Wednesday, December 29

Malaysia King of ASEAN Football

Champion of AFF Suzuki Cup 2010....MALAYSIA.


Ini bukan kejayaan Dato' Lee Chong Wei menang Super Series atau Dato' Nicol menang pingat emas World Sport Games atau Azizulhasni clinched keirin World Cup... ini pasukan BOLASEPAK MALAYSIA JADI JUARA ASEAN!

Before tournament start not much we hope from Rajagopal young squad. Many believe Raja's hanya pandai manage team untuk Games yang lazimnya untuk under-23 players with 3-4 seniors. AFF Suzuki Cup totally different ball game altogether. Semua pasukan hantar senior team.... banyak yang import player, Philippines even 'nuetralised' half of their team. Then, bila 1st game kena balasah dengan Garuda 5-1 semua orang lupakan AFF Cup. Aku pun start questioning Raja's decision tak include Kapten Juara Piala Malaysia, even top goalscorer Super League hanya memanaskan bangku simpanan, Safiq Rahim overtook his own state captain (Amri) and suddenly became captain bila both kembar injured. Team takde leader untuk guide pasukan... takde hero yang boleh turns the game especially during critical moment. Even season campaigner dari top teams macam Ideris Karim, Rizal Zambry (Negeri Sembilan), Farhan, Daudsu (Kelantan), Manaf Mamat, K.Rajan (Terengganu)... semuanya not even selected.

Then, bila lepas grouping..... baru semua nampak perancangan Rajagopal. Dia memang tak suka star player lansung. Even experience young player macam Khyrel Muhaimin pun duduk kat bench je. Dia built a solid discipline squad.

After 1st leg di Bukit Jalil, whole nation with 240 millions rakyat tiba-tiba jadi the biggest sore loser in the history, they blame laser pointer to bomoh after lost 0-3. What a joke.... bukan sahaja tweet-tweet bangang, sampaikan President sendiri bertukar jadi budak-budak masa press conference dan setuju dengan faktor remeh seperti laser dan keeper kena bomoh sampai gatal-gatal satu badan. Hahahahahha...! Keselamatan player dan few hundred dikhuatiri. Satu negara dari president, pemimpin politik, pemimpin persatuan sukan, pak-pak menteri, wartawan, artis.... semua provoke pasukan Malaysia. Giler.... Even ada keta kebal dalam stadium....!

But, young Harimau Malaya relax and cope brilliantly with all the pressure. Hasilnya....


Kudos to Rajagopal, keeper berani mati (Khairul Fahmi), 2 very young central defenders, prolific striker Safee Sali, flamboyant midfielder Nursharul Idhan...and the whole team.

You guys really make us proud.

Update:

Late last night, PM announced this Friday (31 Dec) public holiday bagi meraikan kejayaan wira-wira negara. Aku percaya decision ini sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Twitter yang minta @najibrazak dan @1malaysia bagi cuti. Beratus ribu Twitter dari Malaysia memohon kepada PM agar diberikan cuti and aku tak kisah lah ini another political stunt ke apa, janji PM and his team smart enough and bagi cuti pada 31 Dec instead of today... Kira boleh celebrate tahun baru gila-gila la rakyat Malaysia. So, harapnya pihak media akan bagi sedikit coverage untuk 'memperkenalkan' player Malaysia kepada rakyat. Aku percaya more than half of the team even peminat bola pun tak berapa kenal muka mereka. Kira kalau jumpa di shopping complex pun mungkin kita tak perasan. Talking about Twitter, memang few days before final berlaku perang Twitter antara rakyat Malaysia and Indonesia. Since pengguna Twitter Indons antara paling ramai di dunia, memang 'kalah' la penghantar Twitter Malaysia. Even world ranking pun semalam trending #garudafightback antara tertinggi di dunia!

Tapi aku sempat baca beberapa Twitts yang lucu dihantar oleh para Twitterers Malaysia, antaranya:

"Pukul berapa Tok Harimau, pukul #Garuda kaw-kaw"

"#harimaumalaya dinner #garuda penyet and pecal #garuda tonite"

"#harimaumalaya kecewa @juliaperez tak kotakan janji nak buat #bralaser show"

"Kalau telcos Malaysia & Astro tak tukar gambar Lampard, Torres, Messi kpd Safiq, Safee dan SharulIdlan, aku akan ngamok"

"Selepas buat research, laser mmg x dapat kalahkan Khairul Fahmi sebab dia sepet..."

Talking about Khairul Fahmi, pada aku dia deserve dapat some indvidual award, samaada perlu adakan award goalkeeper terbaik, best performance on final matches or bagi kan MVP award instead bagi kepada captain Indons yang miss penalty dan coach dia sendiri bawa dia keluar time pasukan perlukan goal. And trending KhairulFahmi naik top 10 di ranking Tweeter dunia, even beats trending #harimaumalaya and #ilovemalaysia (sebab Twitters Indon pun hantar pasald dia). Ramai giler gadis-gadis tiba-tiba minat kat dia, even awek indons dan artis-artis pun Twit pasal Khairul Fahmi Sayangnya mamat ni dah ada awek... Elia... ini blog (http://jejariruncing.blogspot.com/) dia yang kena tempias dengan di kunjungi oleh ribuan pelayar internet Malaysia.

Tadi dalam pukul 4 petang, diberitakan kepulangan Harimau Malaya (or Harimau Malaysia, orang Borneo kecik hati) disambut bagai wira di KLIA. Penuh peminat di airport... fuh! dah macam Spain menang World Cup. Esok ada perarakan kemenangan di KL kot....Hahahaha!


Again... Tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia!

Wednesday, December 22

KIsah Dari Kedai Urut – Pasanganku Durjana

Dah lama aku tak tulis blog sebegini. Cerita-cerita tak berapa penting tapi sesungguhnya boleh dijadikan panduan atau tauladan dalam menempuh alam kehidupan…. Cewaaah!

Intro
Last week aku ke Sabah atas urusan kerja. Arrived Isnin malam, balik Khamis petang. Hari Rabu dipenuhi dengan aktiviti site survey, dah lama aku tak join site survey... jalan kaki tengok site, ambil lat & long, snap pictures, bincang dengan contractor, consultant, etc. So, kaki aku lengoh la sikit. Malamnya, hampir midnight aku pegi foot massage @ reflexsology di kedai yang dekat dengan hotel. Kedai tu di apit oleh restaurant dan kedai karaoke. So, ramai la orang di depan kedai. Bila aku dah duduk atas bangku, si tukang urut start la urut kaki aku. Aku minta pengurut lelaki, sebab kuat sikit... kalau pompuan mesti tak rasa. Since dah tengah malam, kedai pun dah nak tutup, ramai la pekerja-pekerja melepak di kerusi, sofa dan diri-diri dekat dengan tempat aku sedang diurut sebab tempat aku duduk tu besar dan macam main area lah. Pelanggan atau pekerja restaurant pun datang lepak sama... riuh la diorang bercerita macam-macam kisah.

Dalam banyak-banyak kisah yang mereka sembang-sembangkan, dua kisah yang betul-betul menarik minat aku. Infect, aku join sekali sembang. Kisah ini dikongsi oleh cashier perempuan dan lelaki pelanggan restaurant atau pusat karaoke di sebelah. Cashier (yang agak cantik) duduk di sofa sebelah sofa aku... sebelah dia pelanggan restaurant tu. Cashier ni Kadazan beragama Kristian yang dah convert menjadi Muslim dan pelanggan restaurant ni Chinese. Aku namakan kisah mereka berjudul ”Pasanganku Durjana”..... kisah hidup mereka ni masuk dalam kategori yang kalau lah di jadikan drama TV, confirm kita akan kutuk penulis skrip atau pengarah sebab jalan cerita macam tak logik.

Kisah Satu: Suamiku Celaka
Cashier ni sanggup tukar agama untuk kahwin dengan seorang lelaki Melayu. Dia hidup aman bahagia selama 2-3 tahun, walaupun si suami tidak pernah ajar apa-apa mengenai agama Islam kepada dia. Walaupun sepotong ayat Al-Quran wai’ma doa makan sekalipun. Then, semasa perempuan ni mengandung anak kedua.... dia dapat tahu yang rupanya dia ni isteri kedua.... Aduhai...! Gaduh la suami isteri ni... then, lagi sadis... masa dia dalam labour room nak deliver anak tu, lelaki ni kena tangkap basah dengan perempuan lain pulak. So, lepas habis pantang dia pun pergi lah ke pejabat agama untuk report dan minta cerai. Macam biasa lah, kes berlarutan lama. Tapi akhirnya dia berjaya cerai dengan suami dia. Then, suprisingly.... dia tak nak masuk balik agama asal dia, walaupun dia boleh buat sebab nama dia belum lagi didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negera... sekadar rekod di Pejabat Agama Negeri sahaja yang dia dah jadi muaallaf. Dia still nak jadi muslimah, dan dia nak pastikan dua puteri dia akan dapat didikan agama yang cukup. Masa dia cakap macam tu, aku confuse sekejap... dressing dia masa tu seluar pendek dan baju body-shape dan tadi baru je dia minta kawan dia belanja minum air setan lepas kerja Takpelah, maybe dia rasa diri dia dah tak boleh diselamatkan lagi. So, sekarang ni dia sedang berusaha untuk dapat perintah mahkamah melarang bekas suami dia jumpa anak-anak. Ini membawa kepada kisah kedua yang lebih panjang dan menarik yang dikongsi oleh lelaki Chinese tu pulak.

Kisah Dua: Isteriku Celaka
Sekarang ni, lelaki Cina ni berjaya dapatlan perintah mahkamah melarang bekas isteri dia berada dalam jarak 100 meter dari anak tanpa persetujuan bertulis dari dia. Jauh tu 100 meter.... dia cakap dia belanja RM40 ribu hired the best lawyer in Kota Kinabalu (dia mention nama, tapi aku lupa... Lim something lah). Jadi dia nasihatkan Cashier tadi bawa kes ni ke mahkamah sivil atau mahkamah anak negeri (some sort of mahkamah untuk native Sabahan) sebab Cashier ni Kadazan... dikira sebagai pribumi Sabah. But, still kena prepare puluh-puluh ribu jugak... Ok, kenapa dia sanggup buat macam tu sekali kepada bekas isteri dia? Masa dia di kolej (tak tau kat mana), dia bercinta dengan seorang gadis. Gadis ni dah kerja. So, meminjam words dia semasa bercerita...”every weekend for 2 years, without failed I will visit her at her house”. Kira memang cinta sejati lah ni. Tiba-tiba… satu hari tu, dia sampai di rumah awek ni… dalam rumah ada lelaki lain. Seorang anggota tentera… lelaki tu rupanya tunang awek tu tadi. Mereka dan bertunang setahun lebih. Sadis…. sadis. So, bergaduh la mereka bertiga... sampai patah hidung mamat ni. Sekarang hidung dia takde tulang, macam peninju yang buang tulang hidung. Then, awek ni menghilangkan diri selama 6 bulan. Lepas tu, awek ni contact dia dan cakap nak jumpa. Since rindu tu masih ada, dia pun pergi lah jumpa. Sekali awek ni bawa akak dan abang dia. Akak dan abang dia pujuk lelaki ni kahwin dengan awek tu sebab awek tu dah putus tunang TAPI sedang mengandungkan anak bekas tunang tu. Dia pun fikir beratus kali, bincang dengan family.... akhirnya dia setuju jadi pak sanggup. Masa tu lelaki ni kerja bank. Since selalu balik lewat, isteri boring kat rumah. Lepas dua tahun kahwin, anak dah masuk yang kedua (1st bukan anak dia), dia buat loan Bank Bumiputera RM 82 ribu dan bukakan isteri ni satu salon rambut. Tapi still isteri kata tak seronok sebab suami balik tengah malam, ye lah... keja bank kadang-kadang nak close account or jumpa client tengah-tengah malam. Lagipun dia jaga high purchase loan, kena la entertaint clients. Jadi dia berhenti kerja dan cari kerja lain (tak tanya lak kerja apa), semata-mata kerana si isteri. Masuk anak ketiga, lepas 5 tahun kahwin. Dia dengar cerita dari kawan-kawan yang isteri dia ada pakwe lain. Selalu dating dalam salon lepas salon tutup. Jadi without her knowledge dia pasang CCTV di kedai tu. Weekend or tengah malam dia akan pegi ambil tape rakaman dan tengok. Lepas 2-3 kali buat rutin tu, dia memang nampak footage isteri dia sedang NGAMPUT (istilah orang Sabah untuk beromen) dengan bekas tunang dia yang dah putus dulu! Tanpa banyak cerita, dia terus balik rumah… ambil anak-anak (termasuk anak 1st tu) then keluar rumah. Then, dia bawa kes ke mahkamah. Sekarang ni, dia jaga 3 orang anak…. Dan hampir sama dengan kisah Cashier tadi, aku confuse kejap... sebab gaya cerita dia ni dah macam hero drama.... tapi sebelum tu dia bagitau hampir tiap malam dia hang out di pusat karaoke dan minum arak.

Lepas dengar 2 kisah ni.... sambil kemas-kemas kedai, orang lain masing-masing mengutuk gender lain. Yang lelaki kata perempuan tak boleh di percayai...yang perempuan kata perempuan jadi jahat lelaki lah puncanya. And as we all knows... agrument tu memang takkan jumpa conclusion.

Dah cukup sejam, aku bayar dan beredar dari situ. Si Cashier pergi minum dengan rakan-rakan sekerja dia.... yang lelaki Cina tadi masuk restaurant sebelah... sambung minum kot. Aku berjalan seorang diri kearah hotel.... dengan perut yang agak kosong. Sampai di bilik, aku tersenyum lebar sebab rupa-rupanya member aku dah tapaukan burger untuk aku. Tapi since aku sedang diet.... aku makan daging burger sahaja. Rotinya aku pulangkan ke kawan aku. Sekali ngap dia masukan dalam mulut.

Sebelum tidor, aku decided nak tulis cerita ni di blog. Sambil aku teringat lagi Cashier tu sempat tanya aku, masa aku nak bayar.

:”Kamu sudah kahwin?”, dia tanya.

Sudah, anak sorang”, aku jawap.

Ok bagus, kamu jangan noti-noti ya, jaga family baik-baik bah.... jangan jadi macam kami ni...”, dia nasihatkan aku.

Aku senyum je.

Friday, December 17

Jom Meniru!

Siapa kata aktiviti copycat sesuatu yang menjanjikan kegagalan? Japan dah berkurun mengamalkan cara sebegini untuk memajukan negara mereka. They just follow kegiatan ekonomi di US atau Europe. Dari zaman industry berat, zaman electronics ke zaman I.T... Japan asyik tiru je inovasi negara lain… but they improvise almost the same product, system or technology.

Kalau Jepun bukan contoh yang jelas atau concrete enough, let’s study beberapa contoh yang lebih mudah difahami dan tidak memerlukan aku mengorek fakta-fakta sejarah yang memenatkan dan tentunya arguable. Salah fakta, sia-sia je aku kena kutuk.

Instead, jom tengok yang lebih dekat dan yang lebih simple.

AirAsia

Tony Fernendes dalam salah satu posting blog beliau ada menceritakan bagaimana dia start membina AirAsia. Aku tak ingat it is a blog posting or article di mana-mana, but aku ingat Tony cerita bagaimana beliau resigned dari group Warner di US then melepak di club somewhere in UK, before planning nak balik Malaysia. Then, dia tengok ada news or documentary pasal budget airline di UK. He hooked to the tv screen for few minutes, then decided to take a closer look. Next move Tony pergi ke UK bajet airport and perhatikan how it all works. Lepas berpuas hati, dia balik Malaysia and beli AirAsia dengan nilai seringgit bersama hutang beratus juta. And the rest as clise as its sound, became history…. Now AirAsia officially the best budget airline in the world for two years running. And if we look further into Tony’s business idea likes Tune Hotel, Tune Money, Tune Talk… semuanya adalah copycat Sir Charles Bronson’s Virgin Empire. Virgin Hotel, Virgin Record…. Etc. So, business venture wise, boleh la di simpulkan Tony Fernesdes adalah peniru terbesar Malaysia zaman ini… Hehehehe…!


Facebook


Currently Facebook’s management waiting to celebrates their 1 billion register user. There are no such online or offline organization manages to gather that gigantic number of registered member. But, as we all know…. Facebook is not the first social networking page. Friendster, Myspace, Tagged started way early than Facebook. But how Facebook that start as internal network page for campus boy rates their female counterpart become so popular? It is not the most original idea at all… while Mark Zuckerberg creates Facebook, other social networking sites already in the market. But, by study closely all the sites… plus significant portion element of luck, Facebook now become a latest contender to challenge Google as king of world wide web. Kalau tengok filem Social Network (or baca synopsis) even idea asal Facebook kononya diciplak oleh Zuckerberg daripada idea asal kawan dia. Dalam bidang I.T especially yang related dengan online, sememangnya pioneer for any field bukanlah mereka yang paling berjaya, those yang copy the idea and manipulated the system better yang akhirnya akan jadi multibillionaire. Zynga bukan platform online game pertama yang wujud, Window bukan the 1st operating system, Youtube bukan 1st website offer video sharing service even ada banyak search engine website wujud sebelum Google muncul dan conquer our Internet with their endless product line.


Spain World Cup Victory


For years everybody knows Spain have handful numbers of talented footballers. Before 2008 European victory, Spain dubbed as the biggest underachiever football team of all time because they always stumbled in biggest stage of competition. But In South Africa, Vicente Del Bosque took the simplest and safest route possible which is duplicate Barcelona strategy. With Puyol, Pique, Aniesta, Xavi and Busket as core of the team…. Del Bosque just replaces other familiar Barca character with similar type of player he can pick. Ramos for Daniel Alves, Alonso for Marques, Villa for Messi and upgrade Pedro role. Hasilnya… not just crowned as world champion, but an unofficial title as most entertain team ever, even surpass Brazilian famous 60s and 70s teams. For those who familiar with Del Bosque’s Real Madrid team dulu… we can see it is totally different from Guardiola’s Barcelona style of play. But, Del Bosque smart enough to ignore his own ego and just follow Barcelona proven recipe which won 6 titles in one season to their credit.


Conclusionya….

1. Jangan takut, jangan segan, jangan teragak-agak nak copy idea orang lain tak kiralah apa bidang yang kita ceburi. Cuma buatlah dengan cara paling etika dan make sure kita ada cukup idea nak menambah-baik, jangan end up macam kes Kawanster.Com… Hahahaha!

2. Idea yang cukup innovative mesti disokong dengan kepala otak yang creative, baru boleh kaya raya!

3. Jangan salah faham, meniru is obviously NOT the only way to success. Kisah pioneer yang berjaya aku rasa lagi banyak compare to copyist yang berjaya. And most cases, original far better than reproduced product.


1Malaysia
Mungkin Najib dan penasihat-penasihat beliau pun sedar konsep ‘tak salah meniru asalkan benda tu baik dan memafaatkan semua pihak’. Sebab tu tanpa segan silu mereka ambil prinsip One Israel dan transform jadikan 1Malaysia. Brilliant!


Tuesday, November 30

Pantang Larang BerFacebook

Aku antara berjuta (or billion?) manusia yang gila Facebook. Kalau kira dengan capaian dengan handphone, maksudnya 24 hours aku online di Facebook. Asal ada gambar menarik memang aku share di FB, ada berita best aku kongsi dengan kawan-kawan, masa Sukan Asia lagi lah... sepanjang masa berdiscus dengan member-member expecially update result masa game melibatkan Malaysia.

Jadi, aku nak bagi guideline sikit kepada kawan-kawan pasal penggunaan Facebook. Aku find out ada beberapa pantang larang yang korang kena ingatkan semasa main FB ni, dari yang serius kepada yang agak santai... tapi still penting.


1. Jangan Update Our Location All the Time

Ini very much related to safety la. Maybe belum sampai ke Malaysia lagi. Tapi kat oversea dah biasa perompak (yang mungkin juga our own friend) perhatikan jadual kita hari-hari. So, senang mereka nak jalankan operasi. Samaada pecah masuk rumah, pejabat, curi kereta or macam-macam lagi. Kepada yang selalu out station, jangan asyik beritahu semua orang kita kemana sampaikan ada yang post jadual penerbangan (nak belagak naik flight kot)... mana la tahu kan kot-kot ada musuh yang target rumah or worst our family mamber... we never knows. Sekali-sekala maybe la ok, but jangan jadikan routine mengupdate lokasi kita. Banyak lagi cara lain nak inform kawan-kawan (maybe nak tolong tengokkan rumah or apa), sms, YM, BBM, etc... but not publicly di Facebook.


2. Tolong Guna Nama Betul & Letak Muka Sendiri

Ramai setuju kalau aku cakap Facebook dah jadi tool untuk Jejak Kasih. Samaada nak jejak saudara mara, member sekolah or kekasih lama. Tapi, masalahnya ada juga pengguna FB yang pakai nama samaran... aduhai... lagi best, profile picture letak pula gambar artis lah, gambar character kartun, or gambar anak. Cammana kawan lama nak kenal wei...?! Bingai betul lah. Apa la salahnya pakai nama betul or nickname yang memang dari dulu orang panggil kita... Then pilih la gambar kita yang paling cun untuk jadi profile pic. Kan lebih baik....


3. Elak Jadi Jurujual


Ini agak sensitive sikit. Ramai internet marketing guru bagitau Facebook adalah antara tempat terbaik untuk dijadikan medium mempromosikan product kita. Dah ramai pun kot yang dah berjaya dengan menggunakan FB sebagai alat promosi. Tapi, kalau boleh jangan lah setiap hari kita post kat wall mempromote bisnes kita. Berpada-pada lah. Share la bila ada something yang menarik sahaja (barang baru ke, discount ke...). Kalau still nak promote product setiap hari (or post motivation quotes in case of MLM), buat satu akaun FB semata-mata untuk itu sahaja... Contohnya kalau aku, aku akan create FandiNiaga, BizFandi atau FandiMLM then add semua kawan-kawan... declare la awal-awal akaun itu specifically for business purpose. Kalau kawan interested dengan business kita, confirm dia akan accept our Friend Request. Satu lagi cara adalah dengan gunakan ruang yang Facebook sediakan, rasanya nama benda tu Marketplace ke apa ntah. So, pandai-pandai lah explore.




4. Jangan Tipu Kawan-kawan (PPL Program)

Ini tricky sikit. Kepada member-member yang arif pasal topik cari duit di internet faham la kot istilah pay-per-lead program, or PPL. Maksudnya, aku promotekan satu link yang unicly created untuk aku... kalau ada orang click url tu (then pergi ke website advertiser), aku akan dapat bayaran. Selalunya beberapa posen je pun. So, ramai juga pengguna Facebook yang seolah-olah tipu Friends mereka dengan minta diaorang click url yang di post di wall. Aduhai! Kategori keji la jugak ni. Konon-konon ada berita menarik yang nak dishare, ”Promosi Broadband Terkini”, ”Year End Sale di Isetan”, ”Event Paling Gempak Untuk Remaja”... dan macam-macam catchy phrase lagi lah...padahal cari sekupang dua kupang je. Although Friends yang click tak rugi apa-apa, but aku rasa lebih afdal kalau method sebegini di gunakan dengan akaun khas, macam yang aku cerita kat atas tu. Or, beritahu kat kawan-kawan cam ni; ”Tolong Klik Link Ni - http://malaysia.youthsays.com/akubetul/100plus2 Aku Nak Cari Duit Lebih”.... although ini confirm break PPL policy. Hahahaha...!


5. Hati-hati Subcribe Auto-post Application

News Feed , Daily Quotes, Horoscope... ntah macam-macam lagi la 3rd party application yang ramai suka-suka hati pergi subcribe. Hasilnya, setiap masa ada automatic post di wall. Kalau berguna tak pe la jugak, ini buat semak je. Dah la panjang berjela-jela. So, tolong la hati-hati sikit and pikir berpuluh kali before easily subcribe dengan benda-benda bangang cam tu.


6. Jangan Share Semua Game’s News


Another penyemak wall. Menang War share kat wall, dapat mystery gift share kat wall, naik level share kat wall belum masuk kes nak minta tolong…. Penuh wall dengan cerita Zynga Game je. Aduhai….! Tahu la kau anak orang kaya, or dah jadi big boss sekarang... banyak masa terluang tapi jangan la setiap pencapaian dalam dunia game nak di share di wall... Member jadi panas sebab wall jadi penuh, dan keduanya yang pendengki macam aku akan iri hati tengok ko naik level sehari berpuluh peringkat... ko beli point ke apa?


7. Jangan Tag Orang Sesuka Hati

Kepada yang masuk FB pakai handphone, setiap kali member tag kita berita ke, gambar ke... akan dihantar ke handphone. So, kalau asyik kena tag padahal gambar bendera party politik yang dilawakkan je pun... atau video CikguShida mimicking lagu popular... belum lagi citer kena tag gambar duit dengan tajuk...”Dapat Duit Dengan Log In Facebook” lagi la sakit hati. Pastu, ada pulak tag gambar-gambar yang kita taknak share dengan orang. Since, bila dah kena tag... gambar tersebut akan dipaparkan di section Photos kita. So, semua Friends akan nampak. Jenuhlah nak untag satu persatu. So, kalau nak tag orang make sure orang tu tak kisah... common sense la.


Niat asal aku nak cari banyak lagi bukti contoh-contoh perkara yang berlaku macam aku mention kat atas tu. Tapi, fikir punya fikir nanti ramai pula member-member delete aku dari Friends List... so, aku batalkan niat tu. Hahahah! Harap takde yang terasa....anggap gurauan sudah...

Wednesday, November 3

Kenapa Aku Perlu Diet?!

My real life friends and those yang biasa baca blog aku mesti tahu (aku ada jugak letak gambor kat sini) aku ni dalam golongan overweight.

Berat badan aku memang berkadar terus dengan umur... masa sekolah rendah dalam 30-40 kg, then naik sekolah menengah cecah 70-80 kg, masuk university start jadi 3 angka…sekarang dah cecah 150+ kg...! Dah layak sangat nak masuk Biggest Loser.

Pernah sekali je, sebelum kahwin aku try-try diet, masa bulan puasa aku kurangkan makan nasi. Ada la kurang beberapa kg. Then, lepas kahwin... naik mencanak-canak.

Kenapa aku terfikir nak diet sekarang?

1. Cepat Penat

Ini adalah sebab utama kenapa aku terfikir nak kuruskan sedikit badan aku. Jangan kata penat masa main sukan, malahan buat aktiviti harian pun aku dah mengah. Jalan kaki pergi ke kereta yang jaraknya beberapa puluh meter pun aku akan rasa nak mati. Naik tangga, jalan laju-laju nak masuk meeting atau bawa barang banyak... lagi lah teruk. Even sembahyang subuh 2 rakaat pun boleh berpeluh! Dengan kerja aku sekarang yang banyak kena travel, memang penat betul rasanya. Bila cepat penat akan effect banyak perkara, buat kerja pun malas, nak jalan dengan family berat hati... even nak kejar anak aku yang dah pandai jalan pun aku rasa membebankan. Produktiviti kehidupan semuanya slow. Penyakit berlengah, bertangguh, take it easy... semua akan muncul secara semulajadi.



2. Sakit


Last few weeks aku kena sakit resdung. Sejenis resdung la, bukan resdung biasa yang melarat-larat dan terpaksa pakai lilin nak keluarkna ulat tu. Just ada mucus dalam saluran pernafasan. Hidung dan bawah mata rasa sakit. Then, aku pergi hospital untuk check. DEMC, hospital baru pindah kat seksyen 14, Shah Alam. Lepas x-ray, doctor biasa tak dapat nak pastikan sakit apa. Aku pun dioffer ke doctor pakar. Aku setuju dan dibawa ke Clinic ENT, tingkat 1. Doktor pakar tu, masukkan tiub fiber optic nak tengok keadaan dalam hidung aku. Barulah nampak ada hingus-hingus dalam gua-gua disepanjang laluan saluran penafasan. Then, dia dengan confident cakap… “Awak ni bangun pagi mesti rasa letih, kan?”. Memang betul pun… selama ni aku ingatkan sebab tak cukup tidor ke, atau day before aku kerja or main penat sangat. Tapi doctor tu terangkan tak kiralah berapa lama aku tidor, bila bangun akan still rasa penat. Seingat-ingat aku betul juga, tak kira aku tidor macam baby pun… let say from 10 pm to tengah hari esoknya, masih akan rasa penat. Then, doctor tu ceritakan pasal kegemukan aku menyebabkan oksigen tak dapat nak dihantar ke otak dan organ-organ lain dengan lancar. Jadi semasa tidor, organ-organ aku akan kerja lebih compare to orang lain just to get an oxygen supply. Sepatutnya, time tidor organ kita semuanya rehat… produktiviti slow… tapi untuk case aku tidak. Sama je macam aku berjaga. In case satu hari, organ-organ gagal dapat oxygen time aku tidor, aku akan MATI! Apnea ke apa ntah nama kematian tu. Kira tidor tak bangun-bangun… aduh!... ini dah kes berat. Then, menurut doctor tu lagi kalaupun kejadian tu tak berlaku… organ-organ aku akan still cepat rosak. Yelah, in theory compare dengan orang lain, organ-organ aku everyday kena buat overtime, confirm lah cepat kaput. We talking about major organ macam otak, jantung, buah pinggan, etc. Dammn…! Kesan dari situ lah juga yang membawa kepada penyakit-penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, lemah jantung… dan sebagainya.

Bottom line, macam semua orang tahu… orang gemuk lebih dekat dengan penyakit. Memang lah ajal maut ditangan tuhan, but still kalau kita yang undang penyakit datang, sapa lagi boleh disalahkan....



3. Tak Mampu Dah Nak Beli Pakaian


Ini standard la kot. Sesiapa yang pernah gemuk atau kenal orang gemuk memang merungut susah cari baju. Tapi sekarang tidak lagi. Senang… senang nak dapatkan baju size besor. Cuma kena readykan duit je lah. Ada beberapa kedai even shopping complex yang ada section khas untuk size XXXL ke atas. Tapi harga memang cekik darah. Baju cap ayam, tapi harga macam branded. Jeans pendek pun beratus-ratus ringgit. T-shirt takde kolar pun cecah RM80 – RM90. Bawah RM50 memang takde. Kemeja, seluar slack, jaket… toksah citer lah. Sakit je hati aku. Then, sebab badan aku selalu naik… almost every 6 months aku kena beli satu set yang baru, t-shirt, kemeja, seluar, tali pinggang… kadang-kadang tak sampai 6 bulan dah kena beli. Aduhai…! Nak beli size paling besor terus, nampak gelebeh la pulak… so, terpaksa lah spend beratus-ratus hanya untuk beberpa helai pakaian biasa.



4. Imej Corparate


Something yang agak sensitive dan mungkin tak berapa penting. Aku pun takde la fikirkan sangat benda ni, sampai lah beberapa insiden berlaku kepada aku recently. Lepas aku berhenti kerja beberapa bulan lepas, masa dalam proses nak join company baru, sebab aku ni boleh tahan famousnya dalam industry yang aku keja… ehem..ehem, aku dapat beberapa phone calls. Phone calls ni kira macam offer aku kerja tak kiralah dari member yang aku kenal or dari sesiapa entah yang dapat nombor aku dari kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan aku, kononnya. So, aku just layan lah… tak rugi pun survey market diri sendiri. Ada yang panggil interview, ada yang ajak lepak-lepak minum, ada juga yang terus suruh kerja.. Hahaaha (bangga2)…! Yang menariknya, almost all… komen the same thing. Tak kisah lah, member lama ke atau baru kenal, tak kira mereka memang nak aku kerja or dah nak reject tapi point ini mesti ada. They put it in very nice way lah, macam-macam lenggok bahasa… tapi hakikatnya mereka nak kata… “Kau ni gemuk sangat, nak bergaya pun susah, nampak selekeh, mencemar imej organisasi kami”… Huhu..! Sedih….sedih. Again, they use the nicest words lah, taknak bagi aku kecil hati. Tapi aku faham maksud mereka. 2nd kes pulak, aku tak boleh nak mention secara details. Cuma ada seorang VVIP yang agak berpengaruh. Dia straight forward je nasihat aku suruh kuruskan badan. Dia kata, kebanyakkan orang berkedudukan, tak kiralah politician, kerabat, businessman berjaya, etc… they hate dealing with orang gemuk. Aku malas nak dia elaborate more, aku setuju je lah. Yela kot, gemuk ni mencerminkan imej yang kurang enak… lambat, lemah, selekeh, dan macam-macam lagi.



5. Anak


Sebab sebenar, sebab terbesar aku decided untuk berdiet adalah kerana anak. Padahal semua reason kat atas tu dah lama wujud dalam kehidupan aku, dari dulu lagi dah menghantui fikiran aku. But aku cuma abaikan je, prinsip tak peduli dan terus berseronok memang best. Tapi, betul la kata-kata orang yang pernah aku dengar dulu, bila kita dah berkeluarga barulah kita akan lebih appreciate our life. Aku nak cari rezeki seboleh mungkin untuk kebahagian family, aku tak nak bazirkan duit untuk beli baju setiap bulan, aku tak nak sakit yang kronik, aku tak nak mati cepat…. Aku nak tengok anak bujang aku membesar. To be more emotional and sentimental, aku harap biarlah aku meninggal dunia tatkala anak aku cukup besar untuk tolong angkat keranda dan cukup dewasa untuk mendoakan aku. Or, kalau tengok gambar atas tu, biarlah sampai dia dah pandai drive kereta sendiri... bukan dok sibuk main stereng kereta aku. Hahahhaa....

So, aku decided aku nak start my diet regime. Aku chose carbohydrate diet or famously know as Atkins Diet. Reason utamanya adalah kerana diet ni melarang kita dari berasa lapar, … kan ke best tu… Korang search la sendiri kat internet pasal diet ni. Aku pun bukan memandai pilih diet ni, wife aku pun rekomen almost the same konsep, then kawan-kawan pun ramai yang agreed.

Jadi, bermula last week... 25 October aku start la berdiet. Menurut kata orang yang pengalaman dalam hal diet ni, kita kena beritahu seramai mungkin kenalan yang kita berdiet. Reasonnya cuma satu, untuk kuatkan semangat. So, kalau nak putus asa tu, ada la rasa malu sikit kot. Hahaha...! So, mana lagi tempat paling best nak annouce, takkan aku nak promote dalam media pulak... Facebook lah....

Berduyun-duyun lah kawan-kawan komen. Standard la, ada macam-macam jenis komen... bagi support, bagi tips, kutuk2 gurau (kot), bagi pesanan.... macam-macam. Satu lagi benda best, sekarang ni kalau jumpa kawan-kawan lama or even kawan-kawan baru, topik aku berdiet akan jadi salah satu bahan bualan. Seronok juga dengar pendapat kawan-kawan. Ada yang logik, tak kurang juga yang mengarut. Baru aku tahu ada pelbagai jenis diet, Beer diet pun ada... kira minum beer je for few months, pun boleh jadi kurus... macam-macam.

Nanti bila dah kurus, aku akan pilih salah satu produk supplement yang sesuai dan mula promote. Untung-untung, boleh jadi another raja MLM.... nantii nama aku akan dijaja diseluruh pelusuk negara, dalam dewan-dewan dan di kedai-kedai mamak masa sessi TT (table talk).... Hahhahahha...!

Apa pun... wish aku all the best!

Total Pageviews

. page counter