Thursday, September 10

Mata Sakit Di Bulan Puasa

Sekejap je dah lebih separuh bulan puasa kita lalui. Aku yang ingat bulan puasa aku akan ada banyak masa untuk berblog kecewa, sebab rupa-rupanya tak banyak beza bulan puasa atau tidak. Walaupun tak banyak travel duduk office pun banyak kerja. Hampeh betul.... cuma nasib baik most of the time boss aku di oversea, so aku boleh balik sesuka hati untuk berbuka dengan sesiapa yang aku dah plan. Hahhaha... Pukul 4, kepala dah berfikir cara nak pergi ke destinasi ikut jalan paling cepat dan mudah. Kalau tiada sebarang plan, still cabut awal sebab nak berbuka dengan wife…

Petang ni seperti dirancang, aku ada majlis berbuka dengan kawan-kawan di Ampang. Apa nama, Wak Cafe ke apa ntah... so, kena keluar awal sebab kalau tersilap mahu berbuka dalam kereta aku nanti. Aku memang sakit hati betul traffic jem, terutama dibulan puasa. Kadang-kadang non-muslim pun sibuk nak balik awal kerumah or sibuk mengsesakan jalanraya time dekat-dekat nak berbuka. Haiya...! tunggu la sekejap.

Talking about sakit mata, sakit hati dan perkara-perkara sebegitu. Selain dari jem, ada beberapa perkara lain dibulan puasa ini yang membuat aku (dan aku percaya orang lain juga) terasa nak marah je. Tapi sebab di bulan puasa kita diarahkan untuk melatih diri untuk bersabar, so kita bersabar jelah dengan benda-benda sebegini:


Bawa Anak Ke Masjid


Aku tidak pasti apa saranan agama terhadap aktiviti membawa anak kecil ke masjid atau surau. Tapi aku ada dua pandangan berbeza dalam isu ini.

Sebelah kepala aku berkata bagusnya kalau boleh diamalkan.Meluntur buluh dari rebung. Kalau kita nak lentur buluh yang dah tua, kita terpaksa bakar buluh tu perlahan-lahan dengan api yang kecil. So, kalau dah tua nak kena bakar, memang sakit… confirm kita melawan. Jadi dari kecil kita bawa anak kita ke surau atau masjid, biar dia membudayakan aktiviti tersebut. Biar tersemat dalam diri dia. Aku juga still ingat aku mengikut arwah abah aku ke masjid kampong aku. Selalunya aku ikut masa sembahyang maghrib dan isyak. Kalau bulan puasa tentunya disambung dengan terawih dan makan moreh. Or kekadang aku dulu berbuka di masjid, then balik rumah untuk sembahyang sebab teringat kueh yang mak aku buat sebelum bebuka tadi. Hahaha…

Sebelah kepala aku pula menyampah sebab kadang kala budak-budak ini memang tidak boleh duduk diam. Mak, bapa sedang sibuk bersembahyang anak-anak berpesta di luar. Main kejar-kejar, main gaduh-gaduh, main tutup-tutup pintu. Aduhai, panas je aku dengar hangar bingar suara budak-budak. Kalau di kampong aku dulu kanak-kanak yang di ambang remaja lagi ganas sampaikan ada yang main mercun dalam kawasan masjid. Yang dah confirm remaja pula main permainan yang tidak kurang ganasnya yang dipanggil permainan curi selipar atau sandle orang lain.



Berpuasa Tapi Sexy


I know, it is two different things. Kalau kita bogel sekalipun keluar rumah ianya tidak membatalkan puasa kita, mungkin akan membatalkan puasa orang lain yang melihat. Samada puasa orang tu batal sebab maki kita or nafsu dia naik tidak terkawal depend on samada kita ni cantik or huduh. Tapi aku memang sakit hati walaupun kadang-kadang sedap mata melihat orang perempuan islam berpakaian seksi terutama di bulan Ramadhan.. Ada yang pakai skirt, pakai tube ketat, pakai kain belah sampai ke bontot dan… macam-macam lagi. Hormat la sikit, apa salahnya pakai semua baju kurung raya tahun-tahun lepas di sepanjang sebulan berpuasa. Lebih manis, lebih mudah nak solat dan yang penting orang sekeliling tahu yang kau seorang manusia yang bijak dan ada akal fikiran.

Aku nak ambil kesempatan disini nak ucapkan tahniah dan berbanyak syukur kepada member office aku, Rosita kerana dah dapat hidayah untuk bertudung. Seperti aku cakap dulu, bulan puasa adalah the best time to start benda-benda baik yang selama ini kita berhajat nak amalkan.

Ini bukan Ita, ini gambar lama dari forum CariGold. Lawak kan… hahhaha.. bertudung tapi pakai skirt.


Ada beberapa perkara kecil lagi yang menyakitkan mata atau hati di bulan puasa seperti parking di Bazar Ramadhan yang tidak pernah ada, harga buffet yang semakin naik dan gelagat member-member berlagak sebab tak puasa…macam-macam.

Chow, aku dah nak ‘pergi site’ dan terus ke majlis berbuka dengan kawan-kawan universiti.

Komen-komen for previous entries akan aku jawap esok atau lusa.

7 comments:

neewa76 said...

hahaha...bnda2 biasa blaku dibulan puasa...sbb tu aku x berminat nak buka kat luar..duk umah tngu azan makan dgn adik bradik lagi baik...kn kn kn
pasal minah tu aku geleng kepala 360 darjah ni...heeee

Fid said...

bab bawa anak ke masjid atau surau
kalau kita ajar dr kecik mmg tak de hal tapi ada parents yg take for granted itu la huru hara...
kwn aku kata kat masjid wilayah budak2 semua behave...bawa buku baca...tunggu parents solat

teek said...

Senario budak2 kat masjid memang ada kat mana2. Even kat mekah/madinah. Aku pun macam ko jugak, half-half. Tapi aku fikir2 balik – macamana parents dia nak beribadat kat masjid kalau dia tinggalkan anak kat rumah & takde sapa nak jaga. So, kena la dorang angkut anak2. Kalau anak tu behave, alhamdulillah…tapi budak2 jarang nak duduk diam, aku rasa parents dia pun dah fedup nak marah2. Mungkin kehadiran budak2 ni saj nak kasi kita pahala lebih atas kesabaran kot.

Aku ingat lagi masa solat kat madinah, budak tu umur 5-6 tahun main kejar2 antara saf. Mak budak tu yang tengah solat, keluar saf, lari & tangkap anak dia and masuk balik saf. And, selalunya budak2 bising ni only kat bhgn pompuan…sbb biasa la kan? Sapa yang jaga anak2? Orang pompuan jugaaaakkk.

wak said...

aku setuju dgn yg bdk2 bising tu bro. ermm kalo dh parent pon fed up nk marah, sape lagi nk marah. aku kadang2 bg gak seketul kat bdk2 tu, ag2 kalo parent diaorg ada dekat.tp kadang2 je la. shud be parent main peranan le.

Tiap kali abes solat, aku akan perasan ramai yg akan pandang ke belakang dengan rasa x puas hati hoho. Ye la, nak sound2 kang terkejut plak satu masjid.

Tp kalo dh sume makmum pandang belakang, si bapa wat dek je, x dapek den nk nolong.

Anonymous said...

salam...mmm..bulan puasa ni bulan yg lain dri yg lain...smua ada..banyak peniaga2 melayu berniaga..pasaraya penuh pengunjung..dan yg paling pntg masjid penuh org..emak bapak anak2 smua d bawa..kan bagus setiap bulan camni keadaannya..amin..

Mr. Right said...

neewa,
Bebuka kat umah? Masak sendiri ke atau beli dari bazar ramadhan?

fid,
Knp budak2 kat masjid wilayah yg dah reti membaca tak sembahyang sekali ngn parent ye. Penat kot.

teek,
So, mlm ni aku nak buat ahh... tgh smbhyg terawih, aku stop... pegi lempang budak2 bising kat belakang then continue smbhyg balik. Leh kot.

wak,
Tu la pasal, kalau kat kampung2 ok la lagi. Kita boleh marah anak2 jiran, kat kwsn bndar ni payah sikit. Karang kecik ati la pulak.

ano,
Betul2, kalau sepanjang masa masjid penuh mcm mlm ramadhan kan ke best. Diri aku sendiri pun payah nak smbhyg isyak berjemaah kalau bukan bulan pose.

neewa76 said...

masak la dood..xkan nk beli kot untuk hampir 10 org makan...bocor kocek..heee..

Total Pageviews

. page counter