Tuesday, May 26

Marah Ketika Berurusan Dengan Jabatan Kerajaan

Aku rasa mesti ramai orang ada pengalaman tidak puas hati semasa berurusan dengan kaunter di pejabat kerajaan. Pastinya perasaan marah akan timbul hanya apabila berlakunya masalah, tidak mungkin kita akan marah kalau semuanya smooth dan berjalan lancar, kan? Masalah hanya akan timbul bila ada kesilapan atau kita rasa ianya satu kesilapan berlaku dimana-dimana. Kesilapan ini mungkin kesilapan diri kita sendiri, kesilapan kakitangan kerajaan atau ’kesilapan’ sistem.

Tujuan posting ini adalah sebenarnya nak ingatkan semua orang awam agar jangan simply nak marah-marah pekerja kerajaan without check salah siapa yang menyebabkan masalah itu berlaku. Benda ini aku terfikir semalam, masa aku berurusan dengan kaunter satu jabatan kerajaan. Ada seorang mamat ni, dia mengamuk sakan sampai tumbangkan kerusi. Akak kaunter tu diam je, pekerja-pekerja lelaki lain semua berdiri tapi still boleh tahan sabar. Aku yang dekat dengan kerusi tu terus bangun dan betulkan kerusi sambil sound mamat tu. Suruh dia berambos. Siap ada orang tepuk tangan tu. Hahaha... aku nampak ada CCTV, maybe esok atau lusa muka aku masuk TV sebagai rakyat yang baik budi pekerti. Hahaha....

Pertama: Salah Sendiri

1. Lembab, Bertangguh.
Standard la, adat kita sebagai rakyat Malaysia memang suka buat kerja last minit. Settlekan income tax few days before date line. Kalau di Selangor, beberapa hari sebelum tarikh tutup memang sesak jalan dekat dengan stadium MBPJ. Nak potong jalan pintas dari highway Subang Airposrt menuju ke LDP pun payah. Also kita boleh lihat scenario ini bila PDRM bagi diskaun untuk bayar saman. Last day pesalah trafik akan beratur sampai luar pagar nak jelaskan saman lalulintas. So, kalau kita sendiri yang suka bertangguh jangan kata kakitangan kerajan lembab atau tidak cekap buat kerja. LHDN di Kelana Jaya tu buka sampai tengah malam kalau dekat-dekat nak closing date settlekan income tax, kesian mereka. Banyak juga pejabat kerajaan (negeri) yang buka urusan kaunter walaupun pada weekend.


2. Tak Dengar/Baca Arahan Dengan Betul.

Before pergi berurusan dengan pejabat kerajaan it is not a very difficult task for us to call them first or check their website. Dapatkan info document-document yang diperlukan. Dengar, baca, salin dan follow segala arahan yang diberikan. Jangan buat andaian sendiri dan mula nak marah-marah bila urusan kita terganggu dek kerana document tidak cukup. Size gambar, berapa salinan, kena bawa cop syarikat, surat wakil, semuanya kena dipatuhi dengan teliti. Procedure itu semua bukan dibuat suka-suka, semuanya ada tujuan tersendiri. Pekerja kerajaan pun tidak suka menyusahkan kita kerana secara tidak lansung kerja mereka pun bertambah.


3. Up to date.

Kalau bab chatting punya lah handal, semua kuiz-kuiz bangang dalam Facebook semuanya dah try, segala jenis blog habis ditawaf. Tapi portal kerajaan satu pun tak tau. Malu lah. Takkan nak check saman trafik pun kena pergi balai polis lagi. Or nak check status permohonan penubuhan syarikat, nak check kelulusan tender, result peperiksaan, permohonan renew roadtax dan sebagainya semuanya dah boleh dibuat secara online. Kononnya takut nak buat transaksi duit secara online, tapi beli spare part kereta pakai credit card berani pula.


Kedua: Salah Kakitangan Kerajaan

1. Lembab/Slow
Tak tahu la orang lain, tapi aku nampak pekerja kaunter di bandar-bandar besar dah semakin efisen kerja mereka. Cara mereka bekerja dah lebih kurang sama dengan pekerja swasta terutamanya pihak bank yang selalu kejar masa. Jarang aku nampak pekerja yang bersembang, mengumpat atau bergerak macam siput duduk dikaunter. Tapi still tak semua jabatan sebegitu. Pihak yang berkuasa seperti Polis, JPJ, imgresen still ada yang sombong dan buat kerja mengikut kelajuan sesuka hati mereka. Ada juga yang pergi lunch melebihi masa yang ditetapkan. Cerita pasal slow, kad kahwin aku (kad yang pejabat agama keluarkan) masih belum siap. Punyalah lembap pejabat agama Islam Kuala Terengganu, last month aku tanya, mereka cakap lagi dua bulan baru siap. Fuh! So, maybe around June baru aku boleh ambil. Kalau betul siap June maknanya mereka perlukan 8 bulan untuk keluarkan kad tersebut. Mung memang gilo!


2. Tak Faham Procedure Sendiri

Ini betul-betul case mangkuk. Spesifik case, early this year. Aku gatal mulut volunteer nak dapatkan semula roadtax one of company van yang roadtax hilang. Niat asal nak mengular kerja, since rumah aku walking distance dengan JPJ, Padang Jawa, Selangor. So, aku offer lah nak tolong Admin Department buat roadtax tu semula. Gila betul. Aku ambil borang, isi, pass kat kaunter, alih-alih document tak cukup. Then, next day aku bawa semua jenis documents, suddenly mereka cakap borang dah tukar. Kena ada sign CEO. Damn, lepas tu ada macam-macam masalah lagi. Akhirnya setelah 4-5 kali pergi, baru aku dapat bawa balik roadtax tersebut. Macam sial! Pekerja-pekerja tu boleh bertengkar sesama mereka pasal procedure samaada surat serah kuasa yang aku bawa valid atau tidak. Bengong!


3. Tak Sabar

Kadang kala bukan orang awam yang marah-marah, tapi staff kerajaan yang moody dan cakap dengan pelanggan macam nak gaduh je. Bila kita tanya elok-elok mereka bagi jawapan nak-tak-nak je. Maybe soalan tu terlalu biasa sampai mereka dah bosan nak ulang jawapan berkali-kali. Kalau pekerja yang kurang kesabaran ini bertemu dengan orang awam yang juga kaki baran, memang pastinya akan berlaku masalah. Benda kecil pun akan jadi besar. Salah isi alamat pun akan membuatkan pelanggan tu kena beli borang baru.


Ketiga: Salah/Kelemahan Sistem

1. Kualiti Product
Tak salah aku, brother yang mengamok yang aku cerita diatas marah sebab dia kena bayar RM10 untuk buat i.c baru sedangkan bukan salah dia i.c tu rosak. He just put that damn card in his wallet all this while and suddenly cip tak boleh baca. He questions the officer, why he should pay RM10 sedangkan kualiti cip tu yang teruk. Tentunya akak kerani tu tak boleh nak jawap, procedurenya memang kena bayar RM10 untuk ganti MyKad rosak dan denda yang lebih besar untuk yang hilang. Tapi again, kad tu rosak bukan salah kita, kenapa kita kena bayar? Kalau every year beribu orang buat gantian kad kerana cip tak boleh baca, Jabatan Pendaftaran should take some action. Bukannya mengembangkan penggunaan cip yang sama untuk kanak-kanak pula. Nanti mungkin pets pun ada identity card sendiri. Aahhahaha….!


2. Procedure Tak Logik

Ada satu contoh. Related to cerita brother tadi juga. Lepas dia belah, aku terjumpa dia kat bawah masa dia melepak sambil hisap rokok. Aku join melepak dengan dia. Kalau tak percaya cuba try tanya immigration department. Iamgien the scenario…Kalau kita nak buat international passport, immigration department akan cuba scan cip dalam MyKad kita. Incase tak boleh baca, kita akan dipaksa buat MyKad baru. Mereka will never key in our name or i.c number manually. Surprisingly, lepas kita bawa i.c sementara (tentunya kertas sekeping tu takde cip), mereka boleh pula masukkan nama kita secara manual. Procedure ini pelik tapi again kalau kita tanya officer tu mereka akan ternganga lepas tu bagi jawapan yang membuatkan kita lebih confuse. KWSP, JPJ, bank, Polis, Jabatan Agama Islam, semuanya boleh key in nama kita secara manual kalau cip tidak boleh dibaca oleh alat tu. Tapi jabatan imegresen tidak, mereka mahukan salinan i.c sementara dan surat beranak. Aneh, tapi benar…


3. Sistem Down/Offline

Aduh! Ini memang pedih. Ambil nombor, tunggu giliran, sampai giliran kita tiba-tiba akak di kaunter tu angkat signboard “Offline, Harap maaf”. Mereka dah siap signboard untuk itu. Maksudnya dah memang selalu berlaku. Pedihnya semakin menusuk kalbu sebab kita tidak boleh nak lepaskan kepada sesiapa. Kita takde access ke I.T personnel yuang jaga sistem mereka. Kita tak boleh nak contact budak-budak yang jaga server atau budak network yang jaga links mereka. Kita hanya boleh berharap sistem akan online secepat mungkin sambil tengok pekerja-pekerja kaunter mengisi masa terluang dengan main sms atau transfer video clip dengan member kaunter sebelah.


So, lepas ni kalau berlaku masalah semasa berurusan dikaunter pejabat kerajaan, jangan terus marah-marah. Relax, tenangkan fikiran dan kaji dulu siapa buat mistake. Kalau misunderstanding pun, pihak mana yang tersalah faham. Kalau memang salah kita, diam je la. Minta maaf pun ok jugak kalau rasa nak jadi gentlemen sikit. Kalau salah or ‘kita rasa’ salah sistem, tidak perlulah marah pegawai bawahan di kaunter. Memang dia bekerja ikut arahan sahaja. Even manager kat dalam pun tidak mampu buat apa-apa. Best option yang kita ada adalah hantar surat rasmi ke ibu pejabat jabatan berkenaan. Or war-warkan di media. Tapi kalau masalah itu terhasil oleh kerana kesilapan bangang pekerja kerajaan tersebut, then.. only then you have an option to mengamok. Again, kalau rasa amukan kita tidak bawa apa-apa keuntungan, better senyum dan settlekan urusan itu cepat-cepat je.

Ciao!

15 comments:

aku said...

Aku pengomen pertama...aku nak komen no komen..hahaha

Anonymous said...

Berebut nombor komen ke? Aku nak jadi pengemon kedua lah. Ahak.

Aku rasa kakitangan kerajaan yang slow akan kena transfer ke pendalaman lah. Sama macam cikgu-cikgu yang kurang berdisplin. Betul ke?

neewa76 said...

aku setuju sgt...bnyak sebab tp ble sebabnya punca dr pegawai atau sistem mmg blh jd baran...dh la tnggu berjam2...sakit ati woooo...tapi ada pegawai yg baik...

InangRodat said...

Mat Betul...

I dok kat saudi dah lama... tapi, I cakap kat u, negara kita ni memang lah lebih effiecient compare kat sini... selembab2 org kita tak sama dengan secekap2 org kat sini... kalau berurusan dengan jabatan kerajaan kat sini, memang kena banyak sabar... hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri.. takkan sama punye... bila dah merantau cam ni, baru lah tau banyak kebaikkan di negara Malaysia yang memang bertuah!! Sabo aje lah...

JUE said...

Dood,

Aku kerja gomen dan dah biasa sgt tgk komen- komen yang tidak membina berkenaan tahap kerja di pejabat kerajaan.

Namun, aku rasa the most important part ialah sikap org awam sendiri yang SUKA BERTANGGUH dan TIDAK SUKA AMBIK PEDULI PROSEDUR KERJA GOMEN

Anonymous said...

HAI...
ORANG GILA MALAYSIA...
DASAR NEGARA MISKIN BUDAYA>>>

SELALU MALING BUDAYA ORANG LAIN...
MASUK NEGARA ORANG LAIN TANPA IZIN...
ITU NAMAYA PENCURI...


UDAH MISKIN NEGARA NYA TUKANG MALING

miekabo said...

salam mr right,

sadis betul bila aku baca bab kad kawin ko tu....

Mr. Right said...

aku,
Wah, komen 'no komen' mcm artis lah pulak.

ano1,
betoi la kot. Kena transfer ke ulu2 banat.

neewa76,
Mmg ada pegawai yg baik, ramai...

inangrodat,
Maybe kakitangan kerajaan kat sana anggap engkau sama mcm kakitangan malaysia anggap pekerja2 asing, indons, myanmar, nepal disini.

jue,
Wahh... ko dtg dari blog Sukun ke? Betul, org awam suka buat keja last minit, sebab kitaorg malas nak pergi berurusan dgn kaunter k'jaan. Sebab... fikir lah sendiri.

ano2,
Satu komen dah cukup, dah komen di posting Indon kenapa nak komen kat sini lagi?

Sorry pak kami enggak ketahuan apa maksud MALING. Sama macam BALING atau BOWLING ke? Hahaha....

miekabo,
Sadis la jgk. Penat ooo balik Ganu semata-mata nak ambil kad, tgk takde. Hehe...

akukaya said...

apa yg au nampak adalah sistem yg digunapakai adalah tak berapa betul. mcm ko ckp dood, tak boleh baca mykad, depa suruh buat baru sedangkan bila dah ada mykad sementara tu, boleh pula mrk key in no ic tu. tak bangang ke tu?

dlm paper dulu, masa mykad dilancarkan, kerajaan ckp lesen memandu akan dimasukkan dlm cip mykad jd tak perlu bawa lesen memandu dah. aku tak bawa lesen memandu dan aku ckp dlm mykad aku dah ada lesen memandu, tp still kena saman. hampeh...

aku tak marah sgt kalo isu2 sistem yg tak berapa betul tp aku marah sgt2 kalo pegawai kerajaan tak reti nak bersopan santun dgn pelangan. muka masam satu hal, sound org satu hal bila kita salah isi borang.

tp setakat ni aku tak penah kena lg la. mungkin sbb muka aku muka garang. hehe....

cuma kalo aku call, ada gak depa buat kurang ajar. bila aku g sana, tanya sape yg jawap phone td, sorang pun tak gaku. siot je.

akuazwan said...

salamz
aku kakitangan awam.
memang betul semua penyebab yang ko tulis tu,menjadi punca kemarahan kita berurusan dgn kerajaan.

aku pun nak tambah sikit la.
kes brother cip rosak tu, aku pun kena macam tu gak, selama2 ni mykad aku duduk dlm wallet diam2, bila gi kwsp, 1st time nak amik penyata. takleh baca lak mesin kat kwsp tu.siol...
aku pergi JPN. so kena bayar la RM10. aku tanya gak, memang takleh repair ke. kaunter cuma jawap.tak.

aku rasa org kat kaunter JPN tu munkin tak berapa setuju, cip rosak kena buat baru.tapi ianya disebabkan arahan. mereka terpaksa cakap gak.
kena maki hamun, orang bawahan juga. pegawai kat atas2 tu mana tahu apa2

melalui pengamatan aku la. sesetengah perkara baru yang kerajaan cuba buat, kadangkala bukan la disebabkan benar2 memenuhi keperluan masyarakt, kadangkala kerana ingin memenuhi permintaan2 sahabat/kroni/adik beradik kepada menteri/pegawai atasan dlam sesebuah kementerian demi keuntungan peribadi

sebagai perkeja awam. aku pun ada masalah lain ditempat kerja. memang kerajaan nak pekerjanya dengan baik.cepat.pantas.kurangkan karenah birokrasi.
ceh...tu semua ayat2 pemanis mulut2 menteri je

macam mana nak kerja cepat. komputer pun cuma ada 2 biji. itupun dah 2,3 kali rosak. printer lak toner cepat habis. bila mohon, katanya bajet takda.

kurangkan birokrasi.
bila ada sesetengh permohonan kita kurangkan apa yang tidak perlu. kena marah lak dengan pegawai. kenapa pandai2 je lepaskan.

Hadi said...

tak semua kakitangan kerajaan tu salah...dan tak semua orng awan tu yang salah...tapi satu perkara yang aku pantang bila aku nak berurusan ngan kaktangan kerajaan ni...mak oi sombong tinggi hidung tak habis...seyum pun takda...bukan sekali aku kena...tp selalu...dah lali dah...m

Anonymous said...

tak semua kakitangan kerajaan tu salah...dan tak semua orng awan tu yang salah...tapi satu perkara yang aku pantang bila aku nak berurusan ngan kaktangan kerajaan ni...mak oi sombong tinggi hidung tak habis...seyum pun takda...bukan sekali aku kena...tp selalu...dah lali dah...m

Anonymous said...

AKU BETUL..TAPI TAK TEPAT.

Aku rasa bukan semua kakitangan kerajaan TERUK.. cuma ada sekumpulan makhluk yang tak sepatutnya jadi kakitangan kerajaan. BIKIN panas... sombong tahap gaban.


Senarai jabatan kerajaan yang mempunyai makhluk paling ramai yang tak sepatutnya menjadi kakitangan kerajaan.

-PEJABAT POS-servis paling teruk (ikut tempat)
-IMIGRESEN.
-JPN.
-JABATAN PENDIDIKAN.
-JPJ.

nota penting:

orang awam yang nak berurusan dengan kakitangan kerajaan kena bagi kerjasama juga, jangan masa kritikal baru huru-hara urus itu ini.

-BERKHIDMAT UNTUK NEGARA-

Anonymous said...

mmg betul. kalo aku jadi orang awam pun aku pasti marah dengan alasan cip rosak tu. tapi aku sebagai salah sorg kakitangan JPN nak inform la ape sebenarnya yang terjadi. Untuk pengetahuan Mykad tu sebenarnya ada warranty 1 tahun. kalo rosak dalam tempoh tu dtg buat baru kt JPN percuma. Saje nk sambung citer atas tu la.. yang kata ic simpan dlm wallet pun boleh rosak cip. tapi betul ke cara member tu mengamuk2. Untuk makluman semua eh.. staff tu sendiri pun x penah tgk mcm mana kad tu diproses. bukan dia yang bikin pun. Tahan lasak ke, tidak ke pun bukan dia yang jaga. dia cuma proses. Okay pasal offline pulak.. hah ni mmg buat org baran. mmg x boleh elak la. sistem online satu Malaysia. server BESAR nya dikawal oleh JPN Putrajaya. Yang boleh aku bantu, seboleh-bolehnya jgn la dtg hari isnin, jumaat dan hari lepas cuti.Konfem ramai... paling senang dtg ari minggu. Weekend (sabtu dan ahad) pun kitaorg ada buka la dari pkl 9pg smpai 2ptg. Lagi satu Mykad yg baru ni bukan wajib... tlg la, kalo mykad x rosak lagi jgn buat. kesian pada mereka yg betul2 nak buat macm kehilangan ker dan 12 tahun.

Anonymous said...

mmg betul la tu...aku pun koja kerajaan...kerja aku dari pagi sampai petang main Facebook jer...sebab tu kojo tak setel...kahkahkah..ikhlas aku cakap..aku mmg facebook holic lorrr....kahakhakaha

Total Pageviews

. page counter