Friday, April 22

Kenapa Tidak Digalakkan Suami Isteri Satu Office?

Duluuu... Aku pernah dengar cerita daripada rakan yang bercinta satu pejabat bilamana dah berkahwin salah seorang terpaksa berhenti kerja. Rupanya memang polisi syarikat dia kerja tu tidak benarkan suami dan isteri dalam satu organisasi, walaupun lain-lain department. Masa sign surat terima kerja dah ada clause tu rupanya. So, member aku yang lelaki terpaksa berhenti kerja dan alhamdullilah dia dapat kerja tempat lain... dan sekarang dah dapat anak 2 orang dan hidup aman sejahtera macam dalam cerita-cerita dongeng.

Masa member aku cerita tu aku pelik, apa lah salahnya laki bini satu office. Rasanya lagi lah bagus, boleh share transport, akan selalu bersama jadi merapatkan kemesraan suami isteri, outstation boleh share bilik, tiada fitnah menfitnah kalau duduk berduaan dan macam-macam faedah lagi. TETAPI, rupa-rupanya macam semua benda lain dalam dunia there always a negative aspect of it. Dan, kalau di timbang betul-betul in this case, negative telah belasah positive values kaw-kaw.

Jom try tengok apa kesan suami isteri satu pejabat....


1. Emergency Case, Both Employees Missing
Kita semua tahu memang kita selalu ada emergency case yang menyebabkan kita tidak pergi kerja dan apply yang yang disebut sebagai Emergency Leave. This emergency leave will be deducted from our normal annual leave. Lain organisasi lain lah cara categorization of the EL. Kereta rosak, banjir, anak sakit, kematian saudara terdekat, rumah terbakar, dan macam-macam lagilah jenis EL. So, kalau suami isteri keja satu tempat…. Any of the problems occur, both pekerja akan ambil EL… Susah la syarikat kalau selalu je dua pekerja hilang.


2. Company Bankrupt, Habis….
We will never know… we can’t predict our future… semuanya kuasa tuhan. The most rock solid business organization pun ada possibility untuk bankrupt. Majikan paling kukuh pun (in my view adalah kerajaan), boleh muflis dan start buang pekerja… macam negara Portugal yang terpaksa di’bail-out’ oleh European Union. Sejarahnya pula, Argentina, Indonesia even Arab Saudi (although their rich royal families pump their own money) pernah di declare bankrupt. So, imagine both suami and isteri dibuang kerja or diberi VSS sebab company tutup kedai… fuh! Seram sejuk jugak nak uruskan family. Macam orang putih cakap ‘do not put all your eggs in one basket’.


3. Conflict of Interest
Imagine si isteri kerja department HR or Finance and she know all employees salary and amount of allowance. Si suami pula kerja department lain, yang tentunya ada rakan-rakan sekerja. So, isteri tahu jumlah pendapatan rakan sekerja suami dan benefit-benefit yang rakan sekerja suami dia dapat. It is almost impossible untuk si isteri to act super professional by not comparing her hubby income with his colleague and not leak the info to her husband. Imagine pula kalau si isteri diarahkan prepare show cause letter or warning letter kepada si suami…. Atau si suami terpaksa buat complain memo sebab tak puas hati dengan hasil kerja department wife or lebih specific dengan kerja wife dia….All these scenario memang sangat sukar dan akan menimbulkan pelbagai masalah-masalah berjangkit lain.


4. Problem Bergabung
Kita semua mesti ada masalah peribadi, dan bagi yang telah berkahwin selalunya masalah peribadi berkisar kepada masalah keluarga. Daripada masalah-masalah kecil macam lupa beli lampin anak, mesin basuh rosak, bill lupa bayar sehingga masalah besar macam anak degil, suami atau isteri gatal, gaduh dengan jirang tetangga dan macam-macam masalah lagi. Secara lazim dan profesionalnya, kita tidak boleh bawa masalah peribadi ke tempat kerja. Since tempat kerja pun memang ada masalah-masalah yang memerlukan sepenuh perhatian kita. Kita juga tidak digalakkan membawa masalah tempat kerja kerumah, mesti kusut dan kelam kabut hidup kalau kita fikirkan masalah tempat kerja sampai ke tempat tidor, silap gaya memang tak tidor malam. Tapi, kalau dah suami isteri tahu both set of problems… memang sukar nak tunekan kepala otak to not discussing both problems at both locations… sebelum tidor akan sembang dengan isteri pasal politic pejabat, di tempat kerja akan bincang pula masalah adik beradik dengan isteri… confirm caca marba kehidupan jadinya.


5. Nampak Perangai
Ni agak complicated sikit la nak diterangkan. Dari pemerhatian aku, memang ramai manusia yang karaktor mereka dirumah dan di tempat kerja lain. Mungkin ada yang totally lain… ada juga yang sikit-sikit je berbeza. Tapi memang mustahil kalau 100% sama. Contohnya… kat rumah dia sangat lembut, penyayang gila kat isteri dan anak-anak… tapi kat pejabat macam singa dengan anak buah…. Itu karakter yang baik, tak ketinggalan yang nakal, contohnya di rumah depan isteri pijak semut tak mati… ala-ala suami mithali gitu, tapi di ofis.. masyallah, punyalah nakal, kadang-kadang sampai ke tahap jahat. Ngorat awek ofis, tipu majikan, ponteng kerja, curi alatan ofis, dan macam-macam jenis kejahatan lagi, padahal kat rumah dia ahli surau, kalau tak ke surau pun jadi imam sembahyang anak dan isteri. Aku percaya pengamal cara hidup sebegini adalah mereka yang sangat percaya dengan konsep Yin-Yang kot. Jangan ingat si lelaki je boleh nakal, kaum hawa pun tak kurang juga yang hidup dalam stayle neros dwi ni. Depan suami baik sangat, padahal kat ofis ngalahkan anak dara gedeknya. So, bayangkan kalau satu tempat kerja dengan pasangan, susah pengamal Yin-Yang ni nak jadi diri mereka, mereka akan sepanjang masa tertekan sebab they cant express their truly colour or splashing their real mojo di tempat kerja…. Haahahaa !

Jadi kepada bos-bos, jangan galakkan staf anda bercinta satu office dan seterusnya membawa ke jinjang pelamin. Kepada yang sedang bercinta satu office pulak, salah seorang bawa-bawalah cari kerja tempat lain. Kepada yang memang dah terjebak satu ofis suami-isteri… errrr…. All the best ! kesian korang dan bos korang.

6 comments:

shah said...

aku amik adik aku keje. pastu kesian tgk suami dia takde keje. last2 aku amik suami dia keje dgn aku.

mmg isu2 yg ko tekankan tu aku dah pikir lama dah.

2 bulan gak aku keraskan hati takmau amik suami adik aku keje sbb tak mau jadi mcm ko ckp tu la. last2 amik gak.

semuanya atas faktor kesian kadang2. kita tak sampai hati walaupun kita tahu risikonya.

Percaya said...

point-point sangat menarik la..tapi macam mana plak kalau bini tu head admin pastu si laki plak plan project untuk company pendek kata company tu laki bini punya...

Mr. Right said...

shah,
Tak bleh kesian2, in the future makin mengusutkan kepala ada lah.

Percaya,
Buka la bisnes lain. Suami jaga 1, isteri jaga 1. Lagi bagus...

intanmaria said...

ada dekat office ni..
if anak sakit, dua-dua lak cuti..padahal bini leh jek bawak kereta.

sometime if gaduh ke..bermasam muka..masalah leh bawak kat office..and paling hangin, ngan kita-kita gak terlibat

(dioarg ni tak boring ker ek, siang malam ngadap..tak berkembang otak and minda!)

Mr. Right said...

intan,
Dorg takde pilihan kot. Kalau ada, dorg pun taknak sekali keja.

Elleena Hamdan said...

Ada tak akta yang menyatakan suami isteri tak boleh kerja tempat yang sama? Pnh dengar.. Tapi nak rujuk balik akta tu..sebab ramai suami isteri kerja dalam department yang sama dalam bank tempat saya...

Total Pageviews

. page counter