Tuesday, August 11

Bukan Aku… Tapi Kawan Aku Punya Cerita

Short posting… aku ada banyak gila kerja kena setelkan. Aku cuma nak cerita kisah kawan aku…. bukan aku… tapi kawan aku.

Dalam alam pekerjaan, apa perkara yang membuatkan paling korang sedih? Boss bangang? Co-woker macam sial? Subordinate degil nak mampos? Workstation macam kandang kerbau? Officemate tikam belakang?

I don’t know you guys, but for my friend (not me, but my friend) ada few scenario yang membuatkan dia rasa nak nangis di tempat kerja. Seriously nak nangis…bukan nak marah… tapi sedih nak nangis.

Since this article will be directly related to his work, his current job, so I have no choice but not to reveal the whole details. Better I ask him to sent resign letter je kalau aku ada intention nak cerita semuanya disini, kan?


Senario Satu: Terima Mati, Tolak Rugi

Hard to explain, but just try imagine kawan aku seorang tailor. Then suddenly seorang customer datang bawa kain berwarna merah bernilai RM10, 000 suruh dia jahitkan sepasang Baju Melayu untuk pakai next week. Since kain pun bernilai 10 ribu takkan upahnya 1-2 ratus ringgit, at least 3-4 ribu. Problemnya disini, dalam simpanan benang dia, tiada benang kaler merah. Dia memang tak sempat nak pergi bandar dan beli benang berwarna merah. So, he have no other choice but to use kaler lain, maybe pink or orange. So, somehow he knows customer tu pasti akan marah or tak satisfy with his baju Melayu. But again, remember upah jahit baju Melayu tu 3-4 ribu ringgit at least 10 times more than normal upah untuk jahit sepasang baju Melayu. Sekarang kawan aku tu menghadapi dilemma yang lebih kurang sama. Damn… dia memang benci dengan senario ini. Sedih…geram.


Senario Dua: Kaki, Tangan Kena Ikat

Another classic scenario yang membuatkan kawan aku rasa nak nangis. Untuk ini, imagine pula dia seorang pembuat rumah. Or, to be more specific, dia seorang developer kawasan perumahan. Selepas membeli sebidang tanah, dia develop tanah itu dengan… let say 50 buah rumah teres. Then, lepas siap suddenly somebody came and declare the land still belong to him/her. Maybe there is some sort of misunderstanding or something, end up legally the land memang hak dia. So, in order for my friend to sell the houses he must repurchase the land. And the owner asks for ridiculous amount of money. But, nothing he can do. Suka atau tidak, kawan aku memang kena bayar supaya dia boleh jual rumah-rumah disana and hopefully to make some profit out of it. And believe me, again…. it is not the exact episode but now he or shall I say they (kawan aku dan bos dia) facing almost similar scenario. Memang rasa nak nangis memikirkan kerugian yang bakal dia tanggung.


Senario Tiga: Muka Tak Malu

No… I’m not talking about my friend’s marvelous co-workers. Member-member office dia semuanya baik-baik belaka. Aku referring to pihak lain yang terlibat dalam kerja kawan aku tu. Bayangkan, kawan aku tu penat lelah berusaha… bak kata mat salleh, he put his blood in the project. But dengan muka selamba je some useless dude minta commission or dalam kata mudah minta share. Lagi parah kalau yang minta share tu adalah government servant yang sebenarnya minta rasuah…! Memang rasa nak menitik air mata. Again, the best thing is my friend knows he have no other option but to entertain those jokers.


Senario Empat: Talam Bermuka-muka

Sekali lagi bukan pasal member-member office dia. Tapi pasal orang lain. Kawan aku baru perasan dalam dunia ni memang ramai orang ‘bertuan’ malah ada yang ‘bertuhankan’ duit. Mereka sanggup lakukan macam-macam benda demi wang ringgit. Jumpa kali pertama nampak macam pak imam, kali kedua nampak macam tok bilal, kali ketiga nampak macam makmum biasa, jumpa kali seterusnya dia dok luar surau je. Member aku tu pesan kepada diri dia sendiri, dia kena selalu alert dan do not trust anybody. Proses filtering buah pisang yang busuk dalam tandan pisang adalah usaha berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi.

Chow… nak sambung kerja. Ingat, sekali lagi aku pesan… cerita di atas adalah pasal kawan aku, it is not me… its my friend. Hahaha….Semua partners dan pekerja kerajaan yang deal dengan aku baik-baik belaka. Semuanya taraf-taraf wali gitu. Kawan aku je benasib malang.

6 comments:

neewa76 said...

hahahahahaha.....cian kat kwn ko tu(ea ker...)

marrang nung! said...

kesian kawan ko tuh...
kene mandi air 14 masjid baru baik tuh...
senario no. 2 tuh memang cukup sedih. malang betul kawan ko ngan bos dia...
memang penah terkena ngan orang yang aku kenal gak...
kesian...

Aleeya said...

huahuahua..gelak besor aku baca!

Kap said...

terima kasih, bang..
saya selalu dapat byk input dari entri2 abg..
semoga ada seratus tahun lagi untuk akubetul.com..

abikhsan said...

Senario 1 - Apa susah, pergi ajelah bandar beli benang. Tak tahu pulak kalau bandar tu 1,000 km dari kedai jahit dia atau in return 1 week baru sampai.

Senario 2 - Nampak kebodohan tahap gaban developer tu. Tak sure dia buat rumah or beli tanah tu cash or finance by bank. Kalau bank, selagi tak tukar nama,bank tak akan release payment or progress payment. Lesson to be learnt.... beli apa-apa pun sila tukar nama walaupun motor kapcai.

Senario 3 - Ada word kakitangan kerajaan minta rasuah... Boleh didakwa atas Akta Hasutan dan SKMM (kalau dia orang rajin la...) boleh investigate blog ni....

Next senario - no komen..

Mr. Right said...

neewa76,
a'ah. Kesian dia.

marrang nung!,
Ok nanti aku mandi air di masjid sepanjang KL to Ganu. Ooh... maksud aku aku akan suruh kawan aku mandi. Bukan aku, tapi kawan aku.

aleeya,
Ini posting serious lah, bukan lawak. Hahaha..

kap,
Wah... tima kasih. Tinggi sgt pujian tu. Aku riak nanti.

abikhsan,
Maybe contoh aku tak berapa tepat. Tapi percayalah solution kepada semua contoh bukanlah semudah seperti ko ckp.

Total Pageviews

. page counter