Friday, February 12

Gong Xi Fa Cai…

Memang standard bila tiba musim perayaan memang meriah la Malaysia. Terutamanya shopping complex dan jalanraya. Jammed pack. Nak bergerak pun susah, kelmarin dari Subang menuju ke Bangi aku ambil masa 1 jam… hampeh! Semalam pula, masa nak travel ke Johor, aku spend 1 hour just untuk keluar KL menuju ke highway Sg. Besi. Tapi bila sampai hari perayaan tu, both shopping complex dan jalanraya akan sunyi… heaven je rasa.

Cuma, semasa hari perayaan juga akan berlaku sedikit masalah. Contohnya, masa musim raya… tak kiralah Aidilfitri or Aidiladha memang payah nak cari kedai makan. Sesetengah kedai makan orang Kelantan di KL akan tutup sebulan tutup. Aku dulu pernah balik raya agak lewat, nak beli makanan untuk berbuka pun payah.

Time sambutan Chinese New Year pula kita akan facing beberapa masalah-masalah lain, antaranya…

Susah Nak Cari Bengkel Kereta
Memang hampir semua bengkel-bengkel kereta di bandar besar own and operate by Chinese. So, during Chinese New Year holiday memang susah sikit kalau nak repair kereta. Ada beberapa workshop Melayu or India pun sure penuh dengan kereta sebab ramai orang ambil kesempatan cuti untuk hantar kereta for service or repair. Then, pomen non-Chinese tu pun always depend on their Chinese counterpart untuk supply alat ganti. So, kalau kereta kita break down time Chinese New Year, alamatnya memang kena tunggu sampai habis cuti lah. Semalam aku service kereta sebelum bertolak ke Johor, berbulu je pemilik-pemilik kereta yang majoritinya berbangsa Cina kat bengkel tu. Jenuh la aku terangkan, aku nak travel jauh… kalau bukan sebab kena outstation, memang aku tak nak menyibuk service kereta before Chinese New Year.


Repair or Beli Handphone
Another business yang rata-rata monopolize by Chinese entrepreneur adalah handphone. Tak kiralah yang original, AP, underwater, China-made or what ever jenis lagi. Semuanya originate from Chinese supplier, samaada handphone itu sendiri or spare part. So, kalau rasa nak beli handphone or accessories kena tunggu lepas Chinese New Year baru banyak sikit choices.


Pusat Peranginan Penuh
Kalau perayaan kaum lain, samaada Melayu, India atau bangsa ‘lain-lain’, kita jarang pergi bercuti. Kita prefer lepak dengan family di rumah atau berjalan ke rumah saudara-mara. Tapi Chinese lain sikit, mereka suka pergi pusat peranginan to celebrate Chinese New Year. Kalau yang kaya tu akan pergi oversea, tapi yang kurang sikit akan pilih pusat peranginan dalam negara. Cuba la try pergi Port Dickson ke, Cameron ke, Genting ke… atau mana-mana pulau. Mesti penuh dengan Chinese family. Bangsa-bangsa lain dah sah-sah la ramai sebab kita tidak beraya, time cuti panjang ni lah kita berjalan dengan family or kawan-kawan.


Takde Bosses
Mungkin masalah ni tak ramai alami lah, tapi aku every year macam ni. The whole week kat office sunyi. Boss memang takde, manager-manager pun semuanya cuti. Aduh…! Susah betul nak buat apa-apa decision. Kena pandai-pandai sendiri lah jawapnya. Supplier dan client pun banyak yang tutup seminggu.


Kalau di Barat dengar ceritanya a day after Christmas (26 Dec) dipanggil Boxing Day. Not just sebab ada banyak sport event yang akan dianjurkan, tapi kaum hawa pun akan berboxing di shopping mall. Sebab pada tarikh tersebut barang-barang semua discount gila-gila. Maybe Malaysia pun boleh organize benda yang sama, kan?

Ok, aku nak tidor… esok ada meeting awal pagi.


To all my Chinese friends and readers…..


P/S: Thanks to my company management for the surprise ang paw.

5 comments:

Eldy said...

TQ so much :)

Anonymous said...

kalo dok kat ipoh, jalan kuala kangsar (yg banyak jual pasu ngan barang persiapan untuk kawen) prob gak bile chinese new year..aku dulu tunang waktu CNY, tibe2 ade additional hiasan hantaran nak beli, kedai dah tutup..haiyaa..manyak susah lo..

boxing day tu sebenarnye hari untuk bungkus hadiah n tolong org susah (bg hadiah tu kat diorg) tapi dah tukar jadi ari shoping sakan diorg..baru 1st time experience boxing day..aku sibuk dok tgk kalendar aus cari public holiday, sikit gile..nak banding ngan malaysia,walaweh..syoknye dok mesia, banyak cuti..huhuhuhu

Anonymous said...

belajar banyak

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

Mr. Right said...

Eldy,
Ur welcome.

Ano1,
Hahaha... betul2. Brg2 nak kahwin pun Chinese yg supply.

Ohh, baru aku tau sejarah Boxing Day.

Ano2,
??

Ano3,
Tq.

Total Pageviews

. page counter