Friday, April 20

Kekuatan Cinta Dalam Ombak Rindu


This is not movie review, dah lebih 4 bulan dari tarikh tayangan, takkan baru nak buat review kot…. 

Filem Ombak Rindu dipercayai telah memecahkan record kutipan filem tertinggi di Malaysia, walaupaun di pangung kutipan sekitar RM 10.90 juta dan tak pecah record KL Gangster, iaitu RM11.74 juta, tapi kalau campur AstroFirst, aku percaya mungkin cecah RM20 juta. Since filem tu bukan sahaja digilai oleh golongan muda, malah yang dewasa dan berkeluarga pun. Follower novel tu pun mostly sekarang berumur 30an dan semestinya agak sukar sikit nak ke pawagam dengan anak-anak kecil dan kesibukan pelbagai urusan. Golongan businessman, pegawai-pegawai tinggi pun tak ramai yang suka dan tak sempat pergi tengok kat pangung. So, dengan adanya AstroFirst ramai yang pakat tengok di TV sahaja.

Semenjak dua menjak ni, aku rajin berurusan kerja di utara tanah air, so kebetulan rakan-rakan di utara aku tu berasal dari Langkawi, aku dapat la serba sedikit cerita off-record dan rahsia filem ni since pengarah dan penerbit (depa kata la, aku tak pasti la betoi ke dak) adalah orang sana (pengambaran pun kat sana banyak, kan…). Dan whoever yang pernah deal dengan orang Langkawi akan tahulah, mereka ni sangat kuat dengan semangat Langkawian mereka, yela duduk satu pulau kan, mereka semua memang sangat, sangat rapat. Disebabkan itu, aku pun TERsubscribe filem Ombak Rindu di AstroFirst, actually wife aku yang subscribe aku ‘ye’ kan je…

Antara pengajaran paling besar aku dapat daripada tengok filem Ombak Rindu adalah kekuatan CINTA boleh mempengaruhi kehidupan kita. Biar aku bagi contoh pengaruh CINTA dalam jalan cerita Ombak Rindu…. (dari yang paling kecik kepada yang paling besar, base on evaluation aku)….

1. CINTA Pakcik Izzah (Taha) Kepada Isteri Dia
Kepada yang perasan, bila Izzah balik kampung dan dapat tahu makcik dia telah mati dan Pakcik dia yang jahat tu telah hilang. Masa atas sampan, Mail beritahu Izzah yang Pakcik Taha hilang selepas Makcik Izzah mati iaitu selepas pembedahan. Imagine, seorang lelaki yang sangat jahat (jual anak sedara kepada bapa ayam), tapi still gunakan duit tu untuk ubat isteri yang sakit. Kalau bukan sebab perasaan CINTA, better dia enjoy sakan dengan duit haram tu, kan?

2. CINTA Mail Kepada Izzah
Dia sanggup tunggu Izzah walaupun takde sebarang khabar berita. Then, bila tahu Izzah dah bersuami dan confirm reject dia, baru dia terima cinta gadis lain.

3. CINTA Pak Dollah Kepada Majikan / Sahabat
Kalau bukan sebab CINTA kepada sorang sahabat dan juga majikan, tak mungkin Pak Dollah sanggup serahkan anak sendiri. Pak Dollah can simply say no dan cari kerja lain...

4. CINTA Milla Amylia Kepada Haris
Mila terlalu CINTA her first love and her career as actress, iaitu Haris sehingga sanggup mengahwini Haris walaupun Haris dah declare yang dia cintakan perempuan lain. Antara reason dia jadi pelakon adalah sebab supaya Haris boleh tengok dia besar-besar di screen wayang. Fuh!

5. CINTA Antara Haris dan Ibu Dia
Dek kerana CINTAkan ibu, Haris sanggup berkahwin dengan Mila walaupun dia tidak cintakan Mila. Dan susulan dari itu, ibu Haris yang tersangat CINTAkan anak tunggal dia, sanggup menfitnah Izzah dan buat apa juga cara untuk memisahkan mereka berdua. We can’t blame her, Izzah adalah perempuan yang ibu Haris tak kenal compare dengan Mila yang diketahui asal-usulnya. Put business influence and keterampilan aside, kalau kita sebagai parents pun kita akan prefer Mila yang memang kita kenal ibu dan bapanya compare dengan Izzah, kan?

6. CINTA Izzah dan Haris
Tak perlu la aku elobrate la kot, dah memang filem ni adalah kisah cinta mereka berdua. Dari pelacur, jadi perempuan simpanan, jadi tempat pemuas nafsu sehingga jadi permata hati. From Izzah point of view pulak, Haris daripada seorang lelaki durjana (langgan pelacur), kepada penyelamat, then jadi Tuan, suami sehinggalah jadi kekasih hati....

7. CINTA Izzah dan Haris Kepada Allah SWT
Scene Haris dan Izzah di sofa yang Haris nak main dengan Izzah sebelum kahwin tu memang cantik sangat-sangat. Izzah tahu dia memang tak boleh minta tolong dengan sesiapa lagi, then dia berserah kepada Allah dan berdoa semasa dalam dakapan Haris. Then, Haris pun terpotong stim dan hilang niat jahat sebab dengar doa Izzah. Seterusnya, Izzah minta dikahwini agar hubungan mereka halal disisi agama. Betapa besarnya CINTA Izzah kepada Allah padahal kalau dia carry on je jadi perempuan simpanan, sapa pun tak tahu. Bila Haris belum terima dan lepas tu halau Izzah, Izzah terus berdoa agar pintu hati Haris terbuka, sama juga Haris yang berdoa kepada Tuhan agar Izzah menerima dia semula....macam rangkap lirik lagu Ombak Rindu...

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku


Kalau kita fikirkan semula, memang CINTA influence our daily life, form A to Z. Start dengan bangun pagi, kepada muslim, dek kerana CINTA kita kepada Allah swt dan syukur sebab diberikan peluang hidup satu hari lagi, kita akan perform solat subuh. Then, kita pergi kerja…. Reason kita pergi kerja adalah samaada kita CINTAkan kerjaya kita, boss, rakan sekerja, syarikat kita… ataupun kita semata-mata nak cari pendapatan iaitu duit yang boleh membantu kita untuk menterjemahkan perasaan CINTA kita kepada diri sendiri, isteri, anak-anak dan seterusnya. Seterusnya kalau kita CINTAkan aktiviti luar (outdoor hobby) atau CINTAkan sahabat handai kita akan lepak diluar sebelum balik rumah untuk menatap wajah keluarga yang kita CINTA. Kita balik kampong (ada yang beribu kilometer) untuk jengok ibu-bapa dan adik beradik yang kita CINTA.

Kesimpulannya CINTA adalah satu perasaan yang sangat-sangat kuat dan nikmat yang sangat besar diberikan oleh Tuhan kepada manusia. Kalau hidup tanpa perasaan CINTA, kehidupan kita akan menjadi kosong…. Jadi jom lah kita cari, pupuk, semai dan baja CINTA dalam diri kita....

(Kenapa terasa macam pakar motivasi jiwang pulak ni... Hmmm.... :-))

4 comments:

Sherwieyna Muzzawer said...

salam kenal.i memamg minat gila kat cerita ombak rindu ni.i dah tengok banyak kali tapi tak pernah puas-puas lagi tengok..hehe.i dah follow blog kiut ni.follow i balik ye..tq..;D

zafirah said...

salam. blogwalking. ombak rindu best! tp bak kata member sy mcm filem org nak habis cepat shooting. laju giler! agree tak? btw, feel free to visit my blog.. :)

obat asam urat alami said...

wowww you are so beauty ... :)

cara pemesanan trica jus said...

keren banget.... keep learning sob ...

Total Pageviews

. page counter