Saturday, May 9

Perak Oh Perak...

Dah lama rasanya aku tak sentuh isu politik di blog ini. Tapi kekusutan di negeri aku semakin mengarut membuatkan aku terpanggil untuk mencampakan pandangan.


First of all, I believe nobody… NOBODY be able to come out with the solution that will satisfy all parties. That one for sure, keadaan dan semakin kusut macam segumpal rambut yang tidak mungkin boleh dileraikan tanpa memutuskan beberapa helai. What ever decision pun pasti ramai yang tak puas hati.

Let's recap what actually happen.

1. BN sekarang ada majority 28 ADUN + 3 bebas compare to PR, 28 ADUN.

2. Before 7 May everybody (BN and PR) agreed speaker DUN still V. Sivakumar, a DAP member.

3. Sivakumar dalam previous persidangan sudah ban beberapa ADUN BN, agar BN tak dapat suara majority dalam DUN.

4. ADUN yang diban, termasuk ‘Menteri Besar’ berjaya dapatkan arahan mahkamah untuk batalkan arahan ban Sivakumar.

5. Jadi bila nak mula je persidangan DUN kelmarin Sivakumar arahkan semua ADUN yang diban supaya tinggalkan dewan, termasuk 3 ADUN bebas yang Sivakumar anggap telah letak jawatan ekoran surat pre-sign lepas general election yang juga sudah dbatalkan oleh mahkamah.

6. Tentunya wakil rakyat BN akan stay dalam dewan, instead they put up a motion to kick out current speaker (Sivakumar) dan mereka nak gantikan dengan speaker yang akan pro mereka pula.

So, disinilah semuanya bermula. Sivakumar duduk di bangku speaker dari pagi sampai tengah hari. Beliau dikepong oleh wakil-wakil rakyat PR. Kemudian polis dan orang berpakaian biasa (mungkin polis) datang dan serang mereka. Wakil-wakil rakyat PR ditolak ketepi dan Sivakumar diheret keluar dewan, diletakkan dalam sebuah bilik berkunci dan dikawal rapi. Then, speaker baru mengambil tempat dia. Kemudian pada 3 petang, Raja Nazrin masuk dan member ucapan pembukaan persidangan DUN. Persidangan ditangguhkan pada pukul 4 lebih.

Dulu gelak tengok berita tv wakil rakyat negara luar bergaduh. Di Korea, di negara Amerika Selatan. Aku juga pernah kutuk wakil rakyat Kelantan gedebe yang nak gochoh sesamo demo. Tapi sekarang di negeri aku sendiri wakil rakyat terpekik kelolong, bermandi peluh, sepak terajang dalam dewan.

Scenario sebeginilah yang selalu membuatkan aku terfikir perkataan ‘kalau lah’…. Maksud aku macam ni….

1. Kalaulah… BN fikirkan kuasa speaker dulu sebelum lancarkan operasi menakluki Perak. Before BN pursue they intention to invade PR’s ADUN or accept them, BN should go and talk with Sivakumar first. Or at least think somehow Siva will not attend the persidangan.

2. Kalaulah… Sultan Azlan bubarkan sahaja DUN Perak tempohari. Sekarang ni most probably Perak dah aman dan kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat akan memerintah dengan tenang. Although kerajaan akan rugi jutaan ringgit untuk belanja pilihanraya dan ratusan juta ringgit yang akan dibelanjakan oleh BN sebagai gula-gula pilihanraya.

3. Kalaulah… BN tak gatal tangan sibuk nak rampas negeri Perak.

4. Kalaulah… PR terima kekalahan.

Tak guna meratapi perkaran yang dah lepas. Sekarang memang tidak mungkin Sultan Azlan bubarkan DUN, kalau baginda berbuat demikian orang akan kata baginda menyokong PR. Kalau aku jadi Sultan pun aku akan buntu, taktau nak buat apa. Confuse gila.

No doubt it is a very complicated judiciaries dilemma. Kedua-dua pihak seolah-olah ada valid reason untuk mempertahankan hak masing-masing. Ramai lawyer dan professor university pun berlainan pendapat, apatah lagi orang macam aku yang kurang arif dengan undang-undang. Lagi lah blur.

Possibility yang ada…

1. BN dengan penuh macho dan anak jantannya membubarkan DUN. If they confident they will get rakyat support, new ‘MB’ should advise Sultan and ask for DUN to be dissolve.

2. New MB and previous MB berbincang dan tubuhkan kerajaan campuran demi rakyat. Next genaral election bukan lama sangat lagi. So, apasalahnya tidor sebantal for 3-4 years.

3. PR should go and pujuk or beli wakil rakyat BN semula. Then, kalau dapat 2 orang tablekan semula perkara ini depan Sultan. Kita harap pada masa itu baginda agar bubarkan DUN.

4. PR mengalah, start becoming good opposition in Perak. Pergi jelajah satu Perak every single night and explain how BN rompak Perak from PR. Maybe in next general election rakyat will give bigger mandate.

Kekecohan ADUN 7 May memang betul-betul memalukan. Nampak sangat ahli politik kita tidak pandai berbincang dan mereka betul-betul gila kuasa. Beralasankan menegakkan demokrasi both parties bertukar jadi budak remaja bodoh dan terpekik kelolong macam penyokong bolasepak di stadium. Bengong!

Clip dari Malaysiakini memang menyedihkan. Nampak jelas kekecohan yang berlaku di dalam dewan.



5 jam Raja Nazrin tunggu untuk bagi opening speech, di akhir ucapan baginda minta untuk bersalam dengan semua wakil rakyat. Fuh! Baiknyalah bakal sultan negeri aku, kalau aku jadi baginda confirm aku masuk dewan masa mereka bergaduh dan aku lempang sorang-sorang wakil rakyat yang buat bising.

Update (3:30pm):

Malaysiakini, TheStar and Harakahdaily reported High Court in KL declare Datuk Seri Nizar as legitimate Menteri Besar and not BN's YB Zambry.

Victory for Nizar...!

Wah...! Macam filem yang tetiba ada twist in storyline. YB Nizar ingin menunjukkan kejantanan Pakatan Rakyat, beliau akan pergi meminta kebenaran Sultan Perak untuk membubarkan ADUN esok pagi, supaya both BN and PR boleh bersabung semula di atas gelanggang.

4 comments:

teek said...

kalau lah...

orang2 politik ni berakal. ;) even kat starting point pun dah salah. 28 + 3 independant tak create majority. independant is independant, they can't be part of govt or opp.

BN still boleh buat undi tak percaya to oust Nizar, they have the votes. aaanndd, zambry compares himself to mandela & gandhi?! terklua balik lunch aku.

abikhsan said...

Azwan Ali pun ada ulas pasal senario politik Perak. Kira setaraf la dengan Blog AA tu..

Pada aku Zambry tak salah. Dia tak tahu apa pun. Orang lantik dia terima jawatan tu... Dia hanya pelakon, coz yang tulis skrip dan arah adalah orang lain...

Aku cuma berharap agar dia tak renovate office dia or rumah rasmi MB during illegal 100 days tu...... malu wei....

RenieDaniel said...

kalau tak kelam kabut..bukan politik namanya..ehehe ( memetik iklan tok amid gurkha dalam iklan tongkat ali ).apapun blog ni mmgla sangat menceriakan.cheers!

Mr. Right said...

Teek,
Betul2. Kalau sokong BN baik jgn label diri sebagai 'bebas'.

Blog Zambry pakai hosting blogger.com, mcm blog aku jgk. Hahah...

abikhsan,
Apsal lak Zambry tak salah? Pelakon ada option untuk taknak berlakon. Mcm Tajol Rosli, bekas MB. Kereta Camry tu apa jadi agaknya ye, mesti dah ramai yg berangan nak pakai plate cantik. Haha..

RenieDaniel,
Kena baca dgn intonasi mcm iklan tu lah ye. Haha...

Total Pageviews

. page counter