Monday, June 29

Malaysia Modern Mystery

Aku bukan nak cerita pasal misteri hantu jembalang atau jin puaka. Ini misteri moden, misteri yang berlaku depan mata kita semua tapi aku memang betul-betul musykil. Jenuh aku fikir memang tak dapat jawapan. Aku yang bijak pandai ni pun gagal jumpa penjelasan yang logic, mesti orang lain pun tak tahu.

So, kita boleh la namakan ini sebagai Malaysia Modern Mystery…. Cewaahhh!



1. Traffic Jammed Tanpa Sebab

Di bandar-bandar besar selalulah berlaku misteri ini. Aku selalu alami misteri ini samada di Federal Highway or Lebuhraya Damansara Puchong. Kita semua tahu resipi untuk mencipta sebuah situasi jalanraya jem adalah persimpangan utama (banyak source of vehicle moving towards one lane) atau berlaku kemalangan yang menyebabkan beberapa lanes ditutup meninggalkan hanya 1 or 2 lanes sahaja dibuka. Atau berlaku sesuatu yang menarik yang menyebabkan pemandu semua memperlahankan kenderaan untuk tengok perkara menarik itu, samaada kemalangan ngeri, kebakaran, orang nak bunuh diri, pengambaraan filem atau simply awek cun terselak kain sampai nampak peha yang gebu. Itu semua bukan nya misteri…. Yang misterinya, selalu juga berlaku… jam tanpa apa-apa sebab. Bumper to bumper, berhimpit-himpit... then suddenly jalan clear. Tiada sebarang kesan kemalangan, tiada simpang (kenderaan nak keluar) atau apa-apa tanda yang menyebabkan jem berlaku atau jem boleh selesai. Aku pernah berhenti dan cuba nak kaji. Aku spend few minutes, then aku conclude this is an unsolved mystery. Sama seperti Naga Tasik Cini atau Kisah Puteri Gunung Ledang.


2. Astro Down Time Hujan


Ok, technically it is not a mystery at all. Memang band yang digunakan (Ku or C) interfere with water. Kira-kiranya air hujan boleh absorb gelombang tu then mengganggu signal yang nak sampai disc kita. Tapi yang menjadi misteri adalah penerimaan rakyat Malaysia terhadap kegagalan Astro ini. Sebenarnya ini adalah some degree of failure to the services that Astro should provide to their customer. Let say if one whole month hujan, maybe happen pun di negeri-negeri yang mengalami musim tengkujuh, sebagai subscriber Astro kita still kena bayar sewaan bulanan. Pada aku kerelaan pengguna Astro (termasuk aku sendiri) menerima kegagalan satellite tv provider itu adalah satu misteri yang cukup menarik. Kalau Streamyx or any other Internet Service Provider boleh educate Internet user di Malaysia as good as Astro educate their subscribers, kita tidak akan dengar lagi rungutan pasal Internet line slow, customer service teruk, dan macam-macam complaint lagi. Betul tak?


3. Media Arus Perdana Bias Towards Government


Aku tahu, memang topic yang dah boring, muak dan rasa nak muntah bila discuss pasal benda ini. Tapi aku masih lagi try to find answer, how come Barisan Nasional’s supporters boleh accept keburukan perangai BN memperkudakan semua media arus perdana. RTM maybe la sebab memang own by government, but Media Prima? Even Astro’s produced channel pun nampaknya tak berani nak hentam kerajaan. Why? Kerajaan kita dictator sangat ke dengan pihak media (takkan kerajaan ugut nak tarik lesen kot)? I know, Harakah pun tidak pernah kutuk PAS dan Suara Keadilan tidak pernah kutuk PKR. Tapi dua media itu own by those political parties, sedangkan Barisan Nasional, baik UMNO, MC, MIC or mana-mana komponen takde share dalam RTM atau Media Prima rasanya. Jadi kenapa they still support 100% Barisan Nasional? And the main mystery here, according to BN’s supporters nothing wrong with it. Mereka terima dengan hati yang suci murni. Pelik….pelik.


4. Tujuan Halalkan Cara


Salah satu sebab aku stick with my current company adalah kerana aku tidak diperlukan involve dengan tender, proposal, deal dengan orang-orang politic, businessman-businessman ‘orang tengah’, dan sebagainya. Kerja aku dulu lebih kepada teknikal, tarik kabel, potong kabel, kira kabel, jaga links, etc. But sejak dua menjak ini, dek kerana aku ini Melayu, sedikit demi sedikit aku kena tarik masuk dalam lubang puaka tu. Lubang mainan politik bisness, salah guna kuasa, kautim sana, kautim sini… dan sebagainya. Damn… aku betul-betul fed up. Sedih aku tengok Pak Haji, orang alim, mereka yang sembahyang tidak tinggal tapi dengan penuh kerelaan hati involve dengan benda-benda busuk ini. Alasan mereka they have no other choice. Kalau tak buat, mereka konon-kononya akan mati kelaparan, family akan porak poranda…staff semua akan mati kebuluran dan seterusnya. It is a norm or a trend untuk melibatkan RASUAH dalam business deal especially dengan agensi kerajaan. Misteri betul, sembahyang rajin, puasa cukup sebulan, dahi hitam lagi… tapi involve dengan rasuah. Aneh, kan?


5. Model Kereta Proton


Misteri ini pekerja Proton boleh jawap la kot. Aku bukan penggila kereta maybe sebab tu lah aku nampak ini sebagai satu misteri. Sebagai contoh, Honda sehingga kini ada 3 generasi untuk model CRV. Bemula pada tahun 1996, mereka masih keluarkan CRV cuma rupa dan beberapa bentuk lain diubah sedikit demi sedikit. Tapi still namanya CRV. Toyata pula sebagai contoh kita boleh ambil Camry. Dari tahun 1980, ada banyak model Toyota yang pakai nama Camry. Celica Camry, Camry Hatchback, V30, V40, XV20, dan beberapa generasi lagi sehingga generasi terbaru yang ‘bekas’ excos dan menteri besar Perak pakai tu. Kereta Europe pun rasa nya ada model-model tertentu yang dinaiktarafkan dari masa ke semasa. Merc pakai Class, ada E-Class, S-Class. CLK-Class…. BMW pula pakai Series, lebih kurang macam tu la kot, aku pun tak pandai sangat. Tapi yang misterinya disini, kenapa Proton tak buat sama seperti famous car manufacturer yang lain tu? Kenapa mereka tak concentrate upgrade satu-satu model je. Ini tidak, paling tinggi pun buat model Sedan then Aeroback, then buat samada Special Edition atau Limited Edition. Itu sahaja, terus tukar buat model lain. Takde ke orang pelik dengan senario ini? Aku seorang je ke? Waja yang konon-kononnya developed sendiri 100% tu pun tiada sebarang pembaharuan. Takde Waja generasi baru. Misteri…. misteri.

Itu je lah kot, contoh perkara-perkara remeh yang sering mengisi masa kalau aku terperangkap dalam jem. Daripada duduk termenung dalam kereta tak buat apa, aku selalu try solvekan misteri-misteri kat atas. Ada beberapa lagi, tapi aku dah jumpa jawapannya. So, no more misteri lah.


Macam tak lengkap article ini kalau tak sebut:


Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri......


Hahaha... macam poyo je.

5 comments:

bojed said...

Dood, aku pun pengkaji misteri nombor 1 tu - jam tak tentu pasal.

Fenomena paling pelik ialah 100 meter sebelum dan selepas Jambatan Pulau Pinang di Federal Highway tu. Selalu jam, padahal takde accident pun.

Kalau lane paling kiri, aku faham la juga, kereta bersimpang siur nak turun naik jambatan tu, tapi lane paling kanan pun kadang2 boleh jadi lagi lambat dari lane paling kiri bila kat Jambatan PP ni apa cerita?

8 tahun aku drive kat Federal Highway, 8 tahun juga lah benda tu jadi misteri kat aku.

Malaymind said...

Dud,

Aku nak cuba selesaikan misteri kau nih:

1- Traffic jem tanpa sebab? Traffic jam ni pun dulu aku anggap sebagai misteri jugak. Aku cukup tak puas hati kalau tak ada sebab musabab kukuh jalan nak jadi slow. Jawapannya? Pemandu paling depan yang mangkuk lembab (Atas sebab kereta kurg pickup atau takut terlanggar kete depan atau memang pemandunya rileks je) Itu je. Pengajarannya, jangan jadi org paling depan yang lembab. Kalau nampak jalan clear je kat depan, pecut.

2 - Astro down time hujan tapi kita masih sanggup bayar? Ini mmg aku tak leh komen sebab aku tak pakai astro lagi. Saja aku tangguhkan nak amik astro ni sebab setakat ni tade kepentingan sangat.

3 - Media arus perdana yang pro kerajaan saja?
hehe yang ni jawapannya hanya boleh tahu masa PR memerintah Malaysia nanti. Masa tu, misteri yang sama akan berlaku berdasarkan apa yang aku duk kaji setakat ni. Macam jugak isu2 lain yang orang duk kutuk BN tu dulu (kenapa BN tak tutup kilang arak, knapa BN benarkan pompuan bukak aurat, kenapa BN tak laksanakan hukum hudud dsb) Pada aku, selagi orang Malaysia tak matured nak kaji sendiri kenapa, mmg perkara ni akan tetap jadi misteri. Jadi, setakat ni aku biarkan dulu PR kaji pasal kenapa tak boleh tutup kilang arak je dulu. Lain2 misteri akan terjawab masa dorg ada kuasa nnt.

4 - Tujuan halalkan cara?
Yang ni pun susah nak komen tapi mengikut apa yang aku baca, makin maju negara tu, makin kurang rasuah. Maksudnya, rasuah ni berkait rapat dengan keadaan ekonomi pastu level of education. Kalau dgn duit gaji dah dapat semua yang nak, makanya tak perlu lagi dah rasuah. Atau kalau diajar cara betul untuk generate duit (education), pun dah kurang isu ni. Rasuah mmg takkan boleh dihapuskan tapi hanya dpt dikurangkan.

5- Proton tak concentrate upgrade model?
Yang ni memang org keje Proton je boleh jawab hehe tapi antara kemungkinan: Proton guna cara 'rebranding' yang lebih menarik perhatian dari 'upgrading'. Alasan ni nak kena buat kajianlah sebab ni lebih kepada hujah akademik orang bisnes.

Tu jelah

HaTiFi :) said...

kalau kt LDP tu sesak walaupun xda kemalangan tu xdalah aku heran pun. Kan selekoh kt LDP tahap paling bahaya. Kebykn kesesakan kt LDP pun sbb selekoh. Cuba perhati kt Jambatan PP menuju Kelana Jaya (KJ)& selekoh dkt LRT KJ.

Selain tu, lorong kt LDP tu sempit nk mampos kalau dibandingkan dgn l/raya lain di Malaysia. Jln Persekutuan kt kampung2 pun lorong jalan lg besau.

Kalau bkn sbb selekoh pun, aku rasa dr tol PJS ke Bkt Jalil dan simpang yg nk ke L/raya Persekutuan.

tambahan: Byk gak yg kt LDP ni satu2nya dr Utara ke Selatan Lembah Klang, tp cm bohong jer. AKu tgk KL-Putraja, Besraya, KL-Seremban pun Utara-Selatan.

Mr. Right said...

bojed,
Exactly. Aku sebenarnya masa tulis posting tu, hajatnya nak bagi contoh kat 'jambatan pulau pinang' federal highway tu jugak. Mmg betul2 misteri. Aku rasa 'jambatan' tu ada hantu. Hahahaha...

Malaymind,
1. Mungkin betul punca ko bagi tu. Maybe polis patut saman org yg slow tu.

2. ...?

3. ...?

4. ...?

Aku tak nampak ko try bagi solution untuk 2,3 dan 4. Ko just elaborate je.

5. Mungkin betul they believe in rebranding too much compare to upgrading.

hatifi,
LDP ada area yg memang constantly jem. Tak mungkin laju, even 2-3 pagi. Betul, sempit gila... byk dah maut kat tembok2 batu kat sana.

Indrasakty said...

Hal proton tak upgrade tu, sebenarnya dah boleh lihat dari versi SAGA. Itulah upgrade yang sama macam CRV dan Camry. Satria pun sama. Satria Neo tu kan dah jauh bezanya dengan Satria asal.

Bermula dengan model pertama dulu (Saga), kemudian harapnya adalah upgrade untuk model-model seterusnya, yang lebih kemudian daripada Saga.

Dan Persona pun sebenarnya ialah upraded version daripada Persona yang lama, yang cuma dipasarkan di luar negara. Yang itu body Wira dengan enjin 1.8l. Tetapi namanya Proton Persona. Rasanya tak ada model Proton Persona tu di malaysia.

Exora dah tentu kena pakai nama baru sebab product baru.

Cuma Wira, sepatutnya dah tak pasarkan lagi model tu. Lama sangat dah. Tak tahulah kalau Proton tengah design upraded version kepada model Wira. Harap-harap ada.

Total Pageviews

. page counter