:

Anonymous said...

ramai orang komplen Advertlets tak bayar duit.

awak tampal iklan apa pun semua kena blok dgn fanboy. hahaha.

friendly said...

bro usha pulak dengan google adsense... pasti berbaloi-baloi.... :)

lankapo said...

hehe mmg susah skrg ni klu nk buat duit dgn nuffnang.

klu yg elite tu ada jek iklan2 berbayar utk mereka..

yg kecil-kecilan makin susah nk buat duit..

tpi pelik dulu ok jek..dpt lah bli brg skrg ni..makin sesak.

Adverlets aku rasa sama jugak..

baik ko open blog ko utk direct ad lagi masyuk..sewa sebulan 100 ke

akukaya said...

dood, advertlet reputasi mmg teruk. mrk tak bayar publisher mrk. cuma ada 2-3 elite publisher je mrk bayar.

aku letak hampir 2 bln dan earning lebih Rm200. skrg dah lebih setahun still tak dpt payment.

member aku yg guna servis blogmas.com yg aku buat, earning adverlet dia lebih RM 1500, josh aka owner adverlet tak bayar. bila email, mcm2 alasan mrk bagi.

dood, ko boleh try letak iklan adsense. skrg ni banyak advertiser dr malaysia yg advertise kat google. dulu aku letak adsense kat akukaya.com boleh la dpt USD2 sehari, secara puratanya la.

tp banyak iklan ubat kuat dan skim cepat kaya and MLM punya ads la. hehe...

aku skrg boleh kata dah totally stop buat duit dr blog. skrg aku mcm sirih pulang ke gangang. menjual fizikal produk melalui internet. sedar tak sedar, aku dah ada 3 website jual brg. on da way dlm 4 website akan dtg. target aku by june ni ada 7 wbsite jual brg. keke... habis wei... aku konker malaysia gn produk aku.

rose said...

if advertlets tak menjadi...akan balik kepada nuffnang ke?
Hehehe..

aloy_paradoks said...

terar lu cari duit dr blog ye

lalala.Inc (Evidence Speaks) said...

hahahhaa... sesungguh nyer manusia memang tak pernah nak puas ngan aper yang ader... kalo kiter dapat offer yang lagik bagus better kiter amek yang terbaik... kiter pon ader hak gak untuk pileh yang terbaik... hahahhaaaaa..... rindu ler kat ko dooods..... lalalalala.... ble nak timang anak plak neh.... lalalalala... ;p

Mr. Right said...

ano,
I try my luck. See how la.

friendly,
Aku pakai Adsense di blog2 lain. Kat sini tak display iklan lah. Maybe sebab blog ini ada terlalu banyak keyword bahasa melayu yg tak pernah dibeli di Adword.

lankapo,
Direct? Ada ke org nak beriklan di blog aku ni. Dulu ada la 2-3 iklan. Pastu dah takde org request. Yg minta buat posting ada lah jgk, aku tetap dgn penderian aku, no paid post. Haha...

akukaya,
Aku try je. Kalau mmg tak bayar aku biar kosong je lah. Aku pun mcm takde masa sgt nak berblog. Adsense tak keluar iklan lah. Donno why. Nanti aku chat ngn ko kita discuss.

Wah... makin kencang bisnes ko. Bagus2, nanti leh ajor aku lak.

rose,
Kalau dgr cerita nuffnang dah kembali ok, patah balik je.

aloy,
Tak terror mana pun. KAlau terror aku dah berenti keja.

lalala.inc,
Insyallah akhir bulan 7 aku akan dapat hero. Doakan baby dan mak selamat. Rindu2 pulak ko ni, bahaya ni. Hahahah...

Secret Drifter said...

saya sedar bro, nuffnung sekarang MELAMPAU !!!!

nak join gliterati kena buat Advertlets n advert South East Asia...

worst to worst pesal poll leh masuk GLiterati... mcm sial je...

ye saya sedar Nuffnung semakin down la.. n tak user friendly mcm dulu.. geram bila now tak boleh POLL sbb kena jadi glirati also mcm mana kwn saya leh lepas jadi gliterati walaupun ada byk advert dari south east asia

bublers said...

Bagus sebab aku rase aku ada kawan dalam keadaan ni ..

Aku akan taruk link post ko dalam posting aku yang ni ->

http://bublers.bub.my/rubbish/2009/09/13/minimize-nuffnang-ads/

tengkiu !

bublers@bub.my

bublers said...

Bro, just for an update, hahahahha akutau ko pakai blogger .. jangan la marah aku ..
Ni aku buat kan plugin untuk auto display Advertlets di Wordpress .. hahahahhahaha

Semua ni aku buat lepas baca posts ko yang menyokong kesemua post post yang aku baca semenjak dua menjak ni ..

http://bublers.bub.my/information/2009/09/15/advertlets-wordpress-plugin-download/

tengkiu !!

bublers@bub.my

kopipanas said...

innit tu mcm dipenuhi spam je. disalahgunakan.

sumpit said...

wah macam2 yer pasal ni... aku lak jadi bler
Kritik Gambar sikit

CNK said...

caner nak apply adsense??? dah byk kali try macam susah bebenoo.. boleh ajar x???

Redlomo said...

try cuba http://www.nufftag.com

Syamil Ramli said...

bro..nuff tu mmg kedekut..aku still pasang nuff sbb takde choice lain sgt..apply GA tak dpt2 lg..dan thanks utk info organic ngan loyal visitor tu..sgt berguna utk aku..
Tengok sini ==>> Hak Eksklusif Seorang Perokok

Total Pageviews

. page counter