Wednesday, October 14

Aku Jadi Petani Moden

Sedikit pasal Adverlets yang sial! Then baru cerita aku jadi petani… ok.

Kalau ada yang notice, aku dah buang iklan Adverlets dari blog aku ni. Hampeh! Confirm Adverlets tak bayar blogger. Celakak, beratus-ratus ringgit payment aku mereka buat tak tahu je. Apa ke jenis syarikat, aku pun confuse. Lepas hantar email complaint, ada la sekali they replied and ask me to provide my bank account number.

Their reply, around 2 months ago!

Then, after few months, they kept quiet again.
Aduhai… ! Mesti ramai yang nak cakap “I Told You So”… have to admit la, ramai yang warned aku masa aku nak beralih dari Nuffnang ke Adverlets. Aku pun kiranya dah ready untuk kena tipu oleh Adverlets. Aku cuma nak experience sendiri, tidak mahu percaya bulat-bulat cakap-cakap orang. So, memang confirm in term of payment, customer services, response, etc… Nuffnang faaarrrrrr better than Adverlets. Kalau both lari hundred meters, maybe Nuffnang dah habis lari, relax hisap rokok, Adverlets baru nak pakai kasut nak mulakan larian. Takpe lah, sekarang aku try Adbrite.com pula. Rasanya beberapa hari lagi akan ku buang code adbrite ni pula. Rasa macam menyemak je. Better aku main game promote product affiliate orang lain. Jual ebook, ubat kuat, tudung atau sandle Crocs tiruan. At least dapat la jugak beberapa puluh ringgit.

Talking about cari duit. Seperti title blog posting ini, aku kini menceburi bidang pertanian. Hehehe… nope I not referring to Facebook game.

Aku tidak bermaksud nak cerita pasal ladang Farmville aku. Aku rasa budak perempuan je suka game tu kan. Haha....Takkan la aku nak buat lawak ulangan (Aku Gila Judi).

Aku betul-betul terlibat dalam projek penanaman cili...secara fertigasi. Aku dengan beberapa rakan, sama-sama menterjebakkan diri dalam project ini.

Di bawah adalah clip video tapak yang kami nak tanam cili tu.



Proses pembersihan dan pemasangan pagar sedang dijalankan.

Tapak di sebelah tapak kami dan start tanam cili. Infect cili dia dah start berbuah.


Fuh…! Rasa geram je tengok anak pokok cili dia dah mengeluarkan hasil.

Kalau ada orang nak tahu berapa boleh untung, modal, etc… contact aku lah. Malas aku nak terangkan secara details disini. Honestly, aku tidak begitu mahir lagi. Ini boleh dikategorikan sebagai gamble juga. Tapi prinsip aku senang je, aku rasa tiada dalam sejarah taukeh cili (especially taukeh cina) jatuh bankrupt. Itu tanaman secara kuno, yang aku nak try ni tanaman moden… secara fertigasi, fertilizer, so, sepatutnya lagi bagus lah. Kan? Hahaha….


Kalau ada kawan-kawan yang mempunyai tanah kosong berekar-ekar, location less than 2 hours drive from KL, let me know. Ada idea gila yang aku nak realisasikan. Seronok pula aku main project pertanian ni. Bak kata orang dulu-dulu, tak rugi berbudi kepada tanah.

Apa-apa pun, wish me and my friends all the best, nanti aku dah jadi taukeh cili boleh aku jamu ubi kayu rebus colek sambal belacan masa open house.

16 comments:

bad said...

Bro, aku boleh tolong cari kan tanah kosong kalo ko nak. Aku berminat la. Kalau ada untung aku mau join..

Manje said...

Saya ter tarik dengan projek pertanian ini . Ingin maklumat lanjut. Modal dan lain-lain lagi. Dah ada tanah ber dekatan dengan Klang valley. Boleh bantu ?

Mr. Right said...

Bad,
Besar ke tanahnya? Call aku, idea gila aku memerlukan tanah yang agak besar jugak. Nanti kita bincang, give me a call.

Manje,
Drop me an email. Aku akan try explain sedetail mungkin. Basically, estimation akan dapat untung on the 7th month. Kira 6 bulan pertama nak dapatkan semula modal.

Anonymous said...

Wah, mr.betul nak jadi tauke cili. Selamat berjaya.

Anonymous said...

Bro, you expose about your side business here. If your boss or office mate find out, how?

Reen said...

Mesti lepas ni makin kurang posting. Sibuk jaga pokok cili.

Mat Kutuk said...

Kalau ada masa semua dijemput tengok-tengokkan blog saya.

Manje said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anak Banjar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anak Banjar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

ano1,
Terima kasih.

ano2,
Maybe they will ask me to sell chilies to them.

Reen,
Memang dah semakin berkurang pun.

Mat Kutuk,
Yela. Kenapa ko tak kutuk aku pun, nama Mat Kutuk. Apaa laaah...

Manje,
Check your inbox.

anak banjar,
Check your inbox.

Manje & anak banjar,
Aku delete komen korang to avoid ur email address dicilok oleh robot spam.

teek said...

kalau kwn yg dah lama kenal, dapat cili free tak? ;)

Anak Banjar said...

tq bro...

Mr. Right said...

teek,
Boleh... datang petik sendiri lah. Hahaha..

anak banjar,
No problem. Komisen aku jgn lupa... hahah...

ulwan said...

aku pun gila main farmville gak..
best kot...abis masa studi ak terbuang tapi berbaloi..
ko level brape??
bnyk betul kerja kena wat cam petani betul kot..hehe

akukaya said...

dood, email aku adar_23 @ yahoo.com. berminat ni.

Total Pageviews

. page counter