Tuesday, November 30

Pantang Larang BerFacebook

Aku antara berjuta (or billion?) manusia yang gila Facebook. Kalau kira dengan capaian dengan handphone, maksudnya 24 hours aku online di Facebook. Asal ada gambar menarik memang aku share di FB, ada berita best aku kongsi dengan kawan-kawan, masa Sukan Asia lagi lah... sepanjang masa berdiscus dengan member-member expecially update result masa game melibatkan Malaysia.

Jadi, aku nak bagi guideline sikit kepada kawan-kawan pasal penggunaan Facebook. Aku find out ada beberapa pantang larang yang korang kena ingatkan semasa main FB ni, dari yang serius kepada yang agak santai... tapi still penting.


1. Jangan Update Our Location All the Time

Ini very much related to safety la. Maybe belum sampai ke Malaysia lagi. Tapi kat oversea dah biasa perompak (yang mungkin juga our own friend) perhatikan jadual kita hari-hari. So, senang mereka nak jalankan operasi. Samaada pecah masuk rumah, pejabat, curi kereta or macam-macam lagi. Kepada yang selalu out station, jangan asyik beritahu semua orang kita kemana sampaikan ada yang post jadual penerbangan (nak belagak naik flight kot)... mana la tahu kan kot-kot ada musuh yang target rumah or worst our family mamber... we never knows. Sekali-sekala maybe la ok, but jangan jadikan routine mengupdate lokasi kita. Banyak lagi cara lain nak inform kawan-kawan (maybe nak tolong tengokkan rumah or apa), sms, YM, BBM, etc... but not publicly di Facebook.


2. Tolong Guna Nama Betul & Letak Muka Sendiri

Ramai setuju kalau aku cakap Facebook dah jadi tool untuk Jejak Kasih. Samaada nak jejak saudara mara, member sekolah or kekasih lama. Tapi, masalahnya ada juga pengguna FB yang pakai nama samaran... aduhai... lagi best, profile picture letak pula gambar artis lah, gambar character kartun, or gambar anak. Cammana kawan lama nak kenal wei...?! Bingai betul lah. Apa la salahnya pakai nama betul or nickname yang memang dari dulu orang panggil kita... Then pilih la gambar kita yang paling cun untuk jadi profile pic. Kan lebih baik....


3. Elak Jadi Jurujual


Ini agak sensitive sikit. Ramai internet marketing guru bagitau Facebook adalah antara tempat terbaik untuk dijadikan medium mempromosikan product kita. Dah ramai pun kot yang dah berjaya dengan menggunakan FB sebagai alat promosi. Tapi, kalau boleh jangan lah setiap hari kita post kat wall mempromote bisnes kita. Berpada-pada lah. Share la bila ada something yang menarik sahaja (barang baru ke, discount ke...). Kalau still nak promote product setiap hari (or post motivation quotes in case of MLM), buat satu akaun FB semata-mata untuk itu sahaja... Contohnya kalau aku, aku akan create FandiNiaga, BizFandi atau FandiMLM then add semua kawan-kawan... declare la awal-awal akaun itu specifically for business purpose. Kalau kawan interested dengan business kita, confirm dia akan accept our Friend Request. Satu lagi cara adalah dengan gunakan ruang yang Facebook sediakan, rasanya nama benda tu Marketplace ke apa ntah. So, pandai-pandai lah explore.




4. Jangan Tipu Kawan-kawan (PPL Program)

Ini tricky sikit. Kepada member-member yang arif pasal topik cari duit di internet faham la kot istilah pay-per-lead program, or PPL. Maksudnya, aku promotekan satu link yang unicly created untuk aku... kalau ada orang click url tu (then pergi ke website advertiser), aku akan dapat bayaran. Selalunya beberapa posen je pun. So, ramai juga pengguna Facebook yang seolah-olah tipu Friends mereka dengan minta diaorang click url yang di post di wall. Aduhai! Kategori keji la jugak ni. Konon-konon ada berita menarik yang nak dishare, ”Promosi Broadband Terkini”, ”Year End Sale di Isetan”, ”Event Paling Gempak Untuk Remaja”... dan macam-macam catchy phrase lagi lah...padahal cari sekupang dua kupang je. Although Friends yang click tak rugi apa-apa, but aku rasa lebih afdal kalau method sebegini di gunakan dengan akaun khas, macam yang aku cerita kat atas tu. Or, beritahu kat kawan-kawan cam ni; ”Tolong Klik Link Ni - http://malaysia.youthsays.com/akubetul/100plus2 Aku Nak Cari Duit Lebih”.... although ini confirm break PPL policy. Hahahaha...!


5. Hati-hati Subcribe Auto-post Application

News Feed , Daily Quotes, Horoscope... ntah macam-macam lagi la 3rd party application yang ramai suka-suka hati pergi subcribe. Hasilnya, setiap masa ada automatic post di wall. Kalau berguna tak pe la jugak, ini buat semak je. Dah la panjang berjela-jela. So, tolong la hati-hati sikit and pikir berpuluh kali before easily subcribe dengan benda-benda bangang cam tu.


6. Jangan Share Semua Game’s News


Another penyemak wall. Menang War share kat wall, dapat mystery gift share kat wall, naik level share kat wall belum masuk kes nak minta tolong…. Penuh wall dengan cerita Zynga Game je. Aduhai….! Tahu la kau anak orang kaya, or dah jadi big boss sekarang... banyak masa terluang tapi jangan la setiap pencapaian dalam dunia game nak di share di wall... Member jadi panas sebab wall jadi penuh, dan keduanya yang pendengki macam aku akan iri hati tengok ko naik level sehari berpuluh peringkat... ko beli point ke apa?


7. Jangan Tag Orang Sesuka Hati

Kepada yang masuk FB pakai handphone, setiap kali member tag kita berita ke, gambar ke... akan dihantar ke handphone. So, kalau asyik kena tag padahal gambar bendera party politik yang dilawakkan je pun... atau video CikguShida mimicking lagu popular... belum lagi citer kena tag gambar duit dengan tajuk...”Dapat Duit Dengan Log In Facebook” lagi la sakit hati. Pastu, ada pulak tag gambar-gambar yang kita taknak share dengan orang. Since, bila dah kena tag... gambar tersebut akan dipaparkan di section Photos kita. So, semua Friends akan nampak. Jenuhlah nak untag satu persatu. So, kalau nak tag orang make sure orang tu tak kisah... common sense la.


Niat asal aku nak cari banyak lagi bukti contoh-contoh perkara yang berlaku macam aku mention kat atas tu. Tapi, fikir punya fikir nanti ramai pula member-member delete aku dari Friends List... so, aku batalkan niat tu. Hahahah! Harap takde yang terasa....anggap gurauan sudah...

11 comments:

ザ-sylver-shooter said...

yup2 ..agreed sumer point..

Fid said...

aku mmg sengaja tak mau boh gambar sebenar sebab gambar sebenar aku bersepah kahkahkah
nama sebenar pun tak nak juga...hahahahaaa...

aku bukan serius berFB..aku layan pun kerana kawan kawan yang aku kenal di alam nyata...yang masih keep in touch...

bab tag sesuka hati 144 kali dah aku membebel
bab update lokasi pun aku tak suka

bab marketing ok tp jgn la tag
dah la aku jenis kalau tag aku maki hahahhaha

tapi tak pa FB aku hanya kawan kawan je nampak kikiki

Anonymous said...

Bro, tepek ler gambar betul ko tu kat blog ni. Aku nak kenal jugak saper ko..senang aku nak cari..

Shayna Rose said...

saya setuju dgn semua point!! =))

akukaya said...

add la aku bro "shahril samsudin". keke...

Noorhayati said...

Saya setuju dengan semua point. Memang hampeh sebab saya penah terkena bila kawan lama tag gambar2 zaman dulu2 (time tak bertudung) dan dapat plak kat kengkawan yang menjahanamkan kawan.. So gambar tu bersepah2 dan boleh ditengok oleh semua orang... Malu dan rasa nak maki je...

Saya nak minta izin share point ni dalam emel atau FB.. bley ye.. nanti saya bagi credit..

Mr. Right said...

Slyver,
Thanks.

Cik Pid,
Yela tu. Segan sgt nak letak gambor sendiri. Letak la gambar satu family. Ok per...

Ano,
Tu kat sebelah komen gambor aku la tu.

Shayne,
Thanks.

Akukaya,
Ok. Nnt aku add.

Yati,
Silakan. Terima kasih.

melati puteh photography said...

hahahah....tang beli point kat mafia wars tu aku tau lu point kt sape...jgn la dengki sgt weiii

melati puteh photography said...

hahahah....tang beli point kat mafia wars tu aku tau lu point kt sape...jgn la dengki sgt weiii

Anonymous said...

niaga guna internet bro..jgn ko nak pertikaikan la..org cari rezeki bukanyer nak merompak itu slh ke bro..klu camni la susah la orang nak ari makan kat dlm facebook. bknyer nak tipu kra sama2 bangsa nak maju. jgn asyik mjtuhkan aje!!

Azza Azman said...

saya setuju sangat! anyway blog anda best kenapa saya baru tau ha?? ish geram betul..

Total Pageviews

. page counter