Monday, March 8

Dah Senang… Nak Senang Lagi

Masa aku mula-mula belajar kat univeristi dulu Internet baru nak start popular kat Malaysia. Term ‘Cyber Café’ memang betul-betul top. Masa tu, kami ramai-ramai still guna internet for fun, sama ada untuk chatting, untuk main game or cari info pasal game… or kalau yang nakal pula akan cari info-info yang… well ‘fun’. Kadang-kadang sahaja kami online untuk dapatkan maklumat untuk buat paperwork ke, untuk study ke or untuk buat assignment. Masa tu internet pun tak laju, website pun tak banyak, or susah nak jumpa yang infomative sebab google belum wujud, yahoo pun masih dengan system kuno mereka. So, kami masih lagi gunakan cara traditional untuk buat assignment… pergi library. Ok… bukan semua orang pergi library, ramai juga yang hanya bergantung kepada lecture notes or member’s notes (yang balik dari library). Mungkin dah tua-tua nanti bila aku beritahu anak aku yang aku guna buku dan kertas untuk tulis nota dia akan gelak, sama macam masa arwah bapa aku beritahu aku pada zaman dia, setiap pelajar ada mini papan hitam untuk salin nota atau buat latihan dalam kelas. So, lepas guna mereka padam dengan sabut kelapa yang dibasahkan dengan air. Cool, kan?

But, student sekarang memang senang. Belambak website memang dibina untuk membantu student buat paper. Ada yang free dan ada yang berbayar. To be fair, most probably because lecture or university pun aware this advantage so end up they gave assignment yang lebih susah or dalam bentuk yang sukar bagi student nak cari di Internet.

Put study aside, untuk tujuan apa sekalipun nak cari maklumat di Internet sangat mudah. Contoh, kalau kita nak cari logo semua parti politik di Malaysia. Susah sangat ke ? Tak…kan ?

Biar aku bagi tutorial cara nak cari logo parti-parti politik di Malaysia…I will let you guys know later why this tutorial is essential.

Method 1:

1. Pergi ke mana-mana search engine.
2. Masukkan nama parti politik yang ingin dicari.
3. Tekan enter.
4. Cari laman web rasmi parti tersebut.
5. Cari logo yang dipaparkan di laman web tersebut
(sama ada di banner atau bawah ‘about us’)
6. Copy / save gambar

- Done -


Method 2 :

1. Pergi ke mana-mana search engine
2. Masukkan perkataan “logo _____” isikan nama parti politik
3. Klik ’search image’
4. Save terus mana-mana gambar yang ada di search engine result page tu or
5. Pergi ke laman web yang ada gambar tu then save from there.

- Done -

Seterusnya, kalau nak himpunkan semua logo parti politik dibawah satu gambar juga tersangatlah senang. Semudah 1,2,3 or A,B,C bak kata iklan-iklan.

Tidak perlu software canggih-canggih… pakai Word dan Paint pun boleh. Kalau computer korang takde Word, samada version original, pirate or OpenOffice… memang pelik lah.

Sekali lagi, aku bagi tutorial cara construct gambar dengan Word. Easy-peasy kata orang putih.

1. Buka Word.
2. Buat kotak berkaler, kalau korang nak background ada kaler lah.
3. Copy and paste gambar logo parti politik satu persatu.
4. Susun cantik-cantik dalam kotak tadi.
5. Select satu persatu semua items then copy dan paste di Paint or
5. Print Screen, paste and crop di Paint.
6. Save picture in what ever format you desire.

Senang kan?

Mesti ramai pelik apa kejadah aku buat tutorial bangang ala-ala tak ikhlas ni. Benda simple gila… here the reason. Seriously aku tak marah, aku cuma pelik dengan perkara yang berlaku.

This article….
http://tvselangor.com/v2/news-section?t=2522

Obviously from website ‘besar’ www.TVSelangor.com. Maybe own by Selangor state or any GLC (government linked company) or GBC (government backed company) or CBC (cronies backed company). Aku zoom article tersebut…

Nampak gambar himpunan logo parti politik tu?

Check blogpost aku ini:
http://www.akubetul.com/2008/02/nak-undi-siapa-parti-atau-calon.html

Ada gambar ini di sana:

Tak mungkin kebetulan dia susun logo-logo tu exactly as aku susun, bilangan, logo, angle senget, background hitam, cara susun dan saiz semuanya sama. So, aku confident gambar tu aku yang bina. Gambar tu sebenarnya aku buat last 2 years

Damn simple je aku buat… exactly as ‘tutorial’ kat atas tu. But still, ada orang curi and guna. Watermark ‘AkuBetul.Com’ pun dia delete. Siot je. Pastu, lepas aku hantar email mengadu…

They not even do any smallest thing! Tak remove gambar tu, tak response to my complaints… Nada… Zip…Nothing.

Obviously I can’t take any legal action. Since that picture belong to Google, since aku berblog gunakan Blogspot. Rasanya that the legal arrangement… What ever pun, even kalau boleh, apa gila aku nak nak besar-besarkan pasal gambar yang aku sendiri curi dari website rasmi parti politik berkenaan. Aku just assemble and atur-aturkan je.

Come to my surprise, bila aku search… ada banyak lagi rupanya website dan blog gunakan gambar tu. Ada yang delete watermark dan ada biarkan (thanks).

Contoh-contoh:

http://www.sabahkini.net

http://kepalalabuchi.blogspot.com/2009/04/kartun.html

http://wongsiewhung.wordpress.com/2009/09/08/sejarah-pembentukan-malaysia-bhgn-6/

http://skamalspikcer.blogspot.com/2009/06/kecek-tagged-aku.html

Aku tidak kisah orang ambil gambar-gambar simple sebegitu from my blog. Bukan gambar yang aku sendiri tangkap or gambar yang ada muka aku pun. So, not a big deal lah kan. Cuma back to title of this blogpost. Manusia ni memang tidak pernah puas dengan kesenangan. Copy and paste logo tu one-by-one bukan lah susah sangat. Will takes maybe 4-5 minutes. But still they prefer the easier way by just copy hasil usaha orang lain... dan sedih ada yang try to hide source of the picture by deleted the watermark. Lagi sedih some of them adalah so call professional journalist and cari rezeki dengan menulis berita. Fuh!

6 comments:

Ab Razak Hj Ahmad said...

1st time aku tak paham bila baca posting from blog ni...

neewa76 said...

x faham ke En Ab Razak...heee...faham kn je ler...
Nway aku faham wlupn x pandai nk bblog ni...

nasir said...

kejinye. sian ko. penat2 buat tak letak pon mana sumber depa dpt.

ab razak hj ahmad tak paham?
peliknya
benda simple je
maye ab razak tak baca habis kut artikel ni.

akukaya said...

dood, kalo aku la... kalo aku la... dah lama aku sound, maki dan caci depa. hehe.... apa salahnya biarkan watermark tu. ni siap sanggup edit dan buang watermark tu. lawak beb...

aku harap blogger2 yg takde etika ni baca pos ko dood dan harap derang insaf. yahudi yg kita dok kutuk, kristian yg kita duk kutuk mcm2 pun tau hormati copyright dan tau bagi kredit.

adakah blogger kita lebih hina dr yahudi & kristian? maaf la kalo ada yg terasa. sape mkn cili dia pedas.

jom jalan2 pi melaka..! said...

budaya copy paste susah nak dikekang..sabar jerlah

Mr. Right said...

Ab Razak Hj Ahmad,
Ko tak pernah baca posting aku sampai habis. Ko baca tajuk, then glide tru je. Bagi la effort sikit.

neewa76,
Hehehe... betul2. Buat2 faham je lah.

nasir,
Ala, takde la kesian sgt. Bukan payah sgt pun.

akukaya,
Fuh! Ganas ko ni. Dorg ni belum penah rasa hasil keja dorg ke curi. Sendiri rasa baru faham kot.

jom jalan2 pi melaka,
Aku tgh sabar la ni. KAlau tak aku serang office dorg. Hehe.

Total Pageviews

. page counter